Kejora Cinta Adrian 38

            Arissa tersenyum melihat sejambak bunga dan sekotak coklat yang baru diperolehnya tadi. Tertera satu kad kecil. Gadis itu tergelak kecil. Segera dia duduk di bangku yang berada di halaman rumahnya. Kad kecil itu dicapainya lalu dikuakkan. Sambil-sambil itu dihidunya mawar merah yang semerbak wangi itu.

I love you more than anything in this world. I truly mean it, wife. I promise to give you all of the happiness. Trust me. I will...
With Love,
Adrian Zareth
Alahai sweetnya Adrian!

Arissa tersenyum sendirian. Dia sudah terbayang-bayang wajah Adrian yang sedang tersenyum ke arahnya. Pasti comel. Tidak tahu pula lelaki tersebut boleh menjadi romantik sebegitu. Kembang-kuncup hati gadis tersebut.

Macam mana kalau kitorang ada baby? Mesti ikut muka Adrian. Mata coklat, kulit cerah. Maybe rambut pun coklat. Comel sangat-sangat. Iyelah, masa dia kecil pun dah comel, anak dia mestilah lagi comel kan?

Lamunan manis Arissa tiba-tiba diganggu dengan bunyi hon kereta. Saat itu Arissa terdiam. Matanya memerhatikan kereta yang singgah di luar perkarangan rumahnya. Diteliti betul-betul kenderaan tersebut. Air liur ditelan. Ammar!

            Lantas, Arissa segera menuju ke pintu pagar. Ammar Wafi keluar dari perut kenderaan. Pemuda itu tersenyum lebar. Arissa mengintai keadaan sekeliling. Rasa tidak senang pula. Dia takut jirannya mengata. Maklumlah, gadis itu sudah berkahwin tetapi masih ada lelaki lain yang datang ke rumah. Tak pasal-pasal fitnah jadi nanti. Arissa tidak membuka pun pintu pagar, dibiarkan berkunci. Tidak mahu Ammar masuk ke dalam perkarangan rumahnya. Kalau diketahui Adrian pasti mengamuk pemuda itu.

“Apa mimpi awak tiba-tiba datang rumah saya ni?” Soal Arissa.

            “Datang melawat pun salah ke?” Ammar tersenyum. Dia menghulurkan sekotak hadiah kepada Arissa. Gadis itu tidak menyambut hadiah tersebut. Dia berasa kurang senang dengan perlakuan Ammar.

“Awak tahu tak awak ada dekat mana ni? Ini rumah suami saya. Apa orang cakap kalau diorang nampak laki lain masuk rumah saya? Saya dah berkahwin kan?”

“Salah ke seorang kawan datang jumpa kawan?”

Arissa menyisir rambut depannya.

Mamat ni bodoh ke apa?

“Tak nak bagi saya masuk?”

Arissa menggeleng.

“Tak payahlah.”

“Awak macam tak suka aje saya datang sini?”

“Memang pun.”

Ammar  mengeluh berat. Dah sah dia tengah berbaik dengan Adrian.

Takpe takpe. Berbaik sekejab aje kan? Tak lama lagi tahu lah nasib korang.

Blackberry Arissa berbunyi. Segera Arissa berlari anak menuju bangku tadi, meninggalkan Ammar termanggu kebodohan di situ. Pantas dada skrin ditatapinya. Panggilan daripada Adrian. Ah sudah! Matilah dia kalau Adrian tahu Ammar sedang tercegat di luar rumah.

“Hello?”

“Hai sayang. You  dah dapat hadiah yang I  sent tu?” Adrian ceria. Mata Arissa tertumpu ke arah Ammar yang ralit melihat gelagatnya. Arissa menarik nafas panjang. “Dah..” Hambar sahaja jawapannya.

 “Kenapa ni? Suara macam tak suka je?”

“Taklah. Suka. Sweet aje..”

Adrian ketawa besar. Baru sekarang tahu aku ni sweet?

