Pertama dan Terakhir Part 1


“Hei perempuan! Kau ingat aku tak tahu ke yang selama ni kau dah curang, main kayu tiga kat belakang aku?!”Kasar kedengaran suara seorang pemuda memarahi seorang gadis. Orang yang lalu-lalang di situ memerhatikan gelagat pasangan kekasih yang sedang bertengkar itu.

            Si gadis menampar pipi pemuda itu dengan kuat sejurus sahaja sang pemuda cuba mengasarinya. Pemuda itu memegang pipinya yang terasa perit dek penangan si gadis.

            “Awak jangan nak tuduh orang membuta tuli, okey??”

Gadis itu memegang bahunya yang terasa sakit akibat digenggam kasar oleh kekasihnya itu. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke belakang. Kemudian,dia duduk di atas bangku batu. Pemuda tersebut turut duduk,bersebelahan dengan si gadis. Si gadis menjarakkan diri.

            “Awak..Saya nampak, okey..! Awak berkepit dengan lelaki lain di belakang saya. Itu pun Farid yang nampak awak dulu. Dia yang tunjuk masa tu. Saya malu tahu... Kalau saya tak nampak semua tu sampai bila-bila awak akan tipu saya. Hey.. Hati saya sakit sangat...” Penuh dengan nada kesal suara pemuda tersebut.

            Si gadis mengangkat kaki, bersila di hadapan pemuda kesayangannya itu. Perlahan-lahan tapak tangannya lembut menyentuh pipi pemuda tersebut. Pemuda itu mengalihkan tangan gadis tersebut dari menyentuh wajahnya. Si gadis mengulangi perbuatan yang sama. Dimintanya pemuda tersebut mengangkat wajahnya yang mengadap bumi itu

“Pandang saya, sayang...”Pujuk si gadis.

Pemuda itu memandangnya dengan pandangan yang berkaca pada ketika dan saat itu, tiba-tiba menimbulkan kesayuan di hati gadis tersebut. Tersentak hati si gadis apabila melihat juraian air mata sang pemuda jatuh  ke bumi.

            “Kenapa ni sayang..? Janganlah menangis... Saya minta maaf...! Sayang... Cakaplah sesuatu... Jangan diam macam ni..” Rayu si gadis.

            “Apabila saya fikir macam ni lah balasan awak terhadap semua kasih sayang yang telah saya bagi, air mata saya tak henti-henti mengalir. Awak sendiri tahu betapa saya cintakan awak...” Pemuda tersebut memandang mata kekasihnya itu. “Saya cintakan awak juga, sayang...” Si gadis mencium tangan sang pemuda yang telah digenggamnya.

“Sampainya hati awak khianati segala kepercayaan yang telah saya berikan pada awak. Hancur hati saya dibuat awak..” Pemuda tersebut mengalihkan tangannya daripada terus digenggam oleh gadis tersebut. Dia bangun dari dudukan dan mulai menapak kehadapan, meninggalkan gadis kesayangannya itu.

            “Awak tak sayangkan saya ke , Adam?” Soal gadis tersebut. Pemuda itu segera menoleh dan  memandang kekasih yang menghancurkan hatinya itu.

            “Cuba awak tanya soalan tu sendiri pada diri awak tu!! Kalau awak sayang saya, awak sanggup ke tikam saya dari belakang macam ni?? Apa semua ni?? Apa yang awak nak saya buat  hah?!” Nada suara pemuda itu mulai tinggi semula.
            “Saya tak curang, okey?!” Cuba membela diri daripada terus dituduh oleh pemuda.

“Masalahnya saya nampak dengan mata kepala saya sendiri faham tak?? Boleh ke awak jelaskan apa yang saya patut fikir apabila saya nampak kekasih saya sendiri sedang berkepit dengan lelaki di belakang saya?! Bermesra-mesraan macam pasangan kekasih?! Awak tahu sesuatu tak... Saya dah tak percayakan awak lagi..!”

            Gadis tersebut tersenyum sinis. Dia melangkah kearah pemuda itu dan memegang lengan T-shirt pemuda tersebut. Pemuda itu menggeleng.

            “Sudahlah Adrianna.. Antara kita dah tak perlu ada apa-apa lagi. Saya rela pergi asalkan awak bahagia..” Tanpa disedari gadis itu ,air mata sang pemuda itu mengalir lagi.

“Awak dah lupakan janji yang awak dah buat ke?” Soal gadis yang bernama Adrianna itu.

            “Adrianna,tak payah nak persoalkan janji-janji saya. Saya mangsa keadaan sekarang ni. Jangan nak suruh saya kotakan janji-janji tu semua  sementara awak sewenang-wenangnya curang pada saya!”

Adrianna mencium pipi kekasihnya itu dengan lembut.

            “Lelaki tu adik angkat sayalah.. Awak ingat tak? Dia tu Haiqal...”

“Haiqal apa pulak ni hah?? Dahlah! Saya dah tak larat nak terima penipuan awak, Adrianna!” Adam menolak tubuh gadis itu dan menjauhinya.

            “Bodoh!” Satu perkataan kasar tiba-tiba terhambur keluar dari mulut si gadis. Setelah menyedari kata-katanya yang agak kasar,dia segera menutup mulutnya. Kesal dengan kata-katanya itu.

“Oh..maaflah sebab awak dapat kekasih bodoh macam saya ni...” Ujar pemuda itu.

            “Saya tak bermaksud..!”

“Saya memang lelaki bodoh kan...Sampai-sampai awak tipu saya habis-habisan pun saya tak perasan,” Pemuda tersebut pura-pura ketawa.

            “Awak langsung tak ingat pada adik angkat kita ke ha? Dia tu Haiqal.. Haiqal Mukriz.. Awak lupa ke? Dia baru balik dari Jerman. Adam, tolonglah ingat...!”

“Haiqal? Adik angkat kita yang pergi ke Jerman tu..?” Soal Adam dengan nada pelik. Dia mengerutkan dahinya, cuba mengingati wajah adik angkatnya itu. Tiba-tiba dia tersentak.

“Yarabi... Haiqal rupanya..!” Adam menepuk dahinya. Dia benar-benar tidak ingat akan semua itu. Malah,wajah adik angkatnya itu juga dia terlupa. Kemudian dia terdiam memikirkan kata-kata kesat yang membuta tuli yang dihamburkan kepada Adrianna.

