Kejora Cinta Adrian Part 35

            Jari-jemari mengetuk meja, berirama. Ammar Wafi memandang sekeliling pejabat Adrian Zareth. Cantik. Segelanya tersusun rapi. Beberapa Bingkai gambar tertera wajah Adrian yang cukup kacak dan menawan itu. Terselit sedikit rasa cemburu melihat segala kesenangan yang telah diperolehi Adrian. Kesenangan yang jatuh bergolek-golek ke kaki pemuda tersebut. Kesenangan yang diperolehi dengan mudah. Itulah tuah memiliki bapa yang banyak harta, fikir Ammar.

Sudah lima belas minit Ammar menunggu Adrian. Setiausaha Adrian mengatakan pemuda itu sedang bermesyuarat dengan ahli lembaga pengarah di bilik mesyuarat. Pemuda itu semakin bosan. Kemudian, dia membelek telefon bimbit berjenama HTC miliknya. Dibukanya mesej yang dibalas Adrian pagi tadi, mesej yang dihantar kepada buah hatinya itu. Dia tersenyum sinis. Dia pasti Adrian mesti tertanya-tanya siapakah keparat yang menganggu rumahtangganya dan pasti pemuda itu tidak tahu bahawa sahabat baiknya itu orangnya.

Bukan main eh lagi kau sound aku. Tengoklah balasan yang aku bagi nanti, Ryan.

            Ammar mengatur strateginya. Dia akan menyakiti Adrian sehingga pemuda itu melepaskan Arissa daripada ikatan perkahwinan. Nasib baik nombor telefonnya keduanya itu tidak diberikan pada Adrian Zareth. Kalau tidak sah-sah kepalanya kena cantas dek pemuda yang panas baran itu!

Kedengaran pintu pejabat dibuka. Ammar mengalihkan pandangan. Tertera wajah Adrian dengan senyuman lebarnya. Meluat Ammar memandangnya.

Kita tengok berapa lama lagi kau mampu tersenyum lebar macam tu.

Ammar membalas senyuman sahabatnya itu. Dia bangkit daripada duduk dan menuju ke arah Adrian lalu bersalaman dengan pemuda tersebut, atau lebih tepat lagi musuh cintanya. Adrian meletakkan beberapa keping fail ke atas meja dan mencabut  kot yang tersarung pada badannya lalu disangkut di tempat yang disediakan.

“Lama jugak tak jumpa kau kan? Kalau tak silap aku lepas aku balik honeymoon hari tu. Kau ni tiba-tiba datang mesti ada apa-apa. Datang dekat office pulak tu.”

            Ammar berdehem. Mana kau tahu ni? Aku nak jalankan masterplan aku lah.

“Aku dataang singgahlah. Kebetulan aku pun ada jumpa client dekat area-area sini. Aku menganggu kau ke? Kalau kau busy tak apalah. Aku boleh balik,” Ammar mencapai briefcasenya. Adrian segera menahan pemuda itu lalu disuruhnya Ammar duduk di atas sofa.

“Eh kau ni.  Entah apa-apa jantan merajuk. Aku tanya je kan?”

“Macam tak sudi je aku dengar.”

“Ish kau ni! Duduk je dulu. Alang-alang aku tak busy ni kita boleh borak sikit. Kejab ye.” Adrian bangkit dan menuju ke intercom.

“Juwita, pesankan saya dua cawan coffee. Cepat sikit okay.” Dimatikan.

Adrian kembali mendapatkan Ammar. Tie hitam di leher dilonggarkan. Pemuda itu menyisir rambut coklatnya yang tersikat kemas. Dia duduk di atas sofa berhadapan dengan Ammar.

“Business macam mana? Okay?” Soal Adrian.

“Okaylah. Apa tak okaynya. Ini Ammar kan? Kau ni aku tengok macam letih aje. Kau tak cukup rehat ke?” Ammar. Berpura-pura ambil berat.

“Memang pun. Aku sempat tidur berapa jam je semalam. Tu yang letih tak ingat dunia tu. Kejab lagi kena pergi Klang pulak. Tak pasal-pasal pengsan tengah jalan je aku nanti.” Adrian menyandarkan badannya.

“Kau buat apa sampai tak cukup tidur ni haa? Layan bini?” Soal Ammar

Jangan cakap dia dah berbaik dengan Arissa??

“Kau ni otak kuninglah. Haish!”

“Dah kau cakap tak cukup tidur. Aku tak fikir benda lainlah selain tu. Haha!” Ammar ketawa, ketawa yang seratus peratus dibuat-buat. Ah bencinya aku!

            Adrian hanya memandang wajah Ammar tajam-tajam. Langsung tidak ketawa dengan lawak yang dibuat pemuda tersebut. Ammar terdiam. Tiba-tiba dia seram sejuk. Adakah Adrian sudah tahu siapa gerangannya yang menjadi penjahat di dalam telenovela cinta suami isteri itu?

“Aku tak boleh tidur pasal ada satu jantan keparat mesej bini aku.”

Berdebar Ammar.

“Siapa? Kau kenalkah?”

Adrian menggeleng.

