Kejora Cinta Adrian Part 9

Majlis perkahwinan Adrian Zareth dan Arissa Azzalea diadakan dengan begitu grand sekali. Hotel bertaraf lima bintang tersebut dipenuhi saudara-mara dan sahabat handai dari kedua-dua belah pihak.  Kedengaran alunan musik jazz yang merdu di dewan besar hotel tersebut. Tema purple lavender dan putih begitu cocok dengan suasana sekeliling. Perkahwinan ala garden diadakan dengan penuh sempurna. Kelihatan kaum bapa pengantin sedang sibuk berbual dengan sanak saudara sedangkan kaum ibu sibuk memperbetulkan beberapa perhiasan pelamin yang bakal diduduki oleh raja dan permaisuri sehari itu.

Arissa yang berada di bilik hotel sedang dimake-up oleh mak andam yang merupakan salah sahabat baiknya ketika di kolej, Adrina. Wajah masam mencuka gadis itu jelas menunjukkan dia tidak happy dengan perkahwinan tersebut.

Great! Being caught at the hotel room and now, bersanding pun dekat hotel jugak ke? Such a great way to impress guess! Darn it!

“Hey, kenapa dengan kau ni? Sepatutnya pengantin macam kau ni gembira dan excited pada hari perkahwinan. Tapi muncung kau ni dah mengalahkan burung belatuk. Dah nak sedepa aku tengok! What’s wrong? Tak happy ke? Your husband is such a hottie, you know!” Adrina sambil menyapu blusher pink di pipi gebu  sang gadis. Arissa mengeluh. Dah kena tangkap basah. Nak jugak dia orang buat majlis. Dah hilang seri pengantin aku dibuatnya. Nak gembira apanya lagi? Haish. Dapat pulak husband jerk  macam si Adrian tu. Memang tak lah!

            Ligat tangan Adrina menyapu berus pada pallet eyeshadow Mac yang berwarna dark purple di tangannya. Dia mahu pengantin kelihatan berseri dan cantik menawan apabila dikenakan solekan smooky eyes hasil tangannya. Ternyata Arissa seorang perawan yang benar-benar cantik. Siapa yang tak ingin memperisterikannya? Pastinya Adrian Zareth seorang jejaka yang bertuah dapat memperisterikan gadis sejelita Arissa Azzalea!

“Kau rasa aku ni beruntung ke bernasib malang?” Soal Arissa. Terhenti sapuan di matanya. Adrina berdehem. Dia menggeleng. Haish. Tak bersyukur lagi minah ni. Suami kemain kacak. Mengalahkan model! Kalau akulah jadi kau, dah lama aku terima, siap offer diri lagi nak jadi wife  dia tahu! Arissa, Arissa.

*   *   *
            “Are you sure I’m making the right decision? Well, I’m about to tell the whole world that she is my wife,” Adrian menyisir rambut coklatnya dengan sikat yang berada di tangan. Matanya memandang ke arah pantulan cermin di mana sahabatnya berada. Ammar tersengih macam kerang busuk. Tak sangka Adrian akhirnya berumah tangga jugak dengan gadis pilihan ibubapanya.

“Well, what can I say to you? Bukan kau dah buat keputusan masa kau mengadap tok kadi hari tu? Kau patut terimalah segala apa yang dah jadi ni. She’s your wife now,” Ammar membelek-belek tuxedo putih jenama Versace yang bakal tersarung ke badan pengantin lelaki sebentar lagi. Cool. Kalau akulah yang pakai tuxedo ni mesti meleleh air liur awek-awek dekat luar sana tengok aku. Well, I am such a hottie kan? Well, this is Ammar Wafi, you know? Haha!

            “Masa mula-mula aku bersumpah tu, aku memang rasa tanggungjawab gila-gila kaw punya. Tapi bila aku dapat tahu je aku tak buat apa-apa pada dia terus hilang segala semangat membara aku ni,” Ngomel Adrian Zareth lagi. Ditumbuk perlahan bahu Ammar yang kelihatan seperti asyik membelek pakaian yang bakal ditayangkan di hadapan lebih dua ratus orang tetamu sebentar lagi. Ammar tersengih-sengih macam kerang busuk. Dia menyarungkan tuxedo tersebut di badan pemuda tampan tersebut. Adrian senyum kelat melihat keadaannya. Dia memandang pantulan dirinya di cermin. Hot! Belum puas lagi wajah kacak ni nak berfoya-foya, dah kena jadi suami orang. What a waste!

“Itulah kau. Ikutkan perasaan sangat. So apa yang terjadi sekarang ni semuanya salah kau sendiri. Kau tak boleh nak blame sesiapa. Well, actually I have something to ask you. Siapa nama wife kau tu Ryan?” Soal Ammar.

            “Arissa,”ringkas!

Ammar mengerutkan dahinya. Arissa? Tak mungkinlah. Arissa lain kot?

“Arissa binti..?” Soalnya lagi. Adrian menggeleng. Ada sambunganlah nama dia tu.

“Arissa Az..!” Kata-kata Adrian terhenti. Pintu diketuk berkali-kali. Dua pemuda itu saling berpandangan. Adrian mulai cemas. It’s the time.

