Love Me Or Love Me Not Part 9

            Puan Dahlia memandang anak mendiang sahabatnya yang sudah besar panjang itu. Javen yang sedang makan roti itu terdiam lalu memberhentikan suapannya. Dia memandang wanita yang dianggap sebagai pengganti ibunya. Javen tersenyum, menampakkan lesung pipitnya yang dalam.

“Why you looking me like that, mama?” Soal Javen. Dia meneguk segelas jus oren yang berada di tangannya. Sudah kebiasaannya dia memanggil Puan Dahlia dengan panggilan mama. Puan dahlia menghampiri anak muda berusia dua puluh lima tahun itu. Dia mengusap kepala Javen dengan lembut. Hati Javen tersentuh dengan sifat keibuan yang ada pada Puan Dahlia. Seringkali dia berasa cemburu kepada pasangan kembar itu kerana mereka masih mempunyai seorang ibu dan ibu mereka sangat penyayang. Tidak seperti dirinya yang sudah lama tidak punya sesiapa lagi di muka bumi ini. Ibu bapa serta dua orang adiknya maut dalam nahas kapal terbang hampir tujuh tahun lepas di saat dia baru mengenal erti kehidupan.

            “Are you happy with your life, Javen?” Soal Puan Dahlia. Javen tersenyum lalu dia mengangguk perlahan. Tapi naluri keibuan Puan Dahlia mengatakan sebaliknya. Dia tahu Javen kesunyian sewaktu berada jauh daripada mereka bertiga. Seawal pemergian keluarganya, Javen dijaga Puan Dahlia selama dua tahun. Setelah pemuda itu menyambung pelajaran ke Italy, dia bertekad untuk berdikari. Susah hatinya apabila terpaksa menyusahkan kawan baik mendiang ibu bapanya itu. Akhirnya setelah dia berjaya dalam pelajaran dan kerjayanya, dia kembali mendapatkan orang-orang yang dia sayang iaitu keluarga Ai.

            “Javen.. I found something in your room.” Ujar Puan Dahlia. Terkejut Javen. Benda tak elokkah? Seingat dia tidak pernah pula dia membawa bahan terlarang ke kediaman guru bahasa Inggeris itu.

“What? I didn’t do something wrong, mama..!” Javen bangun dari duduk dan memandang wanita tersebut. Puan Dahlia memegang tangan Javen lalu dipandangnya mata anak muda itu tepat-tepat.

“Kenapa Javen tak bagitahu mama yang Javen dah peluk agama Islam?”

            Javen menarik tangannya lalu dia mengelus rambut blonde semulajadinya itu. Dia terpempan mendengar kata-kata yang terhambur dari mulut wanita itu. Rahsianya telah terdedah!

“Mama, I..! How can you know..?”

“Enough. Mama dah tahu dah yang Javen pandai cakap melayu sekarang. Ai terbagitahu pada mama. Dan apa yang mama nak tanya pada Javen ialah, kenapa Javen tak bagitahu mama yang Javen dah masuk Islam?” Soal Puan Dahlia. Senyuman menguntum di bibir nipis wanita cantik tersebut.

“Sebab Javen takut mama ketawakan Javen. Sumpah Javen tak main-main pasal agama semua ni!” Javen mengangkat tangan kanannya, tanda bersumpah. Puan Dahlia mengangguk.

“Nasib baik mama jumpa tikar sejadah dan surah Yasin dalam bilik tu. Kalau tak sampai sudah Javen tak bagitahu mama tentang perkara ni kan? Javen, Javen. You are full of suprises you know? Dengar ni. Mama tak akan ketawakan Javen. Malah mama bangga sangat-sangat dengan Javen. Javen dah membesar dengan sangat baik,”Puan Dahlia memeluk anak muda berbadan tegap itu. Dia terharu.

            “Mama..” Panggil Javen. Puan Dahlia meleraikan pelukan.

“Javen berterima kasih pada mama sebab jaga Javen selama ni. Kalau tak ada mama, Akio dan Ai, pasti Javen tak tahu dekat mana Javen ada, apa Javen buat. Terima kasih mama.” Javen mulai sebak. Beberapa hari lagi dia akan tinggalkan bumi Malaysia dan kembali kepada hidupnya yang bosan di Italy. Tidak mahu berpisah dengan mereka semua terutamanya Ai. Pedih menahan rasa rindu di dada. Kalau boleh mahu sahaja dia meminta kebenaran Puan Dahlia untuk menikahi anak daranya itu lalu membawanya terbang ke Italy dan hidup berbahagia selamanya. Namun, keberaniannya telah hilang sama sekali. Tak mampu untuk menyebut perasaan cinta dan sayang setelah insiden tempoh hari.

