Kejora Cinta Adrian Part 15

            “Ammar, bad news! Aku rasa macam aku dah jatuh hati pada Arissa lah..!” Adrian mengambil kesempatan menelefon sahabatnya, Ammar Wafi sewaktu Arissa berada di kamar mandi. Kedengaran Ammar berdehem di hujung talian. Pemuda itu pastinya sedang mengatur ayat.

“Kau dekat mana sekarang?” Soal sahabatnya,

“Dekat Langkawi. The Danna Langkawi.”

Ammar mengeluh sendirian. No wonderlah kau rasa macam tu. Manusia mudah jatuh cinta kalau berada dekat tempat cantik. Aduh, pedihnya hati. Macam kena siat lepas tu diperah pula limau nipis. Arghhh! Tensionnya aku…!

“Kau betul-betul ke ni? Jangan-jangan sebab kau stay kat tempat cantik, hati kau pun berbunga pasal. Sejak bila Adrian Zareth pandai jatuh cinta ni?”

“Manalah aku tahu. Tadi aku dah terkiss dia. Aku macam hilang kawalan pada tubuh aku bila bersentuhan dengan dia. Bukan ni ke dipanggil fall in love? Man, help me to figure this thing out..!”

Bulat mata Ammar Wafi saat itu. Kiss? Ini sudah melebihi had kesabaran aku ni. Aku sendiri tak pernah dapat kiss Arissa, kau senang-senang je. Mentang-mentang lah kau dah kahwin dengan dia. Tapi still dia tak cintakan kau, Adrian. Sedarlah!

            “Tu namanya desire, man. Kalau aku dekat tempat kau sekarang pun aku macam tu jugak. Nak nak pulak berdua-duaan dengan awek cantik. Setan ada kat mana-mana weh.”

“Setan kepala hotak kau. Aku dengan dia dah sah suami isteri, man. Apa setan pulak nak kacau nye. Dah halal kot? Kalau aku nak make love dengan dia pun dah tak ada hal. Dah dapat green light tak kira dari segi mak bapak, agama semua tu. Cuma yang aku musykil, betul ke aku dah jatuh cinta pada dia?” Adrian ketawa kecil. Kedengaran pintu kamar mandi dibuka. Pasti Arissa sudah selesai mencuci badannya. “Okay, man. Got to go. Aku tak nak timbulkan syak wasangka dia. Bye!” Talian diputuskan. Adrian segera merebahkan diri di atas katil saiz king bersebelahan dengannya. Konon-konon sedang leka menikmati pemandangan.

            “Dah hilang marah tu?” Soal Adrian. Dia menyandarkan badannya pada bantal yang diletakkan di kepala katil. Matanya ralit memerhatikan gerak-geri sang isteri. Arissa mendiamkan diri. Masih teringatkan perkara yang berlaku tadi. Dia tahu, jika imannya tidak kuat pasti dia turut hanyut di dalam asmara yang diciptakan Adrian itu. Adrian seorang lelaki yang sangat menggoda, tidak hairanlah wanita disekelilingnya mudah cair dalam pujukan rayunya. Entah dari mana datangnya sifat tersebut, dia sendiri tidak tahu. Aik? Lalaki pun boleh menggoda ke? Bukan perempuan je ke yang boleh buat macam tu?

“Sorry, sayang,” Adrian tambah lagi. Lembut sahaja nadanya. Naik meremang bulu tengkuk Arissa mendengarnya.

“Sejak bila I jadi sayang you ni?” Soal Arissa. Sebelah keningnya diangkat.

“Sejak you jadi wife I?” Balas Adrian. Dia sudah tersasul. Terpaksalah dia cover ayat yang baru sahaja disebutkan sebentar tadi. Muka cool masih dikekalkan bagi mengelakkan dirinya daripada kantoi dengan Arissa.

“Tak payahlah nak bersayang-sayang di mulut kalau dalam hati tak rela.”

“Amboi sudah pandai bermadah kata ya, isteriku?”

“Benda betul kan?”

Adrian menggeleng.

“I do love you.”Arghh! Tersasul lagi!! Apa tak kena dengan aku ni?? Adrian, kau biar betik?? Cepat betul jatuh cinta.

“Liar.”

Adrian mengangguk. Dia tak boleh mendedahkan perasaan yang melanda dirinya sekarang. Mungkin perasaan tersebut hanyalah sementara dan dia khuatir Arissa akan menaruh harapan kepada dirinya sedangkan dia tak mampu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami terhadap gadis itu. Mungkin hati sedang menduganya. Adrian segera menarik comforter yang berada di kakinya lalu membaluti dirinya. Arghh! Perasaan macam ni boleh spoilkan suasana lah!

            “Entah apa-apa je dia ni!” Ngomel Arissa. Adrian berkelakuan seperti budak kecil walhal umur sudahpun mencapai dua puluh tiga tahun. Tiba-tiba bergumpal dalam comforter tak tentu pasal. Nak kena lempang ke apa mamat ni?

