Kejora Cinta Adrian Part 28

            Adrian mendongkat dagunya. Dia memandang tepat ke arah kertas kerja yang tertera di atas mejanya. Sebelah lagi tangannya ligat memusingkan pen. Entah ke mana fikirannya melayang. Mesyuarat yang sedang berlangsung seakan-akan langsung tidak menarik minatnya. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Hanya satu yang berada di fikirannya, Arissa. Sungguh bahagia rasanya dia pagi itu. Tak sangka rasa bahagia itu direngggut sebegitu mudah oleh sebuah drama yang dilihatnya sebentar tadi.

Siapa lelaki tadi? Kenapa mereka berpegangan tangan?

Terbayang-bayang perlakuan Arissa yang langsung tidak dijangkakan pemuda itu. Pagi tadi telinganya baru sahaja mendengar ungkapan terindah dari mulut si gadis. Kenapa kini sebaliknya yang  terjadi?

Fikiran Adrian jadi kucar-kacir. Tak tahu mana yang betul dan mana yang salah. Dia tidak sempat melihat wajah pemuda yang berpegangan tangan dengan isterinya itu. Waktu itu dia dalam perjalanan ke tapak projek, berhenti di traffic light. Ternampak pula isteri cantiknya itu bersama seorang lelaki. Lelaki itu membelakangi jalan. Adakah dia kenal lelaki yang memadu kasih dengan isterinya itu? Adakah lelaki itu yang sering menganggu Arissa di telefon? Adakah lelaki itu sweetheart?

Pen ditangan digenggam kuat, salah satu cara untuknya menahan diri daripada mengamuk tak tentu pasal. Kalau dia berkesempatan tadi, mahu sahaja dia turun dari kenderaan dan mendapatkan pemuda kurang ajar itu. Biar penumbuknya mengajar lelaki itu apa erti hormat. Sudahlah berjumpa dengan isteri orang, siap berpegangan tangan pulak. Pemuda tidak tahu malu itu masih tak sedar yang Arissa sudah sah bergelar isteri kepada Adrian. Mana moral pemuda tersebut?

            “Encik Adrian.. Are you listening? Encik okey ke tak ni?” Soal salah seorang daripada ahli mesyuarat itu. Bahunya disentuh lelaki 30-an tersebut. Sedar-sedar sahaja, pen di tangan sudahpun patah. Adrian lantas bangun dan mencapai kertas kerjanya. Dia tidak dapat menumpukan perhatian di kala hatinya bercelaru.

“Saya tak berapa sihat. Please continue this meeting without me. Juwita, awak tolong ambil note apa yang patut okey. Sorry everyone.” Adrian bergerak keluar.

*    *    *

“You dah balik? Lambatnya you balik. Dah lama I tunggu  you. Jom makan.” Arissa menyambut si suami sebaik sahaja pemuda itu tiba di muka pintu. Senyuman manisnya dilemparkan. Macam ni barulah macam husband and wife!

“I  tak lapar. Penat ni. Nak tidur.” Adrian sedikitpun memandang si isteri. Hatinya terasa sakit. Cemburukah dia dengan adegan yang dilihatnya pagi tadi?

Arissa pelik melihat keadaan Adrian. Dia mencapai briefcase  di tangan pemuda itu namun segera Adrian tolak tangannya. Makin hairan Arissa dibuatnya.

Apa tak kena dengan laki aku ni?

Pagi tadi bukan main seronok lagi? Sekarang muka dah macam cencorot aje! Penat sangat ke kerja dia?

“Sayang..” Satu perkataan meniti di bibir Arissa. Adrian masih tercegat di situ. Hatinya rasa seperti disiat-siat. Depan aku kau panggil aku sayang tapi dekat belakang aku kau curang! Isteri jenis apa kau ni, Arissa?

“Dahlah ye? I penat sangat. Esok nak kerja lagi. I naik dulu okay.” Adrian lantas melangkah, memanjat anak tangga menuju ke kamarnya. Arissa membontoti langkahnya. Gadis itu masih tertanya-tanya akan sikap Adrian yang tiba-tiba dingin terhadapnya.

