Adrian mengeluh sendirian di balkoni
memikirkan betapa susahnya hati dia saat itu. Terasa seperti Arissa sengaja
mencabar kesabarannya. Mentang-mentanglah dia berada jauh beribu batu daripada
gadis tersebut, dengan senang dia dipermainkan sebegitu rupa.
IPad ditangannya
dibelek-belek, melihat e-mail yang
dikirim oleh rakan-rakan niaganya. Bosan, langsung tak menarik minatnya. Dia
kemudiannya sign out. Ditenungnya
paparan wallpaper iPad tersebut. Wajah jelita si isteri terpampang besar di
skrin. Diusap-usap dengan jari telunjuk kanannya berkali-kali. Hatinya rasa
tidak tenang.
Telefon bimbitnya yang berada di
atas katil berbunyi lagi. Segera pemuda itu mendapatkannya. Mungkinkah si
isteri akhirnya mahu meminta maaf di atas kesalahan yang dilakukannya awal tadi?
Dahi Adrian berkerut. Tertera nama Ammar Wafi, pemuda yang merupakan pengkhianat terbesar yang pernah dia temui. Lelaki yang pandai bermuka-muka, berlagak baik namun sebenarnya merupakan talam dua muka.
Dahi Adrian berkerut. Tertera nama Ammar Wafi, pemuda yang merupakan pengkhianat terbesar yang pernah dia temui. Lelaki yang pandai bermuka-muka, berlagak baik namun sebenarnya merupakan talam dua muka.
“Ya,
Hello,” Sapa Adrian.
“Aku
ni.” Ujar Ammar.
“Tahu.
Nak apa?”
“Aku
nak minta maaf pada kau.”
Terangkat
kening Adrian. Pengkhianat dah insaf ke?
“Sorry for what?”
“Maaf
untuk segalanya. Maaf untuk apa yang kami dah lakukan terhadap kau.”
Terkejut
Adrian.
Kami lakukan? Apa maksud kau ni, Ammar?!
“What
do you mean by “we”? Who? I don’t understand,” Adrian
sengaja mahu pemuda itu berterus terang, straight to the point. Tidak mahu lagi
berkias-kias.
“Kami.
Aku dengan Arissa. Aku rasa lebih baik kau tinggalkan dia.”
Tersentap
tangkai jantung Adrian.
This
is it. The moment of truth.
“Apa
yang kau cakap ni..?”
“Tengok
e-mail ..kau. After that I bet you will understand the whole story.” Selamba
sahaja Ammarbersuara. Dalam beberapa saat, rancangan jahatnya bakal berjaya
namun apa yang terjadi kepadanya kini? Kenapa dia tidak berasa gembira, apatah
lagi berpuas hati apabila dia bakal menjatuhkan satu-satunya lelaki yang
dibencinya separuh hati?Lelaki yang mencuri cintanya!
Adrian
mencapai iPad yang berada di
sebelahnya. Dia segera log in akaun e-mailnya. Satu mesej baru diterimanya.
Satu mesej baru daripada it_wasme@yahoo.comyang
merupakan akaun e-mail kawan baiknya
itu.
“Bukalah.
My advise, don’t be so shock.”
Adrian
menarik nafas panjang. Dia tahu, apa yang bakal dilihatnya pasti bukan perkara
yang baik. Namun, demi mengetahui kebenaran, dia gagahkan jua.
Tap!
Dibuka!
Bulat
biji mata Adrian melihat kandungan e-mail
yang dihantar Afgan tersebut. Beberapa saat kemudian, setitis demi setitis air
jenih mengalir keluar dari matanya. Dua biji matanya itu menyaksikan segala
pengkhianatan sahabat dan isterinya. Satu persatu gambar intim mereka berdua
terpampang di skrin.
“Why both of you did this to me..?” Suara Adrian hampir tidak keluar kerana sebak dadanya menahan
sebak.
“Semuanya
terjadi sebab kau. Serve you right.”
***
Terpapar wajah sugul Adrian di muka
pintu. Dia langsung tak menunjukkan riak gembira ataupun seronok apabila dapat
kembali ke Malaysia. Arissa yang sedang menonton televisyen terkejut, begitu
juga dengan ibunya. Segera gadis itu berlari-lari anak mendapatkan si suami.
Pemuda itu tak sanggup lagi memandang wajah gadis yang hanya berpura-pura baik
di hadapannya. Hancur luluh hatinya saat mata melihat wajah jelita itu.
“Ryan..! Kenapa balik tak bagitahu I?I boleh fetch you dekat airport..!
Letih tak?” Soal Arissa Azzalea
bertalu-talu.Saat dia mahu mencium tangan suaminya itu, Adrian mengalihkan
tangannya. Tersentap hati gadis kecil itu dibuatnya.
Kenapa Adrian bersikap dingin macam ni dengan
tiba-tiba?
Adrian
menapak perlahan mendapatkan ibu mertuanya, tidak memperdulikan Arissa yang
masih berdiri di situ.
“Mama, Ryan nak pinjam Rissa
sekejab. Kejab lagi Ryan hantar dia balik semula,” Ujar Adrian dengan nada
sekata, tiada riak gembira mahupun duka. Kosong.
“Tak nak berehat dulu ke, nak?”
Tanya si ibu mertua. Wanita itu bangkit dari duduk. Adrian hanya menggeleng.
Dia memalingkan muka menghadap Arissa, si pemusnah jiwa raga.
