Kejora Cinta Adrian Part 43

“Adrian! I miss you so much!”Sebaik sahaja Adrian keluar dari perut Lotus Ellisenya, suara manja Cheryl kedengaran. Adrian mengerling gerangan empunya suara tersebut. Darahnya mula mendidih memandang muka tidak bersalah yang terpapar di hadapannya itu

Dah kucar-kacirkan rumahtangga aku, kau ada keberanian lagi untuk gunakan ayat tu? Perempuan bodoh jenis apa aku pun tak tahu!

Cheryl kemudiannya melingkarkan tangannya di leher Adrian. Ditariknya wajah pemuda itu supaya dekat dengan wajahnya. Dia mahu mencium suami Arissa itu. Segera Adrian memegang bahu gadis itu lalu ditolaknya kuat. Bulat mata gadis tersebut dengan kelakuan Adrian. Hampir setahun tidak berjumpa, Adrian telah jauh berubah!

“I don’t need this. Let’s talk. Right now.”Adrian selamba. Dia mencabut cermin mata yang berada di wajahnya.Pemuda itu mengundur ke belakang, berdiri menyandarkan diri di badan kereta miliknya. Saat itu dia hanya mahu menyelesaikan masalah yang berlaku. Dia mahukan penjelasan dari gadis cantik tersebut.

Cheryl menghampiri Adrian. Adrian kaget melihat perlakuan gadis itu.

Apahal minah ni asyik nak berkepit aje dengan aku ni? Tampar kang!

“Stay away from me!”

“Darling, I love you..”

“I’m coming here to talk about what you did! Not about your feeling! Okay, let’s us go straight to the point. Why you came here and why did you tell my wife something that don’t even happen?” Terus-terang Adrian.

“I’m pregnant!”

“So?”

“You have to be responsible!”

            Rasa marah Adrian lantas sampai ke kemuncaknya. Dia menarik kuat tangan Cheryl, sedikit-sebanyak menyakiti gadis tersebut.

“Are you crazy? What in the hell just happen to you?” Bentak pemuda tersebut kasar. Saat itu mahu hilang sifat belas kasihannya. Jika diikutkan hati, mahu sahaja ditampar gadis tersebut berulang kali agar timbul sifat waras dalam otaknya.

“I’m pregnant with your child, Adrian!”

“What wrong with you huh? ! Urgghh! Shit! What on earth did you come with this ridiculous idea? We didn’t have sex! So where the baby came from? Nah. Just forget about it! I’m so sick of you!”

Adrian berdiri tegak. Dia rasa seperti diperbodohkan. Cheryl cuba menarik tangannya namun segera dia tepis.

“Please don’t leave me..!” Separuh merayu kedengaran. Adrian menggeleng. Cukuplah dia sudah menjadi seorang bodoh demi cinta. Tak mungkin dia akan diperbodohkan lagi.

“I don’t want to see you face in front of me again! I swear to God I will kill you if you still disturb my family!” Adrian lantas menguakkan pintu keretanya, mahu beredar namun sempat Cheryl peluk belakangnya. Air mata gadis itu mengalir. Setelah bersusah-payah dia mencari pemuda itu hingga ke Malaysia, ini pula balasannya?

“Let me go. There’s nothing to say anymore.”

 “I said let me go!” Bentak Adrian.

“Okay. I lied. I’m not pregnant.”

“Wow. What a news! But I already knew it.”

“I just want you to be with me. I will follow what ever you want me to do.”

“Really?” Soal Adrian. Cheryl melepaskan pelukan lalu menghadap Adrian.

            “Listen. Between us, there’s nothing. I’m married and I tried to be faithful to my wife. Whatever happened to us, we just have to stop. I have my own life. I’m sorry but I can’t be with you. I just.. love my wife so much.” Adrian berterus-terang. Kali ni nada suaranya mulai kendur. Dilihatnya air mata Cheryl yang kembali mengalir. Tangan pemuda itu hinggap di wajah Cheryl. Dikesatnya lembut cairan jernih di mata gadis itu menggunakan ibu jarinya.

“But I came this long way just for you. How could you break my heart?” Gadis itu menarik telapak tangan Adrian lalu diciumnya lembut. Siapa sangka gadis yang kelihatan kasar seperti itu sebenarnya hanyalah seorang insan yang cukup lembut hati? Adrian mengeluh berat. Memang salahnya semua itu terjadi. Sepatutnya dia berterus-terang dengan lebih awal mengenai perkahwinannya dengan Arissa kepada gadis itu. Sekurang-kurangnya semuanya tidak akan berantakan seperti sekarang.

“I’m really sorry it’s have to end this way. I’m so sorry, Cheryl.” Adrian memujuk Cheryl yang nampaknya tiada tanda-tanda mahu berhenti mengalirkan air mata. Gadis tersebut tiba-tiba memeluk Adrian. Adrian terkesima sebentar. Kemudian dia menarik nafas panjang.

Peluklah Cheryl. Ini pelukan terakhir ku kepada kau.

“I thought that you love me..! I do anything I can just to have you. But.. at last, I’m not the one who gets your love. I bet she’s the most luckiest girl on the planet. And I think she surely can make you happy. That’s why you love her. Am I right? I’m so jealous of her..!”

Adrian menghela nafas panjang.

Entahlah. Sekarang aku tak pasti dia cuba membahagiakan aku. Hanya aku sahaja yang terus memperjuangkan cinta ini.