Apa yang aku dah buat ni? Pandang aku pun dia dah tak nak!

Adrian sampai di hadapan bilik tetamu yang menjadi bilik tetapnya. Tiba-tiba tangannya ditarik Arissa. Tersentap sanubarinya namun masih lagi dia cuba mengekalkan riak wajahnya yang bersahaja.

“Malam ni you  nak tidur dekat bilik I  lagi tak?” lalu Adrian menggeleng.

 “You pergilah tidur. Dah lewat ni. Good night.” Adrian kemudiannya menarik tangannya lalu memulas tombol pintu. Beberapa saat kemudian, ditutupnya pintu selepas dia memasuki kamarnya. Arissa yang tercegat di hadapan pintu bingung dekat sikap Adrian pada hari itu. Mana senyumannya?

            Arissa Azzalea tidak dapat melelapkan mata. Begitu juga dengan Adrian yang berada di bilik sebelah. Masing-masing sedang bersusah hati mengenangkan hubungan mereka yang entah mana hala tujunya. Arissa sudah terbuka hati untuk memulakan bab baru hidupnya bersama dengan Adrian namun tiba-tiba Adrian bersikap dingin dengannya. Dia tidak tahu apa yang sedang berlaku. Tidak terlintas pula di pemikirannya bahawa Adrian telah menyaksikan drama yang berlaku di antara dia dan Ammar sewaktu di café pagi tadi.

Detik demi detik berlalu. Jam di dinding terpapar pukul dua belas setengah malam. Sudah tengah malam. Adrian tidak dapat tidur. Apa yang dilihatnya pagi tadi, terimbas-imbas di matanya. Sampai hati Arissa menduakannya!

            Kenapa dia tak terus-terang pada aku yang dia ada lelaki lain? Kenapa dia sakitkan hati aku dengan perkara macam ni? Kenapa dia permainkan perasaan aku yang dah mula mengharapkan kasih sayang dia? Tidak nampakkah dia betapa aku sayangkan dia? Tidakkah dia sedar dia itu isteri aku?

Bantal peluk dirangkul kuat-kuat. Terasa mahu menjerit ketika itu. Berkecamuk perasaan seakan badai melanda hatinya. Dia tidak tahu mana satu harus dia percaya. Antara matanya atau Arissa. Mungkinkah semua itu satu kesilapan? Mungkinkah perempuan yang aku lihat itu bukan Arissa?

Berombak perasaannya mengenangkan perkara tersebut. Adrian melempar bantal peluknya ke dinding. Terkena pula pada cermin sederhana besar yang tersangkut di situ. Habis jatuh lalu berderailah cermin tersebut kepada ribuan serpihan. Satu bunyi bising terhasil. Arissa terkejut mendengar bunyi kaca pecah itu. Gadis itu lantas bangkit dari pembaringannya. Dia menyarungkan selipar Hello Kitty lalu bergegas menuju ke arah bilik di mana suaminya berada.

            Tok! Tok! Tok! Pintu bilik diketuk berkali-kali. Namun tiada jawapan diterima oleh gadis tersebut. Arissa memanggil nama suaminya bebarapa kali. Pelik. Apa yang Adrian buat? Tidak sedarkah dia?

“Adrian! Buka pintu ni!” Nada cemas kedengaran. Beberapa ketika kemudian, pintu dibuka. Kelihatan wajah muram Adrian tertera di muka pintu. Arissa memandang suaminya itu. Kelihatannya pemuda itu tidak apa-apa.

            “Adrian! Apa yang dah jadi sebenarnya ni?” Soal Arissa. Dia menarik tangan lelaki itu. Adrian merenung wajah jelita itu tanpa sebarang perasaan.

Kenapa kau nak kisah sangat? Aku ni bukan siapa-siapa pada kau bukan?

“Nothing.”

“Bohong.”

“What do you expect me to say now?”

“Adrian, you tak jawab lagi soalan I!” Sedikit angin Arissa dibuatnya. Sejak bila Adrian jadi macam ni? Apa salahnya sehinggakan pemuda itu melayannya seperti orang asing secara tiba-tiba?