Bathrobe berada di tubuh gadis itu perlahan-lahan ditanggalkan lalu jatuh ke lantai. Kini Arissa hanya mengenakan sehelai siglet putih labuh dengan legging hitam bawah lutut pada tubuhnya.  Gadis itu segera mencapai bathrobe tersebut lalu menggantungkannya di tempat yang disediakan. Selepas itu si gadis duduk di atas kerusi meja solek, memperbetulkan wajahnya. Rambut panjangnya disisirnya lembut. Sungguh cantik, seperti namanya juga. Adrian yang berada di situ mengangkat comforter yang hampir membuatnya lemas itu, memberikannya ruang untuk bernafas. Pemuda itu mengerling sang isteri yang sedang leka bermain dengan rambut hitam lebatnya itu.

            Gebunya bini aku ni. Kulit cerah, fair aje. Rambut hitam panjang. Lebat pulak tu. Body  mengancam. Tak kurus sangat, tak gemuk sangat. Sedang sedap buat peluk. Beruntungnya daku. Fuhh.. Kalau diikutkan hati mau je aku terkam dia. Geram. Just like an angel falling from the sky. So beautiful.

Satu teks mesej tiba-tiba mengganggu tumpuan Adrian. Dipandangnya telefon yang sedang menjerit-jerit message tonenya. Eh tu bukan bunyi telefon aku tu. Adrian bingkas bangun dari pembaringan dan mencampakkan comforternya. Dia mencapai telefon milik Arissa. Arissa menoleh ke arahnya. Dia menghulurkan tangan, meminta Adrian mencapai Blackberry tersebut.

“Bising betul message tone you ni. Oh let me see. Siapa yang text you masa honeymoon ni. Kacau daun sungguhlah,” Adrian memandang skrin lebar telefon hak milik Arissa. Tiba-tiba Arissa menerpa ke arah pemuda tersebut. Tangannya mahu merampas Blackberry tersebut daripada si suami. Adrian ketawa, dia menjauhkan alat komunikasi terbabit daripada dicapai Arissa. Mentang-mentanglah dia tinggi, Arissa diperkotak-katikkan sebegitu rupa!

            “Bagilah. Hey, that’s my phone..!” Arissa bergelut dengan Adrian yang cuba mempermainkannya. “Take it if you can. Haha!” Adrian masih mahu bermain-main dengan gadis tersebut. Arissa naik marah. Dia memanjat badan Adrian dan duduk di atas perut pemuda itu sambil tangannya masih cuba meraih telefon.

 “Oh, tak nak bagi ye? Rasakan ni..!” Arissa menggeletek pinggang Adrian. Dia tahu pemuda itu sangat sensitif di badan terutamanya bahagian pinggang. Gadis itu berterusan menggeletek Adrian yang menggeliang-geliut menahan tawa. Dia tahu beberapa saat lagi pasti Blackberry tersebut akan bertukar tangan.

            “Hahahaha!! Dahlah. Janganlah geletek I macam ni..! Arrrhhhh.. Gelilah, Rissaaaa..!!” Adrian hampir mengalir air mata menahan tawa. Arissa yang berada di atasnya tidak mahu berhenti daripada terus mengusiknya.

“Nak bagi ke tak nak handphone I tu? Jawab..! Kalau tak, I tak akan berenti geletek..!”

“Tak nak bagi..! Ahahaha..! Gelilah. Mummy, help meeee…!”

“Mummy you tak ada dekat sini nak tolong you. Nak bagi ke tidak?” Arissa.

Adrian menggeleng. Air matanya dah pun tertumpah. Tidak sanggup digeletek oleh Arissa lagi. Merah wajahnya dek kegelian yang amat. Arghh! Tak tahan..!!

Arissa menekan dada si pemuda sambil sebelah lagi tangannya cuba mencapai Blackberry tersebut. Saat itu terasa denyutan kuat di jantung si pemuda tatkala wajah gadis itu begitu hampir dengan wajahnya. Tawa si pemuda itu terhenti, mati bagai baru dipanah petir. Arissa masih tidak sedar akan keadaan Adrian yang kaku dihadapannya. Telefon bimbit itu sudah bertukar tangan. Akhirnya hanya ada satu pemenang, Arissa Azzalea. Gadis itu bersorak.

            “Yes! At last!” Gembira sekali. Adrian hanya memerhatikan gelagat comel isterinya itu. Tiba-tiba gadis itu hilang keseimbangan lalu hampir jatuh, namun segera tangannya dicapai Adrian. Ditariknya Arissa ke katil. Kini pemuda itu berada di atas si gadis. Bulat mata Arissa. Saat itu dunia seakan berhenti. Yang kedengaran hanyalah nafas mereka berdua yang kencang. Mata saling berpandangan. Arissa memegang leher Adrian. Pemuda itu masih tidak berganjak. Saat itu muncul sesuatu di pemikiran si gadis. Sesuatu yang lain daripada kebiasaannya. Satu perasaan yang cukup hebat sedang berombak di dalam dadanya. Adrian segera bangkit dari posisi tersebut. Dia mengelus rambutnya. Pemuda itu segera mencapai telefon bimbit dan dompetnya lalu beredar dari suite itu. Pemikirannya mulai bercelaru.

3 comments:

Aida Nadia at: September 15, 2011 at 3:34 PM said...

best3...
cpt la smbng...!!!

Bintang Asterisk at: September 15, 2011 at 7:59 PM said...

thengkaseh Aida Nadia! You memang ohsem!

Unknown at: October 7, 2011 at 4:25 PM said...

wahaha suspen gila dowh...sweet.

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star