Kejora Cinta Adrian Part 3

“You know something, mummy? I found a love letter nearby the beach! Can you imagine seventy years ago there’s one man wrote a letter and then throw it into the sea? And guess what? I’m the only one who found it! Awesome, huh? All of you should call me lucky Adrian,” Adrian bersungguh-sungguh berbicara, membuatkan orang di sekelilingnya tertawa. Pemuda itu masih terbawa-bawa dengan kejayaannya mendapatkan botol berisi surat itu. Arissa Azzalea menepuk dahinya berkali-kali, bosan mendengar cerita yang sama dari mulut Adrian.

“Stop it. Bosanlah, Ryan,” Arissa mengejek pemuda tersebut. Ibu bapa pemuda tersebut tertawa apabila pemuda itu mulai naik angin apabila diejek-ejek oleh sahabatnya. Adrian datang ke arah gadis tersebut dan segera menarik rambut gadis itu. Arissa menjelirkan lidahnya, tanda protes. Sakitlah!

“Ryan, jangan buat macam tu dekat anak dara orang. Tak baiklah,” Bapa kepada Adrian, Zulkarnain bersuara. Dia bimbang jika terlalu banyak gurau senda akan menyakitkan anak perempuan sahabat baiknya. Adrian terdiam. Dia berhenti daripada berterusan mengusik Arissa Azzalea. Pemuda tersebut kembali ke tempat duduknya, bersebelahan dengan ibunya yang bernama Julia.

            Pada pagi itu, keluarga Dato’ Zulkarnain datang melawat sahabat baiknya, Dato’ Iskandar. Mereka menjalinkan hubungan rapat sejak lebih empat puluh tahun lalu. Dato’ Zulkarnain mulai berkawan baik dengan bapa Adrian dari sekolah rendah lagi, berkongsi suka duka kehidupan bersama sehingga akhirnya mereka berjaya bergelar Dato’.
           
“Aku tak tahulah lepas aku dah mati nanti keluarga kita akan terus bersama macam ni lagi. Iyelah, anak kau tu lelaki. Anak aku pulak perempuan. Kalau mereka bersahabat sekalipun akhirnya masing-masing bawa diri. Masing-masing ke arah keluarga. Akhirnya entah kemanalah pergi persahabatan kita ye tak, Zul?” Dato’ Iskandar bersuara. Dia kemudiannya menghirup secawan kopi yang berada di tangannya. Dato’ Zulkarnain mengangguk. Dia memandang anak lelakinya yang kelihatan acuh tidak acuh mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Adrian sibuk menekan butang di telefon bimbitnya. Entah dengan siapalah dia bersms. Dato’ Iskandar pula memandang anak gadisnya yang turut melakukan perbuatan yang sama seperti Adrian. Kedua-dua Dato’ berkenaan mengeluh berat melihat anak-anak mereka yang seakan tidak memperdulikan masalah mereka itu.

    “Ryan, do you have girlfriend?” Soal bapanya saat itu. Adrian menggeleng. “Nope!” Kemudiannya pemuda itu mengadap Blackberry miliknya kembali. Arissa menjeling pada sahabatnya. Dia tersenyum sinis. “Player macam dia ni single? Huh, unbelievable,” Ngomel Arissa Azzalea sendirian. Namun, telinga pemuda itu dapat menangkap kata-kata gadis tersebut. Adrian meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Dia bangun dan menuju ke arah Arissa Azzalea namun tangannya segera ditarik ibunya. Wanita itu tahu Adrian mahu mengusik anak gadis sahabat baik suaminya itu lagi. Arissa menjelirkan lidahnya. Victory is mine!
           
“Ryan.. Enough,” ujar Puan Julia. Adrian mengerling tajam Arissa yang cuba mengejek-ejeknya. Kemudian, bapa kepada gadis itu pula bersuara. Dia menyoal jika Arissa Azzalea mempunyai kekasih. Terdiam gadis tersebut tatkala itu. Dia cuba menutup rasa malunya. Dia segera menafikan kata bapanya. Pipi gadis itu mulai merah padam. Adrian mencetuskan gelaknya sendiri.
           