            “Eh? What happen? Why two of you look so sad huh? Is there something happen? Where’s Ai?” Soal Akio yang baru turun daripada anak tangga. Javen menarik nafas dalam. Puan Dahlia mengesat air mata yang bertakung. Kemudian, dua-duanya tersenyum. Akio menggaru kepalanya, pelik dengan reaksi ibu dan sahabatnya itu. Pemuda itu membuka peti ais dan mengeluarkan sekotak jus epal.

“Both of you sure hiding something from me. Strange..” Lalu dikoyakkan hujung kotak dan diteguk jus epal yang agak masam itu. Javen kembali duduk di kerusi bertentangan dengan Akio. Pemuda yang memakai spek tidak bercermin itu diperhatikannya. Memang K-Pop!

“Tak adalah. Tadi mother borak-borak sikit dengan Javen ni. Terbuka cerita lama.” Ibu lelaki tersebut bersuara. Akio memandang Javen. Dia mengecilkan matanya yang sudah tersedia sepet itu.

            “What story?”Soalnya lagi.Pemuda itu meneguk jusnya lagi.

“Cerita lamalah..” Ringkas Javen. Tersembur jus yang berada di dalam mult Akio. Selamat tak mengena muka Javen. Terbatuk-batuk Akio dibuatnya. Pemuda itu mengurut dadanya. Mata sudah berair akibat tersedak.

“Uhuk! Uhuk! What?? Sejak bila kau pandai bahasa melayu ni??” Soal Akio kuat. Tertawa ibu dan sahabatnya itu memandang reaksi dramatik Akio Zachary.

            “Ketinggalan zaman. Semua dah tahu, Akio je seorang yang tak tahu!” Usik ibunya. Javen tergelak besar. Nak pecah perut rasanya. Kelihatan baju Akio yang sudah basah. Makin menjadi-jadi gelak Javen.

“You always making fun of me when I’m do not understand any your language. And now guess what? You’re the one who look hilarious! Serve you right!” Javen berseloroh. Akio mengesat mulut dengan baju yang baru dibelinya semalam itu. Tak sangka kaw-kaw dia kena bahan dengan Javen.

            “Habis baju baru aku! Mother?? Urghh! Just forget it!” Lalu segera pemuda itu berlari ke tingkat atas, mahu dicucinya baju putih berjenamanya itu.

            Puan Dahlia mencapai kain kesat lalu mengesat segala kekotoran yang telah dilakukan Akio. Wanita itu menggeleng sambil ketawa kecil mengenangkan anak lelakinya itu. Merajuklah tu!

Javen yang masih berbaki tawanya itu membantu si ibu. Dia mencapai gelas dan pinggan yang terkena jus epal lalu membawanya ke sinki. Dicucinya terus. Teringat pada kekasih hatinya Aiko Arielle.

“Mama.. Emm.. Ai mana? Dia dah balik belum?” Soal Javen lembut. Puan Dahlia mengangguk. Katanya sewaktu Javen tertidur di ruang tamu tengahari tadi anak daranya itu pulang. Tiada sepatah kata, terus naik ke biliknya.

            Setelah selesai mencuci pinggan mangkuk, Javen meminta izin untuk naik ke tingkat atas. Pemuda itu segera memanjat anak tangga. Mahu melihat keadaan Ai. Mungkin gadis itu tertekan untuk mengasingkan masa untuk assignment yang bertimbun-timbun dan juga menguruskan butik onlinenya itu.

            Javen mengetuk pintu bilik tidur Ai. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Tiada balasan.

“Ai.. It’s me, Javen.” Javen bersuara. Dia masih mengetuk pintu bilik tersebut. Beberapa saat kemudia, pintu dikuakkan. Kelihatan wajah sugul Ai terpampang di muka pintu. Kemudian, gadis tersebut kembali ke katilnya lalu menghempaskan diri di atasnya. Javen melangkah masuk ke kamar yang dihias cantik itu.

“Hey, what’s wrong?” Javen menyentuh bahu Ai setelah dia duduk bersebelahan gadis itu. Ai memeluk bantal berbentuk bintang bewarna kuning di sebelahnya. Javen memerhatikan gelagat Ai. Gadis yang hanya bersinglet dan seluar paras lutut itu mengeluh berat. Dia tidak memperdulikan Javen yang tercanguk si situ.

“Dengar tak ni..”

Masih diam. Javen tersenyum. Dia menarik lengan gadis tersebut sehingga terangkat badan gadis yang sedang berbaring itu. Bulat mata Ai dibuatnya.  Javen menarik gadis itu ke dalam pelukannya. Ai mula bergenang air mata. Kekecewaannya langsung tak dapat disembunyikan daripada pandangan Javen.

            “Ada apa ni? Apa yang jadi sebenarnya ni?” Soal Javen. Dia melurut rambut panjang gadis yang dicintainya itu. Sesekali dia mencium kepala Ai. Ai memeluk Javen erat-erat.

