Kejora Cinta Adrian Part 31

            “Kenapa tak bagitahu awal-awal pada I?”Soal Arissa. Dia memandang Adrian yang langsung tidak memandang wajahnya. Seboleh-boleh pemuda itu mahu mengelak pertembungan muka dengannya.

“Baru tahu. Sebelum sampai dekat sini diorang call.” Adrian.

“Adrian. Maafkan I..” Arissa menarik tangan suaminya yang kelihatan tiada perasaan itu. Adrian tidak mengelak kali ini. Dia rasa sakit hati. Sakit sampaikan rasa nak mati.

Maafkan kenapa? Sebab kau simpan jantan lain dekat belakang aku? Sampai aku mati aku tak akan maafkan kau, Arissa!

“Dahlah. I banyak kerja nak buat ni.” Adrian menjauhkan dirinya daripada Arissa. Semakin baik Arissa dengannya, semakin dia rasa sakit dikhianati. Pemuda itu kembali ke biliknya, mengemas apa yang patut. Arissa menghempaskan dirinya di atas tilam.

Urgghh! Macam hidup dalam neraka dengan dia ni!!!

            Gadis itu bangkit dari pembaringannya semula. Dia sudah membuat keputusan. Dia tekad mahu menyelesaikan masalah yang terjadi di antara dia dan Adrian. Dia tidak mahu orang ketiga menghancurkan perkahwinan mereka.

Aku tak akan bagi perempuan tu pecah-belahkan rumahtangga aku! Tak selagi aku masih hidup. Mana aku nak letak muka kalau perkahwianan ni berakhir? Aku dah berjanji pada mummy dan aku akan laksanakan apa yang aku patut buat!

            Sekali lagi, Adrian masuk ke dalam bilik si isteri dan meletakkan barang mandiannya dan juga satu beg kecil. Arissa bergegas ke arah suaminya sebelum tangannya mencapai tie yang melekat di leher pemuda itu. Terkejut Adrian dengan tindakan spontan Arissa terhadapnya. Arissa menarik pemuda itu dan menolaknya ke tepi dinding. Sungguh Hindustan mereka berdua!

“Tell me what I do wrong!”

Bulat mata Adrian. Entah kenapa dia tiba-tiba terkaku dengan perbuatan gadis itu.

            Gangster betul bini aku ni!

“Apa masalah kau tiba-tiba nak moody segala ni? Dah seminggu tahu tak kau buat perangai macam ni! Kau ingat aku ni tunggu ke? Aku pun ada hati tahu tak?!” Arissa lagi. Sudah hilang I dan you nya saat itu. Adrian benar-benar buat gadis itu hilang sabar.

“Habis kau ingat aku tak ada hati lah?” Adrian menambahkan perisa pedas dalam pertikaman mulut tersebut. Dia menolak Arissa sehingga gadis itu terduduk di atas katil.  Dia menghadap muka jelita gadis tersebut. Wajah yang menambat hatinya, wajah yang melukakan hatinya separah-parahnya.

Bukan kau je boleh marah-marah! Aku pun boleh jugak!

“Kalau kau ada hati kau tak akan endahkan isteri kau ni! Aku kahwin dengan kau bukan untuk jadi patung perhiasan dalam rumah ni!”

“Habis tu kau kahwin dengan aku untuk apa? Untuk jadi isteri mithali, isteri yang taat kepada aku? Isteri yang sempurna untuk aku? Macam tu? Huh! Cakap senanglah! Depan aku memang baik! Belakang aku kau buat apa!”

“Aku buat apa belakang kau? Cuba kau cakap! Bukan ke selama ni kau yang buat masalah? Tak habis habis dengan perempuan yang entah mana tu!”

Adrian terdiam. Perempuan mana?

“Kenapa kau diam? Malu sebab aku dah tahu semuanya?” Arissa tidak berpuas hati selagi Adrian mendiamkan diri.

Adrian memandang wajah si isteri. Nyata sekali Arissa cemburu! Cemburukan Cheryl, perempuan yang sering menganggu suaminya itu.

Adakah selama ni Arissa jealous pada Cheryl? Sebab itu ke dia buat hal? Sebab hal itukah dia sengaja nak balas dendam pada aku?

“Maksud kau, Cheryl?”

“Oh! Itulah nama perempuan simpanan kau tu?”