“Dahlah. Jangan banyak bunyilah. I  nak keluar.”

Merah wajah Arissa menahan amarahnya.

“Tadi you kata penatlah, nak tidurlah. Sekarang banyak betul tenaga nak keluar?”

“Kenapa you nak kisah sangat? Oh, sekarang dah pandai nak jadi queen control pulak? Sejak bila you fikir yang you dah ada hak nak mengongkong I ni?” Bertalu-talu perkataan menyakitkan hati keluar dari mulut Adrian. Biar kau rasa sakit yang aku rasakan sekarang, Arissa!

“What’s wrong with you…?”

“You should asked it to yourself first!” Adrian kemudiannya beredar. Tangannya segera ditarik Arissa. Sebak hati si pemuda. Mahu sahaja dipeluknya gadis itu dan menceritakan segala yang disaksikan matanya pagi tadi dan mempersoaalkaan kebenaran mengenai perkara tersebut. Namun, keegoannya memaksa Adrian untuk menjauhi gadis yang makin disayanginya itu. Tangannya direntap kuat lalu segera lelaki itu menuruni anak tangga, meninggalkan Arissa yang kebingungan sendirian.

Aku tak mampu nak hadapi semua ni, Arissa. Tak sanggup.

Kejora Cinta Adrian Part 27

            Arissa Azzalea membelek-belek sepaket pulut hitam di tangannya. Mahu buat pengat pulut hitamlah, getus hatinya. Tadi, sebelum Adrian ke tempat kerja dia menyuruh suaminya itu menumpangkannya ke pasar raya berdekatan. Mahu cari barang masakan untuk makan tengahari nanti. Tapi alang-alang dah ke pasaraya, terus beli barang dapur terus. Senang, tak payah nak pergi banyak kali.

Semasa Arissa menyusuri rak dimana terletaknya bahan buat kek, dia terpandang seseorang yang amat dikenalinya. Lelaki yang pernah sekali berada di hatinya. Lelaki yang telah dikecewakannya, Ammar Wafi. Terasa lembik lutut saat itu. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukan. Segeranya dia menolak troli menjauhi pemuda itu, bimbang jika Ammar ternampak dia di situ. Namun nasib tidak menyebelahi Arissa apabila troli yang disorongnya terlanggar rak  dan secara langsung kedengaran bunyi langgaran yang agak kuat. Beberapa tin coklat jatuh ke lantai. Arissa segera menundukkan badan, cuba mencapai tin-tin tersebut tanpa melakukan sebarang bunyi.

OMG! Harap-harap Ammar tak perasan!

“Hati-hati cik..” Kedengaran suara menyapanya dari belakang. Arissa segera mengangguk. Dia tidak mahu bangkit dari cangkungannya itu, malah ditundukkan kepala. Tidak mahu dicam oleh Ammar Wafi.

“Cik okay tak ni..?” Soal Ammar lagi. Dia perasaan sesuatu yang pelik dengan gadis tersebut. Pemuda itu menyentuh bahu Arissa lalu gadis itu tersentak. Rambut gadis yang terurai itu terselak lalu menampakkan wajah yang selama ini dirindui Ammar. Ammar terkedu sebentar. Tidak sangka akhirnya dia ketemu jua dengan buah hati pengarang jantungnya itu. ‘Bekas’ buah hati pengarang jantung.

“Arissa..?” Sapanya tidak percaya. Arissa mengangkat wajahnya. Dia tersenyum hambar, senyuman serba-salah. Gadis itu lantas berdiri, diikuti pula oleh Ammar selepas itu. Arissa gugup. Macam nak pecah jantungnya.

“Ammar..” Arissa hilang kata-kata. Dia mengelus rambut panjangnya itu perlahan. Macam mana boleh terserempak dengan mamat ni pulak? Dia tak kerja ke? Apahal dia boleh ada dekat pasaraya pada waktu-waktu macam ni? Coincidence!                    

