Kejora Cinta Adrian Part 47

           “Kenapa you tak nak call I? Mana you menghilang semalam? Risau I dibuatnya. I takut you ditimpa apa-apa,” Arissa membontoti langkah Adrian. Menyirap darah Adrian mendengar kata-kata dari isterinya namun dia masih mengekalkan riak selambanya. Jika diikutkan hati jangan cakap muka, suara Arissa pun dia tidak mahu dengar. Suara merdu itu mengalunkan seribut not sedih di jiwanya.

Kenapa takut pulak? Patutnya kau happy bila aku tak ada, so senanglah kau nak berpeleseran dengan si jahanam tu. Oh apa nama dia? Sweetheart?

       “Mulalah nak jadi orang bisu lagi. What’s your problem? Ni nak pergi mana lagi?” Soal Arissa lagi.Kelihatan tangan Adrian sibuk mencapai pakaian yang tergantung di dalam almari. Disumbatnya pakaian itu ke dalam bagasi besar berwarna biru.

Adrian memandang Arissa yang berbisa itu.

“Kemas baju you. I hantar you balik rumah mama,” Tersentak Arissa mendengar kata-kata Adrian.

Apa maksud dia ni? Dia nak ceraikan aku ke? Ya Allah!

“Adrian, you dah tak sayang I ke?” Arissa bergenang air mata. Dia duduk di atas katil. Lembik lututnya saat itu. Adrian mengerling Arissa.

Kenapa kau tanya soalan yang jawapannya kau sudah tahu, Arissa?

       Adrian mengagahkan diri menghampiri gadis idamannya itu. Dia melutut di atas lantai, sementara tangannya menyentuh kulit Arissa yang lembut itu. Matanya yang cantik itu memandang redup ke arah wajah gadis tercinta.

“Kali ni dengar cakap I boleh? Balik rumah mama you. Bila sampai masanya I akan datang jemput you. I promise.”

You nak tinggalkan I?”

Adrian mengangguk. “Buat sementara ni aje.”

            Arissa segera memeluk Adrian. Benarlah apa yang bermain di fikirannya. Adrian mahu berpisah. Air mata mengalir deras, tak sangka begini akhirnya yang terjadi ke atas dirinya. 

“Kenapa buat macam ni? Apa salah I?”Teresak-esak Arissa, membuatkan Adrian makin tenggelam dalam perasaannya.

Pandainya kau berlakon, Arissa..

Adrian melepaskan pelukan gadis tersebut. Semakin gadis itu menghampirinya makin pedih perasaannya.

“Pergi berkemas, Rissa.”

I tak nak balik rumah mama.”

“Habis tu you nak macam mana lagi? You nak tinggal sorang-sorang dalam rumah masa I tak ada?”

I nak ikut you,”

“Tak boleh. Dahlah. Cepat okay? Tiket flight I pukul empat ni.”

Bulat mata bundar Arissa. Flight?

 “You nak pergi mana?”

America.” No. Bukan ke situ.

No! You can’t do this to me!”

“Rissa! Boleh tak dengar je cakap I?”

“I tak nak dengar! Kenapa you nak tinggalkan I?”

I kata sekejab je kan?” Urghh! Sudahlah berlakon Arissa!

I tak nak you ceraikan I faham tak?” Arissa menarik kolar t-shirt putih Adrian.

“What?” Sampai macam tu kau fikir Arissa?

“Jangan..”

Are you out of your mind, Rissa? You ingat I ni bodoh ke? Kenapa I nak ceraikan you pulak? I just nak hantar you balik rumah mama!”

“I thought..!”

“Yang I akan ceraikan you?  No way. I won’t. I tak akan lepaskan you. Never!” Lebih-lebih lagi kepada jantan tak guna tu! Jangan harap!

Thank God..”Arissa mengesat air matanya yang mencurah-curah lebat. Adrian memandang wajah pucat si isteri. Sakitkah dia?

“Kemas cepat...” Adrian mengusap rambut isterinya lalu ditinggalkan gadis itu bersendirian di bilik sementara dia membawa keluar bagasi birunya itu menuruni tangga.

           Biar dia duduk rumah mama. Sekurang-kurangnya masa aku tak ada dia akan sedar segala perbuatan yang telah dia lakukan dan berhenti dari berjumpa Ammar. Hopefully.

Adrian mengeluh. Betulkah apa yang dia buat sekarang? Perlukan dia lari membawa diri  Italy? Perlukah dia pergi dan meninggalkan Arissa tanpa sebarang jagaan? Bolehkah dia percaya yang Arissa tidak akan berselingkuh dengan Ammar? Entahlah, dia sendiripun tidak pasti apa akan terjadi. Dia kini berserah atas segala dugaan yang menimpa rumahtangganya.

Arissa bingung dengan perlakuan pelik Adrian. Dia tertanya-tanya apa yang sedang bermain di kepala pemuda itu. Tiba-tiba tekaknya mual lagi. Segera dia berlari anak menuju tandas yang berada di hujung bilik. Dimuntahkan segala apa yang berada di dalam perutnya.

Kenapa macam ni? Loya sangat-sangat. Period aku tak datang lagi and at the same time asyik muntah-muntah aje. Jangan cakap aku pregnant..?

Arissa memandang imbasan wajahnya di cermin. Tangan memegang perut.


            Arissa cuba mengatur ayat untuk dituturkan kepada sang suami yang sedang focus dengan pemanduannya. Sedikitpun pemuda itu tidak menoleh ke arahnya. Arissa mulai risau. Mungkinkan betul perkara yang sedang bermain di pemikirannya? Mungkinkah dia kini berbadan dua?