            “Perempuan simpanan..? What the..?”Adrian bingung. Apa maksud Arissa? Sejak bila dia ada perempuan simpanan? Bukan Arissakah yang punya lelaki simpanan? Apa yang sedang terjadi?

“Selama ni perempuan tu selalu call kau kan? Sejak honeymoon lagi dia ada kan! Kenapa kau cakap kau tak ada sesiapa masa daddy dan papa tanya hari tu? Kau nak hancurkan hidup aku ke? Kalau kau tak sayang aku, tak apa tapi jangan kau khianat kepercayaan yang diorang dah beri!” Arissa mula bergenang air mata. Dia tidak suka diduakan walaupun pemuda itu tidak menyintainya. Dia tidak mahu dirinya menjadi perhiasan di rumah sedangkan Adrian berseronok dengan perempuan lain di luar.

Adrian menyisir rambut coklatnya. Dia tidak faham apa yang Arissa katakan saat itu. Dia memandang sepasang mata cantik yang kini berjurai dengan cecair jernih.
Adrian menyeka air mata gadis itu namun Arissa segera menepis tangan pemuda itu. Adrian memegang kedua-dua belah pipi gadis tersebut. Kedengaran esak tangis gadis itu.

“Arissa…”

“Kau nak apa lagi?! Tak cukup ke kau sakitkan hati aku?!” Arissa meninggikan suaranya. Dia tidak mahu memandang wajah Adrian, malu dengan dirinya yang kini basah dek air mata.

 Sah-sah Adrian dapat tahu aku cemburukan perempuan tu! Arissa, kau memang bodoh! Bodoh! Bodoh! Bodoh!

“Arissa..! Dengar ni!”

“Apa?!”

Adrian memandang tepat ke arah mata isterinya dan meminta Arissa bertenang.

“Aku tak ada perempuan simpanan! Aku tak buat kerja macam tu lepas aku nikah dengan kau! Aku tak  khianat pada kau! Antara aku dengan Cheryl dah tak ada apa-apa ikatan! Percayalah!”

 “Kau tipu aku lagi..” Arissa menolak tangan Adrian yang memegang wajahnya. Dia menarik bantal lalu menutup wajahnya. Si suami menarik bantal yang dipegang gadis itu lalu mencampakkannya ke lantai.

“Sumpah. Antara aku dengan Cheryl dah tak ada apa-apa. Ya, dia masih contact aku lagi tapi aku dah tak layan. Aku kan dah ada isteri. Dan satu-satunya isteri aku ialah kau. Kau seorang, Arissa. Sungguh. Aku tak tergamak nak menduakan kau.” Adrian bersungguh-sungguh meyakinkan Arissa bahawan dia tidak berselingkuh dengan perempuan lain. Mungkin dahulu dia sering melakukan perbuatan itu namun segalanya sudah berakhir di saat dia bergelar seorang suami. Seorang suami kepada Arissa Azzalea.

            “Tapi kenapa kau buat aku macam aku tak wujud dalam hidup kau? Aku rasa macam kau sengaja nak sakitkan hati aku..” Arissa lagi. Dia menyeka air matanya dengan belakang tapak tangan. Jauh dalam hati dia berasa bersyukur kerana Adrian tidak curang terhadapnya.

“Sebab aku cemburu.” Akhirnya Adrian mengaku kelemahannya di hadapan Arissa Azzalea. Dia cemburukan lelaki yang sering bermain di fikirannya.

“Sebab apa kau cemburu?” Arissa pula yang bingung. Adrian tersenyum. Entah mengapa dia tenang setelah diluahkan segala isi hatinya.  Selama ini cemburu buta membuatkan dia bertindak bodoh sebegitu.

Tak mungkin dia cemburu kalau dia tidak ada perasaan padaku. Aku yang buta.

“Sebab.. aku sayangkan kau..” Adrian menarik Arissa ke pelukannya lalu bibir pemuda itu mencium dahi isterinya. Kemudian beralih ke mata, hidung dan akhirnya bibirnya melekap ke bibir Arissa. Dikucupnya gadis itu. Betapa rindunya dia kepada si isteri. Saat itu dia tidak mahu lagi dibayangi perkara bukan-bukan. Dia hanya mahu Arissa menjadi hak miliknya. Mutlak!

            Arissa memejamkan matanya. Hatinya turut tenang. Dia mahu percaya pada Adrian. Dia membalas kucupan suaminya itu. Hatinya bergelora, sama dengan apa yang dirasakan Adrian. Pemuda itu menginginkannya saat itu!

