Kejora Cinta Adrian Part 6

Adrian Zareth meneguk minumannya perlahan-lahan. Dia memerhatikan sekeliling restoran. Sahabatnya masih tidak kelihatan. Pemuda tersebut melihat jam di tangannya. Dia tiba awal daripada yang dijanjikan pula. Pemuda itu menatap pula skrin telefon bimbitnya, cuba meluangkan masa sementara menunggu sahabatnya itu.

            “What going on?” Satu teks mesej dihantar ke nombor Arissa. Adrian benar-benar risau mengenangkan apa yang telah diperkatakan oleh ibu gadis berkenaan. Pemuda itu tahu Arissa patah hati dengan apa yang telah diperkatakan hari itu namun gadis itu berpura-pura tidak kisah di hadapannya.

“What ‘what going on’?” Soal Arissa dalam mesej balasannya. Adrian mengeluh berat. Gadis itu masih mahu menyembunyikan perasaan terkilannya itu.

“Apa tak kena dengan kau? I heard something happen,”

            “Tak ada apalah,”

Adrian mengeluh sendirian. Arissa pastinya malu untuk mengaku perbuatannya. Pemuda itu bingung. Adakah gadis tersebut mempunyai perasaan terhadapnya? Minuman dihadapannya disedut perlahan. Ligat fikirannya cuba memikirkan apakah ayat yang sesuai untuk diberikan untuk gadis berkenaan. Matanya tepat memandang ke arah skrin yang kosong.

            What should I say?

            Tiba-tiba bahu pemuda itu ditepuk seseorang. Tersentak Adrian. Segera dia berpaling, melihat siapakah gerangan yang cuba mengejutkannya. Saat itu pemuda itu tersenyum lebar. Hah! Sampai pun!

“What up, bro? Menggelamun jauh nampak? Ada problem ke?” Soal pemuda sekitar 20-an di hadapannya itu. Segera Adrian menggeleng. Dia bersalaman dengan pemuda itu. Bibir masing-masing terukir senyuman. Sudah lama mereka tidak bertemu muka. Terbit rasa syukur di hati Adrian kerana pemuda itu masih ingat akannya setelah lima belas tahun tidak bertemu.

            “Makin handsome kau ye? Hahaha..” Usik Adrian.

            “Seriously? Haha!” sahabat lama Adrian tertawa kecil. Sudah lama sangat rasanya mereka tidak berjumpa. Pemuda itu tersengih lebar. Makin bertambah kacak sahabatnya yang berdarah kacukan itu. Nasib baik dia ada urusan bisnes berdekatan dengan kawasan Adrian berada, alang alang boleh berjumpa sahabat lama. Urusan sudah selesai, kini masa untu bersosial, fikir pemuda yang mengenakan kemeja merah tersebut. Beg galasnya diletakkan di atas kerusi bersebelahan dengannya sementara dia duduk mengadap Adrian yang masih tersengih.

“Wah kemain kau sekarang ye Ammar, bertie bagai. Kacak seyh. Apa cerita? Long time no see. Kau pun dah berkerjaya.Amboi!” Adrian menepuk bahu sahabatnya itu. Ammar Wafi tertawa. Ah! Dasar manis mulut. Nak mintak belanja lah tu.

            “Aku kerjalah sekarang, apa lagi? Kau takkan tak kenal aku,” Pemuda itu melonggarkan tie yang membuatnya rasa terlalu formal. Adrian mengangguk. Sejak di bangku sekolah Ammar memang seorang yang rajin bekerja. Pantang ada cuti pasti ada sahaja kerja yang mahu dilakukannya. Dia bukannya orang susah tapi sikap workaholic tegar yang mengalir dalam darahnya mendorong si pemuda menjadi seorang lelaki yang sangat berkebolehan dalam melakukan sebarang pekerjaan.

“Apa cerita girlfriend kau si Mawar tu?,” Soal Adrian diiringi ketawa kecil. Sengaja mengusik. Dulu semasa sekolah dia sering menjadi mangsa si Ammar jika pemuda itu ingin berdating  dengan si gadis sunti, Mawar Dalilah yang kecil molek pujaan ramai. Sekolah rendah pun sudah pandai bercinta!

            Ammar menggelengkan kepalanya. Dia tertawa. Teringat akan kisah lampau yang melucukan. Cinta monyet di bangku sekolah rendah. So funny.

“Kau ni apalah! Gila apa? Mana wujud dah si Mawar tu dalam hidup aku. Sengaja kau nak kenakan aku kan, Ryan? Hampeh betul kau. Aku ingat kau dah tak ingat cerita lama. Tak sampai seminit aku jumpa kau, kau dah bahan aku kan?  Kelakar bila ingat balik,” Ammar menggaru kepalanya yang tak gatal. Rasa geli hati bila Adrian mengungkit kembali kisah lama. Adrian tertawa besar. Sebab gadis itu jugaklah dia dan Ammar pernah dirotan sampai melecet punggung oleh guru kelas mereka, Cikgu Talib yang bermisai tebal ala ala A.Galak.  Fullamak!
           
