Pertama dan Terakhir Part 1


“Hei perempuan! Kau ingat aku tak tahu ke yang selama ni kau dah curang, main kayu tiga kat belakang aku?!”Kasar kedengaran suara seorang pemuda memarahi seorang gadis. Orang yang lalu-lalang di situ memerhatikan gelagat pasangan kekasih yang sedang bertengkar itu.

            Si gadis menampar pipi pemuda itu dengan kuat sejurus sahaja sang pemuda cuba mengasarinya. Pemuda itu memegang pipinya yang terasa perit dek penangan si gadis.

            “Awak jangan nak tuduh orang membuta tuli, okey??”

Gadis itu memegang bahunya yang terasa sakit akibat digenggam kasar oleh kekasihnya itu. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke belakang. Kemudian,dia duduk di atas bangku batu. Pemuda tersebut turut duduk,bersebelahan dengan si gadis. Si gadis menjarakkan diri.

            “Awak..Saya nampak, okey..! Awak berkepit dengan lelaki lain di belakang saya. Itu pun Farid yang nampak awak dulu. Dia yang tunjuk masa tu. Saya malu tahu... Kalau saya tak nampak semua tu sampai bila-bila awak akan tipu saya. Hey.. Hati saya sakit sangat...” Penuh dengan nada kesal suara pemuda tersebut.

            Si gadis mengangkat kaki, bersila di hadapan pemuda kesayangannya itu. Perlahan-lahan tapak tangannya lembut menyentuh pipi pemuda tersebut. Pemuda itu mengalihkan tangan gadis tersebut dari menyentuh wajahnya. Si gadis mengulangi perbuatan yang sama. Dimintanya pemuda tersebut mengangkat wajahnya yang mengadap bumi itu

“Pandang saya, sayang...”Pujuk si gadis.

Pemuda itu memandangnya dengan pandangan yang berkaca pada ketika dan saat itu, tiba-tiba menimbulkan kesayuan di hati gadis tersebut. Tersentak hati si gadis apabila melihat juraian air mata sang pemuda jatuh  ke bumi.

            “Kenapa ni sayang..? Janganlah menangis... Saya minta maaf...! Sayang... Cakaplah sesuatu... Jangan diam macam ni..” Rayu si gadis.

            “Apabila saya fikir macam ni lah balasan awak terhadap semua kasih sayang yang telah saya bagi, air mata saya tak henti-henti mengalir. Awak sendiri tahu betapa saya cintakan awak...” Pemuda tersebut memandang mata kekasihnya itu. “Saya cintakan awak juga, sayang...” Si gadis mencium tangan sang pemuda yang telah digenggamnya.

“Sampainya hati awak khianati segala kepercayaan yang telah saya berikan pada awak. Hancur hati saya dibuat awak..” Pemuda tersebut mengalihkan tangannya daripada terus digenggam oleh gadis tersebut. Dia bangun dari dudukan dan mulai menapak kehadapan, meninggalkan gadis kesayangannya itu.

            “Awak tak sayangkan saya ke , Adam?” Soal gadis tersebut. Pemuda itu segera menoleh dan  memandang kekasih yang menghancurkan hatinya itu.

            “Cuba awak tanya soalan tu sendiri pada diri awak tu!! Kalau awak sayang saya, awak sanggup ke tikam saya dari belakang macam ni?? Apa semua ni?? Apa yang awak nak saya buat  hah?!” Nada suara pemuda itu mulai tinggi semula.
            “Saya tak curang, okey?!” Cuba membela diri daripada terus dituduh oleh pemuda.

“Masalahnya saya nampak dengan mata kepala saya sendiri faham tak?? Boleh ke awak jelaskan apa yang saya patut fikir apabila saya nampak kekasih saya sendiri sedang berkepit dengan lelaki di belakang saya?! Bermesra-mesraan macam pasangan kekasih?! Awak tahu sesuatu tak... Saya dah tak percayakan awak lagi..!”

            Gadis tersebut tersenyum sinis. Dia melangkah kearah pemuda itu dan memegang lengan T-shirt pemuda tersebut. Pemuda itu menggeleng.

            “Sudahlah Adrianna.. Antara kita dah tak perlu ada apa-apa lagi. Saya rela pergi asalkan awak bahagia..” Tanpa disedari gadis itu ,air mata sang pemuda itu mengalir lagi.