“Just like I guess! I knew what guy’s felt about you..”

“Hey, apa maksud kau ni, Ryan?” Arissa Azzalea berasa bengang dengan kata-kata pemuda tersebut. Adrian masih meneruskan tawanya. Pemuda itu bangun dan menuju keluar. Dia mahu Arissa berterusan bengang dengan kata-katanya. Arissa bingkas bangun. Dia membontoti langkah Adrian itu. Kedua-dua bapa tertawa memandang perangai dan tingkahlaku baran anak-anak mereka. Pastinya mereka mahu bergaduh lagi.
           
Adrian duduk di atas kerusi di taman kecil milik ibu  kepada gadis yang bernama Arissa Azzalea. Pemuda itu meletakkan earphone di telinganya. Dia mahu mendengar muzik, tidak mahu berterusan bertikam lidah dengan Arissa. Lagu Jay-Z kedengaran. Pemuda itu menutup matanya sambil bibirnya bergerak-gerak sedikit, menyanyi mengikut lagu penyanyi kegemarannya itu. Tiba-tiba earphone sebelah kanan miliknya ditarik seseorang. Terkejut Adrian. Pemuda itu segera membuka mata dan memandang wajah gerangan yang menganggu moodnya itu. Kelihatan Arissa berada di hadapannya. Adrian mengeluh berat. Dia tidak mahu bermain-main lagi dengan gadis itu. Dia tidak sukakan suasana saling berkelahi. Wajah masam gadis di hadapannya jelas menunjukkannya masih tidak berpuas hati selagi tidak dapat membalas kata-kata pemuda itu. Adrian mencabut earphone sebelah kirinya pula. “Now what?” Soal pemuda itu.
           
“So Mr. Player, tell me something. What does guy’s felt about me?” Arissa merenung mata Adrian dengan perasaan tidak puas hati. Adrian mengangkat bahunya. Dia tidak mahu menjawab soalan gadis yang beremosi itu. Pemuda itu tersenyum lalu dia bangun, cuba melarikan diri daripada Arissa. Namun, tangan gadis itu lebih pantas bertindak. Dia menarik lengan t- shirt Adrian. Adrian enggan memperdulikan gadis itu lalu dia beredar ke kawasan yang lebih tersembunyi, di taman di mana ibu gadis itu menanam pelbagai  jenis bunga. Arissa yang tidak melepaskan pautannya mengikuti langkah pemuda kacak bermata coklat itu.
           
“Ryan, aku serius ni..! Kau betul-betul rasa aku ni teruk ke?” Arissa masih memaksa pemuda yang mulai rimas itu. Adrian masih berdiam. Dia cuba melepaskan lengan bajunya daripada terus dipegang oleh gadis jelita itu.

“Hey, cakaplah! What does guy’s felt about me??” Desak Arissa. Adrian menarik tangan gadis itu lalu menolak tubuhnya di tiang berhampiran. Adrian mendekati wajahnya dengan wajah Arissa. Tangannya dipaut Adrian kemas.
“You are super damn hot..! If you are just other girl, I will kiss you right here, at this moment and make love with you!” kata-kata dan perbuatan Adrian membuatkan gadis itu terpana dan berdebar-debar. Adrian dapat merasa hembusan nafas Adrian di wajahnya. Matanya memandang wajah Adrian yang kelihatan berkeinginan. Namun, tiba-tiba pemuda itu ketawa.

