Kejora Cinta Adrian Part 23

            “Morning,” Adrian sebaik sahaja sampai di di meja makan. Sapaanya tidak berbalas. Arissa mendiamkan diri sambil tangannya sibuk menyapu jem di atas roti wholemeal di tangannya.  Adrian menggeliat. Pinggangnya masih sakit akibat tersungkur malam tadi. Dipandang pinggan kosong di tempatnya. Aik? Arissa tak masak pulak ke pagi ni? Dia nak aku kebulur ke dekat pejabat nanti? Ni tak lain tak bukan kes merajuk ni. Nak tunjuk perasaan pulak dah minah ni!

“You tak masak ke pagi ni?” Soal Adrian sambil sebelah keningnya terangkat. Arissa berpura-pura tidak mendengar kata-kata Adrian. Dia mengunyah roti yang baru sahaja masuk ke dalam mulutnya.  Adrian terasa sedikit bengang. Sepertinya dia sedang bercakap sendirian.

            “Arissa. Look, i’m talking to you,”Adrian duduk di atas kerusi bersebelahan dengan Arissa. Gadis itu segera bangun saat Adrian mahu menyentuh bahunya. Gadis itu kemudiannya menuju ke dapur. Adrian mengelus rambutnya. Arissa sengaja menyakitkan hatinya. Takkanlah mahu ambil hati dengan kes semalam. Itu sudah pasti bukan salahnya.

“Look’s like someone ignoring me. Takpe. I tak kisah kalau tak dapat makan pun. Kalau something happen masa I on the way nak ke office, just pretend macam I ni tak ada kempunan apa-apa,” Adrian sengaja menguatkan sedikit suaranya. Biar Arissa yang berada di dapur bisa dengar akan kata-katanya yang sedih. Tujuannya, mahu membuatkan Arissa rasa serba salah. Dia mencapai briefcase dan kot miliknya lalu bangun dari duduk. Dibukanya pintu rumah dan berlagak seolah-olah pria yang sedang lara jiwanya.

            Arissa berasa tidak senang hati dengan kata-kata Adrian. Makin kelam-kabut dibuatnya sewaktu mendengar bunyi enjin kereta pemuda itu dihidupkan. Segera si isteri mendapatkan Adrian yang sudahpun berada di dalam Lotus Ellise kuning itu. Arissa memperbetulkan suaranya sebelum mengetuk perlahan cermin pintu sisi Adrian. Adrian tersenyum. Yes! Victory is mine!

            “Masuklah dulu. I ada sediakan makanan untuk you dekat dapur,” Teragak-agak Arissa berkata-kata. Dia sekali lagi tewas di tangan Adrian!

            “Pandai isteri I masak. Beruntung I  jadi suami you,” Adrian sengaja bermanis mulut untuk mengambil hati Arissa yang kelihatan masih sugul kerana kejadian semalam. Nasi goreng yang dimasak gadis itu dihabiskan sehingga licin pinggan. Adrian memandang isterinya yang comel itu. Gadis itu lebih banyak mendiamkan diri. Kebiasaanya pasti ada sahaja benda untuk mereka kelahikan. Adrian tidak senang dengan keadaan kekok yang sedang terjadi di antara mereka jadi pemuda itu mengambil keputusan untuk meminta maaf.

“Arissa,”Ujar si suami. Dia menarik tangan Arissa. Arissa memandangnya. Pemuda itu berdehem, menyusun kata agar dia tidak melukakan hati isterinya itu. Jari-jemari Arissa Azzalea diangkat ke wajahnya lalu dicium lembut.

            “ I minta maaf pasal hal semalam. I  betul-betul tak sengaja. I penat sangat lepas balik kerja. You  pun tahu pukul berapa I balik semalam kan? I  terlupa yang sekarang bilik tu dah jadi bilik you. And about that other thing, I patut minta maaf jugak. I sumpah. Memang I tak ada niat jahat pada you. I sedar siapa diri I terhadap you. Maafkan I ye Arissa? Please?” Bersungguh-sungguh Adrian memohon kemaafan Arissa. Dia tidak mahu mereka saling bermasam muka. Lebih-lebih lagi kini mereka sudah pun bergelar suami-isteri dan tinggal sebumbung. Janggal rasanya apabila Arissa enggan memperdulikannya.

            Arissa menarik tangannya yang dipegang Adrian. Tidak selesa dengan keadaan tersebut. Gadis itu memandang Adrian yang penuh pengharapan itu. Tiba-tiba tercetusnya ketawa. Saat itu barulah Arissa tersedar yang Adrian begitu pandai memujuk. Adrian memandang gadis itu dengan pandangan blur. Tadi kemain masam mukanya dah macam cicak tertelan kapur. Ni tiba-tiba tergelak pulak. Aku melawak ke tadi? Kejab, rasanya aku macam serius tahap mati tadi?

“Seriously, why are you laughing? I’m hundred and fifty percent in seek of forgiveness mode, Arissa,”Adrian mulanya serius kemudian mula tersenyum geli hati. Arissa kelihatannya sudah memaafkan pemuda itu.

