Kejora Cinta Adrian Part 52

            Adrian mengeluh sendirian di balkoni memikirkan betapa susahnya hati dia saat itu. Terasa seperti Arissa sengaja mencabar kesabarannya. Mentang-mentanglah dia berada jauh beribu batu daripada gadis tersebut, dengan senang dia dipermainkan sebegitu rupa.
                  
            IPad ditangannya dibelek-belek, melihat e-mail yang dikirim oleh rakan-rakan niaganya. Bosan, langsung tak menarik minatnya. Dia kemudiannya sign out. Ditenungnya paparan wallpaper iPad tersebut. Wajah jelita si isteri terpampang besar di skrin. Diusap-usap dengan jari telunjuk kanannya berkali-kali. Hatinya rasa tidak tenang.
           
         Telefon bimbitnya yang berada di atas katil berbunyi lagi. Segera pemuda itu mendapatkannya. Mungkinkah si isteri akhirnya mahu meminta maaf di atas kesalahan yang dilakukannya awal tadi?  

Dahi Adrian berkerut. Tertera nama Ammar Wafi, pemuda yang merupakan pengkhianat terbesar yang pernah dia temui. Lelaki yang pandai bermuka-muka, berlagak baik namun sebenarnya merupakan talam dua muka.

“Ya, Hello,” Sapa Adrian.

“Aku ni.” Ujar Ammar.

“Tahu. Nak apa?”

“Aku nak minta maaf pada kau.”
       
Terangkat kening Adrian. Pengkhianat dah insaf ke?        
                        
“Sorry for what?”  
            
“Maaf untuk segalanya. Maaf untuk apa yang kami dah lakukan terhadap kau.”       
                              
Terkejut Adrian.    
                     
Kami lakukan? Apa maksud kau ni, Ammar?!    

 “What do you mean by “we”? Who? I don’t understand,” Adrian sengaja mahu pemuda itu berterus terang, straight to the point. Tidak mahu lagi berkias-kias.

“Kami. Aku dengan Arissa. Aku rasa lebih baik kau tinggalkan dia.”
Tersentap tangkai jantung Adrian.

          This is it. The moment of truth.
                                                                                                             
“Apa yang kau cakap ni..?”

“Tengok e-mail ..kau. After that I bet you will understand the whole story.” Selamba sahaja Ammarbersuara. Dalam beberapa saat, rancangan jahatnya bakal berjaya namun apa yang terjadi kepadanya kini? Kenapa dia tidak berasa gembira, apatah lagi berpuas hati apabila dia bakal menjatuhkan satu-satunya lelaki yang dibencinya separuh hati?Lelaki yang mencuri cintanya!

Adrian mencapai iPad yang berada di sebelahnya. Dia segera log in akaun e-mailnya. Satu mesej baru diterimanya. Satu mesej baru daripada  it_wasme@yahoo.comyang merupakan akaun e-mail kawan baiknya itu.  
                                 
“Bukalah. My advise, don’t be so shock.”              
                      
Adrian menarik nafas panjang. Dia tahu, apa yang bakal dilihatnya pasti bukan perkara yang baik. Namun, demi mengetahui kebenaran, dia gagahkan jua.
Tap! Dibuka!

Bulat biji mata Adrian melihat kandungan e-mail yang dihantar Afgan tersebut. Beberapa saat kemudian, setitis demi setitis air jenih mengalir keluar dari matanya. Dua biji matanya itu menyaksikan segala pengkhianatan sahabat dan isterinya. Satu persatu gambar intim mereka berdua terpampang di skrin.

“Why both of you did this to me..?” Suara Adrian hampir tidak keluar kerana sebak dadanya menahan sebak.

“Semuanya terjadi sebab kau. Serve you right.”
***
            Terpapar wajah sugul Adrian di muka pintu. Dia langsung tak menunjukkan riak gembira ataupun seronok apabila dapat kembali ke Malaysia. Arissa yang sedang menonton televisyen terkejut, begitu juga dengan ibunya. Segera gadis itu berlari-lari anak mendapatkan si suami. Pemuda itu tak sanggup lagi memandang wajah gadis yang hanya berpura-pura baik di hadapannya. Hancur luluh hatinya saat mata melihat wajah jelita itu.