“Kau ni mudah cairlah, Arissa Azzalea. Inilah kelemahan kau yang paling jelas. Aku bergurau ajelah tadi. Gila apa aku nak cakap kau macam tu?” Adrian menahan ketawanya sehingga dia hampir-hampir mengeluarkan matanya. Arissa masih terkesima dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Dia tidak dapat berfikir apa-apa. Jantungnya masih berdenyut kencang. Adrian berhenti ketawa apabila Arissa masih mendiamkan diri. Pemuda itu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia menepuk pipi gadis itu berkali-kali, cuba membuatkan Arissa tidak berterusan begitu. Arissa Azzalea menarik nafas panjang lalu ditamparnya pipi Adrian.

 “Kau ni memang nak mati, kan??” Arissa bersuara lantang. Adrian Zareth menggosok wajahnya yang pedih dek penangan tangan lembut sahabat baiknya itu. Dia tersengih-sengih. Kemudian, selepas beberapa saat, pemuda itu berlari meninggalkan Arissa yang masih berbaki amarahnya. Gadis itu mengejarnya.
           
“Mummy! Save me! She tried to kill me..!” Adrian segera memegang bahu ibunya, cuba berselindung daripada Arissa yang garang. Arissa mahu menerpa ke arah pemuda itu dan jika diikutkan hati mahu sahaja dia mengoyakkan kulit badan pemuda kacak itu, biar menderita hidupnya. Kemudian datang pula ibu gadis berkenaan, membawa sedulang air. Diperhatikan gelagat Arissa dan juga Adrian. Asyik berkelahi seperti anjing dan kucing pula! Wanita itu tersenyum lebar melihat betapa akrabnya perhubungan anak muda itu. Para bapa pula dari tadi asyik ketawa melihat perangai kebudak-budakkan anak mereka. Datin Zaraa meletakkan dulang berisi jug air dan gelas di atas meja kopi di hadapan suami dan juga tetamu rumahnya itu. Ditepuknya Arissa yang berada tidak jauh darinya.
          
“Dahlah tu, Arissa. Anak dara apa ni garang sangat? Nanti tak ada kumbang yang nak,” Usik wanita yang disayangi oleh Arissa itu. Gadis itu berhenti daripada terus  bertikam lidah dengan sahabatnya. Dia lantas duduk diam bersebelahan dengan ibunya itu. Adrian menahan tawanya. Arissa begitu takut dengan ibunya. Pemuda itu kemudiannya duduk bersebelahan dengan ibunya. Matanya tidak memandang gadis jelita itu. Dia tidak mahu berterusan mengetawakan gadis tersebut. Pehanya dicubit Datin Julia. Adrian mengaduh. Kedengaran tawa kecil Arissa. Adrian memandangnya dengan pandangan menyinga.
           
“Sudahlah bergaduh, Ryan, Arissa.  Kamu ni tak boleh bertemu bulu. Ada je benda yang nak digaduhkan. Pening kepala daddy dan Uncle Is dibuat kamu berdua ni. Sekarang daddy nak tanya Ryan, macam mana cara untuk hubungan keluarga kita ni tak akan terputus sampai bila-bila?” Soalan yang selama ini menjadi pertanyaan di fikiran kedua-dua ketua keluarga. Adrian tersengih saat itu, menimbulkan tanda tanya. Pemuda itu sudah dapat memikirkan penyelesaiannya.
           
“Senang ajelah daddy, Uncle Is. Kahwinkan aje saya dan si Arissa ni. Settle semua masalah!” Sejurus sahaja Adrian menghabiskan ayatnya, dia terdiam. Dia terperangkap dengan kata-katanya sendiri. Arissa menekup wajahnya. Tidak sangka Adrian Zareth mengeluarkan idea sebodoh itu. Ketua keluarga saling berpandangan sesama sendiri. Para ibu sudahpun tersenyum. Selepas itu, kedua-dua lelaki bersalaman, menimbulkan tanda tanya kepada Arissa dan juga Adrian.

“Daddy dan Uncle Is dah mencapai kata sepakat bersama. Ryan dan Arissa akan dinikahkan,” Tergamam Adrian Zareth  dan Arissa Azzalea tatkala itu.


 

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star