Kejora Cinta Adrian Part 13

            “Apa yang mummy dengan you sampai muka you dah macam asam kedut I tengok ni?” Soal Adrian. Sesekali dia menjeling ke arah isterinya yang berusia dua puluh satu tahun itu. Gadis itu berdiam diri sambil mengulas-ulas rambut panjangnya. Adrian memuncungkan bibirnya. Kenapa Arissa berdiam diri seperti mulutnya baru berjahit? Haish! Geram aku. Macam cakap dengan patung je!

“Bila I tanya, jawablah. Janganlah diam macam ni,” Pujuk si suami. Dia berasa tidak tenang. Pastinya ada sesuatu yang menganggu fikiran Arissa. Setelah berbicara dengan Datin Julia di dapur, riak gembira gadis tersebut berterusan mencuka. Pelbagai persoalan bermain di benak Adrian Zareth ketika itu. Ada kena mengena dengan aku kah? Apa yang mummy cakap pada minah ni?

            “You ada masalah ke?” Terbit satu soalan di bibir Arissa. Kening Adrian terangkat. Dia menjeling Arissa sekali sekala. Tumpuan di jalan raya harus diutamakan dahulu. Kalau jadi apa-apa nanti susah pula!

“Masalah apa? What do you mean? Are there something I donno?” Adrian.

            “Just asking,” Arissa menjengahkan kepalanya ke luar tingkap. Adrian segera menarik tangannya, menghalang gadis itu daripada berbuat demikian.

“Jangan suka-suka hati je jengah kepala dekat luar. Dangerous!” Kalau tiba-tiba ada lori lalu terputus kepala tu kang tak pasal-pasal aku jadi instant duda!

“I nak tengok permandangan ajelah. Apalah you ni!” Gerutu Arissa.

            “Kalau nak tengok pemandangan yang lebih cantik, better you pandang I  ni. I ni pemandangan yang paling cantik tuhan kurniakan untuk you tatap tahu?” Adrian ketawa besar. Arissa mencebik.

“Perasan gilalah you ni Ryan!”

            “You kena ingat lelaki yang perasan gila ni jugaklah husband you.”

“How ‘lucky’ I am. Nah, Pity me,” Sengaja dijelirkan lidah kepada si suami. Geram. Perasan gila! Well, of course kau tu handsome tapi tak payahlah nak gedik sangat.

            “Rissa, apa kata kalau kita jangan honeymoon dekat Melaka?” Tiba-tiba Adrian mengajukan soalan yang bisa membuatkan Arissa mula naik angin. Lantas Si isteri mengerling si suami dan mencebikkan mulutnya. Tak puas hati. Apa hal pulak mamat ni tiba-tiba ubah direction pulak? Haish! Ini mendatangkan amarah!

“What do you mean by that?”

“Kita pergi Langkawi nak?

“Taknak lah,” balas Arissa selamba. Kalau diikutkan hati malas je nak jawab pertanyaan pemuda tersebut. Adrian ketawa. Dia mulai rasa serba salah.

“Tolong I boleh?”

Arissa menggelengkan kepalanya. Adrian memuncungkan bibirnya pula. Dia mahu gadis itu mengeluarkan sesuatu dari beg kecilnya yang berada di atas riba.

“Tolong keluarkan something. Dalam beg I  ni. Boleh? I tengah drive ni sayang. Tolong,” Adrian mula seram sejuk. Dia membuat perancangan tanpa persetujuan gadis tersebut. Arissa memandang beg di ribaan Adrian. Dia mengeluh. Tumbuk perut tu baru tahu. Ada je idea nak susahkan orang!

“Keluarkan apa? Cakaplah.”

“Keluarkan semua sekali yang berada dalam poket depan tu,” Adrian. Sebelah tangannya mengelus rambut coklat miliknya dan sebelah lagi sibuk memegang stering kereta. Sesekali pandangannya mengadap Arissa namun tak lama. Pemanduannya harus diutamakan. Safety first.

Arissa menjalarkan tangannya ke dalam poket beg milik suaminya. Huh. Lelaki pun nak pakai beg tangan segala? You are so gay, Adrian.

“Watch out with your hand..! Ish. Nasib baik tak terkena,” Adrian bergurau. Sengaja mahu membuatkan Arissa malu. Kertas-kertas yang berada di poket beg dikeluarkan lalu ternganga gadis itu dibuatnya. Boleh masuk sebiji bola ping pong.

“You make a plan without asking me?? Ni tiket flight ke Langkawi, Adrian!”

            “Don’t you know how much I hate plane? Duh. Bengang!” Arissa menarik rambut Adrian yang sedang focus memandu. Adrian mengaduh namun masih dapat mengawal pemanduannya. Dialihkan jari-jemari Arissa yang memaut rapat rambut kesayangannya. Sakit lah mak cik oi! Sakiitttt!!