Ting Tong! Ting Tong! Loceng di pintu berbunyi! Bulat mata pasangan itu.

Kejora Cinta Adrian Part 30

            “Kalau betullah dia curang, saya akan tuntut cerai. Tak sanggup saya hidup dengan lelaki yang dah berkahwin tapi ada perempuan simpanan.” Arissa mengetap bibirnya. Saat itu dia mula ragu dengan sikap Adrian selama ini. Patutlah Adrian seolah-oleh bermain tali dengannya!

Ammar tersenyum. Ya. Itu lebih baik. Bercerailah. Kemudian kau akan jadi milik aku. Biarkan Adrian yang tak bersalah tu melopong. Siapa suruh bodoh sangat tak reti jaga bini sendiri? Well, aku tak akan biarkan Arissa jatuh ke tangan kau.

            “Baik awak siasat dulu, Rissa. Jangan serkap jarang je. Apa-apa hal bagitahu pada saya. Kita kan kawan.” Ammar meneruskan lakonan murahnya. Selama ini memang dia sentiasa baik dengan Arissa. Pastinya gadis itu tak akan syak dia sedang bermadah kata, ada maksud tersirat di sebalik setiap kata-kata.

“Saya tak tahu nak buat macam mana, Ammar.”

“Macam ni. Apa kata saya hantar awak balik, awak fikir masak-masak. Awak jangan buat keputusan ikut kata hati. Nanti lagi teruk masalah awak ni. Bincang baik-baik dengan suami awak. Mana tahu masalah akan selesai.” Amboi kau memang boleh jadi pelakon terbaiklah Ammar! Bincang baik-baik? Itu bukan namanya Arissa lah. Dia mana reti nak berbincang segala! Macam aku tak kenal!

            Arissa merenung wajah polos Ammar. Sedikitpun tidak terdetik tentang niat disebalik rupa pemuda tersebut. Tak sangka kerana cinta, dendam kian menebal di dalam sanubari pemuda tersebut.

No more Mr. Good Guy, Arissa. No more.

“Terima kasih Ammar. Maaf sebab saya susahkan awak. Saya dah banyak buat salah pada awak tapi awak masih nak dengar masalah saya..” Arissa tersenyum pahit ke arah bekas teman lelakinya itu. Ammar membalas senyuman gadis yang digilainya itu.

“Arissa, itulah gunanya kawan.” And soon will become your future husband.

“Jom saya hantarkan awak balik. Nanti suami awak risau pulak.”

*    *    *

            “Kereta siapa pulak depan rumah aku ni?” Soal Adrian dalam hatinya. Dia berhenti kira-kira seratus meter dari rumahnya. Kelihatan si jelita Arissa keluar dari perut kenderaan tersebut. Nombor plat Toyota Vios itu diteliti si suami. Kening pemuda terangkat sebelah. Macam pernah nampak aje kereta ni.

Adrian memerhatikan gelagat isterinya dari jauh. Gadis itu tersenyum kepada pemandu kereta. Tidak dapat melihat siapa gerangan yang menghantar gadis itu pulang kerana cermin kereta di tinted gelap. Adrian mula curiga dengan perlakuan isterinya. Makin bercelaru pemikirannya. Sebelum ini mana pernah dilihat kereta tersebut di situ, lebih-lebih lagi melihat isterinya keluar tanpa minta izinnya.

            Arissa membuka pintu pagar dan melambaikan tangan ke arah pemandu Toyota Vios berwarna Deep Amethyst Mica Metallic itu. Tangan pemandu itu keluar dari tingkap dan turut membalas lambaian si gadis. Tiba-tiba tersentap sanubari Adrian. Jelas-jelas itu tangan seorang lelaki! Perasaan amarahnya mula meluap-luap seakan gunung berapi yang bakal meletus pada bila-bila masa.

Sekarang kau dah berani bawak laki datang rumah pulak, Arissa???

            Tangan pemuda itu menghentak stering kenderaannya itu. Sangat marah! Sudahlah berlaku curang, bawak lelaki itu ke rumahnya pula! Memang nak kena ajar jantan keparat ni! Celaka betul!

Adrian segera memecut kenderaannya, mahu mengejar lelaki yang tidak bermoral itu, mahu membelasahnya cukup-cukup. Namun, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi lantang. Secara automatik panggilannya berjawab memandangkan earphone sudah sedia tersangkut di telinga.

