Kejora Cinta Adrian Part 54

               Bergetar jiwa Arissa saat itu. Apa yang diharapnya semua tak menjadi. Dia mulanya hanya ingin menyampaikan khabar berita gembira kepada Adrian mengenai kandungannya namun oleh kerana satu hal, semuanya hancur. Dia tidak tahu siapa yang mengirimkan gambar tidakbermoral seperti itu. Di sudut fikirannya, tak pernah terlintas pun untuk curang terhadap suaminya, apatah lagi mengadakan hubungan sulit bersama Ammar Wafi. Tiba-tiba satu perkara aneh terlintas dalam pemikirannya yang bercelaru. Satu persen kemusykilan mungkin boleh membuatkan pembohongan besar itu berubah menjadi satu kebenaran.

Wait! Tarikh gambar tu! Minggu lepas, tarih sama aku ke klinik! Masa tu! Mungkinkah aku diperangkap? Aku ingat semua tu mimpi! Aku sedar ada orang terkam dan tutup muka aku. Sedar-sedar je dah malam! Gambar tu, aku dan Ammar! Ammar? Patutlah selama ni dia mengapi-apikan aku! Tak silap lagi aku memang dah dipergunakan oleh Ammar! Astaghfirullahazim! Apa salah aku sampaikan macam ni kau buat pada aku..?

“Kenapa kau diam? Dah mengaku semua kesalahan yang kau buat selama aku tak nampak ni?” Adrian mengerutkan dahinya apabila Arissa kelihatan keras membatu seperti ada sesuatu di dalam fikirannya.

“Ryan.. Ammar ke yang bagi you gambar tu?”

Sakit hati Adrian mendengar nama lelaki itu.

“Dia cuba perangkap I..!”

“Perangkap apa lagi ni hah? Bukan dah jelas ke semua ni?”

“Ingat tak seminggu lepas? Masa you marah I sebab I tak jawab call you tu?”

“Ya! Sekarang baru aku faham sebab apa kau reject call aku masa tu. Kau sedang sibuk make love dengan jantan keparat tu kan? Admit ajelah Arissa.”

You ni dah kenapa asyik nak fitnah I?? You tu yang dah kena tipu hidup-hidup! I yakin Ammar perangkap I! Dia nak kita berdua berpisah!” Arissa kini yakin, Ammarlah dalang sebenar semua itu. Dah jelas pemuda dalam gambar tersebut adalahnya!

            “Atau sebenarnya yang kau nak? Sebab tu kau suruh dia kirim gambar-gambar ni dekat e-mail  aku?” Adrian mengelus kasar rambutnya. Dia buntu. Entah apa yang dia patut fikirkan saat itu. Benarkah kata-kata Arissa? Dia tidak mampu untuk mempercayai walau sepatah pun lagi kata-kata si gadis.

Arissa memanjat anak tangga, mendapatkan lelaki yang langsung tidak mempercayai dirinya itu. Dia memegang bahu Adrian. Dia duduk bersebelahan dengan suami yang mencurigainya itu.

“Kalau ini yang I nak, buat apa I sibuk nak explain dekat you, menidakkan semua ni..? Dengar kata I ni. Hari tu, I perasan ada something tak kena dengan I. Lepas I balik klinik, tiba-tiba ada orang terpa I. Lepas tu I tak tahu apa jadi. Sedar-sedar je I dah ada dalam kereta padahal masa mula-mula tu, kunci pun I tak jumpa! You nampak tak logiknya semua ni? I rasa I diperangkap. Mungkin dalam masa enam jam tu jugaklah semua perkara ni terjadi. I betul-betul tak sedar. Mulanya I ingat semua tu mimpi tapi after you tunjuk semua ni, I rasa segalanya masuk akal. Ammar dalang semua ni.”  Terus-terang Arissa.