“Tukar baju. Kita keluar. I ada hal nak dibincangkan dengan you, Rissa. I tunggu dekat dalam kereta.” Adrian kemudiannya berjalan keluar
dari ruang tamu tersebut, menuju ke arah kenderaannya yang berada di luar. Si
ibu mendapatkan Arissa. Dipautnya tangan anak tunggalnya itu.
“Kenapa dengan Ryan tu? Mama tengok
lain macam sangat dah. Bukan ke dia dulu yang tak sabar-sabar nak balik sini?
Mama tengok dia macam tak happy je..” Ngomel si ibu. Arissa cuba memujuk hati.
“Mungkin dia ada masalah kot?
Takpelah. Rissa naik atas tukar baju dululah. Nanti lama pulak Ryan tunggu.”
Arissa memanjat tangga. Dia terasa
bingung dengan apa yang terjadi. Sejak panggilan terakhirseminggu lepas, Adrian
langsung tak menghubunginya lagi. Sedar-sedar dah sampai depan mata.
Suasana janggal yang terjadi di
dalam Lotus Ellise itu membuatkan
Arissa berasa tidak senang duduk. Ke mana Adrian mahu membawanya. Jika diteliti
selok-belok jalan yang dilalui, seakan perjalanan menuju ke rumah.
“Ryan, you nak bawak I balik ke?
Kenapa tak cakap awal-awal, I boleh pack barang terus tadi,” Lembut isteri
kepada pemuda tersebut. Adrian sedikitpun tidak menoleh ke arah isterinya malah
matanya terus melekat ke hadapan, dengan wajah yang serius.
“Tak
perlu pun.” Ringkas sahaja jawapan Adrian.
“You nak bincangkan apa sebenarnya?” Arissa cuba membuka topik perbualan. Dia tidak mahu keadaaan tersebut berlanjutan.
“You nak bincangkan apa sebenarnya?” Arissa cuba membuka topik perbualan. Dia tidak mahu keadaaan tersebut berlanjutan.
“Boleh
tunggu tak? I tengah drive ni kan? Tak nampak?”
“Kenapa nak emo sangat? I tanya je pun,” ngomel Arissa perlahan.
Gadis berkenaan menjeling ke arah
suaminya. Matanya tiba-tiba bulat. Riak wajah Adrian mula berubah. Kulit
mukanya yang cerah mulai bertukar merah, seakan menahan perasaan yang
terpendam. Sedaya upaya ditahan air matanya daripada mengalir di hadapan gadis
tersebut.
“Are you okay?”
Risau pula Arissa melihat suaminya itu lain dari kebiasaan. Tak ada lagi wajah
ceria dan gembira terbit di wajahnya.
“Boleh
tunggu sekejab lagi takkalau nak cakap apa pun..?”
Arissa
mengangguk lemah. Dia berasa kecil hati melihat suaminya yang dari tadi membatu,
seakan menjauhkan diri daripadanya.
Perjalanan
yang membosankan selama sejam akhirnya berakhir jua. Mereka telahpun sampai ke
perkarangan kediaman kosong milik
mereka yang ditinggalkan hampir beberapa minggu. Adrian memberhentikan kereta
di garaj. Dia keluar tanpa sepatah kata. Arissa hanya membontoti langkah
suaminya itu tanpa banyak soal.
Setelah kunci dibuka, mereka masuk ke dalam perut rumah.
Arissa menekup bibirnya. Tidak
percaya dengan apa yang terjadi di hadapan matanya. Kelopak bunga mawar
bertaburan cantik di atas lantai. Rumahnya pula dihias cantik, bermotifkan ala
inggeris dengan perabot putih klasik. Di dinding rumah kelihatan satu bingkaisebesar
beberapa kaki foto perkahwinan mereka. Gadis itu memandang wajah suaminya yang
kelihatan masih sugul.
“Apa
semua ni? You buat semua ni untuk I?”Soal Arissa dengan wajah yang
terharu. Dia mencium pipi si suami. Adrian cuba mengukir senyuman namun
ternyata emosinya yang terusik tidak dapat berpura-pura lagi. Nampak hampar.
“Lend your hand..” Pinta Adrian perlahan. Dia menarik tangan kanan Arissa.
“Ada
apa?” Soal gadis tersebut.
Arissa
tersenyum lalu dia menadahkan tangannya. Adrian meletakkan kunci rumah tersebut
di tangan si gadis. Arissa menyegetkan kepalanya, tanda tidak faham.
“From now on, everything is yours.”
Bulat
mata Arissa.
“What??”
“Rumah ni, segala apa yang ada dekat
sini semuanya milik you, Arissa.” And anggaplah semua yang aku berikan ni
sebagai hadiah terakhir aku sebagai seorang suami kepada seorang isteri. Aku
dah tak mampu nak bahagiakan kau lagi, Arissa. Aku dah tak larat jadi manusia
bodoh yang mendambakan cinta kau.
“Janganlah buat lawak Ryan. Semua ni
kan hasil titik peluh you? I tak
layak untuk terima semua ni.I sebagai
isteri sepatutnya menyokong you,
bukan mengambil harta you macam ni..”
Arissa bersuara lagi. Adrian memalingkan wajahnya dari memandang senyuman si
isteri. Hatinya berdarah.
Sepatutnya menyokong aku. Tak. Bukan itu yang
kau lakukan. Kaulah punca aku hancur, Arissa. Kaulah yang orang yang meruntuhkan
hidup aku.
