Kejora Cinta Adrian Part 33

            Setelah selesai mengerjakan sembayang Isyak berjemaah bersama, Adrian dan keluarganya turun ke ruang makan untuk makan malambersama-sama. Dato’ Zulkarnain tersenyum melihat perubahan yang baik daripada Adrian. Sepanjang hidupnya belum pernah Adrian menjadi imam. Inilah kali pertama dan ianya sungguh sempurna. Nampak nilai kebaikan pemuda itu setelah bergelar seorang suami. Pastinya Arissalah yang mendorong pemuda itu ke arah jalan yang benar, fikir lelaki hartawan itu.

            Arissa menyediakan beberapa jenis lauk pauk untuk hidangan makan malam mereka sekeluarga. Terdapat asam pedas kegemaran bapa mertuanya, kari kepala ikan kesukaan ibunya dan juga ayam masak lemak cili padi khas buat suami-baru-berbaiknya itu. Saat tudung saji dibuka, semerbak bau harum masakan gadis itu. Bertambah-tambah lapar Adrian dibuatnya. Sudah seminggu dia tidak merasa air tangan isteri tersayangnya akibat perang dingin yang terjadi di antara mereka berdua sebelum ini.

“Amboi sedapnya bau..! Ni yang makin lapar ni!” Adrian berseloroh. Arissa mengerling suaminya itu.

Haa! Hari ni baru reti nak makan masakan isteri. Merajuk lagi tahulah nasib kau!

            Mertua dan suaminya sudahpun duduk di atas kerusi. Arissa menghulurkan sepinggan nasi untuk setiap seorang. Datin Julia tersenyum apabila melihat kelembutan menantunya melayan kehadiran mereka berdua di situ.

“Jemput makan, mummy, daddy. Rissa masak lauk biasa-biasa je ni. Harap-harap daddy dan mummy sudilah makan masakan Rissa yang tak seberapa ni,” Arissa tersenyum manis sambil menghulurkan pinggan berisi lauk kepada mertuanya itu.

“Jemput mummy dengan daddy aje? I macam mana pulak? Tak nak jemput?” Soal Adrian. Tertawa ibu bapa pemuda tersebut dibuatnya.

“Jemput makan..” Arissa membalas selamba.

“Tak romantik langsung.”

“Makan pun nak romantik ke? Tak faham betullah dengan dia ni,” Getus Arissa.

            “Tengok Arissa ni mummy. Macam tu aje dia cakap dekat Ryan!” Adrian sengaja mahu mengusik isterinya. Makin dilihat gadis itu makin geram. Comel!

Kenapalah time aku marah-marah dulu aku tak nampak semua kebaikan yang dia dah buat untuk aku?

“Makan ajelah Ryan. Jangan banyak cerita. Penat-penat Rissa masak dekat dapur tadi. Tak bersyukur betul Ryan ni,” Tegur si bapa. Adrian mencebikkan wajahnya. Arissa menjelir ke arahnya. Padan muka!

“Tahu-tahu je Rissa apa yang mummy dengan daddy suka kan. Pandai Rissa masak. Sedap!” Datin Julia memuji-muji menantunya.

Tak salahlah keputusan mummy ambil Arissa jadi menantu. Perfect untuk anak mummy!

“Biasa-biasa ajelah mummy. Belajar dekat buku resepi aje. Makanlah. Kalau sedap, tambahlah. Banyak nasi yang Rissa tanak tadi.”

“Kalau tiap-tiap hari Ryan makan sedap-sedap macam ni silap haribulan gemuklah anak daddy ni nanti,” Gurau Dato’ Zulkarnain. Adrian yang sedang mengunyah nasi tersedak. Segra Arissa hulurkan segelas air masak ke tangan Adrian.

Itulah makan gelojoh sangat! Kan dah tersedak!

“Uhuk! Uhuk! Daddy ni kesitu pulak! Kalau gemuk malulah,” Adrian. Dia meneguk air kosong itu sehingga tinggal separuh air di dalam gelas.

“Malu apanya? Tengok daddy buncit ni daddy tak malu pun?” Selepas itu satu suapan masuk ke dalam mulut. Sedap betul asam pedas menantu aku ni!

“Dah buncit daddy tu tak boleh nak hilang, terpaksalah jadi tak malu daddy oi.” Amboi lancang kuning sungguh anak aku ni!

Arissa tersenyum. Kalau macam ni tiap-tiap hari kan bagus. Tak adalah aku asyik sedih aje. Adrian ni sekejab marah, sekejab baik. Kalau dia baik-baik macam ni selalu tak adalah aku susah hati, bingung nak fikir.

