Love Me Or Love Me Not Part 3

         Ai bingkas bangun dari dudukannya. Dia segera menuju ke arah senior kacak tersebut. Terasa mahu menghayunkan telapak tangannya di wajah pemuda yang bermuka selamba itu. Apa modus operandi pemuda itu? Mengapa seringkali dia dijadikan sasaran kata-kata pemuda itu? Dekat kepalanya ada tulisan ‘target’ ke? Macam ditikam secara bertubi-tubi pulak.

“Awak ni kan mema..!” Belum sempat Ai menghabiskan ayatnya, jari telunjuk Eydden sudahpun melekap di bibirnya. Petanda disuruh menguncikan mulut.

“Shuuhh.. Girl diam je okay. Dia tak tanya girl pun kan? Biar B je yang jawab pertanyaan dia ni,” Eydden tersenyum nakal. Bulat biji mata Ai. Mamat ni buat lagi! Urghh! Tensionnya akuuuuu..!

Annahita menghentakkan kakinya ke lantai, menunjukkan rasa frustnya yang menggunung. Nasib baik tak patah tumit heel Christian louboutin warna hitam bertapak merah miliknya. Mahal tu!

“Kenapa you pilih perempuan macam ni? You tak nampak ke dia ni macam aneh-aneh sikit?” Annahita lagi. Wajahnya berkerut macam tertelan asam kedut. Tania dan Sophia segera mengipas Annahita dengan kipas tangan mereka.

“Dia tak aneh. Dia special. You know what I mean, kakak,” Saat ayat itu terhambur dari mulut Eydden, merah padam wajah Annahita itu. Special apanya!

“Urgghh! Unbelievable!!” Gadis itu melepaskan rengusan kecil lalu segera beredar menjauhi Eydden, Ai dan sahabat-sahabat ‘F4’ pemuda itu. Terkekek-kekek Ashraff, Akheer dan Haqeem ketawa. Ai bengang. Eydden sengaja!
           
           “Awak nak kemana pulak tu? Saya baru je jadi hero awak tadi kan? Kalau tak ada saya mesti awak dah kena bazooka si Annahita tu. Kurang-kurang ucaplah terima kasih ke apa ke?” Eydden apabila Ai mengemaskan barang-barangnya ke dalam beg. Cun tapi sayang, sombong sangat.

“No thanks. Tak ada awak pun saya tak mati lah,”Ai kemudiannya menyarungkan beg tersebut di bahunya lalu ditinggalkan perawan ‘F4’ tersebut terkulat-kulat.

*    *    *

            Aiko Arielle memandang skrin lima belas inci lebar Apple MacBook Pro yang baru dibelinya beberapa minggu lepas. Gadis itu tersenyum memerhatikan rekaan pakaiannya mendapat sambutan orang ramai. Ternyata berbaloi juga dia melakukan perniagaan butik online. Rata-rata pelanggan menyuarakan rasa puas hati terhadap setiap rekaan yang dihasilkannya. Butik yang diberi nama Mystique Mist hasil ilhamnya itu mendapat sambutan hangat di pasaran online ketika ini. Mulanya Ai berjinak-jinak meletakkan rekaannya di blog. Apabila sudah dikenali ramai, gadis itu melancarkan website Mystique Mist hasil pertolongan Javen yang cukup pakar dalam pembinaan laman web.

Ai tersenyum lebar membaca feedback yang ditinggalkan para penggemar hasil masterpiecenya itu.

Dear, you have a potential in fashion design. Keep it up, darl!

OMG! It’s so damn gorgeous! Loooove it! Tell me when you are going to lunch another collection! Surely I’ll be the first one to grab it!

Seriously, I admire you so much. You inspiring me!

Ai menggigit hujung pen dengan giginya. Ternyata hasil usahanya selama dua setengah tahun itu berbaloi. Dengan hasil penjualan di butik onlinenya, Ai tidak perlu lagi melakukan pinjaman pelajaran dari MARA untuk menyambung ijazah. Dia kini boleh bersenang-lenang menikmati setiap titik peluh hasil usahanya.
Ai tergelak kecil membaca satu lagi komen.