            “Awak buat apa dekat sini?” Soal Ammar dengan wajahnya yang penuh dengan rasa suka hati. Sudah lama tidak bersua muka dengan pujaan hatinya itu. Arissa menggulingkan matanya. Dah kalau ada kat pasaraya, takkan memancing pulak kan! Soalan tu cuba lah pandai sikit Ammar Wafi!

“Beli barang dapur sikit. Tak kerja pulak ye awak today?”

“Ambil cuti. Sesekali nak jugak rehat-rehat.”

“Okey.”

“Awak dah sarapan?” Soal Ammar. Arissa mengeluh dalam hatinya. Apa lagi ni?

Gadis itu mengangguk. Ammar meraup wajahnya.

“Teman saya sarapan boleh? Jom. Saya belanja.”

Menggeleng pula gadis itu kali ini. Ammar hilang kata-kata.

“Okeylah, saya dah siap beli-belah. Nak balik dah ni. Bye.” Arissa selamba. Dia menolak troli yang berada di tangannya. Ligat kepala pemuda itu memikirkan cara untuk dia bersama Arissa dengan lebih lama. Mungkin kali terakhir untuk dia mendengar penjelasan sebenar-benarnya dari mulut gadis itu.

“Awak! Saya tahu, awak putus dengan saya sebab lain kan?” Tatkala Arissa mulai menjauhinya, Ammar menyuarakan kata-kata tersebut. Arissa terhenti. Entah mengapa terasa satu gegaran di hatinya itu.

Ammar segera mendapatkan gadis tersebut. Dia memegang bahu Arissa.  Terpempan gadis itu tanpa sebarang kata. Bulat matanya. Selama perkenalannya dengan Ammar, belum pernah pemuda itu menyakitinya sebegitu.

            “Kenapa tipu saya?? Kenapa awak tak berterus-terang dengan saya hal yang sebenarnya? Kenapa awak kejam sangat ni, Arissa? Bukan main sakit lagi hati saya mengenangkan penipuan awak ni!” Naik merah wajah pemuda itu menahan sakit hati. Apa yang dimahukan cuma penjelasan sebenarnya daripada Arissa walaupun dia sudah tahu apa yang sedang terjadi. Dia cuma mahu Arissa sendiri yang memberitahu hal tersebut.

*   *   *

            “Saya dah berkahwin, Ammar.”Ayat ringkas Arissa menyentap sanubari lelaki tersebut. Akhirnya Arissa mengaku juga mengenai perkahwinan yang sudah lama diketahui Ammar. Perkahwinan yang terjadi di antara Arissa tercinta dan Adrian, sahabat baiknya itu. Tangan yang berada di bawah meja digenggam erat-erat, menahan amarah yang ketika ini membuak-buak seakan lava dari gunung berapi. Tunggu masa untuk meletus sahaja.

            “Dengan?”

“Adrian, lelaki yang awak benci tu.” Arissa menundukkan wajahnya. Sejak dia mula-mula bercinta dengan Ammar, Adrian sentiasa dibenci pemuda tersebut. Alasannya kerana Adrian mungkin menaruh hati kepada kekasihnya itu. Pada masa itu, Ammar sendiri tidak tahu, Adrian yang dimaksudkan Arissa merupakan rakan baiknya sejak kecil. Pemuda yang sering ada di sisinya saat diperlukan. Kecil betul dunia ini, alih-alih pemuda itu juga yang merebut cinta hatinya yang satu itu. Tak sangka hal kejam seumpama itu berlaku pada dirinya.

“Sebab dia ke awak tinggalkan saya? Apa salah saya?”

Arissa tidak berani untuk memandang wajah Ammar yang kelihatan mulai sugul itu. Dia tidak tahu apa yang harus dijelaskan lagi. Suasana café yang tenang sedikit sebanyak menambahkan ketegangan yang teradi di antara mereka. Terasa seperti hanya mereka berdua di situ, seperti pesalah menunggu masa untuk dipancung sahaja. Kereta-kereta yang melintasi jalan seakan tidak berbunyi.

