Love Me Or Love Me Not Part 2

            “Eh! Eh! Ai! Betul ke kau couple dengan Eydden yang handsome bagai nak mati tu? Sampai hati kau rampas kekasih hati akuuuu..!” Bintang tiba-tiba bersuara dari belakang. Terkejut Ai. Main sergah je minah ni!

“Eydden tu, satu kolej gilakan dia tahu tak? Bila aku dengar si Annahita dan kuncu-kuncunya mengamuk dalam tandas tadi, jantung aku rasa macam nak jatuh ke perut je! How dare you not telling me this huge story, Ai!” Bintang bersungguh-sungguh bercerita. Ai memegang kepalanya yang tidak sakit.

Stupid Eydden! Dah tak pasal-pasal aku jadi mangsa! Bukannya dia tak tahu rumours dekat sini tersebar lagi laju daripada angin! Urgghh!

“Listen. Number one, he’s not my bf. Number two, aku tak rampas kekasih siapa-siapa and number three, apasal Annahita tu nak mengamuk pasal tu pulak? Apa kaitan dia dengan Eydden? Huh.. Kenapalah malang sangat hidup aku ni?” Ai menolak tepi tupperware yang berisi roti yang dibawanya dari rumah tadi. Hilang selera. Tak sangka peristiwa pagi tadi menimbulkan satu masalah besar baginya.  

“Habis tu macam mana rumours tu boleh timbul pulak? Kau pun tahu kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. You know what I mean,” Bintang masih berterusan mengorek cerita. Ai mengangguk tanda faham.

“Tadi si Eydden tu nak jadi hero. Konon-konon nak selamatkan aku dari senior yang entah apa nama dia tu. Aku pun tak tahulah tinggi mana IQ dia sampaikan boleh terfikirkan idea yang tonggong macam tu.”

“Entah-entah Eydden tu syok dekat kau tak? ”

“Gilalah kau! Dia cuma tolong aku je tadi tu. Itupun nak kira syok ke? Urggh!”

Bintang memandang Ai sejenak kemudian dia mengangguk.

“Bukan ke sejak orentasi hari tu dia asyik ushar kau? Kau tak perasan ke?”

“Ah mengarutlah kau ni!” Ai menafikan sekeras-kerasnya ayat yang keluar daripada mulut Bintang. Teringat pula kejadian yang berlaku dalam masa tiga minggu ini. Eyddan sering membantunya jika ada masalah semasa orentasi. Sering ringan mulut menegurnya kalau terserempak di mana-mana. Pernah juga pemuda itu mengucapkan kata ingin berkenalan namun ditolak mentah-mentah oleh Ai. Bukannya dia sombong cuma gadis itu tidak suka berkawan dengan jantina berlainan dengannya. Sahabat lelaki Ai juga boleh dikira dengan jari sahaja. Tak banyak dan terlalu sikit. Gadis yang sangat-sangat misteri.

            “Ingat tak Eydden pernah bagi satu love letter untuk kau? Minggu lepas?”

Ai ingat namun dia menggeleng, menafikannya.

“Eydden tu player kan. Semua perempuan dia bagi love letter okay?”

“Aku tak dapat pun?” Bintang dengan muka mintak penampar. Ai menggulingkan matanya sebelum mengeluh berat. ‘Pandai’ betul kawan aku yang sorang ni!

“Kau special case. Nanti Eydden tu hantar rombongan meminang terus.”

“Wah bestnya!”

Ai menggelengkan kepalanya. Kenapa budak Bintang ni macam sama tongong dengan Eydden je hari ni? Baguslah. Ada  jodoh. Sama-sama tonggong. Dapat anak letak nama pak pandIr. Sesuai sangat!

Kelihatan kelibat seseorang menghampiri sahabat berdua tersebut. Bintang membulatkan matanya. Kini air muka cover cun menggantikan muka tonggongnya sejak tadi. Buah hati, Omar dah habis kelas agaknya. Tak ada kerja lain nak ajak Bintang date dekat café. Ai tersenyum. Cepat betul minah ni dapat pakwe. Sempat pula dia mengurat senior Kejuruteraan Mekanikal tersebut masa orentasi minggu lepas. Handsome pun handsome! Sepadanlah tu. Bintang becok, Omar pula pendiam. Kombinasi yang baik, tak adalah berperang selalu. Great!

“Cik Ai. Boleh tak saya nak culik Cik Bintang ni sekejab?” Soal Omar berseloroh.

