Kejora Cinta Adrian Part 2

“Ryan! Apa maksud you, hah? You nak berpisah ke..?” Soal Arissa Azzalea setibanya dia di rumah. Adrian yang sedang makan di dapur terkejut mendengar suara lantang Arissa. Pemuda itu kemudiannya meneruskan semula suapannya. Bubur segera yang masih panas ditiupnya berkali-kali. Arissa memandang pemuda itu dengan pandangan berkaca. Dia segera pulang ke rumah setelah Adrian menamatkan panggilannya tanpa berkata selamat tinggal. Gadis itu menghampiri Adrian yang tidak memandangnya.


“Kenapa balik?” Soal Adrian perlahan namun jelas kedengaran di telinga Arissa. Arissa Azzalea menghampiri pemuda itu. Dia memegang tangan pemuda tersebut. Air muka Adrian mulai berubah namun dia cuba untuk tidak menunjukkan perasaannya yang mulai bergelora. Arissa mengambil cawan yang mengandungi bubur segera dari tangan Adrian. Dia meletakkannya di atas meja. Adrian menundukkan wajah. Dia tidak mahu memandang wajah Arissa Azzalea yang membunuh hatinya. Dia terlalu penat mahu melayan rasa yang terpendam di dada. Jika gadis itu benar-benar mahukan perpisahan, itulah yang akan diberikan olehnya. Lagipun, sering sangat telinganya mendengar ucapan selamat tinggal daripada Arissa sampaikan dia sudah tidak mahu memperdulikannya lagi. Kini, gilirannya pula untuk memberikan kata putus terhadap apa yang diingini Arissa selama ini. Dia tidak mahu menahan apa-apa beban di hati lagi.

“You pasti yang you nak berpisah..? Ryan, pandang I..” Ujar Arissa. Adrian tidak mahu mengangkat wajahnya. Dia tidak mahu menaruh harapan lagi apabila memandang mata isterinya itu. Pemuda itu hanya mengangguk. Arissa menekup mulutnya dengan telapak tangan. Adrian benar-benar tawar hati dengannya kini. Peristiwa hitam yang menimpa mereka berdua benar-benar memberi impak yang besar kepada Adrian. Pemuda itu tak mampu lagi menahan rasa serba-salahnya.

            “I will send my lawyer. After that, you will never see my face ever again. I’m going back to America. Ini satu-satunya cara I nak tebus kesalahan I,” Adrian memeranjatkan Arissa. Pemuda itu benar-benar maksudkannya!

Arissa Azzalea terjelepuk di atas lantai. Dia mengerti akan semua yang telah terjadi, mengapa Adrian berubah sebegitu rupa. Pemuda itu telah melakukan sesuatu yang tidak dapat dilupakan gadis itu sehingga kini. Arissa tahu, Adrian berasa menyesal akan perbuatannya dan tidak dapat memaafkan dirinya sendiri atas kesalahan tersebut. Pemuda itu pasti, Arissa juga tidak akan memaafkannya seumur hidupnya. Ini sahaja jalan yang terbuka untuk mereka berdua memulakan hidup baru. Perkahwinan mereka harus diakhiri. Itu sahaja yang diperlukan untuk memuaskan hati Arissa Azzalea.

“Why? You are so mean to me, Ryan!” Arissa bersuara kembali. Adrian membelakanginya. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan wanita tersebut. Matanya mulai bergenang dengan air mata. Arissa menarik perlahan baju yang dipakai pemuda itu. Adrian mulai sebak. Dia menolak tangan yang memaut di t-shirtnya itu. Pemuda itu mulai melangkah, mahu beredar. Namun, Arissa bingkas mendapatkan kaki pemuda tersebut. Langkahnya terhenti.

“Bukankah ini yang you nak sejak mula kita kahwin?” Adrian bersuara. Arissa menggeleng. Dia tidak maksudkan kata-kata kasar yang telah dilemparkan kepada Adrian. Dia tidak mahu kehilangan seorang sahabat seperti pemuda itu.

“I tak tahu nak jawab apa pada mama dan papa kalau you tinggalkan I, Ryan!” Arissa Azzalea cuba membuat alasan.

“Just kata yang semua ni salah I. I bukan suami yang baik pada you dan I dah buat hidup you menderita. You tak perlu risau, I akan bincang dengan mama dan papa you. Lepas ni you boleh tarik nafas lega bila I dah tak ada depan mata you lagi,” Adrian menambahkan rasa serba-salah yang sedang dirasakan oleh Arissa Azzalea. “Tak, Ryan! Bukan tu yang I nakkan! Ini semua bukan salah you!” sejurus Arissa bersuara, Adrian memalingkan wajahnya.


“Look at me, Arissa Azzalea! I ni pembunuh! I dah bunuh anak kita! Do you understand? I will never forget what I’ve done! It’s killing me, okay?!” Adrian menengking kasar Arissa. Gadis itu terdiam. Ternyata andaiannya tepat sekali.