“Saya nak masuk pertandingan tu. Impian saya dah musnah…” Air mata terkilan mengalir lagi. Sejak dahulu lagi dia bercita-cita menjadi seorang pereka fesyen yang ternama di tanah air. Dia mahu menggunakan flatform itu untuk menaikkan namanya di bidang tersebut. Tak sangka satu-satu peluang yang ada di depan mata sudahpun musnah.

“Dah.. Jangan menangis. You know something? Let’s go have a walk. I want to tell something to you.” Javen.

Ai meleraikan pelukannya. Dia mengangguk. Javen menuju ke arah almari pakaian gadis tersebut. “Mana bungkusan yang saya hadiahkan tempoh hari? Awak tak buka lagi kan? Let see if you can keep your promises.”

Ai bangun dan mendekati Javen. Dia membuka laci terakhir almari pakaiannya itu lalu mengeluarkan bungkusan yang diberikan Javen ketika pemuda itu sampai ke bumi Malaysia. Dihulurkan kepada pemuda itu. Javen membuka bungkusan tersebut. Emilio Pucci Printed Boat Neck Dress kini terpampang di hadapan mata Ai. Terlopong mulut Ai saat itu. Dia segera mendapatkan pakaian tersebut dari tangan Javen. Dibelek-belek pakaian berjenama tersebut. Tidak percaya apa yang baru dilihatnya itu. Javen tersenyum puas melihat reaksi Ai.

            “Javen! Are you kidding me? Emilio Pucci??  OMG! OMG! This is the most wonderful gift I ever got! Thank you soooo much! Ah! Gorgeous!!” Ai menjerit keriangan. Dia memeluk tubuh tegap Javen erat-erat.

Tergelak Javen dibuatnya. Memang sengaja dia membelikan gadis itu hadiah semahal itu. Dia tahu betapa minatnya gadis itu terhadap fesyen Italy. Saat itu dia terfikir sesuatu. Jika dia mengajak gadis itu tinggal di Milan pasti gadis itu akan tidak teragak-agak bersetuju. Alangkah bahagianya dapat hidup dengan gadis tercinta. Lebih-lebih jika gadis tersebut bernama Aiko Arielle.

 “Do you like it?” Soal Javen. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

“Are you crazy? I love it!! Terharunya. Finally I have my own Emilio Pucci dress..!” Ai tersenyum lebar. Dibelek-beleknya dress atas lutut biru multicolour dan bercetak geometrik itu. Setiap butir ditelitinya.

Bateau neckline, long sleeves, shift silhouette, silk. Damn fine!

            “And also this. And this.” Dua barangan lagi dikeluarkan Javen dari kotak tersebut. Saat itu terasa mahu terbang Ai dibuatnya.  Sepasang kasut dan anting-anting berjenama diletakkan di atas meja.

“Kill me now.”

“I won’t let you die before you wear all of this.” Javen berseloroh. Ai mendekati Javen lalu memeluknya sekali lagi. Bahagia betul Javen hari ini.

“Look. Fendi  Crisscross Napa Booties. Earing by David Yurman. Am I right? OMG! Banyak sangat kejutan ni! Saya nearly kena heart attack awak tahu tak!” Ai. Sudah hilang rasa terkilannya terhadap MIFW. Sesiapa pun bakal bereaksi sepertinya jika mendapat hadiah semahal itu. Baju, kasut dan anting-anting sahaja sudah mencecah sepuluh ribu ringgit! Tak terbayang langsung di pemikirannya menerima kejutan mewah itu.

            “Tapi.. saya tak boleh terima ni semua. Gila mahal ni!”

Javen bangkit dari dudukannya. Dia memegang bahu gadis idamannya.

“Saya beli semua ni untuk awak. Takkanlah awak nak tolak? Saya nak beri pada siapa? Saya tak ada sesiapa melainkan awak dan keluarga awak. Sampai hati awak nak tolak pemberian saya ni?” Ai memandang mata biru Javen lalu dia tersenyum lebar.

“Sekarang awak bersiaplah okay. Saya nak bawa awak keluar. Take your time dear,” Javen melangkah keluar. Setelah itu Ai melompat ke katilnya lalu bergolek-golek kegembiraan. Emilio Pucci, Fendi, David Yurman! I love youuuu…!!

4 comments:

Unknown at: September 29, 2011 at 4:01 AM said...

bestnya ai..
lau cani,nangis ary2 pon tkpe..
ade org pujuk + dapat hadiah lagi..
~jeles~

Bintang Asterisk at: September 29, 2011 at 5:10 AM said...

HAHAHA. takde lah sampai setiap hari.
Javen kan orang kaya. Pastu takde sesape lak. So dia bagi lah sikit kesenangan pada buah hati pengarang jantung dia. HAHA.

Anonymous at: September 30, 2011 at 12:51 AM said...

so sweet javen....

Bintang Asterisk at: September 30, 2011 at 6:30 AM said...

HAHA! kan?

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star