            “Ryan..! Kenapa balik tak bagitahu I?I boleh fetch you dekat airport..! Letih tak?” Soal Arissa Azzalea bertalu-talu.Saat dia mahu mencium tangan suaminya itu, Adrian mengalihkan tangannya. Tersentap hati gadis kecil itu dibuatnya.
                                                                
Kenapa Adrian bersikap dingin macam ni dengan tiba-tiba?                                             
Adrian menapak perlahan mendapatkan ibu mertuanya, tidak memperdulikan Arissa yang masih berdiri di situ.        
                                                                                                
            “Mama, Ryan nak pinjam Rissa sekejab. Kejab lagi Ryan hantar dia balik semula,” Ujar Adrian dengan nada sekata, tiada riak gembira mahupun duka. Kosong.       
                              
            “Tak nak berehat dulu ke, nak?” Tanya si ibu mertua. Wanita itu bangkit dari duduk. Adrian hanya menggeleng. Dia memalingkan muka menghadap Arissa, si pemusnah jiwa raga.
                                                      
            “Tukar baju. Kita keluar. I ada hal nak dibincangkan dengan you, Rissa. I tunggu dekat dalam kereta.” Adrian kemudiannya berjalan keluar dari ruang tamu tersebut, menuju ke arah kenderaannya yang berada di luar. Si ibu mendapatkan Arissa. Dipautnya tangan anak tunggalnya itu.          
                         
            “Kenapa dengan Ryan tu? Mama tengok lain macam sangat dah. Bukan ke dia dulu yang tak sabar-sabar nak balik sini? Mama tengok dia macam tak happy je..” Ngomel si ibu. Arissa cuba memujuk hati.    
                                                
            “Mungkin dia ada masalah kot? Takpelah. Rissa naik atas tukar baju dululah. Nanti lama pulak Ryan tunggu.” Arissa  memanjat tangga. Dia terasa bingung dengan apa yang terjadi. Sejak panggilan terakhirseminggu lepas, Adrian langsung tak menghubunginya lagi. Sedar-sedar dah sampai depan mata.                                                   
                                     
            Suasana janggal yang terjadi di dalam Lotus Ellise itu membuatkan Arissa berasa tidak senang duduk. Ke mana Adrian mahu membawanya. Jika diteliti selok-belok jalan yang dilalui, seakan perjalanan menuju ke rumah.
                               
            “Ryan, you nak bawak I balik ke? Kenapa tak cakap awal-awal, I boleh pack barang terus tadi,” Lembut isteri kepada pemuda tersebut. Adrian sedikitpun tidak menoleh ke arah isterinya malah matanya terus melekat ke hadapan, dengan wajah yang serius.
“Tak perlu pun.” Ringkas sahaja jawapan Adrian.         

        “You nak bincangkan apa sebenarnya?” Arissa cuba membuka topik perbualan. Dia tidak mahu keadaaan tersebut berlanjutan.
             
“Boleh tunggu tak? I tengah drive ni kan? Tak nampak?”                           

 “Kenapa nak emo sangat? I tanya je pun,” ngomel Arissa perlahan. Gadis  berkenaan menjeling ke arah suaminya. Matanya tiba-tiba bulat. Riak wajah Adrian mula berubah. Kulit mukanya yang cerah mulai bertukar merah, seakan menahan perasaan yang terpendam. Sedaya upaya ditahan air matanya daripada mengalir di hadapan gadis tersebut.
     
“Are you okay?” Risau pula Arissa melihat suaminya itu lain dari kebiasaan. Tak ada lagi wajah ceria dan gembira terbit di wajahnya.

“Boleh tunggu sekejab lagi takkalau nak cakap apa pun..?”

Arissa mengangguk lemah. Dia berasa kecil hati melihat suaminya yang dari tadi membatu, seakan menjauhkan diri daripadanya.    

Perjalanan yang membosankan selama sejam akhirnya berakhir jua. Mereka telahpun sampai ke perkarangan kediaman kosong milik mereka yang ditinggalkan hampir beberapa minggu. Adrian memberhentikan kereta di garaj. Dia keluar tanpa sepatah kata. Arissa hanya membontoti langkah suaminya itu tanpa banyak soal. Setelah kunci dibuka, mereka masuk ke dalam perut rumah.

