Kejora Cinta Adrian Part 7

            Arissa terkocoh-kocoh datang mendapatkan Adrian setelah mendapat panggilan daripada pemuda itu beberapa belas minit lepas. Bunyinya seperti Adrian dilanda masalah. Entah apa pula lah masalah yang dihadapi gadis itu sendiri pun tidak tahu. Sesampainya gadis itu di tempat yang dimaksudkan, kelihatan Adrian sedang berbaring di atas bangku kayu di taman. Merengkuk-rengkuk kesejukkan. Arissa mengeluh berat. Kakinya melangkah berat menuju ke arah pemuda tersebut. Tidurkah? Tadi dengar macam emergency sangat! Haish. Nak makan penumbuk agaknya mat salleh celup ni! Buat orang cemas je!

Arissa menghampiri Adrian. Ada apa hal tiba-tiba suruh aku datang? Sesampainya di tepi bangku, gadis itu menolak bahu pemuda itu dengan menggunakan jari telunjuknya. Woi bangun! Sedap sangat ke tidur atas bangku batu? Macam pengemis je! Nak buat penempatan kat sini ke? Penat-penat aku datang.

            Hidung Arissa dapat menghidu satu bau. Pelik! Bau apa ya?

“Weh Ryan! Bangunlah! Buat apa tidur dekat sini pepagi subuh macam ni!” Gadis itu mengoncang tubuh si pemuda. Adrian menggeliatkan tubuhnya dan tiba-tiba dia terjatuh. Tergelak Arissa dibuatnya. Nasib baik tak jatuh kat aku. Kalau tak memang saja saja je makan kaki aku je kau ni!

            “Rissa..? Erghh! I am so sorry..! Aku..!” Adrian cuba bangun dari lantai dengan bersungguh-sungguh. Terhuyung-hayang pemuda itu kelihatannya setelah dia dapat berdiri . Arissa mengerutkan dahinya. Jangan cakap dia ni mabuk..?

“Kau kenapa ni Ryan..?” Arissa mendapatkan Adrian. Dipegangnya bahu pemuda tersebut. Adrian tiba-tiba lembik lutut. Dia hampir terjatuh namun segera dipaut Arissa. Arissa Azzalea berasa sedih dengan keadaan Adrian. Apa sebenarnya yang terjadi pada pemuda itu sampaikan dia boleh mabuk sebegitu. Itu bukan Adrian yang dikenalinya selama ini. Adrian yang dia kenal tak pernah melakukan perkara sebegitu. Mungkin itulah akibatnya jika terlalu lama bertapak di negara barat.

            Ryan, you are so stupid and pathetic. Why it’s has to be this way?

Arissa menarik Adrian ke bangku batu di mana pemuda itu berbaring sebentar tadi. Pemuda itu menyandarkan kepalanya di atas bahu Arissa.

            “Kau tahu tak, perbuatan kau ni bodoh sangat. Maybe dekat Amerika tu kau dah biasa buat kerja macam ni. Tapi tolonglah, stop being so foolish. Kalau mak bapak kau tahu tak ke diaorang sedih?” Arissa mengomel. Adrian cuba untuk membuka matanya yang rasanya amat perih untuk menatap cahaya lampu jalan berdekatan. Bau wangian yang dipakai Arissa membuatkannya lagi payah untuk berjaga. Wangi dan selesa.

            “Jangan buat macam ni lagi okay. Aku sayang dekat kau. Aku tak nak apa-apa jadi pada kau,” Arissa menepuk kepala Adrian dengan lembut. Tiba-tiba Adrian menegakkan kepalanya, memandang Arissa yang terkesima di situ.

“Rissa, aku pun sayang pada kau..!” Pemuda itu memegang bawah telinga si gadis dengan kedua-dua belah tangannya. Arissa kaget. Dia tidak tahu apa yang Adrian mahu lakukan. Secara spontan, pemuda itu dengan tiba-tiba menekupkan bibirnya ke bibir mungil  si gadis sunti. Secara pantas seperti terkena renjatan elektrik, Arissa menolak tubuh pemuda tersebut. What the hell???

            Kepala pemuda itu jatuh di riba Arissa. Gadis itu menekup bibirnya. Tidak sangka Adrian menciumnya di bibir. Ternyata pemuda itu berubah seratus peratus dalam keadaan sebegitu. Anything can happen in this condition, I think.

He kissed me! He kissed me at the lips! Argh! What going on? Oh okay. Dia dah biasa buat macam tu dekat sana kot? But still he kissed me! That’s my first kiss!!

“Mummy, I wanna go home. It’s cold out here. I wanna go home, please..?” Kedengaran nada sayu suara Adrian. Arissa memandang pemuda yang berada di ribaanya. Sengaja buat-buat ke dia ni? Nak kena cepuk agaknya!

Adrian mulai menggigil kesejukan. Mana tidaknya. Sudah jam tiga pagi, pemuda itu hanya mengenakan t-shirt nipis dan skinny jeans. Entah berapa lama dia bertapa di bangku batu itu agaknya? Timbul rasa simpati di hati Arissa.

            Aku kalau tak mengenangkan kau ni kawan baik merangkap anak bestfriend bapak aku, memang aku tak akan tolong kau. Today is your lucky day, Ryan. Tapi macam mana aku nak hantar kau balik? Tak terkejut ke orang tua kau kalau tengok kau balik mabuk mabuk macam ni? Ada can boleh kena heart attack bapak kau. Nak bermalam dekat mana pulak ni..? You are such a troublemaker!