“Awak dah lupakan janji yang awak dah buat ke?” Soal gadis yang bernama Adrianna itu.

            “Adrianna,tak payah nak persoalkan janji-janji saya. Saya mangsa keadaan sekarang ni. Jangan nak suruh saya kotakan janji-janji tu semua  sementara awak sewenang-wenangnya curang pada saya!”

Adrianna mencium pipi kekasihnya itu dengan lembut.

            “Lelaki tu adik angkat sayalah.. Awak ingat tak? Dia tu Haiqal...”

“Haiqal apa pulak ni hah?? Dahlah! Saya dah tak larat nak terima penipuan awak, Adrianna!” Adam menolak tubuh gadis itu dan menjauhinya.

            “Bodoh!” Satu perkataan kasar tiba-tiba terhambur keluar dari mulut si gadis. Setelah menyedari kata-katanya yang agak kasar,dia segera menutup mulutnya. Kesal dengan kata-katanya itu.

“Oh..maaflah sebab awak dapat kekasih bodoh macam saya ni...” Ujar pemuda itu.

            “Saya tak bermaksud..!”

“Saya memang lelaki bodoh kan...Sampai-sampai awak tipu saya habis-habisan pun saya tak perasan,” Pemuda tersebut pura-pura ketawa.

            “Awak langsung tak ingat pada adik angkat kita ke ha? Dia tu Haiqal.. Haiqal Mukriz.. Awak lupa ke? Dia baru balik dari Jerman. Adam, tolonglah ingat...!”

“Haiqal? Adik angkat kita yang pergi ke Jerman tu..?” Soal Adam dengan nada pelik. Dia mengerutkan dahinya, cuba mengingati wajah adik angkatnya itu. Tiba-tiba dia tersentak.

“Yarabi... Haiqal rupanya..!” Adam menepuk dahinya. Dia benar-benar tidak ingat akan semua itu. Malah,wajah adik angkatnya itu juga dia terlupa. Kemudian dia terdiam memikirkan kata-kata kesat yang membuta tuli yang dihamburkan kepada Adrianna.

“Itulah awak... Suka sangat tuduh saya bukan-bukan lagi. Kan dah malu tu,” Senyum Adrianna. Adam berasa sangat kesal dengan sikapnya yang mungkin telah melukakan perasaan sang gadis yang dicintainya itu. Kemudian, dia meminta maaf.

“Sayang... Sayang dah tak ingat ke apa yang telah saya janjikan pada awak masa kita mula-mula  couple dulu?” Soal Adrianna dengan penuh lemah-lembut.

Adam Fariz diam membisu. Masih dihurung dengan rasa serba-salahnya.

“Saya tak akan curang pada awaklah..  Saya tak akan suka pada mana-mana lelaki lain selain awak,sayang,” Si gadis menyentuh tangan pemuda tersebut. Dipandangnya pemuda yang tidak keruan perasaanya akibat kesilapan yang dilakukannya tadi.

Adam Fariz tersenyum. Dia menarik nafas panjang. Tangannya membalas pegangan  si gadis manis itu. Kemudian, Adam mencium tangan Adrianna yang merupakan pemilik hatinya itu dengan penuh perasaan.

“Saya cintakan awak sangat-sangat dan saya tak nak kehilangan awak dah. Tak mampu nak bayangkan apa yang akan jadi pada hidup saya kalau perkara sebegini benar-benar terjadi. Saya hampir gila tadi..! Saya...hilang pertimbangan..,” Penuh dengan penyesalan kata-kata Adam itu.

            Adrianna tersenyum manis lalu mengucup pipi Adam Fariz. “Itu bermakna awak betul-betul cintakan saya , sayang. Saya dan awak dah lama bersama dan saya tak akan sia-siakan kepercayaan dan kasih sayang yang telah awak curahkan pada saya.”

Adam Fariz malu dengan sikapnya. Sepatutnya dia cuba mengajak Adrianna berbincang, bukan dengan cara bertegang urat dengannya. Dia juga sangat menyesal kerana mencurigai kasih sayang dan kepercayaannya pada Adrianna Safiyya yang telah setia bersamanya hampir empat tahun itu.

            “Sayang...Saya betul-betul minta maaf pasal hal ni. Saya dah menyakitkan awak..,”

“Tak apalah, sayang.. Saya maafkan awak,” Adrianna mengangguk. Pemuda tersebut segera mengucup tangannya berkali-kali. Dia berasa amat bersyukur kerana tuhan masih memberinya peluang bersama gadis yang amat dicintainya itu. “Terima kasih...,”

Empat tahun lepas..