         Arissa menekup bibirnya. Tidak percaya dengan apa yang terjadi di hadapan matanya. Kelopak bunga mawar bertaburan cantik di atas lantai. Rumahnya pula dihias cantik, bermotifkan ala inggeris dengan perabot putih klasik. Di dinding rumah kelihatan satu bingkaisebesar beberapa kaki foto perkahwinan mereka. Gadis itu memandang wajah suaminya yang kelihatan masih sugul.

“Apa semua ni? You buat semua ni untuk I?”Soal Arissa dengan wajah yang terharu. Dia mencium pipi si suami. Adrian cuba mengukir senyuman namun ternyata emosinya yang terusik tidak dapat berpura-pura lagi. Nampak hampar.
                                                                                                                       
“Lend your hand..” Pinta Adrian perlahan. Dia menarik tangan kanan Arissa.

“Ada apa?” Soal gadis tersebut.

“Tadahkan tangan you,”

Arissa tersenyum lalu dia menadahkan tangannya. Adrian meletakkan kunci rumah tersebut di tangan si gadis. Arissa menyegetkan kepalanya, tanda tidak faham.
                     
“From now on, everything is yours.”  
                                                 
Bulat mata Arissa.

“What??”
            “Rumah ni, segala apa yang ada dekat sini semuanya milik you, Arissa.” And anggaplah semua yang aku berikan ni sebagai hadiah terakhir aku sebagai seorang suami kepada seorang isteri. Aku dah tak mampu nak bahagiakan kau lagi, Arissa. Aku dah tak larat jadi manusia bodoh yang mendambakan cinta kau.

            “Janganlah buat lawak Ryan. Semua ni kan hasil titik peluh you? I tak layak untuk terima semua ni.I sebagai isteri sepatutnya menyokong you, bukan mengambil harta you macam ni..” Arissa bersuara lagi. Adrian memalingkan wajahnya dari memandang senyuman si isteri. Hatinya berdarah.

Sepatutnya menyokong aku. Tak. Bukan itu yang kau lakukan. Kaulah punca aku hancur, Arissa. Kaulah yang orang yang meruntuhkan hidup aku.

Kejora Cinta Adrian Part 51

     Kelibat lelaki yang mengupah penjahat tersebut akhirnya muncul setelah hampir dua puluh minit berlalu. Lelaki berkulit sawo matang berkaca mata hitam itu menghampiri ketua kepada penculik Arissa tersebut.

“Mana dia?” Soal pemuda tersebut.

“Mana duit wa?” Tanpa menjawab pertanyaan pemuda itu, si jahat memulangkan soalan. Pemuda berhati iblis yang mengupah penjahat itu mengeluarkan satu sampul surat tebal dari beg bimbitnya.

“Duit dah ada ni. Nampak? Mana dia?” soal pemuda bersut lengkap itu.

“Dalam itu biliklah. Lu mau tengok? Mari!” Penjahat yang dikenali sebagai Andy itu mengiringi lelaki itu menuju ke bilik di mana gadis itu ditempatkan.

“Sulah nampak? Wa sulah settlekan job wa. Sikalang, kasi itu duit. Lu mau buat apa sama itu amoi, itu lu punya suka . Wa mau blah sikalang. Tak mau tunggu lama-lama.”

“Kau ada sentuh dia tak?”

Lelaki cina itu menepuk dahi.

“Haiyoo! Lu ingat wa buat kerja itu kah? Wa professional maa! Wa talak usik itu amoi. Wa buat kerja wa aje maa. Duit. Kasi itu duit!”

“Great..! Nah! Ini upah kau.” Si lelaki menghulurkan sampul surat tersebut ke tangan Andy. Andy mengeluarkan isi sampul tersebut lalu diciumnya berkali-kali.