            “Aku tak tahu macam mana nak pecaya kau dah! Kenapa tiba-tiba baru kau nak terfikirkan semua ni? Atau sebenarnya kau cuba nak reka cerita lagi? Argghhh!!! Kau buat aku gila, Arissa! Kau ni nak aku mati ke??” Adrian memegang matanya. Jika diikutkan kemarahan, mahu sahaja diambilnya pisau dari dapur dan menikam dadanya sendiri, biar Arissa puas hati melihat dia mati.

Arissa menggeleng. Dia sudah tak tahu bagaimana mahu mendapatkan kembali kepercayaan Adrian. Dia hanya mampu mengalirkan air mata. Dah sah-sah Adrian sudah bersangka buruk kepadanya dan mungkin sedikit masa lagi Adrian akan meninggalkan dia buat selamanya. Bagaimana dia dan bayi dalam kandungannya akan hidup berlandaskan kebencian Adrian?

            “Okay fine! Janganlah percayakan I lagi! Apa pun yang I cakap you tak akan dengar. Balik-balik semuanya terjah ke batang hidung I jugak kan? Sudahlah. Anggap ajelah I dah mati buat you. Itu lebih baik dari hidup bersama macam ni!” Arissa bangkit dari duduk. Dia menuruni tangga. Hatinya tak larat nak menanggung fitnah itu lagi. Bulat mata Adrian yang basah.

Inikah akhirnya? Kau akhirnya pergi tinggalkan aku jugak?

            “Macam mana you nak fahamkan I bila you asyik larikan diri daripada I? I tak tahu sejak bila you start menipu i. Tak habis-habis mesej, call lelaki lain dekat belakang I! You ingat I tak perasan itu semua? You ada tak fikir macam mana perasaan I bila you buat macam tu? You nak I percaya pada you tapi you tak pernah buktikan yang you layak dipercayai! Lelaki tu pulak Ammar, kawan paling baik I! I rasa dikhianati, Rissa..! I terlalu letih..!” Adrian dengan nada yang mulai kendur. Dia menutup wajahnya yang kian basah dek air mata. Seboleh-bolehnya dia ingin menunjukkan dirinya kuat namun apabila berdepan perkara yang melibatkan si isteri, hatinya sangat mudah terusik.

            “I minta maaf. I memang bersalah tentang hal you. I tak tahu nak bagitahu macam mana. Tapi I berani bersumpah yang I tak pernah menduakan you. Ammar cuma kawan I. Tak lebih dari tu.” Langkah gadis itu terhenti.

“Sorry but I really need time to think about this whole thing.”

“Ingat tak I pernah bagitahu you yang I ada surprise untuk you?”

“I’m not in the mood for another surprise okay…!”Adrian perlahan-lahan bangun lalu mengesat wajahnya yang basah. Dia mahu beredar dari tempat tersebut.

“Ryan, dengarlah cakap I ni dulu..!” Panggil Arissa.

“Aku tak nak dengar apa-apa! Semua yang keluar dari mulut kau tu hanyalah pembohongan!!” Adrian menuju ke bilik tidurnya. 

"Tunggu ryan!" Arissa berlari-lari anak, mahu mendapatkan suaminya itu. Namun secara tiba-tiba gadis itu terpijak salah satu gambar yang berada di atas anak tangga. Belum sempat tangan mencapai tiang di tangga, Arissa tergelincir lalu dia terjatuh bergolek dari tangga tinggi tersebut.

“Adriaaaannn…!!” Jerit Arissa. Adrian yang terkejut mendengar jeritan Arissa segera menoleh lalu berlari menuruni tangga mendapatkan isterinya itu.

“Rissa! Ya Allah..!” Adrian memandang lantai yang berlumuran darah. Dia memandang isterinya yang kesakitan sambil memegang perut. Hampir hilang nyawanya saat itu. Seribu penyesalan mulai menikam hati lelakinya.

“Ryan… I nak bagitahu you yang I pregnant, We will have baby soon…!” 

"Baby?? You pregnant? Rissa!" Adrian memegang perut Arissa. Tak mungkin!