“Itulah awak... Suka sangat tuduh saya bukan-bukan lagi. Kan dah malu tu,” Senyum Adrianna. Adam berasa sangat kesal dengan sikapnya yang mungkin telah melukakan perasaan sang gadis yang dicintainya itu. Kemudian, dia meminta maaf.

“Sayang... Sayang dah tak ingat ke apa yang telah saya janjikan pada awak masa kita mula-mula  couple dulu?” Soal Adrianna dengan penuh lemah-lembut.

Adam Fariz diam membisu. Masih dihurung dengan rasa serba-salahnya.

“Saya tak akan curang pada awaklah..  Saya tak akan suka pada mana-mana lelaki lain selain awak,sayang,” Si gadis menyentuh tangan pemuda tersebut. Dipandangnya pemuda yang tidak keruan perasaanya akibat kesilapan yang dilakukannya tadi.

Adam Fariz tersenyum. Dia menarik nafas panjang. Tangannya membalas pegangan  si gadis manis itu. Kemudian, Adam mencium tangan Adrianna yang merupakan pemilik hatinya itu dengan penuh perasaan.

“Saya cintakan awak sangat-sangat dan saya tak nak kehilangan awak dah. Tak mampu nak bayangkan apa yang akan jadi pada hidup saya kalau perkara sebegini benar-benar terjadi. Saya hampir gila tadi..! Saya...hilang pertimbangan..,” Penuh dengan penyesalan kata-kata Adam itu.

            Adrianna tersenyum manis lalu mengucup pipi Adam Fariz. “Itu bermakna awak betul-betul cintakan saya , sayang. Saya dan awak dah lama bersama dan saya tak akan sia-siakan kepercayaan dan kasih sayang yang telah awak curahkan pada saya.”

Adam Fariz malu dengan sikapnya. Sepatutnya dia cuba mengajak Adrianna berbincang, bukan dengan cara bertegang urat dengannya. Dia juga sangat menyesal kerana mencurigai kasih sayang dan kepercayaannya pada Adrianna Safiyya yang telah setia bersamanya hampir empat tahun itu.

            “Sayang...Saya betul-betul minta maaf pasal hal ni. Saya dah menyakitkan awak..,”

“Tak apalah, sayang.. Saya maafkan awak,” Adrianna mengangguk. Pemuda tersebut segera mengucup tangannya berkali-kali. Dia berasa amat bersyukur kerana tuhan masih memberinya peluang bersama gadis yang amat dicintainya itu. “Terima kasih...,”

Empat tahun lepas..

            “Hello? Kau Adam,kan? Erm.. Assalamualaikum.. Nama aku Adrianna. Aku kawan Ain. Ermm.. Boleh tak kau jangan tidur awal malam ni? Aku ada hal nak cakap dengan kau ni. Aku nak buat Super Saver malam ni. Erm... Okeylah ek.. Bye,”

Tut!

Adrianna mematikan panggilan suara yang dipanggil sebagai voice message itu. Dia menarik nafas panjang kemudian melepaskannya melalui satu keluhan berat. Fikirannya bercelaru tatkala itu. “ Betul ke apa yang aku dah  buat ni...?”

Tiba-tiba telefon bimbit yang dipegangnya itu berbunyi nyaring. Terkejut! Diperhatikan nama yang terpapar di skrin telefon itu. “Ain?”

            Tut! Talian disambungkan. Kedengaran suara manja seorang gadis yang merupakan rakan baiknya itu.  Nurul Ain Hadayna namanya.

“So macam mana sekarang, Adrianna? Okey tak?” Gadis itu tertawa kecil. Adrianna memuncungkan mulutnya. Ceh!

            “Okey je.. Tadi aku just buat voice message ajelah, Ain!” Balas Adrianna diiringi keluhan kecil yang penuh bermakna.

            “Okeylah tu.. Aku jadi segan lah nak call lepas ni. Entah-entah dia reject aku nanti,”

Adrianna ketawa besar tatkala itu.

“Relaxlah.. Belum apa-apa dah gelabah macam orang gila. Sabar-sabar.. Apa-apa hal nanti aku informlah dekat kau. Leave it to me okay?” Adrianna dengan yakin.

            “Aku takutlah. Ini kali pertama aku buat macam ni,” Suara Ain bergetar-getar.

Adrianna mencebik. Aku pun!

Itulah kau! Nak mengurat pun aku yang kena jadi orang tengah! Nanti tak pasal-pasal aku pulak yang mengurat  si Adam tu baru kau tahu. Hehehehe...

Adrianna menonton televisyen dihadapannya itu, malas melayan celoteh rakannya yang membosankan itu. “Ermm..Ain, aku nak tengok tv lah. Tak boleh concentrate lah bila kau bercakap-cakap ni. Lain kali ajelah kau call. Apa-apa hal esok aku bagitahu kau ,okey?” Adrianna bersuara apabila fikirannya makin serabut dengan bebelan rakannya itu.

            “Iyelah..iyelah.. Lain kali call aku tahu? Aku tak sabar-sabar nak tahu apa keputusan Adam nanti. Hehe.. Okeylah ye, Adrianna. Bye,”

Talian diputuskan selepas itu.

            Phew! Adrianna menarik nafas lega. Dia sebenarnya amat bosan melayan cerita Ain yang tiada kena-mengena dengannya itu. Macam budak-budak. Kemudian, ditelitinya skrin telefon bimbitnya itu lama-lama. Bosan!

            No new message..

“Erm..Ada boyfriend macam tak pernah wujud pulak. Bosanlah couple dengan mamat yang seorang ni. Tak take care langsung. Kalau aku tahu macam ni jadinya, tak akan aku couple dengan kau! Menjatuhkan harga diri aku aje terhegeh-hegeh tunggu message kau. Hish! Tak guna punya boyfriend! Bosan! Bosan!” Bebel Adrianna sendirian. Rasa seperti mahu dibaling-baling telefon bimbit yang tidak bersalah itu.

            Tit! Tit!

Segera Adrianna menekan butang-butang kekunci telefon tersebut apabila satu mesej masuk. Namun,ternyata dia hampa apabila membaca mesej tersebut.

