Love Me Or Love Me Not Part 1

                Tangan ligat mencalit gincu merah darah ke bibir. Dikerlingnya cermin besar di hadapannya. Mulut dikemam, menyeratakan warna gincu merah tersebut di bibir sebelum lip gloss pula disapu. Muah! Berkilat dan menggoda bibir mungil gadis tersebut, ternyata sesuai sekali warnanya! Aiko Arielle meletakkan lip gloss di tangannya ke atas meja lalu mengambil pula blusher pink di dalam make up kit nya. Dibuka penutupnya lalu mencapai berus besar berdekatan. Disapunya penuh lembut, sehingga kulit pipinya bertukar warna. Menawan!

            Pintu bilik tiba-tiba diketuk kuat. Sapuannya terhenti. Gadis itu menoleh dan bangun dari duduk namun tiada tanda-tanda dia mahu membuka pintu yang berkunci tersebut.

“Ai..! Are you awake? Hari ni tak ada kelas ke?” Ibunya akhirnya bersuara. Aiko tersenyum. Orang dah nak siap dah pun, mother!

“Ai tengah bersiap ni, mother. Sekejab lagi Ai turun.” Ringkas. Gadis itu bergegas ke almari pakaiannya yang besar. Dikuakkan pintu almari tersebut lalu tersenyum gadis berusia 21 tahun tersebut. Tersusun rapi pakaiannya. Dicapainya legging yang berlipat kemas di dalam laci ketiga almari tersebut. Beberapa saat kemudian gadis itu sudah siap menyarungkan legging hitam itu.

           “Cepat. Nanti Ai lambat ke kolej!” Masih berada di pintu rupanya ibu gadis tersebut. Kemudian kedengaran tapak kaki wanita itu menuruni tangga. Aiko memusingkan tubuhnya di hadapan cermin, tidak mahu ada apa-apa kesilapan pada pakaiannya hari itu. Dress putih berjalur hitam paras lutut miliknya memang menyerlah, ditambah pula belt merah di pinggang. Memang kena dengan selera gadis tersebut. Diteliti pula wajahnya. Solekan smoky eyes memang kena dengan wajahnya.­

“Okay, I’m ready for the day!” Bisik Aiko. Gadis itu mencapai beg besar dan kasut merahnya di birai katil sebelum memulas tombol pintu. Hari itu merupakan isnin ke tiga buatnya setelah dia mendaftarkan diri ke sebuah kolej. Setelah mengunci biliknya gadis itu segera menuruni tangga menuju ke ruang makan.

            “My dear, you look stunning today!” Sapa ibu kepada gadis berkenaan. Ai tersenyum simpul. Kelihatan wanita tersebut sedang tergesa-gesa menyediakan sarapan pagi untuk anak-anaknya. Kembar Aiko sudahpun berada di meja makan. Pemuda bermata coklat itu sibuk mengunyah roti bakar di mulutnya. Aiko duduk bersebelahan dengan abangnya itu. Dia menyiku lengan pemuda yang tidak perasan akan kehadirannya di situ.

“Aduh! Apalah Ai ni! Sakitlah!” Pemuda itu mengurut lengannya yang terasa sakit.

“Makan tak baca bismillah lah tu! Akio ni pelahap betul!” Usik Ai. Akio Zachary mengerlingnya. Banyak pulak mulut minah pendiam ni!

“Suka-suka hati aje kan tuduh Akio eh? Dah baca lah! Tapi dalam hati lah. Ouh! Today is your black-white-red day eh, Aiko Arielle?” Aiko bersuara. Dipandangnya adik perempuannya dari atas ke bawah. Vintage lah kononnya tu!

Aiko mengangguk. Dia mencapai sekotak susu segar di hadapannya.

“Mother, hulurkan straw untuk Ai boleh?” Soal Aiko lembut. Dia mahu minum menggunakan straw, risau lipstick merahnya itu comot. Akio tertawa kecil memandang telatah adik kembar perempuannya itu. Risau sangat dia!

“Alah. Gediklah. Minum susu pun nak pakai straw!”Kini giliran Akio pula mengusik adiknya itu.

“Suka hati oranglah. Dengki!” Balas Ai.

“Ceh tak dengki langsung!”

“Dah dah! Apalah Aiko dan Akio ni. Pagi-pagi pun nak gaduh. Makan sarapan tu sampai habis. Ai nak tumpang kereta Akio ke pegi kolej sekejab lagi?” Puan Dahlia menyoal  Aiko. Ai segera menggeleng. Akio menarik nafas lega.

“Tak nak lah naik dengan Akio. Malu lah ada abang K-pop  macam ni.”