Sejurus itu Arissa hilang kesedaran! Arissaaaa..!!!
***

            “Ryan minta maaf pada mama dan papa..! Ryan tak sangka semua benda ni boleh berlaku. Semua ni salah Ryan! Kalaulah Ryan dengar apa yang Rissa nak cakap, mesti semua ni tak akan terjadi..!” Adrian ditenangkan Dato’ Iskandar dengan isterinya. Sejak dari tadi air mata pemuda tersebut tak henti mengalir. Dia mengenangkan isteri tercintanya yang sedang bertarung nyawa di bilik bedah. Terasa sangat bodoh. Kalau dia tidak mengikutkan perasaan pasti nyawa isteri dan anaknya tidak terancam.

“Sabarlah. Semua ni ujian Allah.. Insyallah Rissa tak apa-apa..” Dato’ Iskandar memeluk bahu Adrian yang menutup wajahnya dengan tapak tangan. Si bapa itu berasa risau memandangkan satu-satunya anak perempuannya kini berada di dalam operation room, bertarung nyawa setelah jatuh dan tumpah darah.
“Ryan memang suami yang tak berguna…” Adrian tak habis habis menyalahkan dirinya.

Kenapa aku begitu bodoh? Walau macam mana bencinya aku dengan penipuan Arissa, yang jelas-jelas dia sedang mengandungkan anak aku. Macam mana kalau ada apa-apa terjadi kepada salah seorang daripada mereka? Aku pasti tak boleh maafkan diri aku. Ya Allah..! Berdosanya aku…!!

            Kedengaran bunyi tapak kaki menuju kea rah mereka. Adrian mengalihkan tangan yang menutup wajahnya. Terpandang wajah Dato’ Zulkarnain dan juga isterinya yang terkocoh-kocoh mendapatkan pemuda tersebut. Makin sebak Adrian dibuatnya. Dia bangun dan memeluk ibunya.

“Mummy, Ryan punca semua ni. Maafkan Ryan..!” Pemuda itu memeluk erat si ibu. Datin Julia mengusap rambut coklat anaknya. Wajah Adrian sembab dek air mata yang tak henti-henti mengalir. Datin Julia mengucup dahi anaknya.

“Tak. Ini bukan salah Ryan.” Wanita itu turut mengalirkan air mata. Tak pernah dia melihat anak tunggalnya itu menangis seteruk itu. Pastinya dia sangat mencintai gadis tersebut. Pelukan dilepaskan. Baju Adrian berlumuran darah dilihat wanita tersebut. Timbul hairan di hati wanita tersebut.

Takkan jatuh tangga darah banyak macam ni?

            “Banyaknya darah pada baju Ryan.. Terukkah keadaan Arissa?” Soal wanita hampir lima puluh tahun itu. Matanya memandang tepat ke mata si anak. Datin Zaraa menghampiri besannya itu lalu dia memegang lembut tangan sahabat baiknya itu. Adrian menekup mulutnya, tak sanggup memberi berita buruk itu kepada ibunya.

“Arissa mengandung, Julia..” Ringkas wanita yang sedang sebak itu. Bulat mata Datin Julia dibuatnya. Jangan-jangan Arissa keguguran..?

Si ibu menghampiri anak lelakinya lalu satu tamparan kuat dihayunkan ke wajah Adrian. Terkedu semua yang berada di situ kecuali Adrian. Adrian menutup wajahnya, tak sanggup melihat kemarahan di wajah ibunya.

“Apa yang Ryan dah buat ni?! Macam mana semua perkara ni boleh jadi? Macam mana kalau Arissa gugur? Semua ni dah cukup untuk meragut nyawa dia!” Tengking si ibu, menambahkan lagi satu beban kepada Adrian. Dia segera ditenangkan oleh si besan. Pemuda tersebut mendiamkan diri apabila tubuhnya disentuh si bapa.

            “Mummy tak tahu apa yang dia cakap tu. Dia cuma terkejut. Ryan jangan ambil hati..” Pujuk si bapa. Adrian tidak bersuara sebaliknya dia mengerutkan dahinya. Kepalanya rasa sakit. Bertubi-tubi masalah datang kepadanya kini. Arissa sudahlah berada dalam keadaan kritikal di dalam bilik bedah, ibunya pula menyalahkannya atas kejadia tersebut. Apa yang akan jadi dengan hidupnya kini?

