Kejora Cinta Adrian Part 40

“You tengok tak baju baby yang I tunjuk tadi tu? Comel kan? Agak-agak kalau kita ada baby nanti boleh tak I pakaikan pada dia?” Soal Adrian bersungguh-sungguh. Arissa menggeleng. Muncung si suami mula memanjang. Apasal tak boleh pulak?

“Kenapa tak boleh? Comel apa?” Adrian menambah. Rambang matanya sewaktu melintasi butik Anakku sebentar tadi. Teringin pula mahu menyarungkan baju secomel itu pada anaknya sendiri. Tapi kenapa Arissa menolaknya?

“You suka kan kalau baby pakai baju rimau ni semua? Eh tak nak lah. Pakai lah proper sikit. Barulah macam anak manusia sikit!” Arissa. Adrian menggaru kepalanya yang tidak gatal. Comel apa baju tiger yang baru dilihatnya tadi. Siap ada hood telinga harimau kecil lagi. Tak ke nampak cute and cuddly?

Adrian menarik tangan isterinya itu. Dia mencium dahi isterinya yang masih remaja itu. Arissa menutup matanya. Asyik dicium sahaja. Habis perfume aku hilang, lekat bau dia pulak!

            “Balik ni kita buat baby okay,” Kata Adrian. Bulat biji mata Arissa saat itu. Segera dia menampar bahu suaminya. Aduh! Adrian ni memang bengong! Malulah didengar orang! Suka suka hati dia je cakap samberono dekat public macam ni!

Arissa bangkit dari duduknya..

“You ni gangster betul kan? Ada je sebab you nak pukul I!”

“You ni kan kalau nak cakap tu pandang lah sekeliling..! Dahlah! I nak pergi toilet. You duduk sini elok-elok. Jangan pergi mana-mana. Kalau balik sekejab lagi I tak nampak you dekat sini I terus balik rumah, tinggalkan you sorang-sorang.” Arissa merungut lalu melangkah meninggalkan Adrian yang terkebil-kebil menahan rasa sakit akibat tamparan garang Arissa.

Mak ai. Biar betul bini aku ni. Datang bulan ke apa? Emo gila!

Adrian memandang kawasan sekelilingnya. Memang ramai orang yang berkunjung di mall itu pada hari itu. Tak hairanlah dia asyik kena marah je dengan Arissa. Sikit-sikit malu! Sikit-sikit malu!


Telefon bimbit di poket jeansnya bergetar tiba-tiba, mengejutkan Adrian. Segera pemuda itu menyeluk poket dan mengeluarkan blackberry miliknya. Tertera nama Ammar .
“Yo! Lama tak dengar cerita bro!”

***

            Arissa membaiki make-up di wajahnya. Tak ramai orang di toilet. Sambil-sambil itu bolehlah make-up lama sikit, biar Adrian tunggu dekat luar lama-lama. Padan muka.

“Ehem..” Kedengaran satu deheman di belakangnya. Arissa memandang tuan empunya badan melalui pantulan cermin di hadapannya. Oh. Cantiknya.

Arissa melangkah sedikit kanan, memberi ruang untuk gadis barat berambut blonde itu untuk menggunakan pili air yang mulanya ada di hadapannya.

“Are you, Arissa?” Soal gadis yang bersolek tebal itu. Terkejut Arissa dibuatnya. Dia teragak-agak untuk mengangguk. Siapa perempuan ni? Macam mana dia boleh tahu nama aku?

            Gadis berdarah inggeris itu menghulurkan tangannya. Tanda perkenalan. Arissa mencapai pautan tangan gadis tersebut.

“Do I know you, miss..?” Arissa bersuara.

“By the way. I’m Cheryl-Ann.”

Sebelah kening Arissa terangkat. Cheryl-Ann? Takkanlah…?

Rasa janggal.

“I’m Adrian’s  girlfriend.”

Tersentak Arissa. What? Tak mungkin Cheryl-Ann tu!

“But I’m his wife!”

Cheryl tiba-tiba memegang perlahan bahu Arissa. Ternyata riak wajah gadis itu kelihatan tidak senang dengan perlakuan gadis barat yang tiba-tiba hadir menganggu ketenteraman jiwanya.