Adrian menekan butang di radio. Alunan music rancak berkumandang si dalam kenderaan, memecahkan kesunyian dan kejanggalan yang brelaku di antara mereka.

“Sepanjang I tak ada dekat sini, you jaga diri elok-elok. Jangan buat perangai bukan-bukan,”Adrian tiba-tiba bersuara, membuatkan Arissa yang sedang bercelaru itu sedikit terkejut. Kencang jantungnya berdegup.

Okay.” Ringkasnya.

Arissa memandang wajahnya di pantulan cermin sisi. Dia mengenggam tangannya kuat-kuat. Haruskah dia memberitahu kemusykilan yang bersarang di dalam pemikiranya terhadap sang suami? Tapi kalau tekaannya salah, takut dia pula yang malu nanti!

You jangan risau, I akan tinggalkan duit belanja untuk you. Ingat, jangan degil-degil lagi. You kena dengar cakap I. I tak nak bila I balik nanti I dapat tahu benda bukan-bukan. Kalau I dapat tahu, siaplah you,” Terselit nada ugutan pada Adrian. Adrian tersenyum geli hati namun dialihkan wajahnya daripada diperasan oleh Arissa. Sesekali dia harus bertindak sebegitu. Biar Arissa takut sikit dengannya. Kadang-kadang gadis sedegil Arissa harus diberi warning, kalau tidak nanti naik lemak bila sang suami tiada di sekeliling.

Arissa menguis-nguis jari jemarinya. Fikirannya seakan-akan tidak dapat menelan kata-kata Adrian. Hal mengenai dirinya berterusan membelenggu.

“Ryan, boleh tak kalau you berhenti sekejab dekat farmasi depan sana tu? I ada benda nak beli,” Ujar Arissa, lembut. Dup dap dup dap rasa jantungnya. Macam nak pecah rasanya. Adrian mengerling isterinya yang jelita itu. Hairan.

Sakitkah dia? Kenapa nak pergi farmasi pulak ni? Nak beli ubat apa?


Kejora Cinta Adrian Part 46

         “Kenapa termenung ni awak? Rindukan suami ke?” Suara Ammar Wafi mematikan lamunan Arissa. Gadis itu memandang kelibat yang datang tanpa diundang itu. Ammar tersenyum lebar, berpura-pura seakandia tidak bersalah walhal dialah penyebab utama rumahtangga gadis itu berantakan.Ammar mengambil tempat duduk, betul-betul di hadapan Arissa. Naik bingung Arissa dibuatnya. Di mana sahaja dia pergi pasti Ammar ada. Entah-entah dia pasang cctv dekat rumah aku tak? Musykil-musykil.


            “Mana je saya pergi ada je awak. Awak ni stalker ke? Bukan ke saya dah cakap yang saya tak nak awak ganggu saya. Saya dah ber-su-a-mi! Faham tak?” Arissa menegur pemuda itu dengan nada sindir. Ammar berdehem.


Tahu. Tapi tak lama lagi bakal jadi bekas suami. Tunggu sedikit masa lagi.


“Hai, bukannya saya datang nak mengurat awak. Alang-alang saya terserempak dengan awak, saya tegurlah.Takkan itu pun salah?”


Arissa mengecilkan matanya. Dah aku tak suka,tak payah nak tegur sangatlah!


How about your husband? Mana dia? Tak nampak pun? Hai, takkan berkelahi lagi kot?”


None of your businesslah! Kenapa sibuk-sibuk sangat hal orang? Dah tak ada kerja lain dah?” Arissa makin lemah dengan perangai Ammar yang tak tentu hala macam orang psiko itu. Tak ada kerja lain nak menambah racun dalam hubungannya yang dah sedia ada rosak itu.


“Awakkan kawan saya. Kawan kenalah saling bantu-membantu. Oh. Dah sampai pun air saya,” Ammar berbicara hipokrit. Seorang pelayan wanita datang membawa dulang minuman.Entah bila agaknya pemuda itu memesan minuman, Arissa pun tidak tahu. 


 “Awak minum air apa tu? Ewww.. Bau dia..! Em!” Arissa menekup mulut. Tiba-tiba terasa loya apabila hidungnya tertusuk dengan bau secawan green tea panas yang dipesan Ammar. Makin lama makin tak tertahan rasanya perasaan loya itu.


“Saya pesan green tea je kot. Geli pulak? Rasanya dulu hari-hari awak minum?”



            Arissa Azzalea segera bangun dari duduk. Entah mengapa tekaknya masih berasa mual. Terasa pahit seperti mahu memuntahkan sesuatu. Gadis itu segera melangkah menuju ke ladies, meninggalkan Ammar yang terkapai-kapai sendirian. Satu sahaja yang berada di fikirannya, membuang segala apa yang bermain di tekaknya.

Ammar Wafi menghidu cawan yang terkandung green tea itu.

Pelik. Kenapa dengan green tea aku? Nak kata busuk, tak. Tapi apasal dia geli pulak? Siap nak muntah segala? Padahal masa couple dengan aku hari tu, masa makan dekat Johnny’s and Sushi King, air tu jugak yang dia pesan. Weird betullah! Ke dia nak mengelak dari aku? Cis!

*   *  *

            Gadis cantik itu mencuci mulutnya. Saat itu terpandang pantulan wajahnya di cermin. Pucat lesi,macam darah tak naik ke muka. Perutnya berasa kurang senang, terasa seperti senak yang diulangi dengan mual. Nakkata masuk angin,dia sudah makan. Nak kata silap makan, apa yang dia makan sampaikan perutnya meragam sebegitu rupa.