*    *    *

            “Selamat malam daddy. Tidur lena-lena. Esok kita borak-borak panjang lagi. Assalamualaikum.” Adrian sebelum dia menutup pintu kamar tidurnya. Selepas makan malam tadi dia leka berborak dengan bapanya sampai tidak sedar jam sudah menginjak ke pukul satu pagi. Mata sudah mengantuk. Esok kena bangun awal nak ke pejabat pula.

            Samar-samar kelihatan si isteri sedang berbaring di atas katil empuk. Gadis yang mengenakan baju tidur satin biru tidak berlengan itu kelihatan seperti sedang enak dibuai mimpi. Adrian menelan air liurnya.

Aku nak buat apa ni? Dia dah tidur ke? Apa patut aku buat? Erk..

Adrian berasa tidak sedap hati. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Adakah dia patut terus naik ke katil dan tidur bersebelahan isterinya tanpa sepatah kata atau harus mengejutkan si isteri dan meminta keizinannya dahulu? Adrian memilih pilihan kedua.

Perlahan-lahan pemuda itu menapak ke katil, berdekatan dengan Arissa yang kelihatan seksi dengan baju separa lutut yang melekat di tubuhnya. Bergelora perasaan Adrian tatkala melihat isterinya yang halal namun tak terusik itu.

Hujung jari Adrian menyentuh kulit lengan Arissa.

“Arissa. Bangun.” Panggil pemuda itu separuh berbisik. Arissa tidak terjaga. Atau lebih tepat lagi, sengaja berpura-pura tidur. Gadis itu berganjak sedikit, mengiring ke tepi, menampakkan sebahagian pehanya yang putih melepak. Adrian mengucap banyak-banyak. Dia tidak tahu berapa lama dia boleh bertahan untuk tidak menyentuh isterinya yang seakan-akan cuba menggodanya itu.

“Arissa…! Bangunlah kejab. I nak tidur dekat mana ni? Boleh tak tidur sebelah you? You tak marah kan?”Soal Adrian. Arissa masih tidak membalas kata-katanya lalu Adrian terus melabuhkan badannya di atas tilam empuk tersebut. Pemuda tersebut kemudiannya bangun. Dia tidak dapat melelapkan matanya. Resah perasaannya apabila melihat Arissa yang jelita itu berada di sebelahnya.

            Adrian menyandarkan belakang badannya ke kepala katil yang beralaskan bantal. Dia memerhatikan si gadis yang kini menjadi ratu hatinya, Arissa Azzalea. Adrian tidak senang duduk. Pemuda itu kemudiannya mendekatkan diri dengan gadis yang kelihatan comel itu. Rambut gadis itu dibelai lembut. Adrian mencium rambut wangi isterinya itu. Lembut, tidak mahu mengejutkan gadis tersebut. Risau nanti dimarah pula.

“Sampai bila kita nak macam ni?”Soal Adrian perlahan.

“Macam apa?” Tiba-tiba Arissa bersuara. Terkejut Adrian dibuatnya. Segera dia menjauhkan diri daripada Arissa, risau jika dituduh cuba melakukan hal bukan-bukan terhadap gadis itu. Mata Arissa terbuka. Adrian mengurut dadanya berkali-kali. Isterinya itu bangun dari pembaringan. Kini dua perawan itu berhadapan antara satu sama lain.

            “I tak buat apa-apa. Sumpah!” Adrian mengangkat tangannya. Arissa tertawa kecil. Comel betul suami aku ni. Geram!

Adrian berdehem. Dia tidak memandang Arissa. Tangan Arissa tiba-tiba hinggap di wajahnya. Adrian menahan dirinya. Tidak tahu apa yang patut dilakukan ketika sedang berdua-duaan dengan si isteri dalam keadaan begitu.

“Rissa. I nak you.. sekarang,”Adrian memberanikan diri megucapkan ayat berani matinya. Arissa terdiam namun dia tidak membantah apa-apa. Mungkin dah sampai masanya dia beri apa yang seorang suami patut dapat. Gadis itu mengangguk lembut. Adrian tersenyum. Dicapainya tangan gadis itu lalu dicium penuh kelembutan.

Tubuh gebu Arissa dibelai Adrian penuh lembut. Malam tersebut bakal menjadi malam bersejarah buat mereka. Malam pertama mereka bersama sebagai suami isteri yang sebenar. Adrian menarik nafas panjang. Wajah bertemu wajah, bibir bertaut rapat, menyalurkan perasaan kasih dan sayang antara dua insan yang saling memerlukan di antara satu sama lain.

