Aku, Kau dan Dia. Cinta? Part 4

“Wait! Lysha!” Panggil seseorang setelah gadis itu  memarkir skuternya. Alysha memandang empunya suara itu. Gadis itu tersenyum. Daniel rupanya. Gadis itu melambai ke arah pemuda tersebut. Pemuda itu segera bergegas mendapatkannya. Mereka berjalan seiringan.

Sorry pasal semalam, ya?” Daniel memulakan perbualan. Alysha mengatakan dia tidak kisah. Dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu kemudiannya memandang jam yang berada di tangannya. Kuliah mereka akan bermula pukul sembilan pagi ini. Masih ada setengah jam masa terluang. Tiba-tiba gadis itu menguap. Daniel tertawa melihatnya. Tidak cukup tidurkah?

            “Mengantuk lagi? Awak tidur pukul berapa semalam?” Soal Daniel.

“Entahlah. Saya pun tak ingatlah awak,” gadis berkulit cerah itu menanggalkan cermin mata lalu diletakkan di dalam beg yang digalasnya. Daniel terpesona. Wajah Alysha kelihatan menawan tanpa cermin mata. Di situ pemuda itu dapat melihat keseluruhan wajah gadis cantik itu.

            “Awak buat lagi, Danny,” Tiba-tiba Alysha bersuara. Terkejut Daniel. Pemuda itu tersengih-sengih. Tidak sangka Alysha merupakan seorang jelitawan yang menyembunyikan wajahnya di sebalik kaca mata dan perwatakannya yang sederhana. Pemuda itu tidak berkelip mata.

            “Awak cantik,” Daniel masih tidak lekang dari terus memandangnya. Alysha merengus. Dia segera mencapai semula cermin matanya. Namun, tangannya dihalang oleh pemuda tersebut. Daniel mengambil cermin mata tersebut dari tangan gadis itu. Pemuda itu tidak mahu gadis itu menyembunyikan kejelitaan wajahnya. Alysha enggan berterusan dipandang. Dia cuba menarik cermin matanya dari tangan Daniel namun tiba-tiba cermin mata tersebut terlepas dari tangannya dan jatuh ke lantai kawasan parkir itu.

            Prakk! Di saat cermin mata itu jatuh, sebuah motorsikal yang berhampiran tiba-tiba melanggarnya. Terkesima Alysha dan Daniel. Cermin mata itu pecah!


            “Tengok apa awak dah buat, Danny..!” Alysha menampar bahu pemuda itu perlahan. Daniel menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tidak sengaja. Alysha mengeluh berat. Jika dia tidak memakai cermin mata pasti konsentrasinya terhadap pelajaran menurun. Dia pasti tidak nampak akan apa-apa yang akan ditunjukkan di tayangan slaid. Gadis itu mengambil kaca matanya yang telah pecah itu. Sayu hatinya. Dia meletakkan cermin mata yang rosak itu ke dalam poket beg galasnya.

New glasses mean money! Arggh.. Stressnya aku..!!

Alysha segera berjalan menuju bilik kuliah. Hatinya perlu ditenangkan. Dia tidak mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan untuk dirinya sendiri. Dia harus membeli ubat untuk ibunya, dia harus memberikan wang belanja sekolah buat adik-adiknya malah dia juga harus mengisi tangki minyak skuternya hari-hari! Kini cermin matanya sudah pecah dan pandangannya tidak berapa jelas. Dia tidak sanggup menghabiskan beratus ringgit untuk cermin mata yang baru.

            “Lysha..! Macam ni lah ye? Apa kata saya gantikan cermin mata awak. Kita beli yang baru, ya? Saya minta maaf sangat-sangat,” Daniel cuba memujuk gadis berkenaan. Alysha tidak mahu menyusahkan Daniel oleh itu dia hanya menggeleng, enggan menerima ganti rugi. Dia tahu Daniel juga seorang pelajar sepertinya jadi pastinya pemuda itu juga memerlukan wang. Dia tidak mahu menyusahkannya. Daniel menarik tangan Alysha.

            “Saya kena bertanggungjawab, okey? Saya punca semua ni. Awak kena terima,” Pemuda itu bersungguh-sungguh. Alysha hanya mengangguk walaupun di hatinya dia tidak akan menerima apa yang akan Daniel belikan kepadanya. Daniel mengajaknya ke café untuk sarapan pagi. Alysha tidak mahu dengan alasan dia sudahpun bersarapan bersama keluarganya pagi itu.

“Alysha..! Good morning! Jom masuk kelas sama-sama!” Daniea tiba-tiba muncul entah dari mana. Alysha menghela nafas lega. Gadis itu beredar meninggalkan Daniel di situ. “Wow. You look super cute without your glasses!” Daniea ketawa.