            “You lain kali jangan buat macam tu dah. Even though you penat sekali pun. I harap you respect apa yang I dah putuskan. Faham?

“Yes madam!” Tersenyum Adrian, menampakkan lesung pipitnya yang manis.

*    *    *

            “Baru-baru ni aku rasa kau macam banyak ignore aku. Kenapa? Kau ada problem ke? Kalau ada, bagitahu lah aku. Mana tahu aku boleh tolong kau, Mar,” Adrian melabuhkan punggungnya di atas kerusi kayu restoran yeng berdekatan dengan tempat kerjanya. Ammar Wafi yang berada di situ mendiamkan diri, entah sanggup atau tidak rasanya untuk bertentangan wajah dengan ‘perampas’ hak miliknya itu. Teh tarik diteguknya perlahan. Panas, sepanas hatinya apabila mengetahui kekasih hatinya kini milik Adrian yang merupakan sahabat baiknya sejak belasan tahun lepas.

            “Ammar, are you okay?” Soal Adrian lagi apabila memandang reaksi kawannya yang langsung tak memperdulikan kata-katanya. Bahu pemuda tersebut dipegang Adrian.

“Aku okey aje..” Balasnya ringkas. Adrian meraup wajahnya. Pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan sahabatnya itu. Ah! Tak kira! Aku nak tahu jugak!

“Habis tu kenapa kau macam moody aje aku tengok ni?”

            “Aku ada masalah sikitlah dekat tempat kerja. Itu aje,”

“Masalah apa?”

“Kalau aku cerita pun, kau bukan boleh tolong aku, Ryan,”

“Mesti kau penat kan buat kerja kan? Ambillah cuti sekali-sekala, man,” Adrian cuba meneka. Dia tidak tahu bahawa dialah merupakan masalah Ammar. Bersungguh-sungguh pemuda itu mahu mengorek rahsia namun Ammar tetap Ammar. Sekali mulutnya terkunci, pasti tiada apa yang akan keluar.

“Iyalah. Nanti aku ambil cuti..”

“Bagus. Macam tu lah. Aku tengok kau kebelakangan ni macam banyak diam je. Aku pun risau jugak. Kau ni kan biasanya bising je.”

            “Kadang-kadang diam lebih baik, kawanku,” Ammar. Adrian mengangguk.

            “So. Macam mana dengan wife kau? Having fun?” Soal Ammar. Tiba-tiba terdetik dalam hatinya untuk mengetahui perkembangan hubungan Adrian dengan bekas kekasihnya itu. Wajah Adrian yang tampan itu ditenungnya, mahu menyaksikan perasaan pemuda itu terhadap Arissa.

Adrian tersenyum. Kemudian, beberapa saat kemudian dia ketawa kecil. Ammar rasa iri hati. Pengantin baru itu menghirup teh panas dengan perlahan-lahan. Takut melecur pulak mulutnya nanti. Setelah membasahkan tekak, barulah Adrian mula berkata-kata.

            “Entahlah. Aku pun tak pasti. Maybelah kot.  So far so good. Cuma rasa awkward sikitlah bila seorang sahabat dah jadi bini,” Adrian berdehem. Ammar  menahan perasaannya. Ternyata walaupun cuba dielak, perasaan cemburu masih membuak-buak di dalam dada. Dia teringin benar untuk menggantikan tempat Adrian sebagai suami Arissa Azzalea.

“Kau dan dia dah buat ‘tu’ ke?” Soal Ammar. Dadanya berdebar-debar namun dia cuba untuk tidak menunjukkan sebarang reaksi yang boleh menimbulkan syak wasangkan sahabatnya itu. Dia ingin tahu jika Arissa telah menyerahkan mahkota gadisnya kepada sang suami. Adrian menggeleng. Bulat mata Ammar saat itu. Dalam hatinya, memanjatkan sejuta kesyukuran kepada tuhan.

            “Why? Setahu aku, dia dah jadi bini kau. Kau sendiri cakap kau dan dia dah halal. So, why don’t both of you start living like a real couple?” Sengaja Ammar menduga perasaan Adrian. Adrian mula rasa tidak sedap hati. Perlukah?

“Dia tak sedia lagi untuk semua tu. So do I.” Ringkas Adrian.

Terbit rasa gembira di hati Ammar. Sekiranya dia menjadi Adrian, pasti hati gadis itu segera direbutnya. Kalau boleh, ingin menjadikan gadis itu hak mutlaknya sampai bila-bila. Tak akan biarkan gadis itu terlepas lagi.

“Wife kau, si Arissa Azzalea anak gadis Datuk Iskandar tu, memang belum sedia untuk kau lagi kot?” Ammar menambah. Riak wajah Adrian mulai berubah.

“Mana kau tahu nama penuh bini aku?” Adrian mengerutkan dahinya. Seingat pemuda itu, Dia tidak pernah memberitahu nama penuh Arissa kepada Ammar.


0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star