Kejora Cinta Adrian Part 8


“Apa yang kamu fikirkan hah, Adrian? Arissa? Kenapa jadi sampai macam ni sekali? All of us don’t have any objection toward your marriage so why it has to be this way? Malu tahu tak? Both of you dah besar panjang, dah patut tahu apa yang betul dan apa yang salah. Tangkap khalwat? What a shame!” Bebel bapa kepada Adrian, Datuk Zulkarnain. Adrian dan Arissa hanya menundukkan wajah. Si gadis sudahpun memaki hamun Adrian yang berada di sebelahnya. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dipecahkan tembelang si pemuda.

            Menyesal betul aku tolong orang yang terlebih maju ke depan ni. Macam melepaskan anjing yang tersepit. Aku pulak yang digigit! Kecik besar kecik besar je aku pandang mat salleh celup ni. Aku hentak dengan kerusi baru tahu. Salah dia, aku yang terbabit sama! Bodoh betul!

“Lain kali kalau nak buat apa-apa, fikir dulu. Jangan ikutkan nafsu kamu tu. Sekarang, daripada nak nikah elok-elok dah jadi tak elok. Apa yang orang sekeliling akan cakap? Anak datuk, keluarga elok-elok, tapi kena tangkap basah. What are you thinking?” Tambah Datuk Iskandar pula. Berapi rasanya hati. Tak sangka anak gadisnya itu melakukan perbuatan terkutuk yang dilaknat tuhan bersama dengan anak sahabat baiknya sendiri. Bukannya orang tak bagi kahwin! Bagi tapi kenapa laju sangat proses kamu ni? Sabar tak boleh?

            Air mata Arissa mula menitis. Adrian berasa sangat bersalah. Kalau tak kerana perangainya yang tak elok itu, semuanya tak akan terjadi.  Arissa tak akan ternoda dan mereka tidak ditangkap oleh pencegah maksiat itu pagi tadi. Tangan Arissa disentuhnya namun segera gadis tersebut segera mengalihkan tangannya. Adrian sangat memahami perasaan Arissa ketika itu. Pemuda itu mengangkat wajahnya, memandang kedua-dua bapa yang sedang dilanda api kemarahan. Pemuda itu bangun dan mengadap kawan baik berdua itu. Arissa terdiam dan memerhatikan tindak-tanduk si pemuda kacak. Kaum ibu yang berada di situ segera mendapatkan suami masing-masing, risau jika kaum bapa bertindak di luar kawalan.

“This is my fault, not her. So don’t blame Arissa. She had nothing to do with this. Arissa tak buat apa-apa. She just tried to help me. So, Ryan rasa kalau daddy and uncle nak herdik, herdik Ryan sorang je, not Rissa,” Adrian tegas. Matanya tepat memandang ke arah dua lelaki tersebut. Sungguh berani!

            Arissa Azzalea memandang Adrian Zareth dengan mata yang berkaca. Terharu dengan keterus-terangan Adrian di hadapan kaum bapa itu. Kalau dia, memang tidak berani untuk berhadapan dengan lelaki-lelaki baran tersebut. Tak pasal-pasal makan penampar free.

“Sekarang, Arissa adalah isteri Ryan dan Ryan akan bertanggungjawab atas setiap inci masalah yang Ryan dah timbulkan. Ryan minta maaf pada daddy and uncle. Ryan akan buat apa sahaja asalkan daddy and uncle maafkan Ryan. Ryan sedar tentang dosa yang Ryan dah buat,” Adrian lagi. Dah aku pandai-pandai sangat buat hal, kenalah responsible kan? Sekarang, dah tak kisahlah aku sayang dia atau tak. Dah terlambat nak tarik balik semua yang dah berlaku.

            “Maafkanlah Ryan ye, abang? Dia dah menyesal. Lagipun semua benda dah berlaku. Kita dah tak boleh nak ubah takdir,” Datin Julia mengurut dada suaminya yang kelihatan berombak-ombak menahan amarah. Datuk Iskandar terduduk di atas sofa berhampiran. Dia redha dan berserah. Mujurlah pemuda itu ingin bertanggungjawab ke atas perbuatannya. Dia tak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Lagipun, Adrian dan Arissa sudahpun dinikahkan pagi tadi. Kini pemuda itu secara rasminya sudah menjadi menantunya. Tak ada apa untuk dirungutkan lagi. Tak ada guna pun dah.

Adrian memandang Arissa dan menghulurkan tangan kanannya, meminta Arissa turut menyambut. Arissa Azzalea bangun dan menyentuh tangan si suami. Adrian memegang erat tangan gadis tersebut. Terbit rasa menyesal memperlakukan gadis itu sedemikian. Pemuda itu menarik Arissa untuk berdiri bersebelahan dengannya. Mata-mata disitu kaku memandang reaksi Adrian Zareth.

            “Nama saya, Adrian Zareth Bin Zulkarnain. Dengan ini, saya bersumpah akan bertanggungjawab menjaga Arissa Azzalea Binti Iskandar dengan sebaik mungkin dan akan menjaga setiap keperluan yang diperlukan olehnya kerana dia kini, isteriku,” Saat itu mengalir air mata sang pemuda. Begitu juga dengan si gadis. Tuhan sudah menunjukkan takdir mereka. Meraka harus berserah dan terima dengan redha. 