*   *   *

            Kedua-dua raja dan permaisuri sehari kelihatan berseri-seri bersanding di atas pelamin. Kelihatan seperti pinang di belah dua. Sama sama cantik, sama sama padan. Flash dari kamera tak henti henti daripada terus menerpa ke arah merpati dua sejoli itu. Senyuman paling manis dilemparkan terhadap mata-mata yang memandang. Saat itu hanya tuhan sahajalah yang tahu apa yang bermain di dalam fikiran dan hati perawan berdua itu.

“Cantiknya anak gadis kamu ye, Zaraa. Bertuahnya keluarga kamu. Menantu kamu pun tak kurang.  Handsome gitu. Beruntung betul Arissa,” Ujar salah seorang sahabat ibu Arissa kepada ibu pengantin wanita. Perbualan tersebut dapat didengari jelas oleh gadis dan pemuda yang sedang bersanding di atas pelamin tersebut. Arissa menjeling Adrian yang berada di sebelahnya namun senyuman di bibir masih cuba dikekalkan agar tidak nampak terlalu fake.

            Handsomelah sangat kan? Handsome tapi player tak guna jugak. Tak kemananya rupa tu. Tua nanti kedut jugak makcik oi. Sabar Arissa. Just today.

Adrian dapat merasai aura mengata Arissa yang berada di sebelahnya. Kalau boleh, tak ingin dia duduk di situ. Kalau bukan kerana sumpahnya dahulu dah lama dia lari balik Amerika. Tak ada maknanya nak stay menunjuk muka di atas pelamin tersebut. Seolah-olah melihat masa depannya yang bakal musnah hidup bersama si gadis perawan namun garang bak singa betina itu.

            “Pengantin mesralah sikit. Macam awkward je kamu berdua ni? Ni kahwin rela ke kahwin paksa ke? Dekatlah sikit. Dah halal dah tu. Tak payah malu-malu kucing sangatlah. Haha!” Usik jurugambar lelaki yang diupah oleh bapa Adrian. Si pengantin saling berpandang sesama sendiri. Aik? Macam tahu tahu je orang tua ni? Memang pun! Ya! Kami terpaksa tahu? Uwaaa!

Arissa disuruh duduk di atas ribaan suaminya, bertujuan untuk mencantikkan lagi gambar yang akan diambil jurugambar tersebut. Arissa dan Adrian mulai berasa kekok. Dahulu ambil gambar asyik tunjuk penumbuk, terajang sana terajang sini. Kini kena peluk, pegang sana sini  pulak. Eh geli lah! Memang drastik perubahan yang terjadi. Membuatkan masing-masing mula berasa jauh hati.

            “Pengantin perempuan senyumlah sikit. Jangan masam sangat. Tak berseri gambar kahwin awak ni nanti. Hah! Pengantin lelaki tu apa lagi, ciumlah dia!”

            “Jangan nak  over sangatlah. Sikit-sikit aje,” Gerutu Arissa perlahan namun dapat didengari jelas oleh suaminya, Adrian Zareth. Adrian mencebik. Ah! Nak cium pipi kau pun aku tak lalu lah. Bukannya aku yang nak sangat. Jurukamera tua ni tak habis-habis nak suruh aku cium kau. Mesra lah sangat kononnya. Gambar kita telanjang dia tak nak ambil ke? Baru gempak. Lain dari yang lain!

            “Macam lah aku nak sangat. Jangan bergesel-gesel dekat badan aku boleh tak? Kang aku tak tahan, tak pasal-pasal aku rape  kau atas pelamin ni nanti,” Usik Adrian. Kata-katanya diperlahankan, kuatir didengari orang. Dia tertawa kecil. Merah padam wajah Arissa Azzalea saat itu. Keterlaluan Adrian mengusiknya. Dada Adrian ditamparnya perlahan tapi kuat. Jurukamera dapat mengambil shot Arissa malu-malu. Sangat comel! Macam ni lah yang aku nak! Natural shot!

“Okay! Great! Pengantin perempuan bangun, berdiri belakang pengantin lelaki. Peluk leher pengantin lelaki. Tunjukkan kemesraan korang. Saling berpandangan okay! Yes! Yes! Like that! What a great job!” Jurukamera bersungguh-sungguh memastikan gambar yang diambil kelihatan cantik untuk diletakkan dalam album perkahwinan perawan berdua itu nanti.

Tidak susah untuk bekerjasama dengan pengantin hari itu kerana kedua-duanya fotogenik. Adrian Zareth merupakan seorang model separuh masa di Amerika. Tak kurang juga dengan Arissa. Mereka juga pernah diminta untuk menjadi model pakaian kepada sebuah butik perkahwinan sebelum ini. Satu kelebihan yang mereka ada sebelum photoshoot perkahwinan mereka sendiri!

Kelihatan satu mata sedang ralit memerhatikan gelagat pengantin sedang photoshoot di atas pelamin. Hati rasa panas membara. Dia patut lebih alert selama ini. Ammar Wafi rasa hancur luluh hatinya. Bekas kekasih yang disayanginya selama ini sedang bersanding di hadapan mata bersama dengan sahabatnya sendiri dan mereka kelihatan gembira.

            Why it’s has to be you, Rissa? Why? Kenapa Adrian? Kenapa lelaki yang ada di sebelah kau atas pelamin tu bukan aku..? Sebab inikah kau beria-ia nak putus dengan aku? Sebab kau nak bernikah dengan si player ni? Damn! Unbelievable!

 Adrian terpandang sahabatnya itu lalu tersenyum manis, hanya menambahkan rasa sakit hati Ammar Wafi. Ryan, you don’t deserve to be on that bridal bed!

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star