Termanggu sebentar si abang mendengar kata-kata si adik. Aiko ketawa kecil.

“Tak baik cakap macam tu tahu. K-pop ke tak, Akio tetap abang Ai kan?” Si ibu mencelah apabila melihat Akio yang dari tadi ternganga mendengar kata-kata adiknya. Ditepuknya bahu pemuda seusia dengan Aiko itu. Memang benar, anak lelakinya itu macam dah kena sindrom K-pop. Pakaiannya selalu stylo, macam penyanyi–penyanyi berkumpulan korea yang sekarang ni. Rambut pulak pelik-pelik aje. Tapi tak adalah nampak weird sangat memandangkan anak terunanya itu ada iras-iras orang negara itu. Tinggi lampai, kulit cerah dan mata sedikit sepet. Dah macam Kim Hyun Joong yang berlakon dalam Boys Over Flowers. Nasib baik masih hitam rambutnya itu. Kalau blond silap haribulan dikatakan pemuda itu leader kumpulan SS501 itu pula!

“Erk.. Ai tu cakap dekat orang. Dia tu mabuk vintage!” Sejurus itu, giliran Akio pula menyerang.

“Whatever lah Akio K-pop!”

“Vintage geek!”

“K-pop!”

“Old fashion!”

Adik beradik saling berperang mulut. Puan Dahlia menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia tertawa sendiri. Memang benar, anak-anaknya memang gila berfesyen. Aiko menyukai fasyen lama, Akio pula lebih cenderung kepada fesyen moden. Tiap kali anak-anaknya itu bershopping bersamanya, pasti akan berlaku perang dingin. Memang tak serupa kembar. Terdetik hati seorang ibu jika anak ketiga dan keempatnya juga begitu.

Adakah Akira dan Akemi turut begitu?

“Mother, are you okay?” Tiba-tiba bahu si ibu disentuh Aiko. Puan Dahlia tersedar dari lamunannya. Wajah anak-anaknya dipandang satu persatu. Kemudian, sekuntum senyuman dilemparkan kepada anak kembar yang langsung seratus peratus tak seiras itu.

Aku masih ada mereka. Alhamdulillah.

“Mother termenungkan apa tu?” Soal Akio. Dia meneguk jus oren yang berada dalam gelas di tangannya laju. Dikerlingnya jam yang berada di dinding. Sudah menginjak lapan empat puluh pagi. Pemuda itu segera mencapai beg galasnya yang tersangkut di kerusi. Sekeping lagi roti bakar disumbatkan hujungnya ke dalam mulut selepas pemuda itu meneguk saki baki jus oren di dalam gelasnya.

           “Mother, Akio pergi kolej dulu okay. Takut lambat pulak. Dahlah si Hairul tu nak tumpang Akio today. Haish. Menyusahkan betul! Kereta sendiri ada tak nak bawak!” Bebel Akio dengan mulutnya yang penuh. Aiko mengerling abangnya itu. Dia tahu sebenarnya tujuan si Hairul tu. Sebab itulah dia tidak mahu naik sekali dengan Akio hari ini. Rimas pada pandangan gatal Hairul terhadapnya.

“Hati-hati bawak kereta tu. Ai betul taknak tumpang Akio?” Si ibu.

Ai menggeleng. Berdiri bulu romanya mengingatkan Hairul. Ewws!

“Bagus. Akio pun memang tak nak tumpangkan Ai. Dia kan ada Myvi pink baru dia tu. Takkan lah dia nak naik kereta buruk Akio tu, mother,” Gelak ejek Akio. Ai menjelirkan lidahnya. Pagi-pagi kalau tak buat gadis itu bengang memang tak sahlah namanya Akio Zachary!

“Tahu pun!” Balas Ai.

“Bweeekk!”

“Dah! Cepatlah, kata dah lambat,” Kata si ibu. Akio mengangguk. Dia segera mencapai stoking dan menyarungkan kasut. Aiko pula mengambil beberapa keping roti putih yang siap disapu jem lalu diletakkan ke dalam tupperware untuk dibuat bekalan. Dia betul-betul malas nak makan di café. Malas untuk melihat pandangan pelik orang ke arahnya. Sekotak susu segar dicapainya juga.

“Ai nak pergi kolej jugak ni, mother. Ada nampak tak mana kunci kereta Ai?” Soal Aiko apabila kunci kereta yang diletakkaan di poket beg besarnya tiada. Akio sudahpun berlalu setelah bebarapa saat dipanaskan enjin gen-2 merah menyala miliknya. Ai merengus kecil. Mana pulak kunci Myvi ni? Adoyai!


