Kejora Cinta Adrian Part 4

Adrian Zareth memegang kepalanya yang sakit. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Perkahwinan dia dan Arissa telah ditetapkan oleh ibu bapa mereka. Seandainya masa boleh berputar semula, pastinya dia tidak akan memberikan idea yang sebegitu rupa. Dia belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Dia terlalu muda untuk memikul tanggungjawab sedemikian. Lagipun dia dan Arissa merupakan kawan baik. Tidakkah terlalu drastik untuknya menukarkan status seorang kawan kepada seorang isteri? Dia tidak tahu macam mana Arissa akan menerima semua ini. Dia tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi di antara mereka. Bagaimana harus diselesaikan permasalahan ini?

Adrian segera mendail nombor telefon Arissa. Beberapa saat kemudian panggilannya berjawab. Suara manis Arissa kedengaran di hujung talian. Adrian menarik nafas dalam-dalam. Dia ingin berterus-terang pada Arissa bahawa dia tidak mahu meneruskan rancangan yang diaturkan oleh ibubapa mereka. Dia tidak mahu memperisterikan gadis berkenaan. Dia tidak mahu gadis berkahwin dengan Arissa jikalau tiada rasa sayang atau cinta.

“Arissa, aku minta maaf sebab keluarkan idea bodoh tu. Aku tak bermaksud nak buat kau macam tu. Tentang perkahwinan tu aku..!”

“Aku terima..” Arissa bersuara. Adrian tersentak. Dia tidak mempercayai apa yang baru sahaja didengari oleh telinganya itu. What?? Dia lantas menyoal Arissa.

“What? Are you serious..?”

“Aku serius.. Semenjak hari tu, tiap-tiap malam aku fikir hal yang kau cakap dekat parent kita tu. Well, we can try,” Arissa tidak teragak-agak untuk menerima kehadiran Adrian sebagai seorang suami di dalam hidupnya. Adrian terkesima. Dia tidak tahu apa yang harus difikirkan atau diperkatakan. Arissa sudahpun sudi menerimanya sebagai seorang suami, menaruh harapan di atas hubungan yang bakal terjalin. Hubungan yang diingini oleh ibu bapa mereka.

           “Ryan..? Are you okay?” Soal Arissa apabila tidak kedengaran suara Adrian di talian. Adrian mengerutkan keningnya. Dia berdehem seketika sambil cuba  menyusun ayat yang harus diperkatakan kepada gadis berkenaan.

“Arissa, I think we should meet,” Ujarnya. Arissa bersetuju dengan kata-katanya.

            Pada petang itu, Adrian ingin berjumpa dengan sahabatnya, anak Dato’ Iskandar dan Datin Zaraa. Mereka telah berjanji untuk bertemu di tempat biasa, taman yang selalu mereka kunjungi. Suasana panas terik membuatkan Adrian yang moody itu mulai rimas dan berasa hendak marah. Pemuda itu sudah menunggu Arissa hampir setengah jam namun tetap bayang gadis itu masih tidak kelihatan. Pemuda itu cuba menghubungi Arissa namun tiada jawapan yang diberikan. Adrian mengeluh berat. Terasa seperti Arissa sedang memainkan perasaannya. Pemuda itu memegang kepalanya. Terasa serabut apabila ibubapanya setuju untuk menikahkan dia dan Arissa.

            Damn! Why did I come out with that stupid idea?

            Diperhatikan jam tangannya yang menunjukkan pukul 5.30 petang. Pemuda itu bangun dari duduk, menuju ke keretanya yang tidak jauh dari situ. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Adrian segera menyeluk tangannya ke dalam poket, mencari telefon bimbit yang menjerit-jerit minta dijawab panggilannya. Pemuda itu pasti bahawa Arissa Azzalea lah yang menelefonnya saat itu. Segera, panggilannya dijawab tanpa usul periksa.
    
        “Mana kau ni? Kalau kau nak mainkan aku, ini bukan masanya!” Adrian meninggikan suaranya. Tiada suara kedengaran. Adrian pelik. Dia memandang skrin telefonnya itu. Panggilan antarabangsa? Pemuda itu terdiam sebentar. Siapakah yang menelefonnya?

       “Hello? Erm.. Adrian. It’s me,” kedengaran suara seorang gadis. Adrian mengerutkan dahinya. Dia tahu siapa gerangan yang menelefonnya itu. Adrian memandang sekelilingnya, tiada sesiapa. Pemuda itu segera masuk ke dalam kereta mewahnya itu. Dikuncinya segera.
          
        “Cheryl..?” Soalnya pada si pemanggil.

“Yeah. Correct! Babe, where are you? I miss you so damn much..!” Ujar gadis yang  sering bersamanya semasa berada di Amerika. Namanya Cheryl-Ann.  Adrian cuba tersenyum apabila mendengar suara gadis itu. Aduh.. Minah ni pulak?

            “I’m at Malaysia.  I don’t know when I’m going back to America. Something unexpected happen here and I can’t get rid of it. I’m stuck.” Jelas Adrian.