            “Hmm.. Adrianna. Saya nak minta maaf. Malam ni tak dapat nak contact awaklah. Saya busy sangat-sangat. Saya buat overtime lah hari ni. Kejab lagi dah nak masuk kerja balik ni. Sorrylah ya? Nanti bila saya free, saya mesej awak ye,sayang? Take care. Love you,” Terpapar message yang dikirim oleh kekasih Adrianna, mesej yang sangat dibenci oleh gadis tersebut. Gadis itu mula bengang apabila diabaikan sebegitu.   

Bodoh!! Benci betul aku bila macam ni!

            Dia memegang telefon bimbit tersebut lalu cuba berlagak seolah-olah sedang menelefon pemuda terbabit.

“Hey lelaki! Apa kau ingat kau tu bagus sangat ke?! Hello..? Aku boleh cari lelaki yang lagi baiklah dari kau, okey?? Apa love you, love you ni semua?! Kau ingat aku cinta ke kat kau?? Tak akan! Sorrylah,aku tak suka langsunglah kau ni.. Kau pergi matilah! Menyesal aku terima kau ni. Nak sangat couple tapi tak reti nak take care pasal aku,”Adrianna menjerit marah kepada telefon bimbitnya itu, protes dengan sikap kekasihnya itu. Tapi sayang, rasa marahnya tidak sampai kepada kekasihnya itu.

            Adrianna marah kerana dia tidak pernah diperlakukan sebegitu rupa oleh mana-mana lelaki yang pernah bersamanya sebelum ini. Kekasihnya kini lebih mementingkan kerja daripadanya. “Kau tengoklah nanti, Taufiq.. Aku akan balas setiap rasa yang kau telah beri pada aku. Tak pedulikan aku ya? Bagus.. Sangat bagus perangai kau ni, Taufiq. Nantilah kau.”  

            Mata ralit menonton siaran Mega Movie di hadapannya. Filem yang bertajuk “The Matrix Revolution” ditonton dengan penuh khusyuk. Penggunaan kesan khas grafik di dalam filem itu  amat disukai gadis tersebut, menarik minatnya untuk tidak bergerak dari depan kaca televisyen. Pejam celik, pejam celik, jam di dinding telah menunjukkan jam 12 tengah malam. Rancangan ditunda sebentar untuk memberi laluan kepada saluran berita tengah malam iaitu Night Line.

            Adrianna merengus. Marah lagi.

“Tengah syok-syok aku tengok, time ni jugaklah Night Line kacau! Hish! Boring betullah!” Gadis tersebut  merebahkan dirinya di atas tilam. Tiba-tiba teringat akan apa yang sepatutnya dilakukan pada masa tersebut.

            Call Adam! Yes!

Dengan segera gadis manis yang garang itu bangkit dari pembaringan, mencapai telefon bimbitnya yang berada di meja kecil bersebelahan dengan katilnya.

            “Aku memang wajib call mamat tu ke? Hish.. Tiba-tiba rasa seram pulak..!” Gerutu Adrianna sambil menggigit hujung bantal yang berada dalam pelukannya itu. Gadis itu belum pernah melakukan perkara-perkara sebegitu rupa, menjadi seorang telangkai.

            Apa-apa pun, buat Super Saver dulu, Adrianna..

Setelah selesai membuat pelan panggilan murah tersebut gadis itu mendail nombor telefon milik Adam Fariz.

Minta-mintalah mamat ni sporting. Aku dah rasa takut pulak. Huhuhuhu....

            Gadis itu memejamkan matanya, berharap agar dia dapat melakukan panggilan itu. “Adrianna, kau boleh..!” Memberi sokongan kepada dirinya sendiri.
            “Hello?” Panggilannya dijawab oleh seorang pemuda. Berderau darah Adrianna saat itu. Gadis itu memeluk bantalnya erat-erat, cuba memberi keberanian untuknya berbicara dengan Adam Fariz.

“Err.. Hello. Ini aku, Adrianna..” Agak tergagap Adrianna ketika itu.Gadis itu mulai resah, tidak senang duduk.

            “Aku tahulah,” Jawab pemuda itu.

“Eh?? Mana kau tahu pulak ni??” Laju pula Adrianna bersuara. Dia tahu nama aku..?

            “Kau sendiri baru aje beritahu aku ni, kan?” Ketawa pemuda tersebut. Adrianna mencebik masam. “ Sekali dia buat lawak bangang daa..” gerutu gadis tersebut.


Kejora Cinta Adrian Part 37

            “Tak sangka daddy dengan mummy balik awal sangat. Kata nak stay dua tiga hari. Ryan, rumah kita tak best ke?” Soal Arissa kepada suaminya. Adrian mengangkat bahu tanda tidak tahu. Pemuda itu menjilat ais krim Cornetto yang berada di tangannya. Arissa memuncungkan bibirnya. Baharu sahaja nak bermesra dengan mertua, mereka dah terburu-buru nak balik. Katanya Dato’ Zulkarnain terpaksa terbang ke Sydney kerana ada urusan penting malam ini.

“Best apa kalau diorang tak ada. Tak kacau daun. Bolehlah kita manja-manja. Tak gitu?” Adrian tersengih dah macam kerang busuk. Pemuda tinggi lampai itu menghayunkan buaian yang dinaikinya. Arissa hanya mampu pandang ke depan dan belakang. Dia menggeleng berkali-kali.

Dah tua pun perangai macam budak-budak. Nak ais krimlah, nak main buaianlah.

“Orang tanyalah. Bukan orang suruh geleng. Jawablah..” Gerutu Adrian. Si isteri yang statik berada di buaian sebelah membulatkan mata. Geram!

“Tak best pun..” Selamba Arissa. Lantas Adrian menahan kakinya daripada terus menghayun buaian. Dia memandang wajah isterinya yang bersahaja. Dikecilkan matanya, memandang Arissa.

“Habis tu kalau tak best kenapa masa mummy dan daddy balik tadi you ketawa sorang-sorang. Eleh. Padahal dia excited nak berdua-duan dengan I!” Usik Adrian.

“Siapa pulak ketawanya? Bukan you ke yang buat muka gatal masa I tutup pintu rumah tadi! Inilah orang panggil paku dulang paku serpih, cakap orang dia yang lebih!” Berpepatah pula Arissa Azzalea ini!

