Kejora Cinta Adrian Part 25


            “Dengan siapa you bercakap tadi tu?” Arissa menegur suaminya dengan lembut. Perasaannya gundah-gulana. Entah mengapa dia berasa sedih. Adakah kerana ayat terakhir yang dihamburkan Adrian kepada pemanggilnya? Adrian membatukan diri. Dia meraup wajahnya, cuba mencari kata-kata yang akan diungkapkan kepada si isteri. Kata-kata yang tidak akan menyakitkan hati Arissa Azzalea.

“Kawan..”Ringkas. Arissa kemudiannya menggeleng, Dia bukannya bodoh. Dia tahu pemanggilnya pasti pernah menjadi seorang yang lebih daripada seorang sahabat kepada Adrian. Dengar sahaja pun sudah tahu.

“Bohong.”

Buat apa you nak tahu?” Soal Adrian.

“Dia tu someone yang important untuk you?” Masih tidak mahu beralah. Adrian rimas. Tadi bersoal jawab dengan Cheryl, kini Arissa pun mahu berbuat benda yang sama ke? Bosan! Bosan! Bosan!

“Tak penting langsung.”

“Ryan, tell me the truth…”

Adrian menggeleng. Dia tidak mahu menambahkan sakit kepalanya lagi. Briefcase di bumbung Lotus Ellise segera dicapai lalu dia berjalan menuju pintu utama rumahnya. Pemuda itu memulas tombol lalu meninggalkan Arissa yang masih tercegat di situ. Enggan memperdulikan soalan gadis itu. Arissa membontoti langkah Adrian. Dia betul-betul ingin tahu.

“Adrian..”Gadis itu menarik tangan pemuda itu. Dia tetap mahu mengorek rahsia. Kebelakangan ini kelihatannya Adrian asyik diganggu seseorang. Dia musykil. Siapakan gadis itu? Apa hubungan gadis itu dengan suaminya? Adakah dia gadis yang sama? Gadis yang menganggu Adrian sewaktu mereka honeymoon  tempoh hari? Apa yang sedang berlaku?

“I kan wife you. Takkan you nak berahsia dengan I?” Arissa. Adrian menoleh. Dia mencampakkan briefcasenya di atas sofa berdekatan. Marah!

           “You should said it to yourself, Arissa!” Nada suara Adrian mulai tinggi. Teringat pula pada situasi si gadis. Dia pun merahsiakan sesuatu daripadanya namun tak pula dia mahu mengorek rahsia gadis itu.

“You cakap apa ni?” Arissa bingung. Eh apasal dengan mamat ni?

“Nothing.”

“I just tanya you siapa perempuan tu. Susah sangat ke nak jawab?” Arissa masih tidak berpuas hati. Dia tidak kisah bertikam lidah dengan Adrian asalkan dapat mengetahui siapa perempuan yang sering menganggu rumahtangganya itu.

“Yang you sibuk nak tahu tu kenapa?”

“You husband I!” Arissa menegakkan haknya.

“Dengar sini baik-baik okey? Apa-apa urusan peribadi you I tak pernah sibuk-sibuk nak ambil tahu kan? So you jangan nak buat pandai dekat sini. Tengok diri you tu dulu! Urusan you sendiri tak terjaga, nak sibuk urusan I!” Kasar kedengaran tempelak Adrian. Terdiam Arissa. Tak sangka Adrian begitu berang malam itu. Pastinya gara-gara wanita yang menelefonnya itu. Tanpa sebab, dia pula yang jadi mangsa tempat melepaskan kemarahan pemuda itu.

Menyesal aku cakap dengan mamat bengong ni! Urghh!

“Okay fine. Maaf sebab I sibuk sangat jaga tepi kain you.” Arissa.

