Kejora Cinta Adrian Part 10

 “Kau tidur dekat bilik guest okay? Nah, ni selimut untuk kau. Goodnight.” Arissa menghulurkan comforter biru kepada Adrian yang sedang asyik menonton rancangan televisyen di ruang tamu. Adrian meletakkan remote kawalan tv di atas meja kopi kecil berhadapan dengan sofa yang didudukinya itu. Pandangannya beralih kepada Arissa yang sudah siap mengenakan baju tidur pink polkadot di tubuhnya. Pemuda itu memandangnya dengan penuh tanda tanya.

“Kenapa pulak aku nak kena tidur dekat guest room tu pulak?” Soal Adrian, gelas panjang berisi fresh orange dicapai lalu disedut dengan menggunakan straw. Arissa menjelingnya. Itu pun nak kena tanya ke? Kau fikir sendirilah, ‘pandai’!

            Arissa enggan memperdulikan soalan yang diajukan oleh Adrian lalu dia beredar. Kakinya melangkah ke arah tangga, mahu menuju ke bilik tidurnya yang berada di tingkat atas. Adrian segera bangun dari duduk dan membontoti langkah isterinya. Tapak kakinya diperlahankan agar tidak kedengaran. Adrian tersengih sendirian. This is my house. Who are you to tell me where I should sleep and what I should do? You are such an arrogant little lady, Mrs. Adrian!

Si gadis tidak sedar, Adrian sedang mengekorinya dari belakang. Sesampainya di pintu, barulah dia dapat merasai perasaan yang agak pelik. Arissa menoleh dan ternyata suami-tak-diredhainya itu berada betul-betul di belakangnya. Terkejut gadis itu. Nasib baik tak dihayunkan penampar ke wajah kacak pemuda itu.

            “What are you doing, Ryan? You supposed to sleep at that room!” Sambil jari telunjuk si isteri menuding ke arah guest room yang berada di sebelah bilik pengantinnya itu. Adrian menggeleng. Dia mahu masuk ke dalam bilik tersebut namun segera Arissa memblock di hadapan pintu. Tangannya segera didepakan, tidak mahu Adrian ikut tidur sekamar dengannya. Dia tidak bersedia untuk memasuki fasa perkahwinan seperti suami isteri yang normal lagi. Dia juga tidak sanggup menyerahkan kehormatan dirinya untuk Adrian yang dianggap tak lebih dari sahabat baiknya. Biarlah hubungan itu berkekalan.

            “Eh? Kenapa pulak? Inikan bilik aku jugak?” Adrian mencebik dengan muka annoyingnya. Dia cuba melepasi halangan Arissa Azzalea. Arissa mulai naik marah. Tak faham bahasa ke mamat ni? Macam nak mati je dia ni? Jangan lah!

            “Aku tak nak tidur sebilik dengan kaulah!” Arissa masih bertahan. Suaminya ketawa nakal. Makin cemas gadis itu dibuatnya. Kau nak buat apa hah, gila!

“Kenapa pulak? Kau kan isteri aku?” Adrian.

            “Yes but I’m not ready!”

“No excuses. Come on baby,” Makin menjadi usikan Adrian. Tangannya melekap di pinggang si isteri membuatkan Arissa terkejut dan menepisnya. Adrian menarik tangan si gadis lalu menarik gadis itu ke pelukannya. Tak keruan si gadis dibuatnya saat itu. Berombak-ombak nafas Arissa menahan rasa cemasnya. Adrian tidak pernah berkelakuan sebegitu!

Kalau kau buat apa–apa pada aku, aku boleh confirm  yang aku akan bunuh kau!

            Si suami mendekatkan bibirnya ke cuping telinga Arissa, seolah-olah cuba menggoda gadis yang telahpun menjadi isteri yang sahnya.

“Malam tu kenapa kau tak kisah pun tidur dengan aku? Padahal at that time we’re not husband and wife yet. Kenapa sekarang kau nak jual mahal pulak? Kau kan isteri aku yang sah? Halal untuk aku sentuh. Aku tak tahan dah ni. Jom lah. I promise I will be gentle to you since it’s your first time, my wife,” Adrian mengucup telinga si gadis. Meremang bulu tengkuk dibuatnya. Diangkatnya tubuh si isteri menuju ke arah katil. Arissa kaku dalam pelukan Adrian. Dia tidak tahu mengapa pada saat itu jugalah dia tidak mampu untuk mempertahankan dirinya daripada lelaki seperti itu. Manusia berhati buaya! Mama tolong Rissa! Uwaa!

            “Kenapa tak pakai lingerie yang seksi-seksi? You sure can look hotter than this,” Adrian meletakkan Arissa yang cantik jelita itu di atas katil. Arissa Azzalea pasrah. Dia memejamkan matanya rapat-rapat. Dia tak mampu melakukan apa-apa kerana tubuhnya kini telah dikuasai oleh Adrian Zareth. Si suami tersenyum. Diusiknya bibir mungil si gadis itu. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah si isteri. Berdebar-debar Arissa Azzalea. Seakan mahu pecah jantungnya saat itu juga.

            Tiba-tiba kedengaran Blackberry pemuda itu berbunyi. Adrian lantas menjawab panggilan telefon tersebut. “Okay, I will be there.” Segeranya pemuda keluar dari bilik dan membiarkan Arissa sendirian. What the heck?