“What dulang what serpih? I don’t understandlah.” Blur Adrian dibuatnya. Arissa bangun dari buaian lalu menepuk dahi pemuda kacak itu. Terpempan Adrian. Habis comot bibirnya de kais krim. Tertawa kecil Arissa dibuatnya.

“Itulah you! Siapa suruh duduk Amerika tu lama sangat? Kan pepatah melayu pun haram tak tahu.”

“So you blame me? Blame it on my parents lah! I kecik lagi masa tu kan!”

            “Alasan! Kalau you ni ada anak, mesti anak you malu dapat daddy macam you. Bahasa melayu pun tunggang-terbalik!” Arissa mengejek Adrian. Habis jatuh ke tanah ais krim cornetto di tangan Adrian. Adrian bangun dari terus duduk di buaian. Dia mendekati si isteri namun Arissa segera berlari anak menjauhi pemuda tersebut. Adrian mengejarnya. Sampainya di bangku batu, Arissa duduk. Adrian berdiri betul-betul di hadapan isterinya yang comel itu. Gadis yang mengenakan baju lengan pendek dan legging itu dipandangnya dalam-dalam sehingga Arissa mengalihkan pandangannya. Seganlah tu!

“You ni lari-lari pulak. Tahulah you tu juara lari pecut masa tadika dulu. Okay. Sekarang I nak tanya you something. Harap you jawab dengan jujur dan tersangat-sangat ikhlas. Okay. Ready?” Soal Adrian.

Arissa menggeleng. “Apa ready-ready? Ingat ni rancangan Who wants to be a millionare ke? Tak nak jawab..” Arisssa menjelirkan lidahnya. Tiba-tiba Adrian melutut di hadapan gadis itu dan menarik jari-jemarinya lalu diletakkan di dada. Arissa tergamam dengan reaksi spontan suaminya itu. Lidahnya kelu.

            “You rasalah kan, kalau kita ada anak, I akan jadi daddy yang baik tak?” Satu pertanyaan membuatkan Arissa makin kelu. Dia tidak menyangka ayat berkenaan keluar dari mulut Adrian.

“Kenapa tergamam ni? I tak ada cakap nak belikan you Ferrari ke apa ke. Nak bagi sejuta ringgit pun bukan. Simple je soalan tu. Jawablah..”

“I tak pernah fikir tentang semua tu lagi…” Separa terkejut.

“Soon or later mesti kita akan ada baby jugak kan? So I mintak opinion you aje, sayang. You tak nak baby ke?” Mata Adrian penuh pengharapan. Berdegup kencang dada Arissa. Macam nak luruh jantung dibuatnya. Tak pernah terfikir sehingga ke situ.

“Tak tahu nak jawab macam mana..”

“Sayang, pandang i..” Adrian dengan nada romantis. Bergetar jiwa Arissa mendengar panggilan manja dari sang suami. Dia memandang wajah Adrian.

            “I nak you lahirkan baby untuk I. I promise, as soon baby lahir I akan jaga dia sebaik-baiknya. Malam-malam kalau baby nangis, you tak payah risau nak bangun ke apa ke, biar I je yang handle.” Langsung terkedu Arissa. Sungguh manja Adrian malam itu. Meremang bulu roma memikirkan betapa seksanya mahu bersalin.

Ada ke orang cakap macam ni kalau nak ada anak?

“You ni biar betul. Bukan ke terlalu..”

“Awal?” Adrian memotong. Arissa mengangguk.

Adrian mencium tangan isterinya itu dengan penuh kelembutan sebelum dia kembali memandang si jelita yang mencuri hatinya itu.

“I nak dia jadi pengukuh kepada hubungan kita. I pasti, bila kita dah ada baby, you akan cintakan I sebagaimana I cintakan you. Kita besarkan dia sama-sama. I nak ada keluarga dengan you. Boleh?”

Arissa hanya memandang. Dia kehilangan kata-kata.

“You tak sudi ye? Tak apalah. Maybe you belum bersedia untuk terima I dalam hidup you..”Adrian lagi. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa terkilan apabila Arissa tidak mampu untuk menjawab permintaannya itu. Adrian bangun dari terus melutut lalu dia meninggalkan Arissa. Pemuda kacak itu berjalan ke tasik yang berada kira-kira beberapa puluh meter dari bangku tersebut. Batu-batu kecil dikutipnya lalu dicampakkan ke dalam tasik.

“Adrian..” Panggil Arissa. Serba-salah gadis itu dibuatnya.

Adrian diam. Tidak menjawab.

Arissa bangkit lalu menuju ke arah Adrian, suaminya yang mengenakan singlet beserta sweater putih berhood dan jeans lusuh.

“Betul ke apa you cakap ni? Atau you main-main?”

Adrian berterusan mencampakkan batu ke dalam tasik. Dia tidak memandang Arissa.“You rasa soal anak ni boleh dibuat main-main ke Rissa?”

            “Bukan apa. You kan selalu main-main. So I just want to make sure.”

Adrian memaling, memandang ke arah Arissa. Wajah seriusnya mula kelihatan.

“Look at me. Now, what do you think? Muka I macam main-main ke?”

Arissa menggeleng. “No.”

Adrian mendekati Arissa lalu memeluk tubuh isterinya itu erat-erat. Terpana Arissa saat itu. Kemudian, dia tersenyum.

“Apa yang I cakap tadi ikhlas dari hati, Rissa. I betul-betul dah jatuh sayang, cinta pada you. Kalau boleh I tak nak kehilangan you. I tak nak you tinggalkan I.” Terbayang-bayang mesej yang dilihatnya. Mesej yang merenggut ketenangannya. Dia tidak mahu perkara tersebut terjadi sedangkan dia sudah jatuh cinta pada isterinya itu.

“Kenapa you cakap macam ni, Ryan?”

“I tahu you tak cintakan I tapi I promise yang I akan cuba jadi husband yang baik untuk you. I just don’t want you to leave me. I need you.”

“Adrian..”

“Promise jangan tinggalkan I walau apapun terjadi. Please, sayang.” Pinta Adrian.

Arissa mengangguk. Adrian melepaskan pelukan lalu dihadiahkan Arissa sebuah kucupan manja di dahi gadis tersebut. Senyuman lebar terukir di bibir lelaki kacak tersebut. Adrian rasa lega setelah menyuarakan hasratnya.