“Buat apa je dekat rumah?”

“Tak buat apa pun. Bosanlah. You, apa kata kalau I  nak cari kerja?”

Adrian berdehem. “No way. Stay dekat rumah je. Jaga makan minum I aje.”

Arissa mengetap bibirnya.

“I nak kerja. I tak suka duduk rumah tak buat apa-apa. Bosan sangat. Boleh tak?” Separuh merajuk bunyinya. Adrian seboleh-boleh tidak mahu isterinya keluar bekerja. Bukannya dia tidak mampu menyara perbelanjaan gadis itu sehinggakan gadis itu terpaksa keluar mencari rezeki. Makan minum pakai segalanya lengkap. Lagipun dia tidak suka orang merenung isterinya yang cantik jelita itu. Jika Arisssa bekerja, susahlah untuk dia memantau aktiviti gadis tersebut. Silap haribulan si sweetheart itu menggoda isterinya itu ketika ketiadaannya.

“Bila I balik nanti kita bincang. Nanti tengahari I balik, I nak makan sedap-sedap.”

“Janji?”

“Janji. Mood I bergantung pada masakan you. Kalau tak sedap I tak akan ikut cakap you.”

“Pernah ke I masak tak sedap?”

“Selalu. Cuma tak nak bagitahu you je. Takut you kecil hati,” Usik Adrian. Arissa mencebik. Tiba-tiba kedengaran loceng rumah dipetik Ammar. Kelam-kabut Arissa dibuatnya.

“Bunyi loceng ke tu? Siapa datang?”Soal Adrian membuatkan Arissa cuak.

“Okaylah you. Posmen datanglah. Nak ambil surat. Bye!”

            Arissa kembali mendapatkan Ammar Wafi. Fikirannya mulai berkecamuk. Pemuda berkulit sawo matang itu tersenyum lebar. Dia memerhatikan lenggang lenggok gadis pujaan hatinya itu.

“Baliklah Ammar! Sekejab lagi suami saya balik! Awak tahu tak perbuatan awak ni boleh buat kitorang bergaduh? Suka ke kalau kitorang ni asyik berperang aje?” Arissa meninggikan nada suaranya. Memang garang.

Memang aku nak buat korang gaduh, Arissa. Bisik hati Ammar.

“Okay. Okay. Saya balik. Tapi saya nak awak terima present ni. Selagi awak tak terima saya tak nak balik.”

“Okay okay! Bak sini.” Arissa mencapai bungkusan dari tangan Ammar. Ammar tersenyum puas.

“Okay now you can go. By the way thanks for this.”

“Tak sabar-sabar nak halau saya kan? Tak baik tahu. Bukannya saya nak mengorat awak ke apa so relaxlah.” Ammar berseloroh. Kemudian pemuda itu melambaikan tangan sebelum dia masuk ke dalam perut kereta. Arissa memandang kenderaan tersebut berlalu perlahan. Hatinya tidak senang dengan perlakuan Ammar itu.

Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Adrian lagi!

“Ye hello? Ada apa lagi you ni? Tak kerja ke? Asyik nak kacau I je!” Arissa selamba.

“Suka hati I lah. Bukan you yang bayar bil telefon I kan? After all you kan wife I so I sebagai husband yang baik mesti selalu ambil tahu pasal you,” Adrian mengejek. Arissa berjalan menuju ke arah bangku di mana hadiah Adrian diletakkan. Sejambak bunga mawar merah di capainya.Kemudian diikuti dengan sekotak hadiah. Banyak betul hadiah aku dapat today, getus hati Arissa.

“Baiklah Tuan Adrian,” Nada perli terhambur dari mulut Arissa.

Kedengaran ketawa Adrian di hujung talian. “Bagus bagus. Macam tu lah wife I. Jangan melawan husband. Berdosa! Ingat syurga di bawah tapak kaki suami ya!” Adrian menambahkan sakit hati isterinya. Padan muka! Asyik melawan je!


myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star