“Cheryl. I beg your forgiveness for every single thing I did to you. I’m sorry. Take care..”Satu ciuman lekat di dahi gadis tersebut. Adrian menolak perlahan tubuh Cheryl yang berpaut rapat dengannya. Kemudian, si pemuda menjarakkan diri sebelum memasuki perut kereta lalu perlahan, kenderaan tersebut meninggalkan sekujur tubuh itu. Cheryl terjelepuk ke tanah lalu ditekup wajahnya, menangis.

            Dua pasang mata yang berada tak jauh dari situ hanya mampu memandang drama tersebut. Arissa Azzalea tersenyum hambar namun jauh di sudut hatinya terasa perasaan belas kasihan terhadap gadis yang mendambakan cinta suaminya. Dan saat itu barulah dia sedari Adrian bukanlah seorang pengkhianat seperti yang dia fikirkan. Terbit rasa syukur ke hadrat illahi.

Ammar Wafi naik berang. Tidak sangka rancangannya itu tidak menjadi! Seingatnya dia dan Cheryl telah bersepakat untuk menjatuhkan lelaki itu dan memporak-perandakan rumahtangganya. Tapi hakikatnya, sekasar manapun sifat Cheryl, dia tetap jatuh ke tangan perawan yang bernama Adrian Zareth.

“Awak nampak tak macam mana Adrian ditch perempuan yang mengandungkan anak dia? Itu suami yang awak kahwini, Arissa. Lelaki yang langsung tidak bertanggungjawab atas perbuatannya.” Ammar cuba menyulitkan situasi.

Arissa segera menggeleng. “Saya tak rasa macam tu, Ammar.”Mata masih memadang kelibat Cheryl yang menangis teresak-esak.

Ammar menggulingkan matanya. Ah perempuan ni! Susah betul nak makan racun yang aku letak! Jamah sikit pun tak apalah!

“Tapi kan kita dah nampak semua tu?”

“Nampak tapi tak dengar apa-apa. So better jangan kita buat andaian bukan-bukan. Saya tak rasa Adrian bersalah dalam hal ni..”

“Tapi…!” Ammar cuba mencelah.“Ammar awak jangan nak tuduh Adrian sedangkan awak tak tahu apa-apa pasal dia!”Arissa mempertahankan suaminya, Adrian daripada berterusan dipersoalkan Ammar. Makin benganglah Ammar Wafi dibuatnya saat itu.

Arissa Azzalea mulai rasa bersalah. Dia telah menuduh pemuda itu dengan perkataan yang tidak elok, melayannya dengan kasar sekali walhal pemuda itu sering sabar melayan kerenah dan sifatnya.

Layakkah aku untuk bersama dengan orang yang begitu mencintai aku tetapi dalam masa yang sama apa yang aku lakukan hanyalah melukakan perasaannya?

14 comments:

Ad_dEen at: November 22, 2011 at 6:30 PM said...

alhamdulillah..
arissa dpt berfikir dgn waras..
tak ambil tindakan melulu..
tak biarkan cemburu mnguasai hati..
good...
cheryl, hrp2 dia takkan ikut ammar buat keje bodoh lagi..
now mcm mana plak ammar ni nk wat plan ye..aish..x sabar..
cpt cik bintang!!

Bintang Asterisk at: November 22, 2011 at 6:34 PM said...

HAHA! lajunya baca! Rasanya macam baru je post sekejab tadi. HAHA. Sabar sabar. Nanti sok lusa Bintang sambung lagi. =)

Hafia Hana at: November 22, 2011 at 8:24 PM said...

huhuhuhu..akhirnya..
nice!

Unknown at: November 22, 2011 at 8:35 PM said...

Nice,
but sian nya Chery. Huhu
hope dia akan bertemu seseorang yg mencitai dia dgn sepenuh hati..

Anonymous at: November 22, 2011 at 8:41 PM said...

Writer,
Nak lempang Ammar dengan sudu boleh x?
:-x
:-/

Anonymous at: November 22, 2011 at 8:43 PM said...

Cik writer cepat2 sambung k?
Always waiting for new n3

zuzu at: November 22, 2011 at 8:58 PM said...

akhirnyaa, bintang smbung jgk..=)
nsib baek arissa xpercaya dngan c ammar tue..huh

Bintang Asterisk at: November 22, 2011 at 10:57 PM said...

itu_aku +_^zue: Thengkaseh sebab sudi singgah and bace novel Bintang. Ohsem!

Bintang Asterisk at: November 22, 2011 at 10:58 PM said...

Ayie a.k.a Yizuue: Insyallah. Takpun kapel je dengan Ammar tu kan? HAHA!

Bintang Asterisk at: November 22, 2011 at 10:59 PM said...

Anonymous: Bukan setakat sudu, garpu, senduk pun boleh. Lempang laju laju. =0

Bintang Asterisk at: November 22, 2011 at 11:00 PM said...

Anonymous: Insyallah Bintang akan sambuing ceoat-cepat. Thengkaseh atas support awak ye? You're OHSEM!

Bintang Asterisk at: November 22, 2011 at 11:01 PM said...

ZUZU: yeah. akhirnya. =) Nantikan sambungan novel Bintang ye ZUZU. Thengkaseh sudi singgah dan baca. <3

Anonymous at: November 23, 2011 at 4:32 AM said...

best..makin interesting..sambung soon, k? thanks bintang. good job, as always :D

Bintang Asterisk at: November 23, 2011 at 5:38 PM said...

Anonymous: Thengkaseh banyak banyak ye? =D

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star