*    *    *

Bagus sangat. Dah aku lambat masuk kelas. Hampeh punya kunci kereta! Tak pasal-pasal sekejab lagi aku kena lecture dengan Puan Hani!

Ai mengomel sendirian. Jam di telefon sudah menunjukkan pukul sembilan suku, jauh tersasar daripada biasa. Mencari kunci kereta je dah jadi satu hal. Rupa-rupanya terselit di dalam buku sketchnya! Malang betul!

“Lawanya!” Kedengaran satu suara daripada sekumpulan pelajar lelaki yang sedang ‘tersadai’ di tepi tangga. Ai pura-pura tidak mendengarnya. Bukan ada gadis lain di situ, cuma dia seorang. Pastinya mereka sedang menegurnya.

“Junior baru tu! Amboi cantik betul junior baru kita ni! Awak! Nak berkenalan boleh?” Soal suara yang lain, tapi masih datang daripada kumpulan pelajar senior tersebut. Aiko melajukan langkah, memekakkan telinganya. Terasa seperti diikut dari belakang. Dia paling tidak suka berkawan dengan lelaki, lebih-lebih lagi pelajar kolejnya. Masing-masing muka macam buaya darat. Pantang nampak perempuan lalu, semua nak diganggunya! Such inappropriate behavior!

Cepat jalan Ai! Aduh! Apasallah time aku pakai heel ni jugak lah semua ni jadi??

“Janganlah lari awak. Kitorang nak berkenalan aje. Bukan apa pun.”

Tak nak!!!!

Bukk! Ai terlanggar seseorang. Beg besarnya terlepas lalu jatuh barang-barang yang berada di dalam perut beg besar tersebut. Ai mengeluh berat. It wasn’t my black-white-red day, Akio. It’s my  bad bad day. I mean a very bad day! Urgghh!

“Awak okay tak? Mari saya tolong,” Kedengaran satu suara yang cukup sedap di halwa telinga Aiko. Oleh kerana ianya suara seorang lelaki, Aiko tidak mengangkat wajahnya. Malas. Dia sekadar mengangguk. Setelah selesai mengutip barangan di lantai Aiko berterima kasih dengan pemuda yang membantunya itu.

“Laju betul awak ni berjalan kan?” Suara tadi datang kembali. Bulat mata si gadis!

            “Korang ni tak ada kelas ke? Dah! Tak payah ganggu dia. Pergi masuk kelas tu. Belajar malas, kacau orang nombor satu!” Lelaki yang membantu Ai tadi bersuara, seakan memahami betapa tidak senangnya gadis itu dengan gangguan pelajar senior tersebut. Aiko mengangkat wajahnya, memandang lelaki yang mempertahankannya, lelaki yang menjadi prince charmingnya pada hari itu. Saat itu, Aiko Arielle mengeluh berat buat sekian kalinya lagi.

Mamat sengal ni rupanya. Alahai. Tak ada orang lain kah? Brad Pitt please?

“Eydden, kitorang nak berkenalan dengan junior kitorang jelah,” Ujar Fahmi, pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik. Lelaki yang dikenali sebagai ‘pencinta wanita’ itu ketawa bersama lima orang rakannya. Eydden Rayyan menggelengkan kepalanya. Dia tidak suka melihat Ai diganggu orang, terutamanya senior-senior gatal tersebut. Pantang!

“Aku hormat korang sebab korang tua dari aku. Tapi tolong jangan ganggu dia,” Eydden dengan tenang. Ai memandang drama murahan tersebut tanpa perasaan. Haruskah dia cabut lari atau nak tunggu sampai Eydden kena belasah dengan mamat-mamat skru tercabut itu dulu?

Kelihatan tiga sahabat Eydden menghampiri.

“Apa hal ni, Eyd?” Ujar sahabat-sahabat Eydden. Eydden menjungkit bahu.

“Apa hak kau nak larang aku ganggu dia?” Soal Fahmi. Berlagak!

Ai memandang sekeliling. Aku sorang je perempuan ni! Dah macam nak bergaduh je diorang ni! Aduh! Cabut lari lah! Ai segera melangkah, menjauhi pemuda-pemuda yang nampaknya tengah hangin satu badan.

“Aku boyfriend dia. So suka hati aku lah, bro!” Kata-kata selamba Eydden seakan-akan membekukan kaki Ai. Ai tidak berterusan bergerak sebaliknya menoleh ke arah pemuda yang berani mengeluarkan statement berani sebegitu.

“Girl, kenapa girl tak bagitahu mamat ni yang girl ni awek b?” Soal Eydden kepada Ai. Ai menjungkitkan sebelah keningnya. Urgghhh!! Girl? B? What the fish???

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star