Who are you? I’m a big fan but really, Idk who you are exactly. Are you boy or a girl? You are sooooo mysterious! Need to know! Somebody please tell me!

Memang benar, Aiko Arielle tidak mendedahkan identitinya kepada mereka. Pembayaran dilakukan atas nama ibunya. Jadi mustahil jika ada yang tahu gadis berusia 21 tahun itu adalah pemilik butik online tersebut. Hanya bebarapa kerat sahaja yang tahu. Ibunya, Akio, Javen dan Bintang sahaja. Yang lain, no way!

            “Ai. Dah tidur ke? Bukaklah pintu ni kejab.” Kedengaran suara Akio dari luar. Ai terkejut. Dilihatnya jam di laptop. Hampir jam dua belas malam. Lagu yang berkumandang di winamp dimatikan. Dia bangun dari berterusan meniarap di atas katil. Gadis itu segera melompat turun dari katil menuju ke pintu. Setelah daun pintu dikuak, terpampang muka jambu Akio sedang tersengih macam kerang busuk. Ai menggaru kepalanya apabila melihat Akio yang berpakaian segak di tengah malam itu sedangkan dia hanya mengenakan baju tidur cotton gambar bear paras lutut.

“Akio nak pergi mana ni? Takkanlah malam-malam buta ni Akio buat fashion show dekat dalam bilik? Dah gila ke? Ai tak nak join lah,” Pedas sekali sapaan Ai kepada Akio. Mentang-mentanglah sama umur, sesuka hatinya sahaja memerli.

Akio menepuk dahi adik perempuan yang lahir lambat sepuluh minit daripadanya itu. Sah-sah minah ni lupa!

“Remember something? Something that started with J?” Akio.

Sebelah kening Ai terangkat spontan.

“J-pop?”

“J-A-V-E-N!”

“Kenapa dengan Javen?” Soal Ai. Dia menyengetkan kepalanya.
Akio meraup wajahnya berkali-kali. Lembab betul adik aku ni!

“Javen maybe dah nak sampai dekat Malaysia lah, you genius! Jom fetch dia dekat airport!”

“Midnight macam ni?”

“Yes ‘Einstein’! What elses do you expect? Tomorrow evening? Hello, I’m in front of you right now. Can’t you see me? Hello?” Sengaja Akio menyakitan hati adiknya. Sudah tahu, nak bertanya lagi!

“Alah. Biarlah dia naik cab ke sini. Malaslah nak pegi KLIA time-time macam ni. Mengantuk nanti. Dahlah jauh.” Ai sengaja mahu mengusik si abang. Dia tahu benar Akio tak akan keluar memandu di tengah malam kalau tiada teman. Bukan takut hantu tapi risau mengantuk masa tengah drive. Tak pasal-pasal acciedent mamat tu. Hilang kembar aku.

“Ah gila! Kasihanlah dekat dia, Ai. Datang dari jauh semata-mata nak jumpa kita.”

“Bersemangat nampaknya Akio nak jumpa gay partner?”

“Haish ke situ pulak! Shuuhh! Tak baik mengata Jevan. Nanti mother dengar!”

“Bukan ke?” Soal Ai diiringi jelingan memerli.

“Tak! Tak! Akio straight okay? Pencinta wanita yang terulung!”

“Yeke ni? Are you sure?”

“Hell yeah! Cepatlah bersiap! Nanti lambat pulak!” Akio mendorong bahu adiknya ke dalam bilik. Aiko menggeleng. Dia menolak abangnya pula ke luar sebelum mengunci pintu biliknya.

“Akio tunggu dekat luar. Pegilah pekena nightline tu dulu. Kejab lagi bila Ai dah siap Ai turunlah.”

“Jangan lama-lama!”

“Haish! Tahulah!”
*     *    *

            Tak berkelip mata Javen melihat perawan cantik manis itu. Hampir setahun tidak berjumpa, makin cantik Aiko Arielle kelihatan. Kali terakhir Javen bertemu Ai, gadis itu kurus kering macam tak cukup makan. Macam mangsa perang dunia. Nasib baiklah sekarang dah nampak berisi sedikit. Bertambah comel!
Akio yang sedang menghirup teh tarik berdehem beberapa kali.

