Kejora Cinta Adrian Part 14

            Ammar Wafi memandang gambar yang tertera di skrin Sony Vaio C series berwarna hijau miliknya. Tak lain tak bukan gambar kekasih hatinya, Arissa Azzalea yang tercinta. Atau lebih tepat, kini isteri kepada sahabatnya, Adrian Zareth. Hatinya rasa sakit, seperti baru sahaja dikhianati oleh orang yang berada di sekelilingnya. Perasaannya berkecamuk mengenangkan percintaanya selama hampir setahun setengah berakhir sebegitu. Tidakkan Arissa tercalit rasa serba salah kerana melakukan perbuatan yang kejam sedemikian terhadapnya. Selama ini gadis itu berjanji hanya dia yang berada di hatinya namun kini, cinta hatinya itu dikebas orang, dijadikan isteri pula! Arghh! Tak faham betul!

Cawan kopi yang berada di tangannya digenggam kemas, lalu diteguknya minuman suam tersebut. Matanya tidak berkelip. Jari telunjuk kanannya ligat menekan left click untuk melihat gambar yang seterusnya. Gambar gadis pujaannya diteliti satu demi satu tanpa rasa jemu.

Aku sepatutnya berada dekat tempat tu. Bukan Adrian Zareth. Kau dulu dah cakap dekat aku yang kau akan tunggu aku tapi kau boleh senang-wenang kahwin dengan Adrian. Penting sangat ke permintaan keluarga kau sampaikan aku pun kau pinggir macam ni? Kalau dari awal kau tak bagi harapan pada aku, tak ada aku menderita macam ni, Rissa! Sakit tahu tak? Setahun setengah aku abadikan diri aku, setia pada kau sorang tapi ini balasan yang aku dapat? Kenapa kau tergamak hancurkan perasaan aku? Aku ni bukan kayu tahu tak? Aku pun ada feeling.

            Ammar menggaru kepalanya. Dia mengerling HTC miliknya bersebelahan dengan fail-fail yang melambak di atas meja. Dicapainya alat komunikasi tersebut. Senyuman sinis terbit di bibirnya. 8 missed calls from Adrian Zareth?

Kau nak apa lagi, Ryan? Kau dah rampas kekasih aku, sekarang kau nak mengadu apa lagi? Kau patut bersyukur Arissa tinggalkan aku demi kau. Ini tak. Ada aje yang kau nak rungut. Arissa tu gadis baik-baik, kau patut hargai hidup dia. Bukan senang dia nak buat keputusan kahwin dengan kau. Dia terpaksa korbankan aku demi kau dan keluarga dia. Sakit hati aku tak hilang lagi disebabkan semua ni.

Ammar mengeluh sendirian. Berat dan panjang. Dia mengaku tewas. Arissa Azzalea pasti tidak akan meninggalkan Adrian deminya. Namun jauh di sudut hati, dia tetap mahukan gadis itu. Arissa cinta pertamanya. Menyedihkan.

*     *     *

            Arissa Azzalea terpegun melihat keindahan rekaan bilik hotel lima bintang yang baru sahaja mereka check in sebentar tadi. Duchess Suite yang ditempah Adrian benar-benar mengagumkan. The Danna Langkawi sememangnya sebuah tempat penginapan yang begitu indah. Sesuai dengan taglinenya, “A Lagacy of Luxury”. Pastinya room rate juga mahal, namun sangat berpatutan dengan segala kemudahan yang disediakan di situ. Bulat mata Arissa melihat permandangan laut yang terpapar di terres bilik berkenaan. Sangat cantik. Sambil baring di katil pun masih dapat menikmati permandangan seindah itu. Memang sesuai sangatlah untuk new wed couple menikmati honeymoon.

“Perfect, huh?” Adrian menyentuh bahu isterinya yang leka melihat pemandangan di luar. Arissa secara tiba-tiba memeluk dan mencium kedua belah pipi si pemuda, membuatkan Adrian terkesima sebentar.

“Thanks! This is the most beautiful places I ever go in my entire life! I’m glad we’re here, Ryan!” Gadis itu bernada riang, masih tidak sedar perbuatannya yang sebentar tadi benar-benar mengejutkan Adrian. Bergelora jiwanya.

“Oh, okay... Good for you..” Adrian memegang pipinya yang terasa panas. Pemuda itu lantas menuju ke tandas. Degupan jantungnya terasa kencang seakan baru sahaja selesai larian pecut 400 meter. Arissa dibiarkan sendirian di kamar. Gadis itu begitu asyik dengan keindahan hotel yang berkonsepkan British-Malayan itu.

Apa yang aku rasa sekarang ni? No no no. That’s nothing to do with those kisses. Takkanlah aku blushing tak tentu pasal sebab dia? Impossible, man. Darn it!  Apasal aku rasa macam berdebar-debar pulak? Takkanlah aku fall in love dengan Arissa si singa betina tu? OMG! Biar betul?!

            Kedengaran Arissa memanggil namanya berulang kali. Entah apa yang dimahukannya. Adrian memandang wajah kacaknya di hadapan cermin. Ternyata memang merah, bagaikan udang yang dibakar. Segera dia membasuh wajahnya itu. Kuatir nanti Arissa detect pula! Hilanglah machonya nanti!