“Culiklah. Lama pun tak apa, Omar. Pening kepala saya melayan awek awak ni.” Ai dengan bernada gurau. Bintang menunjukkan isyarat diam ke arah Ai, mengenai kata-katanya mengenai ‘Eydden-kekasih hati aku’ itu. Risau Omar cemburu pula. Tengok aje pendiam, cemburu kuat. Lebih-lebih lagi jika berkaitan dengan lelaki lain dengan Bintang. Sayang sangat. Mana tak nya, Bintang merupakan first love Omar. Itu yang dikawal ketat selalu. Macam minggu lepas, tak pasal-pasal rakan sekelas pemuda itu di sound kaw-kaw punya kerana cuba mengusik  buah hatinya itu. Diam diam ubi berisi! Jangan berani kacau haknya.

“Okay sayang. Aku pergi dulu. Jangan rindukan aku okay? Apa-apa pm je aku. Bye!” Bintang kemudiannya menarik lengan Omar. Manja sungguh!

            Ai ketawa kecil. Comel sungguh merpati dua sejoli itu. Teringat sesuatu! Gadis itu segera menyeluk ke dalam beg besarnya, mengeluarkan sebuah buku sketch bersaiz A4. Dia terlupa nak oter beberapa rekaan bajunya. Mahu membuat sedikit perubahan pada tona warna dan hiasan pada pakaian terbarunya. Tiba-tiba kedengaran telefon bimbitnya menjerit-jerit minta dijawab. Terkocoh-kocoh gadis itu mencapai alat komunikasi yang berada dalam ‘beg serbaguna’nya itu.
Satu nama muncul di atas skrin Blackberry Pearl Flip miliknya. Ai menarik nafas lega. Akhirnya satu perkara baik berlaku juga!

“Javen!” Ai girang. Kedengaran suara ketawa seorang lelaki di hujung talian.

“Oh my sweet honey bear! Glad to hear you! So how’s collage?” Soal Javen, turut girang. Sudah lama mereka tidak bersua muka. Hampir setahun kiranya.

“Collage? So far so good..”

“Aha! Caught you! Well, you are not good at lying. Tell me. What happen?”

“No. Nothing.” Menafikan.

“I wish I was there.”

“Me too, Javen.”

“So now, I will fulfill your wish, darling.” Kata-kata Javen mencetuskan gelak Ai. Pasti pemuda itu sedang bergurau. Bukankah sekarang dia berada di Milan, Italy sambil menikmati setiap detik kehidupannya yang sungguh indah?

“Stop it, Javen.”

“Make me. Now, I’m on my way to Malaysia. I’ve booked a ticket and it will be like.. emm.. ten minute from now on? Make sure you pick me at the airport, sugar.” Lancar sahaja Javen berkata-kata. Ai masih dalam gelaknya. Tidak percaya akan kata-kata Javen yang dianggap sekadar gurauan itu. Masakan sedang bersenang-lenang di Milan, mahu ke Malaysia pula?

“Cut it out already, will you?”

“I will arrived there in about thirteen or fourteen hours from now. Take note. My name is Javen Giovanni and I’m hundred percent serious about this. Miss you so much and can’t wait to see you. E  arrivederci a presto..” Selepas itu pemuda itu mematikan talian. Tergamam Ai sebentar. Memang kedengaran bunyi sekeliling seperti di airport. Tapi betulkah Javen benar-benar maksudkannya apabila dia berkata dia mahu berangkat ke Malaysia untuk menemui gadis berkenaan?


Tak mungkin. Impossible.


Ai mendail nombor telefon pemuda itu untuk mengsahihkan kata-katanya sebentar tadi namun hanya kedengaran operator telefon di talian. Pastinya Javen serius! OMG!


Ai tertawa sendirian. Itulah perangai Javen Giovanni. Bila mengatakan sesuatu pasti dikotakan setiap apa yang terhambur keluar. Pemuda berdarah kacukan cina-italy tersebut seorang yang patuh dengan kata-kata. Jika dia kata kanan, kananlah, tak ada belok ke kiri atau belakang.


            “Ketawa sendiri? Dah gila ke perempuan ni?” Tiba-tiba satu suara muncul. Ai mengangkat wajahnya, memandang suara yang menjengkelkan itu. Great! Annahita The Bitch dah jumpa tempat aku hangout. Thanks to you, Eydden!