            “Aku rasa bosanlah. Apa kata kalau tak payah masuk kelas? Kita lepak dekat café ajelah,” rungut Zarieq. Dia leka bermain PSP yang berada di tangannya. Shah menggeleng. Dia tidak mahu mengikut rancangan pemuda itu. “Aku nak masuk kelas,” Ujarnya selamba. Terdiam Zarieq dan sahabat-sahabatnya yang tadi asyik ketawa. Shah Aweera tidak seperti kebiasaan. Sahabatnya, Andrew segera menghampiri. Pemuda kacukan itu meletakkan tangannya di atas dahi Shah. Segera ditepis oleh pemuda itu.

            “Geng! Sejak bila Encik Shah Aweera kita ni rajin nak masuk kelas?” Ujar sahabat paling muda, Saiful ataupun lebih manja dipanggil Epul. Shah mengeluarkan earphone lalu disumbatkan ke dalam lubang telinganya. Dia malas mendengar usikan para sahabatnya itu. Epul ketawa. Shah adalah sahabat mereka yang agak dingin. Pemuda itu tidak suka bergurau dan ketawa seperti mereka. Seringkali dia diejek sebagai Mr. Macho oleh sahabat-sahabat baiknya itu. Tiba-tiba Zarieq teringat akan gadis yang dipermainkan olehnya semalam. Pemuda yang sedang duduk di atas tangga itu tertawa sendirian. Andrew, Epul dan Shah memandang pemuda yang tiba-tiba tertawa tanpa sebab itu.

            “Rieq, kau okey tak ni?” Soal Andrew. Zarieq terdiam setelah ditegur oleh sahabatnya. Dia berdehem. Cuba mengawal rasa malunya. Pemuda itu bangun dari duduk. Dia mahu pergi ke tandas. Sahabatnya itu sudah pecah perut ketawa apabila mengenangkan Zarieq yang tidak semena-mena gelak itu cuba melarikan diri daripada diusik oleh mereka. Pemuda itu melangkah laju menuju tandas berhampiran blok kuliah. Setelah hampir sampai ke tandas, pemuda itu terdengar satu suara.

            “Tanggalkan ajelah. Buat apa nak malu?” Kedengaran suara seorang gadis. Pemuda itu cuba mencari gerangan suara itu. Keadaan sekeliling kelihatan sangat sunyi, membuatkan pemuda itu dapat mendengar dengan lebih jelas. Pemuda itu berjalan menghampiri hujung blok, mahu melihat apakah yang sedang berlaku kerana apa yang didengarinya itu sangat mencurigakan. Zarieq cuba mengintai  siapakah yang sedang bersuara. Dua orang gadis  kelihatan berada di situ.

            Bulat mata Syed Zarieq Deazry melihat salah seorang dari gadis tersebut. Gadis berambut lurus itu benar-benar menyentuh hatinya. Jantungnya berdegup pantas, seakan-akan ada satu melodi membanjiri hatinya. Dipandang gadis cantik itu, tidak berkelip matanya.

            “Tuan Puteri nampak begitu indah. Cantik dan menawan,”Ujar Daniea kepada sahabatnya itu. Alysha memegang rambutnya, dia tidak biasa melepaskan rambut lurusnya itu begitu sahaja . Kebiasaannya gadis itu akan mengikat rambut hitam pekatnya. Wajahnya yang bersih kelihatan berona merah, malu apabila Daniea memuji-muji dirinya.

            Tuan puteri?

Zarieq tersenyum. Gadis itu benar-benar menggetarkan jiwanya. Cantik rupawan. Pemuda tersebut lupa akan tujuannya selepas melihat keindahan ciptaan tuhan itu. Nafasnya turun naik, jantungnya berdebar-debar. Terdetik satu perasaan yang asing di dalam hatinya.

            “Dahlah, jomlah masuk kelas. Nanti lambat,” Ujar Alysha. Daniea yang periang menarik tangan sahabatnya yang rupawan itu. Zarieq yang masih tidak puas melihat kecantikan gadis itu terpaksa masuk ke dalam tandas bagi mengelakkan dirinya dilihat oleh gadis tersebut. Pemuda itu pergi ke arah sinki dan memandang pantulan wajahnya di cermin. Wajahnya kemerah-merahan. Zarieq membasuh mukanya dengan air. Dia tidak pasti kejadian tadi hanyalah khayalannya ataupun sesuatu yang nyata kerana seumur hidupnya tidak pernah dia berasa perasaan sebegitu rupa. 

Semua ni pasti khayalan aku aje. Tak mungkin.

Pemuda tersebut menampar perlahan wajahnya berkali-kali. Dia cuba untuk melupai saat itu. Keadaan blok tersebut terlalu lengang, masakan tiba-tiba ada dua orang gadis yang elok parasnya muncul di hujung blok. Pasti itu hanyalah permainan perasaannya. Tiba-tiba pemuda itu berasa seram sejuk. Jika itu khayalannya, pastinya apa yang dilihat matanya adalah sesuati yang asing. Segera pemuda itu melajukan langkah beredar dari blok tersebut. Dia mulai  terasa gentar.

Puteri bunian ke? Tidaaaaakkk!

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star