Mungkin sebab period aku datang lewat kot? Biasanya kalau lewat ni nampak gayanya menderitalah aku jawabnya seminggu ni. Aduh. 


Telefonnya berbunyi. Panggilan dari Ammar. Tidak mahu dijawabnya. Malas melayan pemuda itu. Buat sakit hati. Hanya panggilan Adrian sahaja yang ditunggunya. Panggilannya tidak berbalas. Hanya sekali dijawab namun beberapa saat kemudian dimatikan tanpa sebarang kata. Entah kemana pemuda itu menghilang. Sejak dia keluar semalam, Adrian turut pergi meninggalkan rumah. Semenjak itu, batang hidungnya tidak kelihatan langsung. Puas Arissa mencari di sekeliling rumah. Setiap bilik dijelajahi hanya untuk memastikan pemuda itu ada namun hampa. Sampai ke pagi dia tidak dapat melelapkan mata akibat memikirkan keadaan suaminya yang langsung tiada khabar berita. Merajukkah dia? Tapi apa yang aku dah lakukan?


Panggilan Ammar langsung tidak diendahkan. Gadis itu menekan butang reject. Dia mendail nombor Adrian, berharap agar pemuda  sudi menjawab panggilan.



***


“Bos, ada call tu.Tak nak jawab ke?” Soal Farhan. Dia menepuk perlahan tangan Adrian. Adrian menggerakkan tubuhnya lalu ditarik sweater merah darah yang membaluti tubuhnya, berpura-pura seperti dia sudah melelapkan mata di tempat duduk penumpang bersebelahan dengan pemandu itu.


“Bos. Dah banyak kali bini bos call.Takkan bos langsung tak nak jawab?” Farhan bersuara lagi. Adrian memekakkan telinga, malas mahu mendengar. Pemuda yang sedang memandu itu mengeluh.

Apa sebenarnya yang berlaku dengan diorang ni?


“Tak apa. Kalau bos tak nak jawab biar saya aje yang jawab,” Spontan Farhan. Dia lantas memberhentikan kenderaan berwarna kuning itu di sisi jalan. Dicapainya Blackberry Adrian, mahu dijawabnya panggilan dari isteri majikannya itu. Saat itu Adrian segera mengambil alat komunikasi tersebut dari tangan pemuda yang muda daripadanya itu. 


“Kau jangan berlagak nak jadi telangkai boleh tak??” Tiba-tiba pemuda tersebut naik angin. Tersentak Farhan mendengar nada kasar yang terhambur dari mulut Adrian. Adrian melurut kasar rambut coklatnya apabila melihat riak wajah Farhan yang mulai mendung itu. Tak pasal-pasal dimarahi pemuda yang tak bersalah itu.


“Sorry. Aku bukannya nak mengamuk tak tentu pasal. Aku tengah kusut ni. Aku tak nak jawab call dia. Aku tak nak dengar suara dia. Aku rasa macam ada satu beban dalam ni,” Adrian menekan dadanya. Farhan memandang bosnya itu. Memang betul tekaannya.Rumahtangga Adrian sedang bergolak.


“Bos, luah ajelah.Tak payah pendam lagi.”


“Kau park kereta dekat depan tu.”


Farhan mengangguk tanda faham. Akhirnya Adrian sudi untuk bercerita.


Adrian mengeluh resah. Dia tiada pilihan lain. Dia hanya mampu untuk meluahkan, sekurang-kurangnya beban di dada tak seberat sekarang.



***


            “She’s cheating on me, with my best friend.” Ujar Adrian. Rasa marah mula bertukar sebak. Matanya sudah berkaca namun dilindungi dari dilihat Farhan. Entah mengapa hatinya begitu lemah apabila berbicara mengenai Arissa. Gadis itu benar-benar meruntunkan hatinya, membuatkan jiwanya menjadi begitu terluka dek apa yang dilihat mata kasar miliknya.


“Bos,bos jangan serkap jarang je bos. Mana tahu bos tersilap.”


Adrian menggeleng. Dia kini mengerti sweetheart yang selama ini dicemburui olehnya adalah orang yang sama iaitu Ammar Wafi. Ternyata sekali Arissa lebih memilih pemuda tersebut daripada suaminya sendiri. Buktinya,gadis itu cepat-cepat keluar setelah mendapat panggilan daripada Ammar. Lebih menyakitkan lagi apabila dia merasakan dirinya dikhianati rakan baiknya sendiri. Bukan main hebat lagi pemuda itu memainkan peranannya,  sehinggakan dia sendiripun boleh tertipu dengan lagak tidak bersalah sahabatnya itu. Kawan baik konon.


“Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri okay? Bukan sekali dua aku bagi peluang pada Arissa tu! Dah banyak kali aku nampak dia bergayut dengan lelaki tu, text segala.Kali ni aku tengok dengan mata aku sendiri..! Lelaki tu rupanya bestfriend aku sendiri! Hati aku betul-betul kecewa sekarang ni, otak aku tak boleh fikir apa dah. Buat masa sekarang aku tak mampu nak berdepan dengan dia. Aku takut, aku risau aku akan cakap sesuatu yang akan buat aku menyesal di kemudian nanti. Macam nak pecah dada aku tengok diorang berdua. Aku betul-betul rasa seperti diperbodohkan..!” Adrian meraup wajahnya. Akhirnya air mata yang ditahannya mencurah juga. Tangkai hati betul-betul disentap. Jika orang lain mungkin dia terpaksa akur,tetapi ini melibatkan sahabat baiknya. Apa yang lebih teruk boleh terjadi lagi?