            “Hello? Kau Adam,kan? Erm.. Assalamualaikum.. Nama aku Adrianna. Aku kawan Ain. Ermm.. Boleh tak kau jangan tidur awal malam ni? Aku ada hal nak cakap dengan kau ni. Aku nak buat Super Saver malam ni. Erm... Okeylah ek.. Bye,”

Tut!

Adrianna mematikan panggilan suara yang dipanggil sebagai voice message itu. Dia menarik nafas panjang kemudian melepaskannya melalui satu keluhan berat. Fikirannya bercelaru tatkala itu. “ Betul ke apa yang aku dah  buat ni...?”

Tiba-tiba telefon bimbit yang dipegangnya itu berbunyi nyaring. Terkejut! Diperhatikan nama yang terpapar di skrin telefon itu. “Ain?”

            Tut! Talian disambungkan. Kedengaran suara manja seorang gadis yang merupakan rakan baiknya itu.  Nurul Ain Hadayna namanya.

“So macam mana sekarang, Adrianna? Okey tak?” Gadis itu tertawa kecil. Adrianna memuncungkan mulutnya. Ceh!

            “Okey je.. Tadi aku just buat voice message ajelah, Ain!” Balas Adrianna diiringi keluhan kecil yang penuh bermakna.

            “Okeylah tu.. Aku jadi segan lah nak call lepas ni. Entah-entah dia reject aku nanti,”

Adrianna ketawa besar tatkala itu.

“Relaxlah.. Belum apa-apa dah gelabah macam orang gila. Sabar-sabar.. Apa-apa hal nanti aku informlah dekat kau. Leave it to me okay?” Adrianna dengan yakin.

            “Aku takutlah. Ini kali pertama aku buat macam ni,” Suara Ain bergetar-getar.

Adrianna mencebik. Aku pun!

Itulah kau! Nak mengurat pun aku yang kena jadi orang tengah! Nanti tak pasal-pasal aku pulak yang mengurat  si Adam tu baru kau tahu. Hehehehe...

Adrianna menonton televisyen dihadapannya itu, malas melayan celoteh rakannya yang membosankan itu. “Ermm..Ain, aku nak tengok tv lah. Tak boleh concentrate lah bila kau bercakap-cakap ni. Lain kali ajelah kau call. Apa-apa hal esok aku bagitahu kau ,okey?” Adrianna bersuara apabila fikirannya makin serabut dengan bebelan rakannya itu.

            “Iyelah..iyelah.. Lain kali call aku tahu? Aku tak sabar-sabar nak tahu apa keputusan Adam nanti. Hehe.. Okeylah ye, Adrianna. Bye,”

Talian diputuskan selepas itu.

            Phew! Adrianna menarik nafas lega. Dia sebenarnya amat bosan melayan cerita Ain yang tiada kena-mengena dengannya itu. Macam budak-budak. Kemudian, ditelitinya skrin telefon bimbitnya itu lama-lama. Bosan!

            No new message..

“Erm..Ada boyfriend macam tak pernah wujud pulak. Bosanlah couple dengan mamat yang seorang ni. Tak take care langsung. Kalau aku tahu macam ni jadinya, tak akan aku couple dengan kau! Menjatuhkan harga diri aku aje terhegeh-hegeh tunggu message kau. Hish! Tak guna punya boyfriend! Bosan! Bosan!” Bebel Adrianna sendirian. Rasa seperti mahu dibaling-baling telefon bimbit yang tidak bersalah itu.

            Tit! Tit!

Segera Adrianna menekan butang-butang kekunci telefon tersebut apabila satu mesej masuk. Namun,ternyata dia hampa apabila membaca mesej tersebut.

            “Hmm.. Adrianna. Saya nak minta maaf. Malam ni tak dapat nak contact awaklah. Saya busy sangat-sangat. Saya buat overtime lah hari ni. Kejab lagi dah nak masuk kerja balik ni. Sorrylah ya? Nanti bila saya free, saya mesej awak ye,sayang? Take care. Love you,” Terpapar message yang dikirim oleh kekasih Adrianna, mesej yang sangat dibenci oleh gadis tersebut. Gadis itu mula bengang apabila diabaikan sebegitu.   