“So maknanya, you sudilah lahirkan baby untuk I ye? Yeay! Seronoknya..! Nanti I akan jadi daddy paling cool dalam muka bumi. I will make our child proud! Haha!” Adrian ketawa besar. Begitu teruja pemuda itu. Arissa tergelak kecil.

“Nak jadi daddy cool konon. Makan ais-krim pun comot-comot. Macam budak terencat je I tengok! Sini. I kesatkan,”Jari-jemari halus Arissa lekat di bibir Adrian yang comot itu. Entah mengapa saat itu dia merasakan satu perasaan yang dipanggil bahagia. Bahagia kerana mempunyai seorang suami seperti Adrian.


Love Me Or Love Me Not Part 7

            “You look gorgeous today, my lady.” Puji Javen sambil matanya merenung gadis jelita di hadapannya. Akhirnya dia dapat berdua-duaan dengan Ai tanpa kehadiran Akio. Ai tersenyum simpul. Javen Giovanni sememangnya pemuda yang bermulut manis. Sentiasa memuji dan membuat gadis-gadis selesa bersamanya. Seorang lelaki yang sangat sensual, menarik minat wanita-wanita disekelilingnya. Namun sayang seribu kali sayang. Lelaki itu tidak berminat pada kaum berlainan dengannya. Mungkin kerana itu jugalah Ai berasa lebih selesa bersamanya berbanding dengan lelaki lain.

“Where are we going?” Soal Ai.

“Anywhere you want. Today, I’m going to be your servant.”

“Okay. Let me see. I’m hungry. Let’s eat.”

“As you wish my lady.”

Javen tersenyum lebar. Ai seharusnya dilayan seperti seorang puteri. Gadis semanis itu kelihatan makin menawan hari demi hari. Seringkali membuatkan hatinya tersentuh. Javen mendiamkan diri. Dia mula memikirkan sesuatu. Sesuatu yang akan membuatkan gadis itu gembira mendengarnya. Kini, apa yang diperlukannya adalah satu tempat di mana dia boleh berdua-duaan dengan Ai.

“Javen..” panggil Ai. Javen tersenyum. Matanya masih memandang ke hadapan. Fokus pada pemanduannya. Dahlah tak ada lesen, main bawak je! Kena saman polis baru tahu!

“Yes, my love?”

“Are you okay?”

“What do you mean by ‘are you okay’? Look. I’m fine.”

Ai mengangguk lemah. Dia tahu Javen menyembunyikan sesuatu daripadanya.

“Are you happy with your life?” Soalnya lagi. Senyuman masih terpapar. Palsu.

 “It was a blast. I can have everything I want. I live on what people called dream.” Makin lama senyuman yang dibuat-buat makin terserlah. Ketawa seakan mengejek dirinya sendiri mula mengiringi. Terselit kesedihan di riak pemuda tersebut. Aku ada segalanya namun tak ada orang yang boleh aku kongsikan semua ini. Alone and most of all, pathetic.

“Good for you.”

“Ai. I think we should talk more often.”

Ai tidak memahami maksud kata-kata Javen. Dia menggaru kepalanya.

“Nevermind. Forget it.”

Tangan si gadis menyentuh tangan si pemuda. Terbit rasa serba salah di hatinya. Memang dia kurang memberi tumpuan kepada Javen kebelakangan ini. Mungkin sebab itulah juga Javen mengambil keputusan untuk bercuti dan menghabiskan masa bersamanya di Malaysia.

“You are not good in lying you know.” Kali ini Ai mengembalikan ayat yang sering meniti di bibir Javen.

“I want to tell you something. The thing that I’ve keep for a long time.”

Bulat Mata Ai. Dia memandang wajah si pemuda. Tentang apa? Adakah dia akhirnya nak confess dekat aku yang dia ni gay? Javen, aku dah tahu lama dah. Tak perlu kau bagitahu, Akio dah ceritakan pada aku.

“About what?”

“About my feeling.”

Ai menelan air liurnya. Memang sah! Dia nak buat confession!

Kenderaan Myvi Pink milik si gadis berhenti di satu tempat. Tempat asing bagi Ai. Sebuah restoran? Kenapa nampak macam tak ada orang?

            Ai meninjau-ninjau kawasan sekeliling restoran terbabit. Lengang sangat. Entah-entah restoran ni tutup? Javen ni! Kalau tak tahu tanyalah aku dulu!

“Let’s go.” Ujar Javen dengan penuh hormat. Pemuda kacak itu tersenyum. Kali ini dia pasti akan meluahkan apa yang selama ini terpendam di hatinya. Sengaja dia booking seluruh restoran semata-mata untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Setakat booking seluruh restoran apa hal sangatlah. Demi Ai, aku tak kisah.

Dua orang pelayan sudah berdiri di hadapan pintu masuk restoran itali tersebut.

“Benvenuto signore, signora..” Serentak keduanya bersuara. Cantik paras kedua-duanya. Ai tersenyum lalu dia mengerling Javen. Tidak tertarikkan dia kepada perawan berdua itu? Kalaulah dia straight, senang-senang je gadis cantik berdua itu jatuh ditangannya. Tapi sayang, mustahil sekali.

“Grazie,” Balas Javen bersahaja. Salah seorang dari pelayan tersebut mengiringi mereka ke meja makan. Ai memerhatikan hiasan dalaman restoran terbabit. Cantik. Dinding dihiasi indah dengan beberapa lukisan besar. Perabot di situ juga kelihatan mewah. Namun sayang, tiada pengunjung di situ.

Cantik gila tempat ni. Tapi malangnya tak ada orang pun datang makan. Tak sedap ke makanan dekat sini? Mesti Javen ni dah kena tipu. Kesian.

Javen menarik kerusi untuk Ai. Sejak tadi tak habis-habis pemikiran gadis itu diselerakkan dengan pelbagai pertanyaan.

“Thanks. Ermm.. Javen. Why there’s no one here? Are you sure you come to the right place?” Ai gusar. Javen kemudiannya menolak kerusi gadis itu perlahan sebelum dia pula yang duduk. Dihadapan gadis cantik itu. Javen menongkat dagu, memandang wajah gadis yang dirinduinya itu.