“You nak kita mati ke? Stop it, Rissa! I’m driving right now, ‘genius’! Can’t you see???”Adrian meninggikan suaranya, mahu menghentikan perbuatan Arissa yang membahayakan keselamatan mereka. Arissa melepaskan pautan tangannya. Adrian mengerutkan dahinya, sambil tangan kiri menggosok kulit kepalanya yang terasa sakit dek perbuatan ganas Arissa. Tak ubah macam singa betina minah ni!

            “Okay, okay. That’s my fault! You tu semua you takut. Kapal terbang takut, feri takut. Nasib baiklah naik kereta you tak takut. Kalau tak honeymoon jalan kaki lah kita dibuatnya,” Ngomel Adrian. Arissa ingin mengulangi perbuatan yang sama namun segera dihalang Adrian. Dia mengenggam pergelangan tangan Arissa. Sakit kulit kepala aku woi! Ingat aku ni mutant ke apa tak rasa sakit nak main  tarik-tarik sesuka hati kau? Habis tercabut rambut kesayangan aku ni, Arissa Azzalea!

“You should discuss with me first, you ‘Einstein’!”Arissa melepaskan tangannya daripada digenggam terus oleh Adrian. Kemudian gadis itu memeluk tubuhnya, tanda protes yang diiringi rengusan kecil. Muncung panjang sedepa dah.

“Tak nak.”

“Dah lama ke hidup? Nak mati?? Suka buat keputusan tak bagitahu I!”

“Kalau I bagitahu you, memang you tak akan pergi. Don’t you know me better than anyone else? Don’t you know how much I like that place? Tak boleh ke bagi I  peluang nak pergi sana?” Bersungguh-sungguh Adrian cuba meyakinkan Arissa. Arissa tergelak.

“Bukan ke dulu, dekat situ jugaklah yang you hampir mati? Dah lupa perkara tu? Ke nak lemas sekali lagi baru puas hati?” Kata-kata Arissa menyentap sanubari Adrian. Rupanya masih ingat dengan kejadian berbelas tahu dahulu!

“Sebab hal itulah I nak pergi sana. I wanna kill myself for sure.”

            “Hey, cakap apa ni? Melawak ke?” Soal Arissa kaget. Dia menundukkan wajah, terasa serba salah membangkitkan hal lampau. Dahulu, kalau tidak kerana bapanya, pasti Adrian tiada di muka bumi ini sehingga sekarang
.
“You start it first, my dear,” Adrian geli hati. Dia tahu Arissa menyesal dengan perkataan yang baru sahaja dihamburkan padanya sebentar tadi. Makan masa agak lama untuk Adrian pulih dari traumanya terhadap laut. Selepas hampir sepuluh tahun pemuda itu memilih untuk tidak menjejakkan kakinya di laut. Alhamdulillah setelah berjumpa dengan pakar, akhirnya trauma masa kecil sang pemuda kembali pulih. Bahkan, kini, laut merupakan hot spot untuknya bersantai dan melepaskan tekanan yang berduyun-duyun dalam kepala.

“Sorry.”

“For what?” Ujar Adrian Zareth. Secalit senyuman nipis tertera di hujung bibirnya.

“Sebab I tiba-tiba ungkit hal lama?” Gadis itu mengangkat sebelah keningnya. Adrian ketawa besar. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Dia sudah besar panjang. Seorang lelaki begitu macho sepertinya masakan takut pada laut? Semua tu kisah lampau. Dah tak jadi big deal dah sekarang, sayang oi.

“No biggie lah my dear, Arissa Azzalea. Alah, dah lama kan semua benda tu happen.  Apa lah nak dikisahkan sangat. Now, I’m in love with the sea. No matter lah dulu laut pernah nak bunuh I . I just terlalu handsome untuk mati awal.”

            “Erghh..! Poyo gila ayat,” Ngomel Arissa. Dia tidak lagi memandang si suami yang mulai merepek tak tentu hala. Hmm. Langkawi? Macam best. Entahlah. Dah lama sangat kot tak pergi. Naik plane? Baik tulis wasiat dulu. Mana lah tahu nanti aku kena heart attack ke apa ke dalam flight. Sah-sah lah semua ni salah Adrian bengong ni lah pastinya! Sesuka hati je nak buat apa. Ingat dia bos!

“Teman I  ye? Alaaaa.. Sayang, please…?” Adrian memujuk rayu Arissa yang tidak memperdulikannya yang berada di sebelah. Tangannya menggosok peha si gadis. Arissa mengeluh berat. Sayang? Sejak bila pandai bersayang bagai mamat ni?

“Okay. Only this time. Lain kali jangan harap!” Akur dengan pujuk rayu Adrian.

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star