“So, kaulah si vintage geek yang sekarang jadi sebutan ramai tu?” Soal salah seorang kuncu Annahita, Sophia. Ai bangun dari dudukannya. Dia memandang ketiga-tiga gadis genit yang perasan popular itu. Kuncu-kuncu yang lain mana? Apasal tak bawak sekali?


            “I’m not vintage geek. I have name. Like all of you,” Ai tenang. Annahita yang mengenakan blaus ketat paras peha meneliti Ai dari hujung kaki ke hujung rambut sambil menjuihkan bibirnya, lagak ala-ala Angelina Jolie konon. Ai mengerling Annahita. Pakaian dahlah macam baju budak umur sepuluh tahun. Terkeluar sana, terdedah sini. Boleh tersembul biji mata kalau lelaki tengok ni.


“So, what’s your name..?” Soal Annahita.


Ai mendiamkan diri.


“Eh tadi bukan main lagi berkata-kata. Dah speechless ye?” Seorang lagi kuncu Annahita, Tania bersuara. Gadis itu memuntal hujung rambutnya dengan jari. Naik meluat Ai melihat lagak murahan gadis bertiga itu.


“Dengar ni miss whatever your name okay? Perkenalkan, nama I Annahita okay? Apa yang I nak you tahu ialah, Eydden tu, he’s mine. So back off!” Annahita dengan nada amaran namun, tetap dengan gaya pose yang memualkan tekak Ai.


Macam perempuan murah!


“Annahita ye?” Ai menegurnya lembut. Annahita mengangkat sebelah keningnya.


“Saya tak ambil peduli pun hal akak dengan si Eydden tu. Suka hati akak lah nak cakap apa. Yang penting between me and that boy is zero. Nothing,” Ai menyatakan kata-katanya dengan lancar. Wajah putih Annahita bertukar kemerah-merahan, menahan geram.


“Sejak bila I kahwin dengan abang you sampaikan you nak panggil I akak semua ni? Eww! Please..!” Annahita.


“You are older than me.  Let’s say about emm.. three or four years. Am I  right?” Macamlah abang aku kebulur nak kahwin dengan keu! Boleh jadi gilalah Akio kalau kau ni kakak ipar aku! No way!


“Jaga mulut kau tu sikit!” Sophia menggertak Ai. Ai menyambung kembali dudukannya. Dia tidak mahu bertekak dengan gadis-gadis popular kolej tersebut. Buat habis air liur aje.


“Okay. Sorry. ”


Ai membuka lembaran baru dalam buku sketchnya. Kotak pensil dikeluarkan dari beg. Begitu juga dengan markernya. Dia malas memperdulikan tiga senior yang masih tercegat di hadapannya. Mentang-mentanglah dekat taman tu hanya ada dia dan mereka, senang-senang je gadis bertiga itu mahu membuli Ai yang merupakan junior mereka. Kurang asam.


“Jangan ingat muka cantik boleh besar kepala dekat sini. Sedar sikit you tu junior je dekat sini!” Annahita menambahkan perisa dalam perbualan tak adil yang sedang  berlaku di situ. Ai memekakkan telinganya. Whatever lah akak oi.


Tiba-tiba muncul sekumpulan empat lelaki yang memang cukup tidak disenangi Ai. Kumpulan pemuda yang digilai pelajar perempuan kolej itu. Eydden, Ashraff, Akheer dan juga Zareef. Perawan yang digelar F4 versi melayu oleh Ai. F4 lah sangat kan? Time-time genting macam ni jugaklah semua nak muncul. Ingat ni apa? Telenovela Spanish yang dekat tv3 pukul tiga petang tu? Ouh please. Tak kuasa mak nak layan!

           “Wow wow wow! Apa ni? Pembulian sedang berlaku ke?” Ujar Eydden. Dikerlingnya gadis cantik berambut perm yang sedang duduk di atas bangku dengan buku sketchnya itu. Sedikitpun gadis itu tidak memandangnya. Seperti biasa gadis berhati dingin itu tidak memperdulikan kehadirannya.


Annahita yang tadinya gedik nak mati tiba-tiba bertukar watak. Dia melemparkan sekuntum senyuman manis kepada Eydden, pelajar yang muda satu sem daripadanya. Tapi Akheer pula yang perasan.


“Eydden. Betul ke rumours yang you ni couple dengan perempuan ni?” Annahita.


“Yeah. So kenapa? Ada masalah dengannya?” Ternganga Ai mendengarnya. 

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star