“Actually, I do learned malay language when I’m in Milan. And I passed the test with a flying colours.” Javen tertawa. Hampir terkeluar biji mata Ai dibuatnya.

 “What? Are you kidding me??” Kuat kedengaran. Javen mengangguk.

Biar betul mamat ni. Ke dia tengah buat lawak seantero dunia?

“Tak. Saya tak bergurau.” Kedengaran perkataan-perkataan bahasa melayu terbit dari mulut Javen. Kedengaran sedikit pelik bunyinya. Melopong mulut Ai, tidak percaya apa yang baru sahaja didengarinya. Javen cakap bahasa melayu???

“Javen. Am I dreaming?”

Javen mengeluh. “Great. Now, after all I’ve been through all summer learning the your hard-to-die language, you still don’t believe!” Kembali lancar berbahasa inggeris. Pipi Ai ditampar perlahan oleh Javen.

“Bermimpi lagi ke kalau macam ni?” Javen.

Satu senyuman lebar tiba-tiba terbit di wajah Ai. Dia bangun dan mendapatkan Javen lalu dipeluknya lelaki tinggi lampai berbadan tegap itu dengan penuh keriangan. Tak sangka Javen sanggup belajar bahasa melayu demi dia dan Akio.

“Tak sangka! Ahhh! Javen! You are soo sweet!!”

Javen ketawa. Tak sangka Ai akan begitu gembira. Kalau dia tahu, dari awal lagi dia dah pergi kelas bahasa melayu itu.


"Tapi pasal Pak Harun tadi tu saya tengok macam ada miscomunication aje! Kenapa awak tak cakap bahasa Melayu dengan dia? Mati-mati saya ingat awak memang tak reti bahasa Melayu!" Ai menambah lagi.


"Saje je. Saya nak cakap bahasa Melayu dengan awak seorang je. Pada orang lain anggap ajelah saya ni buta bahasa ibunda awak ni. Simpan sebagai rahsia. Awak seorang je boleh tahu. Akio pun tak boleh tahu okay?" Javen tersenyum. Ai mengangguk tanda setuju. Tidak pernah dia rasa teruja sebegitu sekali.

“Lepas ni tak ada lagi English okay? Sepanjang saya berada di Malaysia, gunakan bahasa awak. Banyak lagi saya kena belajar, Ai.” Kekok kedengaran namun Ai masih gembira. Rasa nak lompat-lompat sampai atas atap!

Benda ni ke yang dia nak bagitahu? Ceh. Aku ingatkan dia nak reveal identiti gay dia tu. Buat suspen aje!

“Posso prendere il vostro ordine, signore? Ecco il menu.” Pelayan tersebut menghulurkan dua keping menu di tangan Javen dan juga Ai. Ai masih memandang Javen dengan perasaan kagum. Dia tersenyum simpul.

“Masih tak percaya.”

            “Kenapa?” Javen tersenyum lagi. Macam nak pecah otaknya belajar Bahasa Melayu sejak musim panas tahun lepas. Kali terakhir dia bertemu Ai sewaktu gadis itu dan keluarganya bercuti di Bali, dia mengambil keputusan untuk mempelajari bahasa ibunda gadis tersebut. Senang untuk mengeratkan lagi perhubungan mereka.

“Tak sangka Javen Giovanni yang datangnya dari Itali pandai berbahasa melayu. Kagum sangat-sangat,” Ai. Setelah pesanan dibuat, Javen mengambil keputusan untuk memberitahu Ai perkara yang sebenarnya. Perkara yang selama ini disembunyikan dari pengetahuan gadis tersebut.

“Saya ada sesuatu nak beritahu pada awak, Ai.” Tersusun rapi tuturnya. Ai yang sedang memakai napkin mengalihkan pandangannya ke arah pemuda kacak tersebut. Javen berdehem lalu memperbetulkan kolar kemejanya. Air liur ditelan.

Buona fortuna, Javen!

            Ai gementar. Dia tidak tahu harus bereaksi bagaimana. Apa yang patut dikatakan olehnya jika Javen mula mendedahkan rahsianya? Oh! Masalah!

“Cakaplah…”

“Awak jangan terkejut ya?”

“Kenapa nak terkejut?”

“Sebab.. Ermm.. Ai..”

“Yes?”

“Promise you won’t freaking out okay?” Javen gementar. Hilang sudah bahasa melayunya.

“Promise.”

“Are you sure?”

            “Yalah.” Ai. Makin gementar gadis itu. Dia meneguk mineral water yang berada di dalam gelas tinggi di tangannya. Kenapa Javen pilih masa sebegini untuk mendedahkan segalanya? Aku gabralah!

“I’m not what you think I am.”

“I knew it already, Javen.”

Javen terdiam seketika. Dia sudah tahu kebenaran kah?

“Know what?”

“That you’re gay.” Saat Aiko memanculkan ayat tersebut dari mulutnya, terkesima Javen. Bukan itu yang dia mahu perkatakan!

Mana pulak dia dapat cerita karut ni? Sah-sah dari Akio! Oh damn it! Dannazione!

Ai dapat melihat riak wajah Javen yang serta-merta bertukar itu. Dia terlepas cakap! Pastinya Javen berkecil hati dengannya. Mungkin juga pemuda itu rasa dirinya diperlekehkan Ai.

            “Excuse me. Saya nak ke tandas.” Javen bingkas bangun dan meletakkan napkin di atas meja lalu menuju ke tandas. Hatinya terasa seperti ingin meletup saat itu jugak.

Sesampainya di tandas, pemuda kacak itu merenung wajahnya di hadapan cermin. Terasa sakit di hatinya.

I’m not a gay. Semua tu gurauan aku dan Akio sahaja! Apa yang aku nak beritahu pada kau ialah aku dah jatuh hati dengan kau sejak dulu dan aku nak ambil kesempatan kali ini untuk menjadikan kau teman istimewa aku, Ai!

            Javen membasahkan wajahnya. Tiada lagi keberanian untuk berterus-terang selepas apa yang baharu sahaja didengarinya daripada mulut Ai. Keberanian yang membawanya ke Malaysia itu hilang serta-merta.