“Bos, buat masa sekarang bos dengar cakap saya. Bos ambil cuti. Tenangkan pemikiran bos. Dalam masa sekarang bos baik berdiamkan diri dulu. Siasat apa yang perlu sebelum buat apa-apa keputusan. Saya takut bos tak berfikir dengan rasional.Nanti tak pasal-pasal semuanya jadi lebih teruk. Sabar bos,” Pesan Farhan. Dia menepuk belakang lelaki yang hanyut dibuai perasaan kecewa itu. Adrian memandang langit yang makin gelap, seperti kesedihan di hatinya juga.

Kejora Cinta Adrian Part 45

            Punch bag di hadapan pemuda itu ditumbuk berkali-kali penuh marah. Jam sudah menunjukkan jam enam petang namun tiada tanda-tanda pemuda itu akan berhenti mengulangi tumbukannya terhadap beg pasir yang bergantungan itu. Hatinya dilanda cemburu, geram, terasa dikhianati oleh isteri dan sahabatnya sendiri. Kulit pipi seakan ditampal kulit, malu,terhina diperlakukan seperti itu.

            Celaka! Kenapa lelaki tu adalah kau, Ammar?! Urgghh! Bodoh!

Tiba-tiba punch bag dihadapannya ditahan seseorang. Adrian memandang wajah Farhan yang berada tak jauh daripadanya itu.

“Bos. Dah pukul enam dah ni. Dari pagi tadi bos ada dekat sini. Sudah-sudahlah seksa diri. Jom balik, bos. Mesti isteri bos risau nanti,” Farhan memulakan bicara. Adrian yang berpeluh-peluh itu dipandang dengan pandangan sayu. Dia tahu pasti sesuatu yang buruk menimpa pemuda kacak tersebut. Jika tidak, masakan Adrian naik angin sebegitu rupa? Belum pernah dilihatnya Adrian begitu marah.

“Kalau kau letih, kau balik ajelah. Aku tak penat lagi.” Arissa? Apa dia peduli!

“Bos, tolonglah dengar cakap saya. Kita balik. Dari tadi saya tengok bos tak berhenti-henti lagi. Nanti bos jatuh sakit.”

“Aku sakit apa kau peduli. Dahlah. Jangan ganggu aku. Kau pergilah balik. I need some time to be alone.”
Farhan menggeleng.

“Bos. Ada apa-apa buruk yang dah jadi ke? Cerita pada saya, mana tahu saya boleh tolong?” Soal anak buah Adrian itu. Adrian meneruskan perbuatannya tanpa menghiraukan kata-kata pemuda sawo matang itu. Kalaulah Ammar berda di situ, pastinya dia tumbuk pemuda itu hingga longlai.

Dasar kawan makan kawan! Depan aku bukan main lagi kau tunjuk baik. Belakang aku kau menggoda isteri aku. Jantan tak guna! Memang kau nak kena ajar!

“Bos! Dahlah!”

            Tersentak Adrian dari terus tenggelam dengan amarahnya. Farhan menghampirinya lalu dicabutnya Revgear boxing glove berwarna merah hitam di tangan bosnya itu. Kalau glove itu terus melekat di tangan, alamatnya sampai subuh pun bosnya itu masih belum berhenti menumbuk sesuatu yang langsung tak ada faedahnya. Baik pergi mesyuarat yang berlambak-lambak ditangguhkan sejak pagi tadi. Ini tak, dari pagi sampai ke petang terperuk dalam gym.

“Memandangkan sekarang bukan office hour, saya tak nak dengar cakap bos. Sekarang saya  kawan bos. So bos jangan nak bagi arahan pada saya. Saya tak akan dengar,”Gerutu Farhan. Dicampakkan glove tersebut ke lantai. Dicapainya tuala yang berada tak jauh dari situ. Dihulurkan kepada Adrian yang bermandikan peluh itu. Merah wajah cerah lelaki kacukan tersebut. Letih lah tu.

“Kenapa kau nak ambil berat tentang hal aku?”Soal Adrian. Dia mengesat peluh yang membasahi badannya. Kemudian, dia duduk di atas kerusi. Farhan masih tercegat di situ.

“Sebab saya kan kawan bos?”

“Ada apa pada kawan? Ada kawan pun tikam dari belakang. Tak guna betul!”

Bulat mata Farhan. Eh apa dia cakap ni? Kenapa? Apa yang terjadi? Kena korek rahsia ni!

Relax bos. Apa kata kalau kita keluar minum-minum, makan dulu?

“Tak ada mood aku nak keluar.”

“Bos. Rumahtangga bos ada masalah eh?” Farhan meneka.

Menyinga Adrian memandang Farhan yang merupakan anak buahnya. Terkejut pemuda itu dibuatnya. Dia mengesotkan punggungnya menjauhi majikannya itu.

Fuhh.. Kang tak pasal pasal aku makan penumbuk bos.

Adrian menghela nafas panjang. Nampak sangat ke?

Adrian mengangguk tanda setuju. Farhan memandang riak muram bosnya.

            “Ceritalah pada saya, mana tahu saya boleh bagi advice ke apa ke?” Ujar Farhan lembut. Matanya ralit memandang Adrian yang mengenakan singlet itu.