“Sebab aku tak kenallah aku tak dapat buat apa-apa. Cuma dapat balas mesej  dia je. Kalau ada depan mata aku dah lama aku bunuh jantan tak guna tu. Berani-berani dia nak rosakkan rumahtangga orang!” Adrian naik marah kembali.

            Akulah lelaki tu, Adrian. Tengok. Aku duduk betul-betul depan muka kau.

“Kau tanyalah pada bini kau tu.” Ammar.

“Aku tak sampai hati, Mar. Dahlah dia ingat aku ada perempuan simpanan. Kalau tiba-tiba aku soal dia ada lelaki simpanan, tak ke makin syak dia dekat aku? Nanti dia kata aku sengaja tuduh dia pulak sebab nak tutup rahsia aku. Aku kesian dekat Arissa tu. Dia baik sangat dengan aku. Tapi jantan tu lah nak api-apikan bini aku tu. Siap tanya lagi nak bercerai ke tak. Panas hati aku subuh tadi. Sampai tak bole nak tidur,”Adrian tanpa syak wasangka menceritakan masalah rumahtangganya kepada Ammar. Dia menaruh kepercayaan kepada lelaki tersebut. Walhal dia tidak tahu Ammar kini sedang mengetawakannya dalam hati.

“Kau ada perempuan simpanan ke?”

“Gila! Sejahat-jahat aku aku tak buat benda macam tu, Mar. Tapi iyelah. Salah aku jugak. Cheryl, ex aku ganggu aku lagi. Itu yang buat Arissa fikir bukan-bukan tu. Apa yang aku patut buat kalau macam tu? Aku tak nak Arissa sedih.”

“Kau asyik fikirkan Arissa. Perasaan kau macam mana pulak?”

            “Entahlah, Mar. Aku sekarang keliru sangat-sangat. Aku tak tahu nak percaya pada siapa. Depan aku Arissa tu baik sangat. Tapi bila aku baca mesej tu aku rasa macam dia tipu aku bulat-bulat. Jantan tu tak akan cakap macam tu kalau Arissa tak bagitahu masalah kitorang. Entah-entah memang betul dia ada lelaki simpanan. Tapi tak mungkinlah…” Adrian membongkokkan badannya, memegang kepala dengan kedua tapak tangan. Ammar tersenyum apabila pemuda itu tidak memandangnya. Padan muka kau!

“Macam ni, Ryan. Apa kata kau bincang elok-elok dengan Arissa. Kau soal dia.”

“Tak boleh. Aku tak sampai hati. Aku lemah tengok air mata dia.”

“Habis tu kau nak tunggu sampai hati kau hancur berkecai dulu ke?”

“Entahlah. Aku tak tahu. Aku buntu sangat-sangat.”

“Kalau macam tu lah gayanya, aku cadangkan kau perhatikan gerak-geri bini kau tu. Kau ambil tahu ke mana dia keluar. Dengan siapa dia berhubung.”

“Tak ke nampak macam aku mengongkong dia?” Adrian memandang Ammar.

“Kau nak dia terlepas ke tangan lelaki tu ke? Kau tak sayang dia ke?”

“Aku sayang sangat sangat. Aku cintakan dia. Lebih dari nyawa aku sekarang ni. Tak ada dia buat aku rasa macam nak mati aje, Mar. Aku tak pernah rasa sayang, cinta macam ni kuat seumur hidup aku. Sumpah!”

Bulat mata Ammar. Terbit rasa serba-salah di hatinya memperlakukan perkara sebegitu terhadap sahabat baiknya sejak kecil. Tapi hati yang dipenuhi cemburu dan dendam membuatkan dia cuba untuk tidak mengendahkan perasaan lemah itu. Dia tidak mahu menyerah kalah. Itu bukan namanya Ammar.

“Kalau Arissa pun berperasaan seperti kau dia tak akan layan laki entah apa-apa tu. Kau kena selidik bini kau tu, Ryan. Sorrylah cara aku cakap ni macam salahkan Arissa tapi aku cuma nak sahabat baik aku ni bahagia dunia akhirat. Itu aje,”Ammar tersenyum ke arah Adrian Zareth. Rancangannya kini berjalan dengan baik. Cuma tunggu masa dan sedikit lagi helah. Kemudian, Arissa bakal menjadi miliknya. SEPENUHNYA!

4 comments:

Unknown at: September 23, 2011 at 3:59 AM said...

bilalah nur keinsafan nak meresap dalam diri ammar ni...
tak sabar nak tggu saat 2..
~ayat islamik cket..hiiii

farhana at: September 23, 2011 at 5:52 AM said...

hisy ammar ni.. da arissa tu x nk kat dia redha jelah..
ni tak..dok sibuk kacau rumahtangga org plak..

Bintang Asterisk at: September 23, 2011 at 6:00 AM said...

To fyda: Cewah kemain lagi ayat fyda. HAKHAK.Insyallah kalau datang seru bertobat lah Ammar tu. HAHA

Bintang Asterisk at: September 23, 2011 at 6:01 AM said...

Arissa tu first love Ammar. Ditinggalkan terkontang-kanting. Sebab tu dia jadi gila talak. HAHA. Eh yeke kita panggil gila talak? Bintang pun tatahu. =_="

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star