“I don’t know what to do now…”

Javen meraup wajahnya berkali-kali. Terasa satu beban yang menekan hatinya. Beban yang ditanggung semenjak sekian lama. Sudah lama dia menahan perasaan kepada sahabatnya itu dan buat sekian kalinya, dia masih gagal menyuarakannya.

Aiko Arielle, I love you too much. Could you understand my feeling to you? 

Love Me Or Love Me Not Part 6

Satu tamparan melekap di pipi cerah Eydden. Terpana pemuda itu dibuat Ai.Wajahnya bertukar warna. Akhirnya air mata si gadis melimpah juga.

“Masa saya mula-mula masuk sini, everything was okay! Tapi lepas awak muncul dan menganggu saya dengan perkara yang entah apa-apa tu, hidup saya jadi tunggang-terbalik tahu tak? Perempuan dekat kolej ni cakap macam-macam pada saya! Diorang cakap saya goda awak! Bukan tu je gelaran yang saya dapat okay!” Ai mula meluahkan rasa yang tak tertanggung dalam hatinya.

“Ai..!” Eydden ingin memotong kata-kata Ai namun tidak sempat. Ai lebih pantas.

“Setiap hari diorang sakitkan hati saya, awak tahu tak? Saya tak pernah pun kacau hidup diorang. Sikitpun tak pernah saya ada niat nak ganggu hidup awak.” Ai menyeka air mata yang mengalir. Eydden berasa serba-salah. Dia tidak sangka perbuatannya melukakan hati gadis idamannya itu.

“Awak. Ai, look at me.. Ai..!” Eydden memegang bahu gadis tersebut.  Ai tidak lagi memandang pemuda itu setelah manik jernih mengalir turun dari matanya.

“Awak, semua tu betul awak. Semua tu ikhlas dari hati saya. Saya bukan main-main awak. Saya memang suka pada awak. Tapi saya tak tahu macam mana cara untuk saya luahkan pada awak sebab tiap kali awak jumpa saya, mesti awak nak mengelak. Saya buntu.”

            “Jadi awak gunakan alternative Facebook nak luahkan perasaan? Awak tahu tak berapa ramai orang yang baca status tu? Berapa orang yang dislike status tu? Berapa ramai orang yang mengeji saya dalam tu? Saya sakit hati awak!”

“No! Awak tak perlu dengar cakap orang, Ai!”

“Awak tak tahu apa-apa!”

“Apa yang saya tak tahu ialah macam mana caranya untuk awak terima diri saya ni dalam hidup awak!” Kata-kata Eydden membuatkan Ai tersentap. Wajah serius Eydden membuatkannya terdiam. Tidak pernah dia melihat reaksi sebegitu daripada pemuda yang terkenal dengan sifat happy-go-luckynya.

            Eydden meraup wajahnya berkali-kali. Dia sudah terlepas cakap. Dia telah menyatakan apa yang selama ini terpendam dalam hati kecilnya itu. Pemuda itu mengesat air mata yang jatuh ke pipi si gadis. Perawan ini benar-benar mencuri hatiku!

Ai menolak tangan Eydden yang menyentuhnya. Terasa jijik!

“Saya tak tahu macam mana saya boleh jatuh cinta pada awak. Awak selalu nak elakkan diri awak dari saya macam saya ni raksasa. Semakin hari makin saya tertarik pada awak. Saya cuba nak luahkan perasaan saya pada awak tapi awak selalu reject saya sebelum saya mampu cakap apa-apa. Saya dah tak tahu macam mana saya nak miliki hati awak.” Eydden bersuara lagi. Biar kali ini Aiko mengetahui isi hatinya. Dia tidak mahu Ai jatuh ke tangan orang lain.

“Shut up..” Ai.

“Ai.. Tolonglah terima saya..”

“I said shut up!” Nada keras terhambur keluar dari mulut Ai.

“Saya tak tahu berapa ramai perempuan awak boleh dapat dengan cara macam ni tapi saya tak akan sesekali jatuh ke perangkap lelaki macam awak. Awak jangan ingat saya bodoh. Awak tu player. Semua orang tahulah! Awak hanya tahu mainkan hati perempuan! Macam mana awak tahu apa erti cinta kalau awak hanya reti menghancurkan hati orang?”

“Ai, awak tak faham!”

“Apa yang saya tak faham? Saya dah dengar semua cerita pasal awak!”

“Awak lagi percayakan mereka dari saya?”

“Siapa awak untuk saya percaya?”

Eydden menyisir rambutnya ke belakang. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk Ai menerima dan sekaligus, membawa masuk dia ke dalam dunianya.

 “Maafkan saya kerana memaksa awak,” Ujar Eydden dengan nada penuh dengan kehampaan. Dia tidak lagi memandang wajah Ai yang kemerah-merahan menahan amarah dan kesedihan kerananya. Dia tidak mahu memandang Ai lagi kerana gadis itu melukakan hatinya. Inilah kali pertama pemuda itu benar-benar telah jatuh hati dengan seorang gadis. Tidak sangka cintanya ditolak mentah-mentah.

            Blackberry milik Ai Arielle tersebut nyaring menjerit minta panggilannya dijawab. Ai segera meraba poket begnya. Tertera nama Javen di skrin.

“Hello Ven..” Kedengaran suara sayu gadis itu.

“Ai. Are you okay? Your voice..!”

“I’m okay. What’s up?”

“I’m waiting you at the gates.” Javen lagi. Tidakkah dia tahu Ai ada kelas pagi ini?

“Sorry. I can’t. I have classes right now.”

“I will wait for you.”

“Okay. As you wish.”

Eydden menyandarkan tubuhnya di pokok renek tersebut. Hanya mendiamkan diri. Ai memandang pemuda tersebut. Kemudian, dia meninggalkan Eydden tanpa sebarang kata. Eydden mengeluh berat.

Aku tak pernah mempermainkan perempuan seperti yang kau katakan, Ai. Tak pernah. Mungkin aku seorang lelaki yang mudah didekati wanita tapi aku bukan lelaki yang senang jatuh cinta dan aku pasti aku tak akan jatuh cinta pada orang lain selain kau, Ai. Percayalah. Mungkin aku nampak seperti seorang player tapi hakikatnya aku bukan, Ai.

Eydden duduk di atas rumput dan menekupkan wajahnya dengan tangan. Entah kenapa dia berasa begitu terluka saat itu.