“Ryan tak kisah kalau semua nak benci Ryan. Memang patut pun. After all I’m the only one who responsible for this acciedent. It’s my fault. I will never forgive myself for this..” Adrian menolak tangan bapanya lalu dia duduk di atas kerusi yang tersedia di tepi dinding. Saat itu cuma Arissa yang bermain di kepalanya. Seteruk manapun penipuan yang dihadapnya itu, Arissa tetap gadis yang dicintainya separuh mati.
            “Dah lama ke Arissa ada dekat dalam? Soal Dato’ Zulkarnain kepada sahabatnya, bapa kepada Adrian. Dato’ Iskandar mengangguk.

“Dekat sejam dah. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Terkejut semua ni terjadi,” Balas Dato’ Iskandar perlahan, takut suaranya didengari Adrian.

            “Julia, sabarlah. Semua ni bukan salah Adrian seorang aje. Mungkin Arissa buat benda bukan-bukan pada . Aku kenal anak aku tu. Dia mesti ada buat salah, kalau tak tak akan Adrian mengamuk macam tu. Mereka kan masih muda. Berdarah panas. Semua ni dugaan aje. Awak janganlah marah-marah dia. Dahlah dia tertekan, penat balik dari Italy tak hilang lagi. Awak kena faham anak awak tu..” Pujuk ibu Arissa pada besannya. Datin Julia seperti tidak mahu menerima sebarang pujukan. Dia tak mahu apa-apa terjadi pada menantu kesayangannya itu. Arissa sudah dianggapnya lebih dari anak sendiri.

           “Ini dah masuk kali kedua Ryan buat macam ni kan..! Mummy tak sangka Ryan sanggup sakitkan orang yang Ryan cinta. Mummy ingat Ryan dah berubah tapi still, Ryan tak ubah macam dulu. Sekarang ni dah melibatkan dua nyawa tahu tak? Menantu dan cucu mummy!Mummy tak akan berdiam diri membela Ryan lagi!” Datin Julia separuh menyesal.

“Mummy! Sudahlah!” Marah Dato’ Zulkarnain.

Adrian dapat mendengar dengan jelas kata-kata kasar ibunya itu lantas terbukalah satu lagi lembar sejarah lama yang hampir hilang dari sarang otaknya. Adrian mengenggam tangannya kuat-kuat.
Bukan hal tu. Kenapa mummy ungkit kisah tu lagi?! Argghh!!!!

“Adrian, sabar…!” Ujar bapa mertuanya. Adrian menutup matanya rapat-rapat, dahinya berkerut, gigi diketap kuat. Satu demi satu kisah lama mula menyusuri pemikirannya yang sedang sarat dihurung masalah yang sedia ada menyemakkan kepala.

Aku dah menyebabkan kematian dia yang aku sayang, tak mungkin benda ni berlaku untuk kali kedua. Aku akan hilang semangat untuk terus hidup kalau Arissa meninggalkan aku. Aku tak boleh menghadapi apa-apa lagi. Aku dah musnah. Aku tak mahu jadi lelaki yang membunuhnya!

Pintu bilik bedah terkuak. Kelima-lima penunggu itu segera mendapatkan doctor yang baru sahaja keluar dari bilik bedah di mana Arissa ditempatkan. Si ibu saling berpegangan tangan manakala si bapa menenangkan si pemuda. 

"Doktor, macam mana dengan isteri saya?"

p/s: And now, i will leave all of you and your imagination. Stay calm and keep loving KCA. Sayonara.

Kejora Cinta Adrian Part 53

“Nampak tak beetles kuning dekat luar tu? Itu pun untuk you jugak. Semua ni milik you, Rissa. I dah tukar semua hak milik atas nama you. I hope you like it,” Adrian menambah. Arissa menggeleng tanda tidak setuju.