BEBERAPA BULAN LEPAS

            Dua batang tubuh kelihatan sedang berlari-lari anak di tepi pantai. Suasana yang redup dan berangin benar-benar memberikan semangat buat mereka berdua untuk bersuka ria di situ. Kelihatan sang pemuda sedang mengorek sesuatu di dalam pasir berhampiran dengan pokok kayu yang sudah mereput. Si gadis pula sibuk bermain air di gigi pantai.      


“Hey, look at what I found! Arissa! Come here!” Panggil Adrian. Pemuda itu menjumpai sesuatu di dalam pasir. Arissa Azzalea segera menuju  ke arah pemuda tersebut. Dia melihat apa yang berada di tangan pemuda itu.

“Botol? Ee.. Apalah kau ni. Kotornya.. Eh? Buatnya ada apa-apa yang tak elok dalam botol ni macam mana? Aku takutlah..!” Arissa memegang bahu pemuda tersebut. Ibunya pernah berkata orang dulu-dulu selalunya membuang ‘benda’ dengan cara memasukkannya di dalam botol kosong dan kemudiannya dicampakkan ke laut.

“Apa kau mengarut ni, Arissa? Well, maybe there’s people throwing bottle with love letter to the sea. Romantic, huh? I think I saw something in here. Look,” Adrian menggosok botol yang  kelihatan agak kotor itu. Samar-samar kelihatan ada sesuatu yang berada di dalam botol tersebut. Adrian tersenyum lebar. Pemuda itu membuka penutup botol tersebut. Arissa takut-takut untuk melihat. Dia bersembunyi di belakang pemuda itu. Adrian mengeluarkan isi botol tersebut. Ternyata ia adalah sepucuk surat. Semakin seronok pemuda itu. Tangannya membuka helaian surat yang tergulung rapi.

“You will know that you love someone  when you want her to be happy. Even if that means you’re not a part of her happiness. Don’t ever give up if you still want to try. Don’t ever wipe your tears if you still want to cry. Don’t ever settle for an answer if you still want to know. Don’t ever say you don’t love her if you can’t let her go.”
Thomas J Dawson. April 1937

            “Seriously, it’s a love letter! Arissa, bacalah! Wow, tak sangka.. It’s been written over 70 years ago! Amazing!” Adrian bersemangat. Arissa dihurungi tanda tanya. Dia mencapai cebisan kertas tersebut dan mula membaca kandungannya. Gadis itu menekup mulutnya dengan tapak tangan kiri. Tak sangka pemuda itu menjumpai cebisan kertas yang ditulis hampir tujuh puluh tahun lepas. Arissa meneliti setiap baris ayat dalam kertas tersebut. Adrian tersenyum lebar. Dia memandang wajah Arissa Azzalea dengan riak yang gembira dan teruja. Tiba-tiba Arissa meletakkan kertas tersebut di atas tapak tangan pemuda itu.

            “Nothing special about this thing. It’s not a love letter, you idiot. This is love quote. Aku pernah baca dalam bukulah,” Arissa menepuk kepala pemuda tersebut. Adrian mencebik masam. Arissa memang tidak supportive!


“Cakaplah apa yang kau suka, Cik Arissa Azzalea. I will keep it as my collection. Bukan senang nak dapat benda-benda macam ni,” Adrian mengomel. Dia memasukkan cebisan kertas tersebut kembali ke dalam botol. Lantas, pemuda tersebut berlari membawa botol tersebut ke dalam Lotus Ellisenya yang berwarna kuning. Arissa Azzalea menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia melangkah menuju ke arah pemuda tersebut. Tidak mengerti bagaimana secebis kertas buruk boleh menggembirakan hati si pemuda sebegitu rupa.

            “Weh, kau tak lapar ke? Belanjalah aku makan, Ryan!” Jerit Arissa dari jauh. Adrian tersengih lalu dia menggeleng. “Buat apa aku nak belanja kau? Suruhlah boyfriend kau yang belanja. Aku ni miskin, tak berduit..!” Sengaja pemuda tersebut bergurau. Arissa menjelirkan lidahnya. Sahabat baiknya itu langsung tidak mengubah perangai  meskipun lebih lima belas tahun dia menetap di Amerika.  Masih nakal dan happy-go-lucky orangnya.


“Pantai dekat Malaysia memang cantik! I love it! Arissa! Kau teman aku pusing-pusing satu Malaysia ya? I wanna see it all! Gorgeous!” Suara girang Adrian kedengaran di telinga gadis tersebut. Iftiqah mulai mengomel sendirian.

            Ini yang aku malas ni. Menyesal aku kawan dengan mat salleh celup ni. Dia ingat aku ni apa? Pemandu pelancong ke? Suka-suka hati dia je. Erghh..



Arissa Azzalea kemudiannya masuk ke dalam perut kereta mewah milik pemuda tersebut. Dia mengeluh berat. It’s going to be a long torture for sure.

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star