“Bukan sebab dia.” Arissa segera menafikan kata-kata Ammar. “Habis tu sebab apa?” Ammar seboleh-bolehnya menahan amarahnya. Ice lemon tea disedut perlahan, cuba menenangkan hati.

“Sebab.. saya sedar yang saya tak cintakan awak.” Saat Arissa menyelesaikan ayatnya itu, Ammar terbangun dari duduknya. Bomm! Sudah meletus amarahnya.

“Hampir setahun setengah saya bersama awak, baru awak sedar yang awak tak cintakan saya?? Kenapa awak jadi selfish hah? Awak tahu tak, selama ni, awaklah segalanya untuk saya! Bila awak tinggalkan saya, saya rasa macam nak mati!”


            Mata-mata di café tersebut mula memandang ke arah drama murahan yang terjadi di antara mereka berdua. Bisik-bisikan mengeji sudah mula terjadi. Pastinya gadis itu curang kepada kekasihnya, fikir mereka-mereka di situ. Arissa menarik tangan Ammar, memintanya bertenang. Ammar duduk kembali. Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja ditampar wajah gebu Arissa tersebut. Tapi dia lelaki, tak akan sesekali menggunakan kekasaran kepada wanita yang dicintainya.

“Awak, setahun setengah awak! Bukan sebulan dua. Sampai sekarang saya tak dapat lupakan awak. Tak sangka awak boleh cakap macam ni pada saya. Tak cintakan saya? Urgghh.. Unbelievable!” Ammar menyisir rambutnya. Dia tidak sangka alasan itu yang keluar dari mulut Arissa. Tidak pernah dia menyangkakan sama sekali. Fikirnya gadis itu terperangkap oleh Adrian.

“Habis tu macam mana awak boleh kahwin dengan mamat tak guna tu? Jangan cakap awak cintakan dia. Awak sendiri pernah cakap yang awak tak lebih dari kawan dengan dia..”

“Mama dan papa yang tetapkan perkahwinan tu.”

“Dan awak pun suka lah? Lupa pulak, mamat tu kan mix, handsome segala.”

“Awak jangan nak judge saya, Ammar!”

“Habis tu kalau awak tak suka kenapa awak kahwin jugak dengan dia??”

Arissa mendiamkan diri. Dia tidak mahu membuka pekung di dada. Dia tidak mahu mengingatkan kejadian tangkap basah yang telah terjadi. Biarlah Ammar berterusan tertanya-tanya daripada mengetahui alasan yang sebenarnya.

“Saya cintakan awak. Sampai bila-bila pun saya akan cintakan awak! Dan saya tak akan lupakan awak. Saya akan tunggu awak.”

“Awak tak akan faham..” Arissa mencapai beg tangannya. Lebih baik dia pulang daripada berterusan mendengar rintihan Ammar. Saat dia bangun, Ammar menggapai tangannya. Erat, seperti tidak rela melepaskannya pergi lagi.

 “Kalau awak tak cintakan dia, bercerailah. Saya akan tunggu awak.”

Kejora Cinta Adrian Part 26

            Rambut lurus Arissa Azzalea diusap lembut. Sesekali Adrian mencium dahi gadis perawan itu. Arissa masih lena diulit mimpi. Jam loceng yang berada di meja kecil bersebelahan katil sudahpun menunjukkan jam empat pagi. Mata Adrian masih tidak dapat dilelapkan walaupun sudah berkali-kali dipejamkan. Si suami memandang wajah ayu gadis itu. Dia tersenyum. Geram melihat bibir mungil isterinya itu. Hatinya sedikit tenang mengenangkan Arissa tidak menghalaunya keluar dari bilik malam ini. Mungkin gadis itu tahu Adrian perlukan teman memandangkan masalah yang menimpanya bertubi-tubi.

Jari-jemari si suami mencuit lembut bibir Arissa. Dia tidak tahu berapa lama lagi dia mampu menahan perasaan terhadap isterinya itu. Semakin lama semakin kuat perasaan sayangnya. Sayang lebih daripada seorang sahabat. Sayang yang mungkin berubah menjadi cinta? Entahlah. Pemuda itu sendiripun tidak tahu. Apa yang dirasakan kini adalah dia mahu Arissa menjadi hak miliknya seorang, tanpa berkongsi dengan orang lain. Tapi dia juga tidak mahu gadis itu rasa seperti dikongkong olehnya.