“Javen.” Panggil Akio seraya itu mematikan pandangan pemuda tall, dark and handsome itu. Matanya beralih kepada Akio. Ai tertawa kecil. Gay pun ada nafsu pandang perempuan eh?

“Yes?” Soal pemuda berkulit tanned tersebut. Dia menyedut coke yang berada di tangannya.

“How’s life? Are you enjoy living in Milan?” Akio lagi. Javen mengangguk. Ai mendiamkan diri, hanya memerhatikan pemuda berdua itu. Nampak jauh benar perbezaan mereka. Javen berkulit sawo  matang, rambut blonde dan bermata biru laut. Akio pula berkulit cerah, berambut hitam pekat dan bermata coklat terang. Tubuh badan Joven kelihatan sasa manakala Akio biasa-biasa sahaja. Six packs Akio cukup makan sahaja, tak seperti Javen Giovanni. Javen kelihatan seperti Luke Pasqualino versi sasa sedangkan Akio seperti Kim Hyung Joong, hallyu star kegilaan zaman kini. Kelakar!

            Ai tergelak. Mata-mata orang sekeliling kedai mamak tersebut tertumpu ke arah mereka. Apa diorang ingat ni persidangan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kah? Ambassador Italy bertemu dengan ambassador Korea Selatan? Ambassador Sepanyol pun join sekali kalau campur dengan dirinya.

Haha. Tak boleh blah Akio muka macam  K-pop tapi  pekena teh tarik kaw!

“Ni apahal gelak-gelak? Dah kena sampuk ke?” Soal Akio. Pemuda itu memandang Ai yang menahan tawanya. Kemudian dia memandang Javen yang tak faham sepatah haram bahasa melayu itu pula. Mat salleh pure 100% itu mengangkat bahu tanda tidak faham. Kali ini Akio pula ketawa terkekeh-kekeh.

“Wha..?”

“You look stupid right now, Ven.”

“Huh?” Javen blur.

“Ignore him, Javen. He tried to make fool of you.” Ai mencelah. Javen menepuk kuat bahu Akio. Nasib baik tak tersembur teh tarik dalam mulut Akio.

“Now you tell me.” Javen berseloroh. Diangkat tangannya, high five dengan Ai. Terbatuk-batuk Akio dibuatnya. Pemuda itu mengurut dadanya. Kurang asam punya mat salleh! Kau bersetongkol dengan adik aku eh? Mentang-mentang kau sasa, macam tu je kau perkotak-katikkan aku yang keding ni? Ada ubi ada batas. Next time aku balas!
           
          “Shut up..”

“Relax, Akio. Relax. You should happy now. The Javen is here to entertain you.”

“The Javen? Huh!”

“Why? Jealous much?”

“Tell me one reason I should felt like that?”

“I’m so great. Even I’m jealous of myself. Isn’t that obvious?” Javen ketawa besar. Akio memuncungkan bibirnya. Perasan sangat dah tu!

Aiko tersenyum. Dah lama tak tengok Javen tersenyum lebar seperti itu. Kali terakhir ketika pemuda itu menghadiri upacara graduationnya di universiti. Selepas kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan, Javen lebih banyak mendiamkan diri dan menyendiri. Mungkin lukanya telah terubat barangkali.

“Akio. Jomlah. Dah lambat ni. Ai mengantuklah. Esok ada kelas.”Rungut Ai kepada abangnya. Tangan menggosok mata. Sudah mengantuk. Mana taknya sudah jam tiga pagi tetapi mereka masih bertempiaran di kedai mamak. Akio mengantuk.

“The Great Javen, shall we go home now?”

Javen mengangguk dan tersenyum penuh bangga. Ketiga-tiga anak muda itu bangun dari dudukan. Tiba-tiba kelihatan seseorang menghampiri mereka.

“Ai? Kebetulan pulak kita terserempak.” Eydden Rayyan menyapa Aiko. Aiko termanggu. Macam mana boleh terserempak dengan mamat ni pagi-pagi buta?

Si abang menjeling garang. “Ai kenal ke dia ni?” Sedikit keras. Kau?? Urghh!

             

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star