            “Be careful. It’s my first time..” Perlahan suara Arissa kedengaran. “Me too..” Ringkas Adrian. Saat itu lampu di malapkan dan bermulalah kehidupan baru pasangan suami isteri tersebut. Kehidupan di alam perkahwinan sebenar.

Kejora Cinta Adrian Part 32

            “Assalamualaikum..” Kedengaran suara ibu Adrian dari luar rumah. Wanita tersebut tercegat di luar pagar sambil menekan loceng. Terkocoh-kocoh Adrian dan Arissa bangkit dari katil.

“Mummy dan daddy dah sampai! Macam mana ni??” Arissa membetulkan pakaiannya. Adrian menggaru kepalanya.

 Ah! Kacau daun sungguh!

“Macam ni. You pergi sambut diorang, I pergi ambil barang dalam guest room. Malam ni kan diorang tidur dekat situ? Takut kantoi pulak nanti I tidur dekat situ.” Adrian mengutarakan idea. Arissa mengangguk. Dia tersengih. Adrian segara bergegas menuju pintu keluar namun Arissa memanggilnya. Pemuda itu berhenti melangkah apabila si isteri mendekatinya.

“Ada apa?”

“Mulut you. Ada kesan lipstick…” Arissa mengesat mulut suaminya. Adrian senyum kambing. Dipandangnya bibir Arissa.

Habis dah lipstick dekat bibir dia. Tadi bukan main merah bibirnya! Geram!

Adrian turut mengesat bibir Arissa yang comot. Comelnya bini aku ni!

“Okay dah. Cepat tahu? Jangan tinggalkan bahan bukti!” Arissa mengarah namun masih comel di mata Adrian. Adrian mengetap bibir. Geram memandang wajah manis Arissa. Sekali lagi dikucupnya bibir si gadis. Chuupp! Kemudian pemuda itu  berlari ke bilik tetamu, mahu menyimpan barang-barangnya. Nanti diketahui pula yang mereka tidak tidur sebilik!

Arissa tersenyum malu. Tak pernah rasa sebahagia ini. Dia menuruni tangga, segera mendapatkan mertuanya yang sudah lama tercegat di luar rumah. Pintu utama dibuak luas sebelum ditekannya remote pintu pagar. Beberapa saat kemudian, pintu pagar terbuka lebar lalu Mercedes Benz S-Class masuk ke dalam perkarangan rumah. Kelihatan orang tua Adrian keluar dari perut kereta.

“Apasal lambat sangat buka? Rissa buat apa? Busy?” Datin Julia.

            “Tak busy pun. Rissa tadi.. Emm.. Tengah kemas bilik.. Itulah pasal. Tak berapa dengar bunyi loceng..” Arissa tersengih. Gadis itu segera bersalaman dengan mertuanya. Dicium tangan ibu metuanya sebelum pipinya dilagakan ke kiri dan kanan. Rasanya sudah lama mereka tidak bertemu. Mungkin sebulan dua.

“Betul ke Rissa kemas bilik je ni?” Soal si ibu mertua. Arissa cepat-cepat menganggukkan kepalanya. Datin Julia menghampiri menantunya lalu membetulkan rambut Arissa yang sudah tidak terurus itu. Wanita itu ketawa kecil. Merah wajah Arissa dibuatnya.

Semua ni gara-gara Adrianlah ni! Malunya..!

“Mana Adrian? Kemas bilik jugak ke?” Soalan lagi!

“Adrian..? Er.. Dia ada dekat atas. Mandi! Haah. Adrian tengah mandi.” Ah! Menipu aje kau ni kan Arissa!

“Haih? Pukul sebelas baru nak mandi? Adrian tak pergi kerja ke hari ni? Kereta dia ada je daddy tengok ni,” Dato’ Zulkarnain mencelah. Lelaki setengah abad itu membuka bonet kereta mewahnya lalu mengeluarkan dua buah bagasi. Arissa membantu bapa mertuanya mengangkat beg berat tersebut. Saat itu dia tertanya-tanya sama ada Adrian sudah selesai mengemas bilik tetamu rumahnya itu.

“Masuklah dulu, mummy, daddy. Tak apa. Beg ni biar Rissa je angkat. Mesti mummy dan daddy penat kan datang dari jauh..” Si menantu bersuara lagi.

“Tak penat manalah. Bukan jauh pun perjalanannya. Sejam dua je lagipun.”

Sebiji beg dijinjing Dato’ Zulkarnain dan sebiji lagi dijinjing Arissa. Bayang-bayang Adrian masih tidak kelihatan sewaktu mereka menapak ke dalam rumah. Arissa tersenyum kambing tapi perasaannya macam jantung macam nak tercabut dari tangkainya.