*   *   *

Setelah selesai check-in  di sebuah hotel yang tak berapa jauh dari tempat dia menemui pemuda itu, Arissa memulas tombol pintu bilik. Daun pintu dikuakkan. Pipinya kemerah-merahan. Semasa mendaftar di kaunter, terdapat beberapa orang memandang mereka dengan wajah yang penuh syak wasangka. Semua ni jasa baik kau Adrian! People out there mesti ingat aku ni perempuan bukan-bukan. Mana taknya, pimpin lelaki mabuk masuk bilik hotel. Kenapa lah aku bodoh sangat. Patut aku tinggalkan je kau kat taman tu. Paling koman pun kau kena tikam dengan pengemis tak pun jadi tempat burung lepaskan najis.

            Adrian yang dipimpinnya direbahkan ke katil setelah pintu bilik ditutup. Secara tidak sengaja, gadis itu tersadunglalu jatuh ke atas tubuh Adrian yang boleh tahan tegapnya. Panas wajah si gadis. Segera dia cuba untuk bangun. Tiba-tiba si pemuda menarik tubuh si gadis ke dalam pelukannya. Arissa panik.

            Woi gila! Kau ingat aku ni apa? Bantal peluk ke? Bahaya ni! Lepaskannn!!

Arissa bertungkus-lumus melepaskan tubuhnya dirangkul oleh Adrian yang bukan muhrimnya. Gadis itu cuba memboloskan tubuhnya namun pautan Adrian ternyata lebih kuat. Hampir menangis Arissa dibuatnya. Dia takut untuk menjerit risau nanti orang sekeliling menyalahi Adrian pula. Bodoh punya Ryan. Kau peluk kuat sangat. Peluk dekat pinggang pulak tu. Macam mana aku nak bolos? Mama, papa. Tolong Rissa. Rissa takut.. Ryan dah naik gila!

            “Let me go, Ryan. This is too much lah..!” Arissa tidak berputus asa untuk memboloskan dirinya dari pelukan Adrian yang sudahpun lena diulit mimpi itu. Air mata sudahpun mengalir membasahi pipi. Menyesal kerana terlalu baik hati mahu menolong Adrian yang kelihatannya sudah hilang akal itu.

“Rissa, I am really sorry. Sorry… I can’t do this. I just don’t want you to get hurt. I am really… sorry..” kedengaran suara pemuda itu. Mengigau agaknya. Arissa tidak lagi bergerak dari terus bergelut. Gadis itu mendiamkan diri. Dia tahu, Adrian mengalami tekanan disebabkan hal perkahwinan yang tak dirancang itu dan sebab itulah pemuda itu melakukan perkara bukan-bukan seperti tadi. Cuma untuk menutup kelemahan diri.

            “I forgive you,” Arissa menutup matanya. Badannya terasa letih selepas mengheret pemuda itu ke sana dan ke sini. Adrian mengeratkan lagi pelukannya, timbul rasa selesa saat itu. Arissa akhirnya terlena di pangkuan pemuda tersebut.

            Kelopak mata dibuka perlahan-lahan. Pedih mata. Adrian cuba untuk menggeliat. Gelap betul keadaan sekelilingnya. Pemuda itu cuba menyeluk poketnya, mahu mendapatkan Blackberrynya, sesuatu yang boleh berikan cahaya untuk disuluh. Tak tercapai pulak.

 Aduh. Sakitnya kepala aku. Benda apa yang berat sangat dekat tangan aku ni?

            Terasa sesuatu bergerak-gerak menggesel tubuhnya. Adrian tersentak. Dia teraba-raba tanpa arah tujuan. Sesuatu yang lembut. Dan sejuk. Bulat mata pemuda itu. Dia mulai gentar. Dia cuba mengingat kembali apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Beberapa detik kemudian dia mulai teringat sesuatu!

Oh my God! Jangan cakap aku..! Argh! Damn it! Aku pergi club and then I don’t remember a thing! Apa yang aku dah buat ni… Perempuan mana pulak aku angkut ni? But she so soft. I can’t stop touching her! Urgghh!! Stupid Adrian! What the hell are you thinking?! Stop stop stop!

            “I’m truly sorry, miss. I don’t mean to screw things up. I have to go. I am really sorry,” Adrian menolak perlahan tubuh gadis di hadapannya sambil mulut tak habis-habis meminta maaf. Gadis itu bergerak-gerak. Tiba-tiba si gadis menjerit kecil. Adrian terdiam. Dia sangat-sangat mengenali suara gadis tersebut! I am such a doughbag! It’s over! I’m dead!

Lampu di kepala katil segera dibuka. Hampir terbuntang mata Adrian ketika itu. Terpampang Arissa Azzalea di hadapannya. Pemuda itu tiba-tiba sebak. Tak sangka dia terlanjur dengan sahabat baiknya sendiri. Andaian sendiri dibuat. Apa yang harus dilakukan ketika itu? Arissa tak berani bertentangan mata dengan Adrian. Dia tak sangka dia boleh terlelap di situ bersama pemuda tersebut. Habis!

            “I think you should go home now,” Ujar Adrian dengan nada kesal. Arissa mengangguk dan terus turun dari katil lalu mencapai tas tangannya, mahu beredar. Tiba-tiba kedengaran pintu diketuk. Gadis dan pemuda itu kemudiannya saling berpandangan. Air liur ditelan. Room service, maybe?

Berkali-kali pintu diketuk kuat. Adrian pantas bangun dan menuju ke arah pintu lalu memulas tombol dan menarik daun pintu dengan kasar.  Room service apa yang tak beradab macam ni. Bising aje! How annoying!

“Assalamualaikum saudara. Kami dari Jabatan Pencegah Maksiat...” Damn it!

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star