“Well. Aku tak rasa kau boleh tolong. Masalah aku, biar aku handle sendiri.” Adrian. Dia mencapai sebotol Gatorade lalu diteguknya.

“Kali ni isteri bos buat apa pulak?” Memberanikan diri menyoal Adrian.

Adrian melurut rambutnya yang lembab.

Perlu ke aku cerita?

“Bos..”

“Boleh tak kalau kau jangan tanya soalan ni? Aku kusut tahu tak? Kau balik ajelah.” Adrian mencampakkan tualanya ke lantai. Pemuda itu bangun lalu mengambil beg sandangnya. Dia mahu pulang. Enggan memperdulikan Farhan yang tidak pernah berhenti menyoal mengenai hatinya dan masalah peribadinya. Dia tahu, Farhan begitu prihatin mengenai dirinya namun belum sampai masanya untuk dia mengembar-gemburkan masalah rumahtangganya kepada pemuda itu. Dia tidak mahu dicop sebagai suami yang tidak tahu mengawal isteri.

“Bos, kalau ada apa-apa, cerita je pada saya. Saya tak pernah tengok bos semarah ni. Sekurang-kurangnya kalau bos cerita, ringan sikit beban dalam hati tu.”

“Belum masanya lagi untuk aku cerita pada kau.”

Farhan menghulurkan kunci kenderaan Adrian.

“Aku rasa aku nak take break lah. Nak tenangkan hati. Aku ingat nak bercuti.”

“Baguslah tu bos. Pergi bawak bini bos honeymoon kali kedua.”

Tak habis habis Arissa! Aku nak elakkan diri daripada dialah stupid!

“Kau lapar tak?” Soal Adrian, sengaja mendalih. Farhan mengangguk. Hampir seharian dia jadi jaga, mana tak laparnya. Breakfast belum, lunch pun belum!

            “Pegang ni. Aku nak mandi sekejab. Kejab lagi kita keluar makan. Aku belanja. Today, kau jadi driver aku. Aku malas nak drive,” Ujar Adrian. Beg sandang dan kunci kereta bertukar tangan.

Fuyooo. Dapat bawak Lotus! Yess!

Adrian meninggalkan Farhan di luar sementara pemuda itu masuk ke dalam bilik persalinan. Setelah hampir seharian terperuk dalam gym, bau peluh dah macam apa dah. Diharapkan air hujan yang bakal menimpa dirinya boleh melarutkan rasa amarah dan geramnya terhadap Arissa dan Ammar Wafi.

            Farhan tercongok di tingkap sementara menunggu bosnya siap bersiram. Pemuda itu memandang kenderaan yang lalu-lalang di bawah. Perutnya sudah mendengdangkan lagu rock kapak. Dum dam dum dam tali kecapi.

Apa agaknya masalah bos aku ni ye? Kenapa dia asyik mengamuk aje?

Kedengaran telefon bimbit bergetar dan menjerit di dalam beg sandang Adrian. Farhan tidak memperdulikan bunyi tersebut. Kalau  disibuk-sibuk nanti kena penampar free pulak dengan Adrian. Baik buat  tak reti aje.

Berkali-kali Blackberry pemuda itu berbunyi, membuatkan Farhan rasa serba-salah. Mana tahu panggilan penting ke apa ke. Terkocoh-kocoh pemuda itu mencapai beg sandang yang terletak di dinding. Zip poket beg sandang terbabit segera dibuka dan Blackberry Storm milik Adrian masih berbunyi.

My Angle? Hai siapa pulak? Bini bos ke?

“Hello?” Farhan menjawab panggilan tersebut tanpa segan silu.

Where have you been? Kenapa tak balik? Sekarang baru you nak jawab phone?!” Kedengaran suara bernada tinggi di telefon. Sakit telinga Farhan.

Apa sebab dia marah-marah ni? Aduh! Nak jawab apa ni? Laki bini garang garang!

Adrian yang baru sahaja keluar terkejut melihat Farhan lalu dirampasnya telefon dari tangan pemuda itu. Dimatikan talian segera. Ah! Tak ingin aku jawab!

Kejora Cinta Adrian Part 44

          Gadis yang bernama Arissa Azzalea menghampiri Adrian Zareth, suaminya. Pemuda yang sedang lena dibuai mimpi. Sewaktu gadis itu tiba di rumahnya, kelihatan kenderaan milik si suami sudahpun terpakir di hadapan. Rambut coklat gelap milik Adrian dibelai lembut Arissa. Terbit rasa bersalah kerana asyik mencurigai perhubungan mereka berdua.


        “Bila you balik? Pergi mana tadi?” Adrian terjaga dari tidurnya. Matanya perlahan dibukakan. Pemuda itu menggosok matanya yang masih kabur itu. Tidak bermaya rasa tubuhnya hari itu. Nak bangun pun dah rasa malas sejak insiden Cheryl bertemu dengannya tadi.


“Keluar sekejab.”


Adrian bangkit sedikit lalu menyandarkan badannya di sisi katil. Dia menarik perlahan tangan isterinya yang jelita
.

         “You kan tak sihat? Jaga kesihatan you. Nanti apa-apa jadi nanti kan susah? Sini. Duduk sebelah I..” Adrian mengesot ketepi dan memberi ruang untuk Arissa duduk bersebelahan dengannya. Arissa mengikuti kata-kata suaminya. Terharu apabila Adrian masih melayannya dengan baik walaupun dia asyik menyakitkan hati pemuda tersebut.