“Mummy dengan daddy duduk dulu. Rissa nak panggilkan Adrian sekejab ye?” Arissa meletakkan bagasi berisi pakaian mertuanya di atas lantai. Gadis itu segera bergerak, memanjat tangga. Namun, beberapa saat kemudian Adrian keluar.

            “Mummy! Daddy! Sorrylah Ryan tak sambut mummy dengan daddy tadi. Busy dekat atas. Apa khabar? Mummy sihat? Makin cantik mummy sekarang kan?” Adrian memaniskan muka. Dia segera berpelukan dengan ibunya sejurus sahaja menuruni anak tanggga yang tinggi itu. Kemudian, dia bersalaman dengan bapanya pula. 

“Mummy sihat aje. Itulah yang datang tu,” Datin Julia. Wanita tersebut duduk bersebelahan dengan suaminya. Adrian duduk di sebelah isterinya.

“Mandi apanya macam ni. Berpeluh-peluh sekali. Macam orang baru balik jogging je daddy tengok!”Usik si bapa.

“Eh? Bila masa pulak Ryan mandinya? Tadi tengah kemas baju dalam bilik.” Adrian menjawab. Arissa membulatkan mata, memberi isyarat kepada suaminya.

“Rissa yang cakap Ryan tengah mandi tadi.”

Adrian menepuk dahinya.

Nak tipu pun bagilah isyarat awal-awal!

“Memang. Tadi memang  nak mandi tapi tiba-tiba teringat baju tertinggal dekat bilik sebelah.” Arissa mencubit peha Adrian.

Bilik sebelah tu bilik tetamu lah ‘pandai’! Tak pandai menipu betul laki aku ni!

“Oh. Bukan ke bilik sebelah tu bilik tetamu? Ryan tidur dekat situ ke?” Soal ibunya. Kepala pemuda itu ligat memikir alasan apa yang patut diberikan pada wanita lewat empat puluhan itu. Aisey Mummy ni!

“Eh tak adalah! Rissa nilah. Dia biasa lipat kain dekat dalam bilik tu. Baju lipat semalam dia tak simpan lagi. Itulah pasal.”

Arissa bangun dari duduk. Adrian dan mertua memerhatikannya.

“Mummy dengan daddy rehat dulu ye? Rissa nak buat air. Mesti mummy dan daddy haus. Maklumlah jauh perjalanan,” Arissa segera menuju ke dapur.

­­­*   *   *

            Arissa membancuh sejug the o ais limau di dapur. Entah mengapa dia rasa berdebar-debar di hadapan kedua mertuanya itu. Tiba-tiba teringat akan kata-kata Adrian tadi. Kata-kata yang membuatkan dia berasa gembira dan rasa cukup berbesar hati. Gadis itu tersenyum sendirian sambil tangannya mengacau air di dalam jug kaca tersebut.

Dia cakap dia sayang aku. Adrian cakap dia sayang aku! Hehehe..

Tiba-tiba pinggangnya dirangkul seseorang. Tak lain tak bukan, Adrian. Terkejut Arissa dibuatnya. Dia segera memalingkan tubuhnya. Dahinya berlaga dengan dagu Adrian. Aduh!

“Apalah you ni! Suka sangat kejutkan orang!” Gerutu Arissa. Adrian mengurut-urut dagunya yang sakit. Keras betul kepala bini aku ni!

“Dah you tu tersenyum sorang-sorang dekat dapur ni. Berangan pada siapa haa?” Adrian masih memeluk pinggang Arissa. Arissa mengintai-ngintai di pintu. Takut mertuanya nampak.

“Tengok tu. Orang cakap dia buat tak tahu je!”

“Berangankan pakwe I lah!” Saat itu berderau darah Adrian. Pakwe mana?!
“Pandang I sekarang..!”nada berbaur arahan. Jealous lagi!

“Sekarang, I nak dalam otak you tu fikirkan I seorang je! Bukan laki lain.”

“Kalau tak nak?”Arissa mengusik si suami.

“Shuuhh..!” Adrian menarik kepala si isteri agar dekat dengannya. Tangan kirinya memegang pinggang Arissa erat-erat sementara sebelah lagi sudah melekap di bawah telinga gadis tersebut. Pemuda itu ingin mencium bibir manis Arissa lagi.

“Ni buat air ke buat wayang ni? Oh patutlah Adrian beria-ia nak pergi dapur. Ada udang di sebalik batu rupanya..” Si ibu tiba-tiba muncul. Segera Adrian melepaskan pelukannya. Arissa menunduk malu. Tak tahu nak jawab apa. Malu!
“Eh.. mummy…"

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star