            Arissa tiba-tiba menggerakkan badannya, membuatkan Adrian berhenti daripada berterusan menyentuh bibir gadis itu. Mungkin tidak selesa barangkali. Gadis itu merapatkan kepalanya ke dada suami. Terdengar setiap denyutan jantung lelaki itu. Perlahan, mata yang tertutup mulai terbuka. Adrian yang menyedari keadaan itu segera menutup matanya, berpura-pura tidur.

“You tidur dah?” Soal Arissa. Adrian tidak membalas, masih memejamkan mata yang tidak mengantuk itu. Dia memasang telinga, mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut si isterinya dengan jelas.

“I want us to be a real couple.. Entah kenapa I rasa macam I dah mula sayangkan you sebagai seorang suami..” Perlahan namun masih dapat didengari Adrian. Makin laju degupan jantung si pemuda. Adakah Arissa juga berperasaan sama sepertinya? Arissa menelek wajah kacukan suaminya itu dalam cahaya samar-samar. Jelas kelihatan kacak. Diciumnya leher Adrian lembut. Dia rasa selesa, selamat dalam pelukan Adrian. Mungkin sudah sampai masanya dia bersedia untuk menunaikan tanggungjawabnya terhadap si suami. Gadis itu kemudiannya memejamkan matanya, menyambung kembali tidur yang lena dalam pelukan Adrian Zareth, suaminya.

*    *    *

            “Ryan. Bangunlah… Dah subuh ni. Jom. Kita solat sama-sama ye…”Arissa menyentuh bahu Adrian, mahu menggerakkan suaminya. Adrian membuka matanya yang terasa perit. Sudah subuh ke? Cepat betul masa berlalu. Eh? Betul ke apa yang aku dengar tadi? Arissa kejutkan aku bangun solat subuh?

“Selamat pagi, Rissa..” Sapa Adrian.

“Selamat pagi, Ryan..” Dibalas dengan senyuman paling manis yang pernah pemuda itu lihat. Tiba-tiba terbit rasa bahagia di hati sang pemuda. Inikah perasaan pasangan suami isteri yang sebenarnya?

“You pergi mandi dulu. Lepas ni kita solat sama-sama.” Tutur Arissa. Macam arahan pun ada. Adrian menggeliatkan badannya. Urgghh! Sekejab je dah jam enam pagi. Tak hilang lagi mengantuk ni.

            Si suami bangkit dari pembaringannya. Dia tersenyum. Dalam masa beberapa saat Arissa menghulurkan sesuatu kepadanya. Bulat mata Adrian. Tuala? Aik? Biar betul? Aku masih bermimpi ke ni?

“Nah, towel you.” Arissa.

“Erkk.. Thanks..” Masih tidak percaya.

“Cepatlah. Dah pukul enam lebih dah ni. Lepas tu kita sarapan sama-sama. I  dah siapkan tadi.”

“Am I dreaming or what?”

“Nope!”

“Okay, sayang. Terima kasih ye?”

“For what?”

“For being nice to me although I treat you so bad lately,”Adrian serba salah. Dia memandang isterinya itu dengan pandangan yang sayu. Arissa tersenyum.

            Adrian bangkit lalu melangkah ke pintu keluar, mahu ke kamar mandi di biliknya. Tangannya segera ditarik Arissa. Terkejut pemuda itu sekali lagi. Dia memaling ke arah isterinya yang cantik rupawan itu. 

“Mandi dekat sini ajelah..” Ujar Arissa.

Adrian binggung. Dia masih tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengari telinganya itu. Kini dia sangsi samada dia sudah terjaga ataupun masih melayari dunia mimpi. Indah betul mimpi aku ni!

Arissa menolak perlahan belakang Adrian menuju ke kamar mandi biliknya itu. Adrian hanya menuruti. Wajahnya tidak lekang dari senyuman. Kini matanya tidak lagi mengantuk malah segar bugar dek penangan Arissa.  