Bodoh!! Benci betul aku bila macam ni!

            Dia memegang telefon bimbit tersebut lalu cuba berlagak seolah-olah sedang menelefon pemuda terbabit.

“Hey lelaki! Apa kau ingat kau tu bagus sangat ke?! Hello..? Aku boleh cari lelaki yang lagi baiklah dari kau, okey?? Apa love you, love you ni semua?! Kau ingat aku cinta ke kat kau?? Tak akan! Sorrylah,aku tak suka langsunglah kau ni.. Kau pergi matilah! Menyesal aku terima kau ni. Nak sangat couple tapi tak reti nak take care pasal aku,”Adrianna menjerit marah kepada telefon bimbitnya itu, protes dengan sikap kekasihnya itu. Tapi sayang, rasa marahnya tidak sampai kepada kekasihnya itu.

            Adrianna marah kerana dia tidak pernah diperlakukan sebegitu rupa oleh mana-mana lelaki yang pernah bersamanya sebelum ini. Kekasihnya kini lebih mementingkan kerja daripadanya. “Kau tengoklah nanti, Taufiq.. Aku akan balas setiap rasa yang kau telah beri pada aku. Tak pedulikan aku ya? Bagus.. Sangat bagus perangai kau ni, Taufiq. Nantilah kau.”  

            Mata ralit menonton siaran Mega Movie di hadapannya. Filem yang bertajuk “The Matrix Revolution” ditonton dengan penuh khusyuk. Penggunaan kesan khas grafik di dalam filem itu  amat disukai gadis tersebut, menarik minatnya untuk tidak bergerak dari depan kaca televisyen. Pejam celik, pejam celik, jam di dinding telah menunjukkan jam 12 tengah malam. Rancangan ditunda sebentar untuk memberi laluan kepada saluran berita tengah malam iaitu Night Line.

            Adrianna merengus. Marah lagi.

“Tengah syok-syok aku tengok, time ni jugaklah Night Line kacau! Hish! Boring betullah!” Gadis tersebut  merebahkan dirinya di atas tilam. Tiba-tiba teringat akan apa yang sepatutnya dilakukan pada masa tersebut.

            Call Adam! Yes!

Dengan segera gadis manis yang garang itu bangkit dari pembaringan, mencapai telefon bimbitnya yang berada di meja kecil bersebelahan dengan katilnya.

            “Aku memang wajib call mamat tu ke? Hish.. Tiba-tiba rasa seram pulak..!” Gerutu Adrianna sambil menggigit hujung bantal yang berada dalam pelukannya itu. Gadis itu belum pernah melakukan perkara-perkara sebegitu rupa, menjadi seorang telangkai.

            Apa-apa pun, buat Super Saver dulu, Adrianna..

Setelah selesai membuat pelan panggilan murah tersebut gadis itu mendail nombor telefon milik Adam Fariz.

Minta-mintalah mamat ni sporting. Aku dah rasa takut pulak. Huhuhuhu....

            Gadis itu memejamkan matanya, berharap agar dia dapat melakukan panggilan itu. “Adrianna, kau boleh..!” Memberi sokongan kepada dirinya sendiri.
            “Hello?” Panggilannya dijawab oleh seorang pemuda. Berderau darah Adrianna saat itu. Gadis itu memeluk bantalnya erat-erat, cuba memberi keberanian untuknya berbicara dengan Adam Fariz.

“Err.. Hello. Ini aku, Adrianna..” Agak tergagap Adrianna ketika itu.Gadis itu mulai resah, tidak senang duduk.

            “Aku tahulah,” Jawab pemuda itu.

“Eh?? Mana kau tahu pulak ni??” Laju pula Adrianna bersuara. Dia tahu nama aku..?

            “Kau sendiri baru aje beritahu aku ni, kan?” Ketawa pemuda tersebut. Adrianna mencebik masam. “ Sekali dia buat lawak bangang daa..” gerutu gadis tersebut.


2 comments:

Unknown at: September 25, 2011 at 9:56 PM said...

wah,,story baru..
best. tp asal cengeng sangat lakinye..
hii..tak macola..

Bintang Asterisk at: September 25, 2011 at 11:03 PM said...

HAHA. Ni actually cerita yang lagi lama akak Bintang taip dari KCA & LMOLMN. 50% based on true story. HAHA! =)Yeah. Watak laki dalam ni lemah sikit. Perempuan pun sama.

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star