“Tak sia-sia kan I terpaksa naik plane untuk ke tempat ni. Eh? Kenapa muka you merah padam? Demam ke? Are you alright, Ryan?” Ujar Arissa spontan tangannya hinggap di dahi Adrian. Makin berdebar lelaki tersebut dibuatnya saat itu.

            “Hmm? I okay je. Cuma panas sikit. That’s all,” Ayat cover pun terhambur dari mulut si suami. Arissa mengangguk sambil tersenyum lebar. Kelihatan barisan giginya yang tersusun rapi. Sangat comel. Dia segera berlari-lari anak menuju ke remote control air conditioning yang berada di atas meja make up. Diturunkan suhu bilik tersebut kepada enam belas darjah celcius bagi memastikan Adrian tidak kepanasan lagi. Tiba-tiba concern pulak gadis tersebut?

Adrian keluar dari bilik air dan melangkah ke katil king size suite mewah tersebut. Dihempaskan badannya di atas tilam lembut itu. Ahh. Selesanya. Inilah dinamakan syurga dunia. Tak menyesal aku habiskan duit ke sini. Dahlah cantik, selesa pulak tu. Semua kemudahan ada, tak perlu nak pening-pening kepala.

Adrian menutup matanya, cuba menyelami suasana indah suite tersebut. Tiba-tiba kedengaran bunyi almari dibuka. Matanya dibuka. Kelihatan Arissa sedang mengemaskan pakaian mereka. Adrian segera bangkit dari pembaringan lalu melangkah menuju ke arah isterinya.

“Tak payahlah susah-susah nak kemaskan pakaian I. I boleh kemaskan sendiri. Why don’t you take a rest and enjoy this lovely moment with me?” Adrian menarik tangan lembut Arissa. Dia mahu si gadis gembira dengan percutian ini. Arissa tersenyum. Kalau macam ni lah caranya, bila-bila sahaja dia bersedia untuk pergi ke Langkawi. Tak kisahlah naik kapal terbang banyak kali pun asalkan dapat menginap di tempat seindah itu. It’s worth it bak kata mat salleh.

            Adrian menekan butang ‘play’ di radio. Kedengaran alunan merdu lagu Unchained Melody nyanyian Righteous Brother. Masing-masing berpandangan. Adakah semua ini kebetulan? Lagu cinta terulung itu memang diminati mereka sejak dahulu lagi. Adrian tersenyum, begitu juga dengan isterinya. Pemuda tersebut mengulurkan tangan kanannya, membuatkan Arissa terkedu sebentar.

“Shall we dance, my dear?” Ajak Adrian. Arissa menggeleng. Dia tidak pandai menari. Takut kalau-kalau dia hanya memalukan diri sendiri di hadapan pemuda tersebut. Adrian melemparkan senyuman mahalnya kepada si isteri lalu tangannya menarik Arissa ke pangkuannya. Pinggang Arissa di rangkulnya lembut dan tangan kirinya berpaut rapat dengan tangan kanan si jelita. Arissa merapatkan kepalanya di dada suaminya, mengikut rentak irama merdu tersebut.  

Oh, my love, my darling,
I've hungered for your touch a long, lonely time,
Time goes by so slowly and time can do so much.
Are you still mine?
I need your love, I need your love, God speed your love to me.
Lonely rivers flow to the sea, to the sea
To the open arms of the sea
Lonely rivers sigh, 'Wait for me, wait for me'
'I'll be coming home, wait for me!'
Are you still mine?
I need your love, I need your love, God speed your love to me

“This is so-called romantic,” Adrian membisikkan kata-kata tersebut di cuping telinga si gadis. Arissa mengiyakan kata-kata Adrian. Pemuda tersebut memeluk tubuh Arissa namun masih menari mengikut alunan muzik romantis itu. Arissa Azzalea memejamkan matanya. Dia seakan terpesona dengan belaian Adrian. Ternyata suite itu benar-benar membuatkannya rasa dimanjakan.

            “Thanks, Adrian. This is the perfect vacation I ever had,” Arissa lembut. Adrian mencium rambut gadis tersebut. Wangi, haruslah. Pemiliknya juga adalah Arissa Azzalea, gadis perawan yang begitu jelita.

            “Rissa,” Panggil Adrian. Arissa mengalihkan kepalanya daripada terus melekap di atas dada si pemuda lalu mendongak, memandang suaminya yang tinggi lampai. Adrian tersenyum manis. She’s so pretty. Pemuda tersebut memegang leher Arissa dan kemudiannya bibir mungil gadis tersebut. Diusiknya dengan penuh lembut. Ditatapnya wajah gadis sunti itu.

“You are such a pretty girl, Arissa..” seraya itu Adrian merendahkan wajahnya, menghampiri wajah si isteri. Bibirnya menyentuh bibir Arissa. Mulanya gentle tapi semakin lama semakin bertaut rapat. Adrian dilanda arus asmara. Tiba-tiba tubuhnya ditolak oleh Arissa Azzalea. Gadis berkenaan menjauhinya setapak.

            “Apa yang you  cuba buat ni, Ryan?” Ujarnya, menahan amarah di dada.

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star