            Arissa Azzalea melihat jam yang tersangkut di dinding biliknya itu. Sudah hampir jam tiga pagi namun bayang Adrian Zareth masih tidak kelihatan. Ke mana lelaki itu pergi sampaikan tak reti pulang ke rumah? Ke club kah? Mabuk lagikah? Gadis itu mulai berasa marah. Terlalu bodoh untuk mengahwini lelaki yang gilakan kebebasan seperti Adrian. Dia tahu Adrian pasti tak akan menjadi seorang suami yang bertanggungjawab seperti yang diharapkan oleh bapanya.

Dasar anak mat salleh celup! Dah beristeri pun masih buat perangai! Dia ingat dia tu siapa? How dare you insulting me like this!

 Kedengaran derauan enjin Lotus Ellise milik si pemuda memasuki kawasan banglo mereka. Arissa segera mengunci pintu biliknya. Risau jika pemuda itu mahu melakukan perbuatan seperti tadi lagi. Gadis itu perlahan-lahan melangkah ke jendela, ingin mengintai suaminya yang baru sahaja mematikan enjin kenderaan mewah tersebut. Aik? Mana orangnya? Tertidur dalam kereta kah? Kenapa tak keluar-keluar pun?

            Terjenguk-jenguk Arissa di luar tingkap. Tiada bayang Adrian pun. Gadis itu pelik. Dipuntal-puntalnya rambut lurus hitamnya. Berbagai andaian bermain-main dalam pemikirannya itu. Entah-entah dia bawak balik perempuan tak? Memang nak mati Adrian ni! Kurang asam punya suami!`

            Arissa merengus kecil. Tiba-tiba dia menggelengkan kepala. Tak mungkinlah Adrian akan berbuat sebegitu rupa. Sejahat-jahat Adrian tak mungkin dia melakukan perbuatan sebegitu rupa terhadap isterinya. Lebih-lebih lagi itu malam pertama selepas majlis perkahwinan mereka! Takkanlah Adrian bawak balik perempuan yang entah dari mana ke rumah mereka?

Si isteri memberanikan diri untuk menyiasat. Perlahan-lahan dipulas tombol pintu bilik, mahu keluar dan melihat apa yang terjadi pada Adrian Zareth. Perlahan-lahan anak tangga dituruni. Gadis itu meninjau keadaan sekelilingnya, risau jika dia terserempak dengan si suami yang suka mempermainkan perasaannya itu.

            Anak mata dapat menangkap sekujur tubuh di atas sofa. Perlahan-lahan Arissa melangkah menuju ke Adrian yang terlena. Adrian kelihatan penat. Gadis itu cuba menghidu bau si pemuda. Senyuman manis terukir di bibir. Adrian tidak melakukan perkara yang bermain di pemikirannya sejak awal tadi. Alhamdulillah. 

            Comforter tebal berwarna biru yang diletakkan di situ awal malam tadi, disarungkan ke badan pemuda yang kelihatan keletihan itu. Arissa memandang wajah kacak lelaki yang kini bergelar suaminya. Ternyata pemuda itu kelihatan polos sekali sewaktu tidur. Comel, seperti bayi cara tidurnya. Arissa Azzalea tersenyum. Dia tak pernah melihat Adrian dari sisi itu. Tidak pernah sekalipun dia melihat pemuda itu tidur dengan selena itu. Penat mungkin?

            Jari-jemari si gadis cuba menyentuh rambut coklat milik sang suami namun rasa ragu-ragu menghantui diri. Bagaimana jika dia tersedar dan nampak aku sedang usap dia? Tak ke nanti lain benda yang timbul dalam kepala otak dia yang tak betul tu? Nanti dia kata aku ni menggoda dia pulak! Haish!

Arissa tertawa kecil namun segera dia menutup mulutnya, risau jika Adrian terjaga dari tidur. Akhirnya tangan si gadis melekap juga di kepala Adrian. Gadis itu mengusap rambut lembut sang suami. Tiba-tiba rasa gementarnya hilang. Rasa selesa mulai timbul secara perlahan-lahan. Arissa pelik dengan perasaannya ketika itu. Apa yang sedang berlaku?

            “Wahai suamiku, jagalah diri sebaiknya. Jangan buat benda yang tak elok. Ya, aku bukanlah seorang yang layak bercakap apa–apa pada kau tapi, aku sebagai seorang isteri akan sentiasa mendoakan kau baik-baik sahaja seperti sekarang. Aku akan cuba yang terbaik untuk kita,” Perlahan suara Arissa. Tak sangka ayat sedemikian keluar dari mulutnya. Gadis itu secara tidak sengaja mencium dahi pemuda yang lena diulit mimpi. Tiba-tiba degupan jantungnya bertambah laju. Apa yang aku buat ni? He’s not more than a friend of mine! Arissa, Arissa!

            Satu teks mesej tiba-tiba masuk di dalam inbox Blackberry gadis bermata bulat itu. Terkejut Arissa. Segera dia beredar daripada situ. Risau jika bunyi tersebut menganggu tidur si suami yang bernama Adrian Zareth. Si gadis lantas memanjat tangga, memasuki kamar yang sepatutnya dikongsi bersama Adrian.

Sekujur tubuh yang sedang berbaring di atas sofa lembut di ruang tamu banglo tersebut perlahan-lahan membuka mata. Satu keluhan berat dilepaskan olehnya. Arissa Azzalea terlalu baik kepadanya. Tidak tegar untuk lukakan hati gadis selembut itu. Adrian Zareth menahan rasa kesal di hatinya. Maafkan aku, Rissa. Aku tak mampu untuk sayang dan cinta pada kau lagi. Aku perlu masa. Sorry..

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star