“Kenapa you baik sangat dengan I walaupun dah banyak kali I sakitkan hati you?”Soal Arissa mencetuskan ketawa kecil di bibir Adrian. Pemuda itu mengadap si gadis lalu disentuhnya kepala Arissa dengan lembut. Jari-jemarinya mengelus rambut panjang milik gadis tersebut
.

“Sebab I cintakan you. Isn’t that obvious?”


“Tapi..!” 


         Bibir Arissa ditekup perlahan menggunakan dua batang jarinya. Bulat mata gadis itu. Adrian memandang isterinya.


Please. Jangan cakap apa-apa.”Adrian menarik kepala Arissa lalu dibenamkan ke dadanya. Dia tahu perkataan ‘tapi’ Arissa hanya akan mengoyakkan hatinya.



            “Seumur hidup I, I tak pernah rasa sayang, cinta macam ni sekali. Buat masa sekarang biarlah I macam ni okay? I bahagia walaupun you tak ada perasaan yang sama macam I. Just stay with me. I promise I will make you love me.” Adrian menarik nafas panjang. 


Arissa berdiam diri. 


Ini bukan lagi Adrian yang aku kenal dulu. Dia bukan lagi Adrian yang sering menyakitkan hati aku. Dia bukan lagi Adrian, budak Amerika yang kuat berfoya-foya. Dia bukan lagi lelaki macam tu. Kini dia suamiku. Lelaki terbaik yang tuhan anugerahkan padaku…


         Saat itu berlalu dengan indah sehinggalah tiba-tiba muncul satu panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Arissa lantas menolak tubuh sang suami lalu mencapai alat komunikasi miliknya. Ditatap nombor di skrin. Tak lain tak bukan, Ammar Wafi yang menghubunginya. Gadis itu mengeling ke arah suaminya yang sudahpun bertukar riaknya.


Jangan jawab panggilan tu, Arissa, rintih hati Adrian Zareth.


I  keluar sekejab. Excuse me.” Arissa lantas melangkah keluar, meninggalkan si suami yang makan hati dek gadis itu.


Nampaknya aku ni bukan sesiapa di hati kau, Arissa. Ternyata kau lagi pentingkan lelaki itu dari aku.


Kali ini telefon pemuda itu pula berbunyi. Panggilan dari pejabatnya.


“Hello? Sorry saya tak hadir mesyuarat pagi tadi. Ada apa yang perlu saya tahu,Juwita?” Soal Adrian sebaik sahaja talian disambungkan.


         “Encik Adrian. Tuan pengarah nak jumpa dengan Encik esok. Pukul sepuluh pagi di pejabatnya. Boleh saya confirmkan yang encik akan datang?” Soal pembantu peribadi Adrian kepadanya. Adrian lantas mengangguk.

“Okay. Boleh. Juwita, I need your help. Book me a ticket to Italy. One ticket, business class, as soon as possible. I think I need a long break.” Adrian lagi.



            “Kenapa awak tiba-tiba call saya ni? Awak tahu tak saya nyaris-nyaris kantoi dengan dia?”Marah Arissa sebaik sahaja dia menjawab panggilan telefon dari Ammar Wafi. Suaranya dipelahankan takut didengar pula oleh Adrian Zareth.


“Awak risau sangat kenapa?”


“Risaulah! Nanti dia tuduh saya ada affair dengan lelaki lain dekat belakang dia!”


“That’s means he don’t trust you lah?”


“Shut up! What exactly do you want from me?”


“Jom keluar.”


“Gila ke awak ni? Pagi tadi awak makan panadol berapa biji? Dua puluh? Gila apa nak ajak isteri orang keluar!”


“Suami awak tu boleh je keluar dengan perempuan lain?”


“What..?”


“Kenapa? Marah sebab saya tuduh suami kesayangan awak tu?” Bernada perli, menambahkan sakit hati Arissa terhadapnya. Kalaulah lelaki itu ada didepan mata pasti ditamparnya wajah lelaki itu tanpa belas kasihan. Biar dia rasakan peritnya penangan seorang isteri!


“Arissa. Stoplah jadi bodoh. Awak tahu tak semua yang kita tengok tadi tu hanya lakonan? Awak tahu tak yang suami awak tu tahu kalau awak ada dekat situ?”


“Ammar! Sekali lagi awak pandai-pandai nak tuduh, jangan harap saya nak jumpa awak sampai saya mati!”


“Awak ni tak boleh terima hakikat ke yang suami awak langsung tak cintakan awak? Arissa jangan jadi buta!”


Arissa mengenggam jari-jemarinya rasa amarah. Air mata sudah bertakung, menunjukkan betapa sakitnya hatinya ketika itu.Ammar memang keterlaluan!



“Awak dekat mana?” Soal Arissa. Dia mahu menyelesaikan masalah yang sedang berlaku. Dia tidak mahu Ammar Wafi terus bersangka buruk terhadap suaminya.


“Dekat rumahlah. Kenapa? Nak ajak saya keluar? Boleh. Dekat tempat biasa. Café Batista.”


“Okay, setengah jam lagi saya sampai.”


“Gembiranya saya awak sudi nak keluar dengan saya.”


“Saya bukan nak keluar dengan awaklah..!”


“Tak kisahlah. Janji bukan datang bersama suami tersayang awak tu.”


“Kita kena settlekan masalah ni. Jangan terlewat.”


Okay darling. Bye!


Segera Arissa mematikan talan. Dia meengus kecil. Kebelakngan ini emosinya sering terganggu. Ada apa masalahkah yang terjadi kepadanya?