“Thank you! Ini macam wa manyak suka maa..! Ada job lagi, lu kasi tahu sama wa okay? Pleasure to serve you! Ambil ni! Ini kunci lumah. Lu sudah settle, lu kasi sama anak buah wa. Wa ada kerja lain. Itu amoi wa kasi lambat bangun. So boss, have fun! Chow!” Lelaki tersebut mengangkat tangannya lalu beredar bersama anak buahnya. Si lelaki menghampiri gadis yang berada di atas katil tidak bercadar itu. Gadis tersebut masih tidak sedarkan diri.

“Arissa. Akhirnya kau jadi milik aku jugak.” Ujar pemuda itu sebelum ketawa.

            Pemuda tersebut memandang wajah gebu Arissa. Wajah itu tidak pernah diamati sebegitu lama. Wajah cantik yang seringkali dialihkan setiap kali mereka bertembung mata. Pemuda itu mengusap lembut pipi Arissa. Kemudian, diciumnya dahi gadis jelita itu. Nafsunya bergelora. Tak pernah dia sedekat itu dengan Arissa. Gadis inilah yang membuatkan dia dan Adrian gila bayang separuh mati.

Maafkan aku Arissa. Kau milik aku seorang. Bukan Adrian. Aku nak kau jadi milik aku hari ni. Aku kena buat semua ni. Dah telalu banyak garam kau curah pada luka aku. Sekarang, giliran Adrian pula yang menanggung segala kesakitan aku. Maafkan aku kerana terlalu gilakan kau. Maafkan aku kerana bertindak gila macam ni. Aku gila kerana kau jugak.

Ammar menarik nafas panjang. Dia menanggalkan kot yang tersarung di tubuhnya. Kemejanya juga ditanggalkan. Dia memandang Arissa yang tidak bersalah itu. Pemuda itu bangun dan mendapatkan beg bimbitnya. Dikeluarkan sebuah kamera DSLR. Dia kemudiannya meletakkan kamera tersebut di atas katil, berhampiran dengan kepala Arissa.

Aku cintakan kau lebih dari Adrian cintakan kau. Maafkan aku. Aku buat semua ni demi kita. Aku tahu kau juga cintakan aku. Ini sahaja cara yang tinggal untuk kita bersama selamanya.

     Ammar duduk di sisi katil. Ditariknya tubuh cantik yang longlai itu ke pangkuannya. Dipeluknya Arissa seerat-erat mungkin.

“Arissa, aku cinta pada kau. Tersangat cinta.”

Butang kemeja berwarna merah jambu di badan Arissa dibuka satu persatu sehingga habis. Rambut ponytail gadis itu juga dileraikan. Kini Arissa kelihatan seakan menunggu masa untuk dibaham lelaki berhati syaitan seperti Ammar Wafi.

Ammar mencium leher si gadis berkali-kali. Tubuh Arissa diratah Ammar tanpa belas kasihan. Tiba-tiba telefon bimbit Arissa berbunyi. Terkejut Ammar. Dia menyeluk beg tangan si gadis lalu segera mereject panggilan musuhnya, Adrian. Telefon tersebut dimatikan. Pandangan terlihat sesuatu di dalam beg tangan gadis tersebut. Riak wajah pemuda tersebut serta-merta berubah. Jahanam kau, Adrian!!! Sial!!

***
            “Assalamualaikum..! Cik! Cik! Hello? Cik okey ke?” Kedengaran seseorang memanggil Arissa. Tersentak gadis tersebut. Arissa membuka matanya yang pedih. Pandangannya berasa kabur. Tangannya menggosok kelopak mata berkali-kali.Setelah pandangannya beransur jelas, gadis itu menarik nafas panjang. Dia menggosok-gosok dadanya. Dia berada di dalam kereta Myvi merah jambunya. Kelihatan seorang wanita separuh abad di luar kereta. Gadis itu menurunkan cermin tingkap keretanya kepada separuh.

“Cik okey? Mak cik tengok sejak tadi cik ada dalam kereta ni, tak keluar-keluar. Maaflah kalau mak cik menyibuk tapi mak cik risau kalau ada apa-apa jadi dekat cik,” Ujar wanita tersebut. Arissa menggaru kepalanya yang tak gatal.

“Mungkin… mungkin saya tertidur kot? Tak sedar pulak. Terima kasih mak cik sebab tolong kejutkan saya,” Arissa tersenyum. Rasa hairan sekali bagaimana dia boleh tertidur sehingga lewat malam.

