Kejora Cinta Adrian Part 29

            Sudah seminggu Adrian dan Arissa tidak bertegur sapa. Rumahtangga yang masih mentah itu diibaratkan berada di hujung tanduk. Masing-masing hanya membutakan mata, memekakkan telinga dan saling tidak mengendahkan antara satu sama lain. Ternyata kejadian tempoh hari benar-benar membuatkan mereka berjauh hati.

            Adrian turun dari biliknya yang berada di tingkat atas. Semasa dia menuruni tangga, kelihatan kelibat isterinya sedang menyediakan makanan di ruang makan. Ternyata Arissa masih peduli tentang makan minum dan pakainya. Sewaktu dia bangun tidutr, kelihatan pakaiannya sudah tersedia bergosok di dalam almari. Sifat prihatin Arissa masih menyerlah walaupun kini mereka sudah tidak punya sebarang chemistry.

            Arissa menoleh kebelakang sebaik sahaja kedengaran tapak kaki suaminya itu. Terpampang wajah muram si suami memandangnya. Arissa segera mengalihkan pandangannya, enggan terus melayan perasaan dukacitanya. Gadis cantik itu mengikat rambut panjangnya, mendedahkan lehernya yang jinjang. Terasa satu suasana janggal terjadi di antara mereka berdua. Setelah selesai menyiapkan makan pagi buat si suami, Arissa segera beredar dari ruang makan tersebut. Tiada sebarang perbualan terjadi di antara dia dan Adrian.

Adrian mengelus rambut coklatnya. Terbit rasa serba salah memperlakukan Arissa sebegitu rupa. Tapi keegoannya memaksa dia untuk terus mendiamkan diri, memendam segala perasaan duka dan sakit hati.

            Adrian menghampiri meja makan. Dibukanya tudung saji yang menutupi sarapan paginya itu. Kelihatan beberapa keping pancake tersedia di atas pinggan. Pemuda itu menarik nafas panjang sebelum melepaskan helaan berat. Arissa menyediakan sarapan yang paling disukai lelaki tersebut. Makin menebal serba-salah Adrian dibuatnya.

Kenapa dia masih ambil berat tentang aku sedangkan aku dah melayannya dengan buruk sekali? Kenapa kau buat aku rasa akulah yang teruk?

Adrian kemudiannya menutup tudung saji tersebut, langsung tidak menjamah air tangan isterinya itu. Tak ada selera.

            Kedengaran deruan enjin Lotus Ellise Adrian meninggalkan perkarangan rumah. Arissa Azzalea yang berada di dapur bingkas menuju ke arah meja makan. Diselaknya tudung saji, lalu wajahnya makin kelat. Adrian langsung tidak menjamah makanan yang dibuatnya. Terasa terkilan diperlakukan sebegitu rupa. Dia sendiripun tidak tahu apa kesalahan yang telah dilakukan olehnya. Kenapa Adrian melayannya sebegitu rupa?

Saat itu, air mata pilu mengalir deras membasahi pipi. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk mengembalikan keharmonian rumahtangganya itu.

Satu panggilan masuk. Arissa menyeluk poket seluarnya. Panggilan dari Ammar Wafi. Segera disekanya air mata dengan belakang tangan. Beberapa saat kemudian, diam menjawab panggilan daripada lelaki yang mengharapkan kasih dan sayangnya itu.

            “Assalamualaikum..” Salam dihulurkan kepada si pemanggil.

“Waalaikumussalam..” Jawab Ammar dengan nada ceria.

“Awak nak apa call saya?” Soal Arissa terus-terang. Ammar terdiam sebentar.

“Rissa… Awak nangis ke tu?” Tanya Ammar dengan lembut. Arissa menggeleng walaupun dia tahu Ammar tak dapat melihatnya.

Air mata gadis itu makin deras mengalir. Kini kedengaran esakkan gadis tersebut. Ammar memang pandai meneka!

“Rissa. Kenapa ni..? Awak ada masalah ke? Awak sakit ke?” Bertalu-talu soalan ditanya Ammar.

“Saya.. okey..!” Ternyata suara si gadis tidak dapat menipu Ammar yang telah masak dengan perangainya.

“Awak. Bertenang awak.. Cuba cerita pada saya apa yang dah jadi. Suami awak sakitkan awak ke?”

Ya! Dia sakitkan hati aku! Dia lukakan hati aku, Ammar!

*   *   *

            “Awak cuba cerita dengan saya apa dah jadi. Mana tahu saya boleh tolong awak?” Ammar dengan penuh prihatin cuba menawarkan diri untuk menenangkan perasaan si gadis. Arissa menggeleng.