 Tas tangan dicapai. Gadis itu meninjau sekeliling, melihat kalau-kalau suaminya ada berhampiran. Setelah keadaan nampak terkawal, segera gadis itu menurun tangga, menuju ke kenderaannya. Dia mahu menyelesaikan masalahnya dengan Amar Wafi yang tak habis-habis meracuni pemikirannya.


Saat sahaja gadis itu berlalu, pint bilik dikuakkan Adrian. Naik merah wajah pemuda itu menahan perasaan.

Tak sangka Arissa akan bertemu dengan lelaki yang sering menganggu ketenangan rumahtanganya itu. Akhirnya Adrian membuat keputusan untuk mengekori langkah iserinya. Trasa benar-benar ingin tahu siapa keparat yang telah mengucar-kacirkan hidup mereka berdua.


Hari ini aku akan tahu siapa yang selama ini cuba menganggu isteri aku. Dan pastinya, segala masalah akan aku selesaikan tak kira cara baik ataupun cari buruk. Yang penting, Arissa tak lagi diganggu lelaki bodoh tu.

Adrian mencapai sweaternya yang tersangkut dan kakinya segera melangkah, cuba mengikuti Arissa sebelum dia kehilangan jejak isteri tercintanya itu.

Aku, Kau dan Dia. Cinta? Part 4

“Wait! Lysha!” Panggil seseorang setelah gadis itu  memarkir skuternya. Alysha memandang empunya suara itu. Gadis itu tersenyum. Daniel rupanya. Gadis itu melambai ke arah pemuda tersebut. Pemuda itu segera bergegas mendapatkannya. Mereka berjalan seiringan.

Sorry pasal semalam, ya?” Daniel memulakan perbualan. Alysha mengatakan dia tidak kisah. Dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu kemudiannya memandang jam yang berada di tangannya. Kuliah mereka akan bermula pukul sembilan pagi ini. Masih ada setengah jam masa terluang. Tiba-tiba gadis itu menguap. Daniel tertawa melihatnya. Tidak cukup tidurkah?

            “Mengantuk lagi? Awak tidur pukul berapa semalam?” Soal Daniel.

“Entahlah. Saya pun tak ingatlah awak,” gadis berkulit cerah itu menanggalkan cermin mata lalu diletakkan di dalam beg yang digalasnya. Daniel terpesona. Wajah Alysha kelihatan menawan tanpa cermin mata. Di situ pemuda itu dapat melihat keseluruhan wajah gadis cantik itu.

            “Awak buat lagi, Danny,” Tiba-tiba Alysha bersuara. Terkejut Daniel. Pemuda itu tersengih-sengih. Tidak sangka Alysha merupakan seorang jelitawan yang menyembunyikan wajahnya di sebalik kaca mata dan perwatakannya yang sederhana. Pemuda itu tidak berkelip mata.

            “Awak cantik,” Daniel masih tidak lekang dari terus memandangnya. Alysha merengus. Dia segera mencapai semula cermin matanya. Namun, tangannya dihalang oleh pemuda tersebut. Daniel mengambil cermin mata tersebut dari tangan gadis itu. Pemuda itu tidak mahu gadis itu menyembunyikan kejelitaan wajahnya. Alysha enggan berterusan dipandang. Dia cuba menarik cermin matanya dari tangan Daniel namun tiba-tiba cermin mata tersebut terlepas dari tangannya dan jatuh ke lantai kawasan parkir itu.

            Prakk! Di saat cermin mata itu jatuh, sebuah motorsikal yang berhampiran tiba-tiba melanggarnya. Terkesima Alysha dan Daniel. Cermin mata itu pecah!


            “Tengok apa awak dah buat, Danny..!” Alysha menampar bahu pemuda itu perlahan. Daniel menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tidak sengaja. Alysha mengeluh berat. Jika dia tidak memakai cermin mata pasti konsentrasinya terhadap pelajaran menurun. Dia pasti tidak nampak akan apa-apa yang akan ditunjukkan di tayangan slaid. Gadis itu mengambil kaca matanya yang telah pecah itu. Sayu hatinya. Dia meletakkan cermin mata yang rosak itu ke dalam poket beg galasnya.

New glasses mean money! Arggh.. Stressnya aku..!!

Alysha segera berjalan menuju bilik kuliah. Hatinya perlu ditenangkan. Dia tidak mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan untuk dirinya sendiri. Dia harus membeli ubat untuk ibunya, dia harus memberikan wang belanja sekolah buat adik-adiknya malah dia juga harus mengisi tangki minyak skuternya hari-hari! Kini cermin matanya sudah pecah dan pandangannya tidak berapa jelas. Dia tidak sanggup menghabiskan beratus ringgit untuk cermin mata yang baru.

            “Lysha..! Macam ni lah ye? Apa kata saya gantikan cermin mata awak. Kita beli yang baru, ya? Saya minta maaf sangat-sangat,” Daniel cuba memujuk gadis berkenaan. Alysha tidak mahu menyusahkan Daniel oleh itu dia hanya menggeleng, enggan menerima ganti rugi. Dia tahu Daniel juga seorang pelajar sepertinya jadi pastinya pemuda itu juga memerlukan wang. Dia tidak mahu menyusahkannya. Daniel menarik tangan Alysha.

            “Saya kena bertanggungjawab, okey? Saya punca semua ni. Awak kena terima,” Pemuda itu bersungguh-sungguh. Alysha hanya mengangguk walaupun di hatinya dia tidak akan menerima apa yang akan Daniel belikan kepadanya. Daniel mengajaknya ke café untuk sarapan pagi. Alysha tidak mahu dengan alasan dia sudahpun bersarapan bersama keluarganya pagi itu.