“Kenapa you ni, Ryan? Kenapa you buat keputusan drastik macam ni? Tak bincang dengan I dulu?  Apa you ingat I kahwin dengan you sebab I nak semua harta you ni ke?” Nada serius Arissa akhirnya keluar juga.

You kahwin dengan I sebab you terpaksa. Isn’t that obvious?”

“Okay. I admit semua tu. Tapi kenapa setelah enam bulan berlalu you baru nak cakap macam ni? Sekarang I rasa you macam cuba nak cakap yang you tak suka dengan perkahwinan ni dan I nampak macam perempuan yang nak kikis harta you.” Arissa terasa bengang. Moodnya terganggu. Apa yang Adrian lakukan sekarang sangat sukar untuk diterima akalnya. Mengapa tiba-tiba tanpa perbincangan, hampir keseluruhan harta pemuda itu mahu diberikan kepadanya? Walhal dia tak pernah meminta walau sedikitpun.

I tak pernah ada maksud macam tu okay? Semua yang I buat, I mahukan yang terbaik untuk you.” Rasa sakit, sebak mulai datang kembali. Terkenang segala apa yang dilihatnya beberapa hari lepas di benak fikirannya. Kecewa, terkilan, terluka, sedih menjadi satu di jiwanya.

“Kenapa I rasa macam you buat semua ni macam you nak pergi tinggalkan I?” Satu soalan itu sudah cukup untuk menyatakan segala yang tersirat di hati Adrian.

Dah kalau kau betul-betul cintakan Ammar, buat apa aku nak halang? Biarlah aku pergi dari sini, sekurang-kurangnya hati aku tak terluka setiap kali aku pandang wajah kau. Apa yang aku beri hanya untuk dijadikan pampasan untuk menjamin kehidupan kau agar kau tak kekurangan apa-apa waktu aku pergi, Rissa. Aku minta maaf tapi kau dah hancurkan semua kepercayaan yang aku beri. Aku tak dapat terima semua ni. Aku tak mampu.

“Rissa, I nak pergi dari sini. I minta maaf. Mari, I hantarkan you balik.”

“No! Boleh tak you explain apa yang berlaku? You ingat I tak perasan sikap you yang dah jauh berubah ni?!” Tinggi nada suara Arissa. Dia betul-betul bengang.

            “Okey! Memang ye pun! Memang I dah berubah! You tahu tak sebab apa I jadi macam ni? Semuanya sebab you! You musnahkan segala kepercayaaan yang I bagi pada you! Dah naik berbuih dah nasihatkan you tapi kenapa you masih tak sedar-sedar lagi??” Adrian akhirnya sampai juga ke tahap di mana dia tak mampu nak berahsia apa pun lagi. Semakin hari semakin kenyataan yang diterimanya menghantui diri. Dia tak sanggup lagi menjadi lelaki bodoh yang hanya mampu menyaksikan kecurangan seorang isteri. Dia bukan dayus.

You cakap apa ni, Ryan? Apa yang I buat sampai you cakap macam ni sekali? I tak faham satu patah pun!” Arissa mendapatkan tangan Adrian namun pemuda itu menepis dengan laju. Terpempan gadis cantik itu.

“Sejak bila you ada affair dengan jantan lain dekat belakang I, Rissa?!”Akhirnya terluah jua perasaan yang terpendam di dalam hati si suami. Arissa terkejut mendengar luahan yang tak pernah terlintas di pemikirannya itu.

“Affair? Are you crazy?”

“Sudahlah berpura-pura, Arissa! You ingat I ni apa? Tunggul dalam rumah ni? I ada perasaan okay? Berapa lama lagi you nak tipu I? I dah letih menghadap semua ni tahu tak? Tak sangka semakin I jauh dengan you semakin melampau you jadinya!”

You cakap apa ni? Dari mana datangnya semua cerita mengarut ni..?”

“Tolonglah jangan tipu I lagi..! I dah tak mampu nak telan semua ni lagi..”Adrian bersandar di tiang sebelum dia terjelepuk ke lantai. Pemuda itu menahan air mata lukanya daripada keluar. Terasa satu beban bermain di dadanya, seakan cuba menghentak jantungnya sehingga berderai. Arissa menghampiri Adrian. Dia memeluk lembut kepala si suami. Akhirnya air mata si suami berderai juga.