Seboleh-bolehnya Ammar mahu menemiu gadis itu pagi itu. Dia rela tidak ke tempat kerja asalkan dapat merawat luka di hati Arissa. Dijemputnya gadis itu di depan rumah lalu dibawanya ke taman berdekatan.

“Macam nilah awak. Walaupun saya bukan sesiapa lagi di hati awak, bagilah saya peluang jadi kawan awak. Tempat awak meluahkan masalah awak. Sekurang-kurangnya awak tak pendam perasaan sorang-sorang.”

“Tak ada apalah Ammar. Saya dah biasa macam ni.”

“Dia sakitkan hati awak?” Ammar meneka lagi. Arissa memandang wajah pemuda itu. Kenapa tekaan kau selalu sahaja betul?

Arissa menggeleng.

“Saya cukup kenal awak, Arissa. Awak tak payah lah nak bohong.”
Arissa diam.

“Apa lelaki tu buat dekat awak sampaikan awak dah tak ceria macam dulu? Dia sakitkan awak? Dia pukul awak? Dia curang?” Saat itu Arissa mula terfikir. Adakah kerana seorang perempuan lain Adrian makin berubah lakunya? Sejak dia terdengar perbualan Adrian dengan seorang perempuan tempoh hari, makin menjadi-jadi perangai Adrian. Mungkinkah Adrian telah curang kepadanya? Mungkinkah Adrian sudah menipunya selama ini?

“Saya tak tahu..”

Ammar mengelus rambutnya. Susah benar nak korek rahsia dari Arissa!

“Arissa, dah lumrah rumahtangga pasti ada pasang surutnya. Awak jangan ikutkan hati sangat okey? Kalau ada apa-apa, cakap je pada saya. Tentu awak akan okay.”

 “Mungkin dia.. ada perempuan lain..” Arissa memberanikan diri menyuarakan apa yang sedang bermain di fikirannya. Bulat mata Ammar.

Mana mungkin Adrian berselingkuh dengan perempuan lain? Dia kata dia dah fall in love dengan kau!

            Ammar berdehem. Dia memandang wajah pucat Arissa. Lesu dan tidak bermaya. Mungkin sudah sampai masa dia mengatur strategi. Dia harus mendapatkan kepercayaan gadis itu. Dia tidak mahu membiarkan Arissa berterusan terluka hidup bersuamikan Adrian Zareth.

“Tak baik awak cakap macam tu, Arissa. Mungkin awak dah salah menilai Adrian.”

Ammar mahu menjadi hero dalam drama itu. Dia mahu menjadi ‘rakan’ yang baik pada Arissa. ‘Rakan’ yang mungkin tidak akan lama lagi akan mengambil alih tempat Adrian di sisi Arissa.

“Tapi..!”Arissa cuba menegakkan kata-katanya.

“Adrian, suami awak tu.. Bukan ke awak dah kenal dia sejak kecil lagi? Awak rasa dia akan buat benda macam ni ke pada awak? Awak tak yakin ke pada dia? Mungkin awak dah salah nilai dia?”

“Tapi saya dengar dia berbual dengan seorang perempuan dan nampak gayanya perempuan tu bukan kawan biasa. Mungkin kekasih dia!”

Bagus. Misi berjaya, Ammar!

Ammar tertawa dalam hati. Dia sudah tahu apa yang patut dilakukannya.

“Awak pasti ke? Jangan main tuduh aje. Dia suami awak.” Saat itu Arissa berasa cukup pasti dengan apa yang difikirkannya. Terasa pelik tiba-tiba.

Kenapa Ammar menyebelahi Adrian pulak? Bukan dia benci ke dekat Adrian?

“Saya pasti Adrian ada perempuan lain, Ammar.”

3 comments:

Unknown at: September 20, 2011 at 8:08 AM said...

ammar jahat!!!
pandai btol ambik kesempatan!!
xbaik btol..
bile nak baik ni??
xsukela gado2..

Aida Nadia at: September 20, 2011 at 1:28 PM said...

xsuka amar..!!!!
sis cpt la smbng lg..!!

Bintang Asterisk at: September 20, 2011 at 7:54 PM said...

to fyda: HAHA. sabar sayangs. Biasalah dalam rumahtangga mesti ada pasang surut dia.

to Aida Nadia: Kak Bintang pun tak suka Ammar. HAHA. Amboi! Sabar ye sayangsku.

Insyallah Bintang akan sambung secepat yang mungkin. =)

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star