*  *  *

            Setelah selesai menunaikan solat subuh, Adrian bersalaman dengan isterinya. Hati rasa tenang. Sebelum ini mana pernah dia imamkan sesiapa. Paling koman pun daddynya sahaja yang menjadi imam. Nasib baik dia masih ingat bagaimana caranya. Terasa bangga dan bahagia. Ini kali pertama dia mengimamkan isterinya dan nampak gayanya pasti dia akan mengulangi ibadah yang sama seperti ini setiap hari. Insyallah. Dia tidak mahu tersesat lagi.

Adrian mengucup dahi si isteri seraya itu wuduk mereka dibatalkan. Arissa bingkas bangun lalu melipat telekung yang membaluti tubuhnya. Dipandangnya Adrian yang kelihatan tenang di situ. Adrian menanggalkan kopiah yang berada di atas kepalanya lalu duduk di atas katil. Gerak-geri si isteri diperhatikan. Lemah lembut sahaja. Nampak perbezaannya dari kebiasaan. Ini bukan lagi Arissa yang sering berada di sudut pandanganku! Ini bukan Arissa yang berhati baran yang aku kenali selama ini.

            “You bukan Arissa Azzalea yang I kenal dulu. Today you look so different,” Adrian memulakan bicara. Arissa memandangnya dengan perasaan hairan. Rambutnya yang berikat dilepaskan berurai. Gadis itu tersenyum buat sekian kalinya.

“Different macam mana tu?”

            “Bukan macam Arissa yang I  kenal. Or I’m still dreaming?” Adrian meraup wajahnya yang cerah itu. Kopiah diletakkan di atas birai katil. Arissa melangkah mendapatkan Adrian. Tangannya dihulurkan kepada Adrian. Adrian kaget. Mungkinkah Arissa mahu berpegangan tangan pula? Pemuda tersebut mencapai tangan si isteri namun sangkaanya meleset sama sekali apabila Arissa ternyata tidak mahu berpegangan tangan malah mencubitnya pula!

“Aduh! Apasal tiba-tiba cubit orang ni? Sakitlah!” Getus Adrian. Dia menggosok-gosok tangannya yang terasa perit dek cubitan kecil Arissa. Kecil-kecil cili padi!

“So sekarang  you rasa macam you sedang bermimpi lagi tak?”

“Ermm.. Yela. Yela. Tak mimpi. Lain kali jangan cubit I  macam ni. Sakit tahu tak?”

Arissa mencebik, mengusik Adrian.

“Padan muka you..!”

Adrian tertawa kecil melihat kerenah isterinya itu. Arissa pelik. Kenapa tiba-tiba pemuda itu ketawa? Dia sedang menyakat pemuda tersebut.

Si suami bangun dan mendapatkan si isteri yang jelita. Terkelip-kelip mata Arissa Azzalea saat Adrian merangkul pinggangnya. Kemudian kedua belah tangan pemuda itu melekap di wajahnya.

“Terima kasih sebab jadi isteri I..” Lembut tutur Adrian Zareth. Entah mengapa saat itu dia benar-benar bersyukur dia dipertemukan dan dijodohkan dengan Arissa Azzalea. Mungkinkah mereka sudah bersedia untuk menempuhi kehidupan rumahtangga seperti suami isteri yang normal?

            “Kenapa nak berterima kasih pulak ni? I  tak ada buat ap..!” Belum sempat Arissa menghabiskan ayatnya, bibir Adrian melekap di bibirnya. Terpaku si gadis dengan tindakan spontan Adrian. Beberapa saat kemudian pemuda itu meleraikan pautan bibirnya itu. “Sorry. I just can’t help myself. You are way too cute..” Adrian menundukkan wajahnya. Tidak percaya yang dia baru sahaja mencium gadis tersebut. Arissa gugup. Kenapa hari itu dia tidak menolak ciuman Adrian? Adakah dia sudah jatuh cinta kepada suaminya itu?

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star