Kenapa kau melayan aku dengan sebegini lembut setelah kau hancurkan hati aku? Kau tahu tak perbuatan kau ni hanya menambahkan kesakitan aku?

“Jangan sentuh I…” Adrian.

“ I tak tahu dari mana datangnya cerita ni tapi I nak you tahu semuanya adalah satu pembohongan. I tak pernah curang…”
        “Sudahlah Arissa.. Sudahlah berbohong… Otak I dah tak boleh nak hadam segala penipuan yang you buat dekat belakang I..” Adrian mengesat air matanya. Pemuda itu mengagahkan diri menjadi lebih kuat. Tangannya menolak tubuh Arissa agar jauh daripadanya. Dia kemudiannya bangun dari duduk dan berdiri menuju ke anak tangga.

            “You tak ada hak nak tuduh I tipu you kalau you tak ada bukti! Apa you ingat I ni bodoh ke? Apa yang you nak sebenarnya? You ni sengaja cari alasan nak berpisah dengan I bukan??”
Adrian menolehkan pandangannya, menyinga ke arah isterinya. Mahu sahaja dia menampar wajah si isteri yang pandai berlakon tidak bersalah.

“So sekarang you nak salahkan I pulak?? Siapa yang mulakan semua ni? I ke? Bukan okey! You yang mulakan semua ni! Kalau you tak main kayu tiga dekat belakang semua ni tak akan terjadi! Sekarang you nak acting macam you tak bersalah? Apa semua ni?!!” Lantang Adrian bersuara. Bergegar seluruh rumah.

I yang patut tanya you!You dah naik gila ke? Kenapa nak tuduh I bukan-bukan? Mana datangnya semua idea bodoh ni??”

You tunggu dekat sini. You nak berlagak innocent sangat kan? Okay, I’ll show you the proves! I nak tengok selama mana you boleh berpura-pura baik lagi!Adrian bergegas menuju ke bilik atas, kamar di mana dia meletakkan segala bahan bukti yang mengaitkan kecurangan di antara Arissa dan Ammar.
            Arissa tidak berpuas hati. Langsung sepatah pun dia tidak memahami maksud kecurangan yang telah Adrian sebutkan itu.

Sejak bila aku curang? Mungkinkah dia syak sesuatu? Mungkin dia salah faham?

Arissa memanjat anak tangga juga. Dia mulanya ingin menyampaikan berita gembira kepada suaminya namun kejadian yang tak diingini ini membantutkan segala rancangannya untuk memberi kejutan. Dia harus bertindak segera sebelum segalanya menjadi lebih parah. Tak sampai enam anak tangga, Adrian sudah terpacul di pandangannya. Satu sampul surat tebal berada di tangan pemuda.

            “Buka, tengok apa isi dalamnya!” Ujar Adrian setelah pemuda itu menyerahkan sampul surat tersebut di tangan Arissa. Si gadis mula tertanya-tanya apa yang berada di dalamnya. Nafas ditarik dalam-dalam. Dikeluarkan isinya. Tersentap si gadis. Satu persatu gambar yang memalukan terpampang di hadapan matanya. Gambar tidak senonoh di antara dia dan juga Ammar, sahabat baik Adrian, gambar yang entah dari mana datangnya.

Adrian melihat riak wajah Arissa yang tiba-tiba berubah menjadi pucat lesi, seakan tiada darah yang mengalir di wajahnya. Pemuda itu mengerutkan dahinya. Dia sedar, gambar tersebut bukan super impose, apatah lagi diedit. Jelas-jelas gambar itu asli lagi tulen kesahihannya. Terang-terangan Arissa memang berselingkuh dengan sahabat baiknya itu.

            Eh? Astaghfirullahazim..!! Gambar apa ni??? Macam mana benda ni boleh ada dekat tangan Adrian?? Bila masa benda ni jadi? Sah-sah aku kena fitnah! Aku tak pernah buat perkara terkutuk macam ni!