Ah kacau betullah!

“Assalamualaikum Adrian..” Satu suara lembut kedengaran di talian.

“Siapa ni?” Selamba Adrian. Berombak-ombak dadanya menahan geram.

“Ini mummy lah, sayang. Takkan dah tak kenal kot?”

            “Mummy?”

“Iyalah. Ryan dekat mana ni? Busy tak?” Si ibu dengan suara yang ceria.

Iya. Busy sangat-sangat mummy, busy nak ajar si  jantan keparat, lelaki simpanan menantu kesayangan mummy tu! Sial punya jantan! Aku dah warning pun masih berani nak menggatal dengan bini aku!!

“Ada apa mummy?” Mata si pemuda ralit memerhatikan kenderaan yang dinaiki penghantar Arissa yang makin hilang dari pandangan. Cis!

“Mummy dengan daddy kejab lagi sampai ke rumah Ryan. Ingatnya hari ni kami nak datang melawat Ryan dengan Arissa. Mungkin lagi setengah jam kami sampailah. Kami nak stay dua tiga hari dekat rumah Ryan. Rindu sangat pada Rissa dengan Ryan.” Saat itu terbeliak mata Adrian. What the hell?

“Erkk.. Apasal mummy tak bagitahu awal-awal nak datang?” Adrian hilang kata-kata.

“Macam tak sudi nak terima mummy dengan daddy datang je?”

“Eh.. Tak adalah..!” Aku dengan Arissa dahlah sedang perang dingin, time ni jugaklah mummy dengan daddy nak buat lawatan mengejut! Aduhhh…!!!

“Okay, kalau macam tu, Ryan pergi bagitahu Arissa yang mummy dan daddy nak datang. Mesti dia terkejut.”

Memang. Memang dia akan terkejut.

“Okaylah mummy. Mummy nak makan apa? Ryan boleh suruh Arissa masakkan.”

“Tak apalah. Buat susah susah je. Ni daddy kirim salam.”

“Waalaikumussalam.”

“Okaylah. Nanti kita jumpa ye sayang.”

“Baik mummy. Pesan pada daddy drive carefully.

*    *    *

            Setelah mematikan enjin kenderaannya, Adrian segera keluar dari perut kereta dan bergegas memanjat anak tangga ke biliknya. Arissa yang sedang menonton televisyen terkejut lalu segera berdiri, memandang gelagat suaminya itu. Dipandangnya pula jam di dinding.

Awal lagi ni. Apasal laki aku ni tiba-tiba balik? Nasib baiklah aku sempat balik dulu, kalau tak mengamuk tak tentu arah dibuatnya.

            Arissa berasa curiga, perlahan dia melangkah menuju ke tingkat atas, mahu mengintai perlakuan Adrian yang mencurigakan itu. Dia berhenti tepat-tepat di hadapan pintu biliknya. Telinga dipasang. Kemudian, tiba-tiba Adrian keluar dengan satu beg besar. Terkejut Arissa dibuatnya. Gadis itu masuk ke dalam biliknya yang tidak berkunci. Jantungnya berdegup pantas. Dadanya dipegang, kerisauan melanda diri gadis jelita itu.

Nak pergi mana pulak ni? Jangan cakap dia nak keluar dari rumah pula. Biar betul dia ni?

Pintu biliknya tiba-tiba dibuka. Kelihatan Adrian masuk dengan beg yag baru dilihatnya. Arissa tergamam. Apa yang sedang terjadi ni?

“Apa yang you buat ni?” Ayat pertama terkeluar dari mulut Arissa setelah seminggu tidak bertegur sapa. Adrian memandang Arissa. Amarahnya masih tidak hilang. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia menghalau gadis tersebut dari rumahnya, dari hidupnya yang kian berantakan.

“Tak nampak?” Soal Adrian ringkas.

Arissa bangkit dan menuju ke arah suaminya itu. Dia cuba menarik tangan Adrian namun segera pemuda itu mengelak. Pemuda itu melangkah setapak ke belakang. Terkesima Arissa dengan sikap Adrian.

“Mummy dan daddy nak datang tidur sini dua tiga hari. So semasa diorang ada dekat sini, kita act macam kita couple bahagia. Sekarang I nak kemas bilik tetamu. Malam ni and 2 malam akan datang I tidur dekat sini. Tak nak diorang suspicious.”

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star