            “But sweetheart..!” Kata-kata si gadis terhenti. Adrian mengelus rambutnya perlahan. Dia gelisah mengenangkan apa yang telah terjadi kepada dirinya. Pemuda itu telah pulang ke Malaysia tanpa memberitahu Cheryl, kekasihnya di Amerika dengan terlebih dahulu. Dia ingin mengelak daripada terus menjalinkan hubungan dengan orang yang tidak dicintainya itu. Adrian cuba memikirkan apakah alasan yang seharusnya diberikan kepada gadis yang berusia 21 tahun itu. Kelihatannya gadis itu benar-benar telah bersedia untuk mempunyai komitmen dengannya. Walhal, Adrian bukanlah seorang jejaka yang senang jatuh cinta. Inikan pula mahu berkahwin dengannya. Dia cuma hendak meluangkan masa bosan ketika berada di sana. Itu sahaja.

 “Look, dear.. I promise you that I will find a way to solve my problem and I’m going to get to you ASAP. I really miss America but after all, you are the one who I miss the most. Wait for me, okay?” Adrian masih menggunakan kata-kata manisnya untuk mencairkan gadis tersebut. Kedengaran tawa manja Cheryl di hujung talian. Adrian menarik nafas lega. Bagus!

            “Okay then. I’ll wait for you. Love you so much, cupcake,” Suara manja Cheryl mengucapkan kata cinta. Adrian tersenyum hambar. Tiba-tiba tingkap keretanya diketuk seseorang. Terkejut Adrian melihat Arissa Azzalea sedang tercegat di situ. Dia mulai bersuara dengan nada berbisik.
           
          “Erk.. Okay. Need to go now. Bye..!” segera Adrian menekan butang ‘tamat’. Dia menurunkan tingkap sisinya. Arissa tersengih. Adrian mengeluh. Nasib baik Arissa tidak muncul semasa dia sedang menabur kata-kata manis kepada Cheryl. Kalau tidak dia akan menyakitkan hati gadis yang baharu  bersetuju untuk berkahwin dengannya itu. Adrian mengeluarkan kepalanya sedikit, memandang Arissa. Pemuda itu tidak tersenyum. Inilah kali pertama dia berasa tidak gembira semenjak dia melangkahkan kaki ke bumi Malaysia.

            “Maaflah. Aku terlambat..” Arissa masih tersenyum, kesal apabila dia terlambat hampir empat puluh minit daripada masa yang dijanjikannya pada Adrian. Pemuda yang berada di hadapannya itu kemudian keluar dari perut kereta. Dia menyisirkan rambut coklat gelapnya itu. Selepas itu pemuda itu melekapkan shade berjenamanya pada kepala. Pemuda tersebut kelihatan sangat menawan dengan gaya mewahnya. Tidak hairanlah jika dia sering menjadi tumpuan mata wanita-wanita di sekelilingnya. Siapa yang tidak inginkan lelaki sekacak itu sebagai teman?
           
          Arissa berjalan seiringan dengan pemuda kacak itu menuju ke arah bangku yang berdekatan. Adrian memasukkan tangannya di dalam poket. Dia hanya memandang sekeliling tanpa bertembung wajah dengan Arissa. Tidak pasti bagaimana mahu berterus-terang dengan gadis itu. Dia tidak mahu meneruskan perkahwinan yang dipersetujui oleh kedua ibubapa mereka. Adrian melangkah sambil fikirannya melayang mencari kata-kata yang sesuai untuk diungkapkan kepada Arissa, kata-kata yang tidak akan membuatkan sahabatnya itu berduka.

“So ,about that marriage...” Adrian mulai memecahkan sepi yang terjadi di antara mereka berdua. Arissa memandang wajah Adrian yang kelihatan gelisah.

           “Apa? Cakaplah,” Ujar gadis berambut hitam pekat itu. Matanya yang bulat meneliti gelagat Adrian. Adrian lantas duduk di atas bangku berdekatan. Gadis itu masih berdiri. Dia tahu ada sesuatu yang penting ingin diperkatakan oleh Adrian berhubung dengan perkahwinan mereka. Fikirannya kini mulai berserabut. Adakah Adrian tidak dapat menerima perkahwinan tersebut sedangkan dialah yang mencadangkan idea itu.

“Actually, I need to discuss something with you,” Ujar pemuda tersebut. Arissa mengangguk. Dia kemudiannya duduk bersebelahan dengan pemuda itu. Matanya masih tidak beralih daripada terus memandang Adrian. Pemuda itu masih menyusun ayatnya, kelihatan gementar. Arissa tersenyum. Tangan lembutnya menyentuh tangan Adrian. Tersentak pemuda itu. Dia segera memaling. Hatinya berdebar-debar. Dia tidak pernah rasa sebegitu dengan Arissa sebelum ini. Hanya kerana beberapa hal yang telah terjadi, dia mulai berasa kekok.

           “Aku rasa semua yang jadi ni terlalu drastic dan aku..!” Terhenti lagi kata-kata pemuda. Arissa dapat merasakan ketegangan situasi tersebut. Dia dapat mengagak apa yang cuba disampaikan oleh pemuda itu.
“Kau tak mahu meneruskan perkahwinan ni, kan?” Arissa bersuara,meleraikan apa yang cuba diperkatakan oleh Adrian sejak mula bertemu dengannya. Pemuda tersebut mengangguk lemah. Arissa cuba mengawal rasa malunya. Dia tanpa berfikir panjang telah menerima perkahwinan yang diaturkan namun Adrian, orang yang telah memberikan idea perkahwinan itu pula cuba menarik balik kata-kata-katanya. Terasa harga dirinya sengaja dijatuhkan pemuda tersebut.

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star