“Apa semua ni? Sekarang you nak menidakkan lagi ke apa yang you dah buat belakang I selama ni hah, Arissa?!” Adrian separuh menjerit. Hatinya makin bengang memikirkan betapa asyiknya isteri dan sahabatnya memadu asmara dalam gambar tersebut.

“Ini fitnah! I tak pernah buat macam ni! Mana you dapat semua gambar ni??” Soal Arissa. Dia enggan mengaku bersalah. Jelas-jelas dia langsung tak dapat meneka apa yang telah dilalui Adrian selama seminggu selepas menerima gambar tersebut. Hancur luluh, sampai berdebu perasaannya ditiup angin.

            “Kau nak tipu apa lagi? Dah jelas-jelas gambar tu tulen! Aku dah fade up melayan kerenah entah apa-apa kau selama ni! Tapi sekarang aku dah tak boleh nak terima apa-apa dah! Patutlah kau selalu dingin dengan aku, menolak aku. Rupanya kau gilakan jantan ni! Hebat sangatkah dia sampaikan korang perlu buat aku macam ni sekali??”

I tak pernah buat semua ni! Cubalah percaya pada I, Ryan!”

“Percaya..? Kau memang dasar perempuan yang tak mengenang budi,kan? Berapa banyak percaya kau nak aku bagi sampai kau puas hati?!”

            “I tak pernah buat benda terkutuk macam ni. I bersumpah..!”

“Aku pernah cakap, aku bagi sepenuh kepercayaan pada kau kan? Tapi apa yang aku nampak kau asyik mengkhianati aku! Kenapa kau kau asyik menipu aku, hah? Kalau kau betul-betul cintakan si Ammar tu, kau berambuslah! Buat apa nak berpura-pura baik depan aku? Cara ni hanya buatkan aku benci pada kau!”

You kenal Ammar..?” Arissa bingung. Mana Adrian tahu mengenai lelaki tersebut?

“Jadi betullah? Jantan tu, kalau kau nak tahu, bestfriend aku! Kau faham tak perasaan aku bila isteri aku yang aku percaya separuh mati tiba-tiba tidur dengan bestfriend aku? Korang ni memang sepadan! Sama-sama keji! Depan aku baik mengalahkan malaikat, belakang aku korang having sex macam gila! Siap-siap ambil gambar lagi! Hebatlah kononnya?!”

“Adrian! You jangan melampau!”

Ammar bestfriend Adrian? Kenapa aku tak pernah tahu tentang semua ni..?

“Apa selama yang aku seorang tak cukup untuk kau?? Kau nak berapa banyak jantan lagi baru kau puas? Patutlah bila aku sebut pasal anak kau asyik mengelak! Kalau pregnant tak boleh buat pulak perkara hina macam tu kan?!”

I tak buat! Boleh faham tak?! Tolong berhenti fitnah I!!” Air mata bercucuran. Semua gambar dosa itu terlepas dari tangan dan jatuh menyusuri anak tangga.

“Apa penjelasan kau tentang gambar-gambar sial ni semua? Kau nak cakap kau tak bersalah? Sakit mata aku, Rissa! Aku langsung tak boleh nak terima semua ni. Semua kepercayaan yang aku bagi dah hilang, zero!” Lutut Adrian longgar lalu dia terduduk di anak tangga paling atas rumah tersebut. Dia tidak mahu menghampiri Arissa. Khuatir jika tangannya naik ke tubuh gadis tersebut. Semarah-marah manapun dia, dia tak ingin menyakitskan  gadis itu.

“Siapa yang beri you semua ni? Mungkin dia sengaja nak you benci I!”
“Pergi matilah siapa pun! Apa pun tujuan dia, benda ni semua memang dah terang lagi bersuluh. Dah sah-sah kau buat perkara terkutuk ni di belakang aku! Ingat ni, aku tak akan pernah maafkan kau lagi, Rissa. Kau dah menderhaka kepada suami kau!”.
myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star