*     *    *

            “Eyd! Are you okay? Hey, cheer up!” Ujar Ashraff Iman yang periang. Dia memeluk bahu Eydden yang kelihatan tidak bermaya. Jarang sekali dia dapat melihat riak sedih pemuda tersebut. Eydden lebih banyak tersenyum selama ini. Adakah mungkin kerana seorang gadis, Eydden kehilangan semangatnya untuk terus menjadi seorang yang happy-go lucky?

“Aku tak ada mood sekarang Raff. Aku nak baliklah,” Tangan Ashraff ditolak perlahan. Akheer dan Zareef saling berpandangan.

Mak ai! Kuat betul penangan Ai sampaikan boleh tunggang-terbalikkan hidup kawan aku ni!

“Bro bro bro! Relax. Apa kata kau cerita dulu kat kitorang apa yang terjadi sebelum kau nak blah? Kitorang curious nak tahu apa yang dah jadi,” Akheer menarik Eydden menuju ke arah bangku berdekatan lalu ditolak perlahan tubuh pemuda itu sehingga dia terduduk.

“She ditch me.” Ringkas Eydden. Terbeliak biji mata tiga orang sahabatnya itu. Tidak sangka Ai sanggup reject lelaki yang cukup sifat macam Eydden. Rupa ada, handsome pun handsome. Anak orang senang. Baik dan menawan. Apa masalah minah kacukan itu sehingga sanggup menolak lelaki yang mempunyai ciri-ciri digilai wanita sedemikian?

“Biar betul? Mate, are you kidding?” Akheer.

“She just ditch me.”

“So… apa yang kau nak buat?”

“Nothing. Dah dia tak suka aku, apa aku boleh buat?” Sedikit terkilan nada suara Eydden. Ashraff memandang Zareef yang masih berdiam diri di situ.

Say something to him, will you?

 “Korang baliklah dulu. Aku nak cakap dengan Eyd berdua aje.” Ujar Zareef. Ashraff dan Akheer mengangguk tanda faham. Hanya Zareef yang boleh memulihkan semangat pemuda tersebut. Mereka sudah berkawan baik lebih daripada sepuluh tahun, pastinya Zareeflah yang paling arif mengenai sahabat baiknya itu. Lebih arif dari Ashraff dan Akheer.

“Okaylah bro. Kitorang gerak dulu. Apa-apa hal, kita jumpa dekat tempat biasa malam ni ye?” Ashraff. Dia bersalaman dan berlaga bahu dengan Zareef dan Eydden sebelum beredar ke parking untuk mendapatkan kenderaan masing-masing.

Eydden memandang Zareef lalu tersenyum. Senyum yang kelihatan sungguh hambar. Zareef menepuk bahu sahabatnya itu. Kemudian, dia duduk bersebelahan dengannya.

“She sure means a lot to you, right?” Zareef Aisy memulakan perbualan. Eydden kemudiannya mengangguk lemah.

“I know. Ai tu seorang gadis yang unik dan aku rasa, sebab keunikan dia jugaklah kau jatuh hati pada dia. Selama ni aku belum pernah tengok kau down macam ni sekali.”

“Dia tak pernah nak bagi aku peluang untuk luahkan isi hati aku, Zar. Dia terlalu peduli tentang apa yang orang sekeliling cakap pasal dia. Bagi dia, aku ni cuma seorang lelaki yang hanya reti mempermainkan perempuan. Kau pernah tengok aku betul-betul serius dengan seseorang selama ni? Tak kan?”

“Kau betul-betul nak kan dia?”

“More than anything in the world, man. More than anything.”

“So kau tak boleh putus asa. Kau kena buatkan dia jatuh hati pada kau.”

Bulat mata Eydden saat itu. Dia memandang wajah Zareef dengan pandangan penuh harapan. Ada cara lainkah untuk dia memiliki hati Aiko Arielle, perawan berhati dingin itu? Adakah gadis itu mungkin akan jatuh hati kepadanya?

 “Tell me mate. Tell me how!” Eydden. Teruja mendengar kata-kata dari sahabatnya. Senyuman lebar terbit di bibir pemuda berdarah arab itu. Zareef menarik nafas dalam. Dia lega Eydden tidak lagi bermuram durja seperti tadi.

Patutkah aku biar Eydden dapat apa yang dia mahukan?

Berjuta persoalan terbit di pemikiran sang pemuda. Apa yang sedang dirasakannya kini? Mengapa hatinya berat untuk membiarkan Eydden memperolehi segala apa yang diinginkannya? Patutkah dia membantu Eydden mendapatkan Aiko? Saat itu hatinya rasa gusar. Adakah dia turut menyukai gadis berkenaan?

“Kau benar-benar nak tahu caranya?”

*     *     *

Javen memandang lenggok tubuh Ai yang menghampiri pagar kolejnya. Sengaja dia mahu menjemput gadis tersebut. Hampir tiga jam dia berada di situ. Beberapa kali jugalah dia didatangi pengawal keselamatan kolej kerana berada terlalu lama di luar kolej. Risau mengenai keselamatan pelajar kolej katanya. Namun,oleh kerana Javen langsung tidak tahu berbahasa melayu dan pengawal tersebut tidak berapa fasih berbahasa inggeris, terjadi sedikit salah faham di antara mereka.

            “Awak kenal tak lelaki yang ada kat dalam Myvi tu?” Soal Pengawal keselamatan kolej tersebut kepada Ai. Ai agak terkejut dengan pertanyaan lelaki yang dikenali sebagai Pak Harun itu lalu dia menjenguk plat kenderaan Myvi Pink gelap tersebut. Kemudian gadis itu tersenyum lalu mengangguk.

“Kawan saya tu, Pak Harun. Emm.. Boleh saya tanya kenapa?” Soal Ai. Kelihatan Javen menurunkan cermin kenderaan lalu melambai-lambaikan tangan kepada gadis itu. Ai membalas semula lambaiannya. Apa kau dah buat hah?

“Pak Harun ingatkan dia ada niat jahat tadi. Dah tiga jam dia tunggu kat depan gate.” Pak Harun dengan ketawa besarnya. Ai menjeling Javen yang berada di dalam kereta. Aku ingat kau main-main je tadi Javen!

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star