Kedua-dua bapa segera memeluk Adrian. Merekatersentuh dengan kata-kata Adrian. Pemuda itu sudah sedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan Arissa pastinya tidak akan menyesal dengan keputusan tersebut.

*  *  *
            “Maafkan aku, Rissa. Aku tak sangka semuanya berakhir macam ni. Aku memang bodoh. Aku terlalu ikutkan nafsu. Maafkan aku kerana heret kau ke jalan macam ni. Maafkan aku,” Adrian bersuara. Arissa yang sedang memeluk tubuh di katil mendiamkan diri. Hatinya masih tidak berpuas hati. Sememangnya dia redha dengan takdir tuhan namun kini, dia terpaksa melalui hidup dengan lelaki yang pernah menolaknya mentah-mentah ketika disuruh kahwin dahulu. Macam mana aku nak terima kau sebagai suami aku? Dulu kau reject aku. Sekarang kau dah pun jadi suami aku. Sakitnya hati. Pedih tahu tak? Macam kena calit dengan wasabi!

Adrian tersenyum. Dia tak mahu si gadis berterusan bersedih. Apa yang dah jadi biarkanlah berlalu. Kini dia suami gadis tersebut. Hatinya berat memperisterikan Arissa namun mungkin dia boleh belajar untuk menyayangi gadis tersebut. Pemuda itu menghampiri Arissa. Dia memegang peha si gadis namun segera tangannya ditempis.

            “Maafkan aku ye?” Kata si pemuda. Arissa masih berdiam diri.

Kau ingat senang ke untuk aku maafkan kau? Kau dah heret aku sampai macam ni sekali. No way! Jangan harap aku boleh senang-senang maafkan kau.

“Aku sekarang suami kau. Kau tak boleh terus-terusan marah macam ni. Lama kita kena tempuhi alam perkahwinan ni tahu?” Adrian lagi. Hai minah ni apasal tarik muka? Dulu bukan dia ke yang nak kahwin dengan aku? Jual mahal nampaknya! Mentang mentanglah aku ni dah jadi husband dia. Arghh! Husband? What the?

            “Kau ingat senang-senang ke aku nak maafkan kau?” Soal Arissa.

“Kau kena ingat satu benda ni Arissa. Aku dah rampas satu benda yang paling penting dalam kehidupan kau. So nak tak nak aku kena bertanggungjawab jugak. Macam mana kalau kau mengandung? Kau nak terus-terusan macam ni ke?”

            Arissa Azzalea mengangkat sebelah keningnya. What are you talking about?

“Kau cakap apa ni, Ryan?” Mengandung?? Dah gila ke mamat ni?

            “Yelah. Semalam kau dengan aku bukan dah… itu ke..?” Adrian menggaru kepalanya yang tidak gatal. Wajah cerahnya mula kemerah-merahan menahan rasa malu. Buat-buat tak tahu pulak dia ni. Haish. Suka memalukan aku betul.

“Itu apa?” Arissa menyinga.

            “Yeah, well.. That thingy. That.. Emm.. Maksud aku.. Ish susahnya nak cakap,” makin segan Adrian Zareth dibuatnya tatkala itu. Tangannya memuntal-muntal hujung bantal kepala yang berada dalam pelukannya. Serba-salah. Mahu cakap atau tidak.

“Tak,” Arissa selamba. Adrian mulanya mengangguk sambil tersenyum sipu. Beberapa ketika kemudian barulah pemuda itu tersedar akan kata-kata ringkas yang terpacul keluar dari mulut Arissa Azzalea. Bulat matanya.

            “What do you mean? Kita tak buat??” Terpelanting bantal yang berada dalam pelukan pemuda itu. Adrian segera menarik bahu Arissa dan menggoncangnya berkali-kali sampai naik pening kepala gadis itu dibuatnya. Arissa mengangguk. Tiba-tiba Adrian merengus kuat. I’m trapped! Arghh! I should know it! I should know it! Argghh! Stupid Adrian!!!

Arissa memandang pemuda itu dengan pandangan pelik. Dah gila ke mamat ni? Macam nak mintak penampar free je ni?

            Adrian bangun dari duduk dan terus mundar-mandir di sekeliling katil bersaiz king di mana Arissa berada. Gadis itu memuncungkan bibirnya, pelik dengan kelakuan pemuda itu. Adrian menyisir rambutnya. Apa yang aku dah buat ni? Kalau aku tak buat apa-apa pada Arissa, kenapa aku perlu bertanggungjawab?

“Kau ni kenapa hah? Dah gila ke?” Soal Arissa apabila pemuda itu berterusan mendiamkan diri. Si suami tiba–tiba naik angin. Ditumbuknya dinding bilik.

            “Why don’t you just tell me the truth at the beginning? I am such a fool! I thought we had sex before we got caught by those people! Kalau aku tahu aku tak buat apa-apa pada kau, aku tak perlu bersumpah bagai depan mak bapak kita, Rissa. I thougth that you and i..! Arggh! Damn it! Kenapa aku bodoh sangat!” Saat Adrian memaculkan kata-kata tersebut, luluh hati Arissa Azzalea dibuatnya. Adrian kini tidak lagi pemuda yang dilihatnya tadi. Bukan lagi lelaki itu.

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star