“Alysha..! Good morning! Jom masuk kelas sama-sama!” Daniea tiba-tiba muncul entah dari mana. Alysha menghela nafas lega. Gadis itu beredar meninggalkan Daniel di situ. “Wow. You look super cute without your glasses!” Daniea ketawa.

            “Aku rasa bosanlah. Apa kata kalau tak payah masuk kelas? Kita lepak dekat café ajelah,” rungut Zarieq. Dia leka bermain PSP yang berada di tangannya. Shah menggeleng. Dia tidak mahu mengikut rancangan pemuda itu. “Aku nak masuk kelas,” Ujarnya selamba. Terdiam Zarieq dan sahabat-sahabatnya yang tadi asyik ketawa. Shah Aweera tidak seperti kebiasaan. Sahabatnya, Andrew segera menghampiri. Pemuda kacukan itu meletakkan tangannya di atas dahi Shah. Segera ditepis oleh pemuda itu.

            “Geng! Sejak bila Encik Shah Aweera kita ni rajin nak masuk kelas?” Ujar sahabat paling muda, Saiful ataupun lebih manja dipanggil Epul. Shah mengeluarkan earphone lalu disumbatkan ke dalam lubang telinganya. Dia malas mendengar usikan para sahabatnya itu. Epul ketawa. Shah adalah sahabat mereka yang agak dingin. Pemuda itu tidak suka bergurau dan ketawa seperti mereka. Seringkali dia diejek sebagai Mr. Macho oleh sahabat-sahabat baiknya itu. Tiba-tiba Zarieq teringat akan gadis yang dipermainkan olehnya semalam. Pemuda yang sedang duduk di atas tangga itu tertawa sendirian. Andrew, Epul dan Shah memandang pemuda yang tiba-tiba tertawa tanpa sebab itu.

            “Rieq, kau okey tak ni?” Soal Andrew. Zarieq terdiam setelah ditegur oleh sahabatnya. Dia berdehem. Cuba mengawal rasa malunya. Pemuda itu bangun dari duduk. Dia mahu pergi ke tandas. Sahabatnya itu sudah pecah perut ketawa apabila mengenangkan Zarieq yang tidak semena-mena gelak itu cuba melarikan diri daripada diusik oleh mereka. Pemuda itu melangkah laju menuju tandas berhampiran blok kuliah. Setelah hampir sampai ke tandas, pemuda itu terdengar satu suara.

            “Tanggalkan ajelah. Buat apa nak malu?” Kedengaran suara seorang gadis. Pemuda itu cuba mencari gerangan suara itu. Keadaan sekeliling kelihatan sangat sunyi, membuatkan pemuda itu dapat mendengar dengan lebih jelas. Pemuda itu berjalan menghampiri hujung blok, mahu melihat apakah yang sedang berlaku kerana apa yang didengarinya itu sangat mencurigakan. Zarieq cuba mengintai  siapakah yang sedang bersuara. Dua orang gadis  kelihatan berada di situ.

            Bulat mata Syed Zarieq Deazry melihat salah seorang dari gadis tersebut. Gadis berambut lurus itu benar-benar menyentuh hatinya. Jantungnya berdegup pantas, seakan-akan ada satu melodi membanjiri hatinya. Dipandang gadis cantik itu, tidak berkelip matanya.

            “Tuan Puteri nampak begitu indah. Cantik dan menawan,”Ujar Daniea kepada sahabatnya itu. Alysha memegang rambutnya, dia tidak biasa melepaskan rambut lurusnya itu begitu sahaja . Kebiasaannya gadis itu akan mengikat rambut hitam pekatnya. Wajahnya yang bersih kelihatan berona merah, malu apabila Daniea memuji-muji dirinya.

            Tuan puteri?

Zarieq tersenyum. Gadis itu benar-benar menggetarkan jiwanya. Cantik rupawan. Pemuda tersebut lupa akan tujuannya selepas melihat keindahan ciptaan tuhan itu. Nafasnya turun naik, jantungnya berdebar-debar. Terdetik satu perasaan yang asing di dalam hatinya.

            “Dahlah, jomlah masuk kelas. Nanti lambat,” Ujar Alysha. Daniea yang periang menarik tangan sahabatnya yang rupawan itu. Zarieq yang masih tidak puas melihat kecantikan gadis itu terpaksa masuk ke dalam tandas bagi mengelakkan dirinya dilihat oleh gadis tersebut. Pemuda itu pergi ke arah sinki dan memandang pantulan wajahnya di cermin. Wajahnya kemerah-merahan. Zarieq membasuh mukanya dengan air. Dia tidak pasti kejadian tadi hanyalah khayalannya ataupun sesuatu yang nyata kerana seumur hidupnya tidak pernah dia berasa perasaan sebegitu rupa. 

Semua ni pasti khayalan aku aje. Tak mungkin.

Pemuda tersebut menampar perlahan wajahnya berkali-kali. Dia cuba untuk melupai saat itu. Keadaan blok tersebut terlalu lengang, masakan tiba-tiba ada dua orang gadis yang elok parasnya muncul di hujung blok. Pasti itu hanyalah permainan perasaannya. Tiba-tiba pemuda itu berasa seram sejuk. Jika itu khayalannya, pastinya apa yang dilihat matanya adalah sesuati yang asing. Segera pemuda itu melajukan langkah beredar dari blok tersebut. Dia mulai  terasa gentar.

Puteri bunian ke? Tidaaaaakkk!

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star