“Oh sama-sama. Kebetulan mak cik lalu. Kita manusia ni kenalah saling tolong-menolong. Baguslah kalau cik tak ada apa-apa. Mak cik rasa eloklah kalau cik balik dulu. Bahaya duduk seorang kat luar malam-malam macam ni. Mak cik minta diri dululah. Suami mak cik dah tunggu dekat kereta tu. Assalamualaikum…” Wanita tersebut mengundurkan diri setelah memastikan gadis itu tidak ada apa-apa.

“Waalaikumussalam…” Jawab si gadis perlahan. Dia memegang kepalanya yang terasa sakit. Cermin sisi dinaikkan kembali.

Aku rasa macam tadi ada orang terkam aku. Aku tak ingat apa-apa. Apa yang terjadi? Eh mungkin aku kena pukau? Tak pun kena rompak?

Arissa segera membuka beg tangannya. Diteliti satu persatu barangan berharga di dalam beg peribadi miliknya. Tiada apa yang hilang.
Apa yang dah jadi sebenarnya?

Enjin kereta dihidupkan. Jam di dashboard menunjukkan pukul lapan malam, menambahkan rasa pelik di hati Arissa. Tak mungkin aku tidur sampai enam jam!

***
            Kereta milik Arissa masuk ke dalam perkarangan rumah papa dan mamanya. Sesampainya dia di luar pintu utama, kelihatan si ibu meluru mendapatkannya. Arissa pelik dengan kelakuan ibunya itu.

“Arissa! Rissa pergi mana tadi? Puas mama call..! Ingatkan ada apa-apa terjadi pada Rissa! Tadi Ryan call dari Italy dia cakap Rissa tak jawab call dia. Dah banyak kali dia call tak dapat. Mama tak tahu nak menjawab apa dah dengan dia,” Datin Zaraa dengan nada cemas.

“Rissa tertidur dalam kereta. Sedar-sedar je dah pukul lapan..” Balas Arissa. Bapanya yang berada di ruang tetamu memanggil anak gadisnya yang sudah bergelar isteri orang itu. Arissa berjalan perlahan menuju ke arah bapanya itu sebelum duduk bersebelahan dengannya.

            “Betul ke ni, Arissa? Kenapa Rissa matikan telefon? Kesian Ryan. Entah-entah sebab risau dia terus ambil flight balik ke Malaysia. Baik Rissa call dia. Papa tahu benar perangai anak menantu papa tu. Dah, pergi masuk bilik. Buat apa yang papa suruh.” Si bapa menasihatkan anak perempuan tunggalnya itu. Arissa mengangguk.
Entah bila entah aku off telefon. Usik pun tak!

Si gadis melangkah naik, memanjat anak tangga yang agak tinggi menuju ke biliknya. Dia mengeluarkan telefonnya.

Haahlah. Memang off pun. Menyusahkan betul!

Arissa menekan butang on pada telefon bimbitnya itu. Tak sampai dua saat telefon itu sudahpun hidup. Satu demi satu mesej naik di permukaan skrin. Si gadis membiarkannya sebentar, menunggu sehingga semua sms di load sampai habis. Semua sekali ada dua puluh lima sms. Sungguh banyak. Datangnya dari Adrian dan juga ibunya, Datin Zaraa.

Arissa mendail nombor telefon suaminya. Tak sampai satu saat, panggilannya berjawab. Cepat benar!

       “Where have you been??You tahu tak berapa banyak kali I call you? I call rumah mama, tapi tak ada seorang pun tahu mana you pergi! Do you know how worried I am?? Macam mana kalau ada apa-apa jadi dekat you??” Tanpa sebarang sapaan mesra Adrian terus meninggikan suara. Mana taknya, seharian bagaikan nak histeria pemuda itu dibuatnya apabila dia tidak dapat menghubungi isterinya itu. Sudah berpuluh kali dia menelefon ibu mertuanya namun menurut kata wanita itu Arissa masih belum pulang. Mana ada suami yang tak risaukan isteri, lebih-lebih lagi dia kini berada jauh di perantauan. Memikirkan Ammar yang tak habis-habis menggoda isterinya membuatkan hati kecilnya dihurung kegelisahan.