            “Calm down. Listen to what I wanna say..” Ujar Cheryl. Entah apa tidak kena dengan gadis itu. Hujung bibirnya tertera satu senyuman sinis.

“Your husband. He cheated on you. Like seriously. He still with me. He called me and said he want me. I don’t have any ideas that he’s already married.”

“Liar.”

“Go and asked him by yourself. He said that he had nothing to do with you. You are just some chick that he trapped with. It was unexpected marriage after all, right?” Kata-kata Cheryl sangat menyakitkan hati Arissa. Perasaan marah mula menyelubungi hati gadis yang baru hendak merasa kemanisan sebuah percintaan di alam rumah tangga.

            “Who are you? What exactly do you want from me?” Arissa menyoal gadis tinggi lampai tersebut. Memang cantik. Tidak hairanlah jika Adrian menyukai perempuan itu namun dalam hatinya, Adrian adalah haknya kini. Mengapa Cheryl perlu datang dan menaburkan kata-kata yang menyakitkan hati sebegitu rupa?

“Leave him. He doesn’t love you. He love me.”

“Never.”Arissa enggan.

“Look at this! Do you still think that your husband love you after you see all of these freaking photos?” Cheryl menghulurkan satu sampul surat yang baru sahaja dikeluarkan dari handbagnya. Teragak-agak Arissa mencapainya.

“Look!”

Orang yang berada lalu-lalang di situ mula memandang perlakuan gadis berdua itu. Pelbagai andaian yang melintasi pemikiran mereka. Cheryl mengeluarkan isi kandungan sampul surat tersebut. Bulat mata Arissa ketika itu lantas dia merampas gambar-gambar yang berada di tangan Cheryl.

Adrian..! Tak sangka kau khianati aku! Mati-mati aku ingat kau setia!

“Now you know who exactly your husband are..” Cheryl separuh mengejek.


“What do you want from me..?” Soal Arissa. Hatinya ibarat ditusuk sembilu. Satu persatu gambar ditelitinya. Gambar yang menunjukkan kemesraan melampau di antara Adrian dan gadis barat tersebut. Hatinya terasa jijik melihat aksi keterlaluan si suami.

“Leave him.”

Arissa tidak membalas apa-apa. Matanya ralit memerhatikan sebuah kecurangan. Dunianya seolah-olah berhenti berputar tatkala itu. Perlahan, air jernih kesedihan mengalir membasahi pipi gebunya. Cheryl di hadapannya tersenyum sinis.

Serve you right!

“For your information, I’m pregnant with his child.” Cheryl menambah lagi. Tersentak Arissa. Lantas matanya terus menangkap wajah gadis yang berhati busuk itu. Mahu sahaja dia tampar pipi putih Cheryl.

“What?!” Kuat kedengaran.

“I’m pregnant. Your husband’s child. It’s about three month already..”

Arissa berang. Dia mencampakkan gambar-gambar tersebut di hadapan muka Cheryl. Benar-benar keterlaluan!

Arissa Azzalea segera keluar dari tandas. Langkahnya menuju ke arah Adrian. Satu sahaja yang bermain di fikirannya. Dia mahu mendapatkan penjelasan sebenar-benarnya daripada mulut suaminya itu.

            “Lamanya you pergi tandas, sayang. Buat apa haaa..?” Usik Adrian. Pemuda yang berada tidak jauh dari gadis itu tersenyum lebar, membuatkan si isteri makin marah. Adrian lantas mendapatkan si jelita lalu memeluk bahunya. Arissa segera menempis tangan suaminya.

“Kenapa you buat I macam ni, Ryan!”Bentak Arissa tiba-tiba. Naik binggung Adrian dibuatnya. Sebelah kening pemuda itu terangkat.

“Hey..! I buat apa? Are you okay? Kenapa muka you merah padam ni? Arissa..? ” Soal Adrian. Tiba-tiba satu bebanan seakan menghempap Arissa. Gadis itu berasa seperti dunianya sedang berputar ligat. Peluh sejuk terasa di tubuhnya. Pandangannya mulai gelap. Beberapa saat kemudian Arissa rebah!

"Arissa! Arissa..!"

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star