“Dah dah. Lupakan Mawar tu. Terbelahak dia kat rumah kita asyik mengata dia. Haha! Eh mana waiter ni? Keringlah tekak aku. Dari pagi tadi asyik cakap tak berhenti. Sekarang, jumpa kau pulak. Koyak lah tekak aku sekejab lagi ni,” Ammar segera mengangkat tangan, memanggil pelayan yang berada bersebelahan kaunter yang tak jauh dari situ . Beberapa saat kemudian seorang pelayan wanita  datang ke meja mereka. Ammar senyum kambing sambil mengangkat keningnya berulang kali di hadapan Adrian. Adrian menahan gelak.

            “Yes? Encik nak air apa?” Soal gadis yang kecil molek berambut ponytail.

“Air apa ye? Airloveyou ada?” Terkekeh-kekeh Ammar gelak. Adrian tak dapat membendung rasa geli hatinya, akhirnya terkeluar jugak tawanya. Merah muka pelayan tersebut. Ammar segera berdehem, tidak mahu berterusan ketawa kerana jenaka yang kurang disenangi pelayan wanita yang agak comel itu. “Sorry miss. Saya gurau aje tadi. Bagi saya ice lemon tea satu. Kau nak air apa, Ryan?” Ammar menyoal Adrian yang masih berbaki ketawanya. Pemuda itu menggeleng sambil tangan mengangkat secawan air yang telah dipesannya awal awal tadi.

“Tu ajelah ye miss. Sorry once again,” Ammar tersenyum manis, membuat raut wajah innocent seperti kebiasaannya. Kedengaran message tone datangnya dari Blackberry si Adrian. Pemuda tersebut mengerutkan dahinya. Ammar memerhatikan riak wajah sahabatnya itu. Siapa pulak yang ganggu mood mamat ni. Dah macam sarang ayam dah kerut dahinya!

            “Apasal dude? Muka dah macam biawak tertelan cangkul aje dah ni aku tengok?” Ammar cuba mengorek cerita. Adrian segera meletakkan telefon di atas tanpa membalas mesej yang baru dibacanya itu. Mesej dari Arissa Azzalea, gadis yang merupakan sahabat dan bakal menantu tak jadi ibunya itu.

“Ada masalah sikitlah, Mar,” Adrian memicit kepalanya yang mulai berasa sakit akibat tekanan mengenai masa depan perkahwinannya dan Arissa yang dalam keadaan bergolak itu. 23 years old and married? Insane!

 “Ace kau story sikit dekat aku. Mana tahu aku boleh tolong,”Ammar mengenyitkan matanya. Senyuman kelat hinggap di hujung bibir Adrian.  Ah! Bagitahu pun kau bukan boleh tolong punya. Masalah besar ni! Hidup dan mati.

            “What the fisherman’s friend?? Biar betik? Parent kau nak nikahkan kau dengan anak kawan baik parent kau? Who’s that pathetic girl? Haha!” Ammar dengan nada mulanya serius dan mula berubah kepada gelak. Ingat ni apa? Drama melayu yang selalu kita tengok kat tv ke? Come on lah Ryan!

“Aku cakap pun kau bukannya kenal. Aku macam aaahh! Peninglah. Apa reason aku nak bagi parent  aku ni? Aku tak sedia nak kahwinlah Ammar! I’m not ready yet!” Adrian mendengus kecil. Blackberry di atas meja dipusing-pusingkan tak ubah macam Roda Impian. Ammar cuba menahan gelaknya. Geli hati.

            “Kenapa kau tak nak kahwin dengan perempuan tu? Dia tak cantik?” Soal Ammar sambil jari-jemarinya melurut janggut sejemputnya. Konon konon macam detektif nak siasat kes. Sebelah mata dikecilkan sambil mulutnya dimuncungkan.

“Bukan sebab tu. Dia cantik. Cantik sangat,” Jawab Adrian. Dia menekupkan muka di atas meja. Kalau boleh, mahu sahaja dihantukkan kepalanya di atas meja kayu jati itu biar hilang ingatan dan masalahnya. Senang cerita!

            “Dia buruk perangai?” Masih berterusan mengorek rahsia dari Adrian.

“Tak.”

            “Dia kaki club? Ratu cabaret? Stripper?”

“Taklah! Suka suka hati kau je tuduh orang kan? Haish!” Menyinga Adrian ketika itu. Terkejut Ammar. Dia mahu buat lawak tapi tiba-tiba dia pulak yang dimarahi.

So apa masalah sekarang? Kalau dia cantik, berakhlak, bukan kaki club, dah kira terbaiklah tu. Haish. Memilih betullah mat salleh ni. Baik bagi kat aku. Senang cerita! Aku ni tak memilih. Sebesar tapak tangan, nyiru hamba tadahkan. Haha!

            “So what’s the problem? Just marry her and tadaa..! Problem solve!”Ammar memberi cadangan dan usul terbaiknya bagi menyelesaikan masalah Adrian.

“I don’t love her!” Adrian dengan nada tegas tapi penuh kekesalan. Kelihatan raut wajahnya yang mula mencuka. Ammar mengangguk-angguk. Ya tak ya jugak kan?

Why I am such a fool? Damn it!

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star