“Apa masalah you ni tiba-tiba nak tengking-tengking I ni? I admit memang salah I tak jawab semuacall you tapi  I tak sedar. I tertidur dalam kereta!” Penjelasan Arissa. Namun apabila mendengar dengusan Adrian, nampak sekali pemuda itu masih tak berpuas hati dengan kenyataan yang keluar dari mulut isterinya.

“Tertidur dalam kereta..? Come on lah! Apa nonsense yang you cakap ni? Boleh tak kalau you honest je dengan I, cakap apa yang sebenarnya dah jadi. I boleh terima! Tapi penjelasan you bagi ni tak masuk akal tahu tak!”

I kan dah cakap pada you I pergi klinik tadi kan? Lepas I balik entah macam mana sedar-sedar je I dalam kereta. Itupun ada makcik yang kejutkan I. Kalau tak entah-entah sekarang I masih tertidur lagi.”

“You tak pernah macam ni! Rissa, don’t lie to me..! What happen..?”

I dah cakap benda yang sebenar-benarnya. It’s up to you lah nak terima atau tak. I tak paksa you untuk percaya I.”

“Tapi masalahnya benda ni macam tak logik. Mustahil you boleh tak sedar! Nak nak pulak kes tidur dalam kereta. You buat apa? Cuba bagitahu I apa yang dah jadi. You ke mana sebenarnya?” Adrian mengamburkan apa yang terlintas di fikirannya. Bukannya tak percaya tapi macam tak logik. Tidur sampai tak sedar masa. Kalau tidur di rumah mungkin boleh diterima akal, tapi dalam kereta? Dekat pula dengan kawasan jalanraya yang penuh bunyi bising? Logikkah? Dahlah Arissa itu tidak boleh tidur dalam keadaan bising. Nampak benar apa yang berada  di fikirannya ada asas juga. Jangan-jangan dia bersama dengan sweetheart??

Arissa menarik nafas. Entah bagaimana harus dikatakannya agar Adrian percaya.

            “Nampak sangat youtak percaya pada Ikan? Arissa separuh kecewa. Dia tidak sangka Adrian langsung tidak mempercayai kata-katanya. Kedengaran keluhan berat Adrian di talian.

“Rissa, please..I already give you all my trust. Don’t do anything stupid till I get home. I’m worried to death..” Nada suara Adrian mulai kendur, tak selantang tadi.

I tahu apa yang I buat. You tak payah risaulah. You concentrate pada kerja sudahlah ye. I’m okay here.” Arissa memujuk hati Adrian yang dilanda seribu perasaan duka.

“You, I sayang sangat pada you. I boleh mati kalau ada apa-apa jadi pada you. Tolonglah jaga diri baik-baik waktu I tak ada ni.” Adrian separuh merayu. Dia tak mahu isterinya itu berselingkuh di sebaliknya. Tak mungkin dia dapat bertahan lagi jika akhirnya terbukti isterinya itu benar-benar curang terhadapnya.

“I will. You jangan ikutkan sangat risau you tu. Nanti you fikir bukan-bukan pasal I.   kan dah jelaskan apa yang terjadi.”

“Okay. Promise me that you will never lie to me.”

“Promise.”

“Arissa, Once I give you my trust, don’t betray it. Once you break it, you will lose everything including me, for sure. Take that as a note. I’m not joking around anymore this time. I’m hundred and fifty percent serious.” Kata Adrian perlahan namun berbaur tegas.

            Arissa mengangguk walaupun dia tahu Adrian sudah mula mencurigai dirinya. Takkanlah dia nak berbuat jahat kepada suaminya itu. Dia sudah bergelar isteri, tak lama lagi akan menjadi ibu kepada anak lelaki itu.


“Okay. Ryan, tolong jangan ragui I walau satu percent pun. I beg you.Please. Cepatlah balik. I ada benda nak berbincang sesuatu dengan you. Important.”Arissa dengan nada sayu. Entah berapa lama lagi dia boleh merahsiakan hal tersebut.
myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star