Adrian mengeluh berat. Kata-katanya mungkin agak melampau. Dia tertekan dengan Cheryl dan kini ingatan terhadap kekasih Arissa pula datang bertubi-tubi. Hasilnya, mengamuk tak tentu pasal. Mulut lancang, bagaikan panah petir yang menyambar sanubari si isteri.
Arissa rasa terluka. Mahu beredar namun tangannya lantas ditarik Adrian. Pemuda itu menyesal dengan kata-katanya. Kalaulah dia lebih bersabar pasti Arissa tidak terasa dengan kata-katanya itu.

            “Lepaslah!” Arissa menyentap tangannya yang berada dipautan Adrian. Sakit hati apabila diperlakukan sebegitu rupa. Menyampah!

            Arissa segera berlari memanjat anak tangga. Mahu mengunci diri di dalam kamar tidurnya, tidak mahu bersua muka dengan orang yang memarahinya tanpa sebab itu. Si suami memanggil namanya namun tidak dihiraukan langsung. Adrian segera membontoti langkah Arissa namun belum sempat dia masuk ke dalam, pintu bilik dihempas di depan matanya. Terkedu Adrian. Nasib baiklah dia lambat sikit, kalau tak ada can patah batang hidungnya berlaga dengan daun pintu yang keras itu.

           Isteri lelaki tersebut mendengus kecil. Puas hatinya dapat melepaskan kemarahan yang terpendam di hatinya. Biar Adrian tahu dia juga boleh berbuat benda yang sama.

Oh, kau ingat kau sorang je boleh mengamuk? Aku pun boleh lah! Orang tanya baik-baik jawab kasar-kasar. Nah rasakan!

Kedengaran ketukan demi ketukan yang datangnya dari luar bilik. Adrian rasa serba-salah pula saat itu. Arissa cuma risau tentang keadaannya namun dibalas dengan kata-kata yang kasar pula.

“Arissa.. Buka pintu ni sayang,” Adrian memanggilnya. Namun panggilannya itu tidak berbalas. Dia tahu pastinya Arissa Azzalea sedang melancarkan perang mogok terhadapnya. Entah berapa lama pula masa yang akan diambilnya untuk memujuk gadis itu. Ah lantaklah. Esok lusa hilanglah marahnya itu.

            “I  mintak maaf okay?” Pemuda itu menyandarkan badannya di pintu bilik Arissa. Arissa menghampiri pintu bilik tersebut namun tidak terniat untuk membukanya. Mahu mendengar luahan perasaan Adrian. Mana tahu terkeluar jugak hal yang merunsingkan kepalanya sejak tadi. Gadis itu merapatkan telinganya di telinga. Mata dikecilkan, cuba mengfokus.

“Maafkan I sebab marah-marah you. I tak sengaja. Serabut sangat kepala otak I  sekarang ni. Macam-macam masalah. Nak nak macam yang tadi tu I pun tak faham apa yang dia nak lagi..” Kedengaran Blackeberry pemuda itu berbunyi. Kata-kata terhenti. Beberapa saat kemudian dia menjawab panggilan tersebut.

“Yes. Speaking. Whatt??” Adrian lantas beredar. Arissa menghentakkan kakinya saat itu. Baru sahaja nak dengar masalah pemuda itu ada pula gangguannya!

           Arissa perlahan-lahan membuka pintu biliknya. Dijengahnya sedikit kepalanya, mengintai-intai jika Adrian masih berada di situ. Kedegaran tapak kaki pemuda itu menuju ke arah bilik bacaan. Suara pemuda itu dapat didengarinya jelas. Entah siapa menelefonnya. Perempuan itu lagi kah? Rasa ingin tahu Arissa membuatkan gadis itu bertekad untuk menyiasat. Dia melangkah perlahan menuju bilik bacaan di mana Adrian berada. Risau pula jika kantoi tapi tak kisahlah janji dia tahu apa masalah pemuda tersebut. Prihatin juga Arissa ni!

“Speaking of truth, I don’t know what happen! It is out of my control okay!” Kedengaran Adrian meninggikan suaranya. Arissa masih cuba memahami apa yang sedang terjadi. Dia memasang telinga, mencuri dengar. Dia bersembunyi di sebalik pintu yang tidak berkunci.

Siapa yang call tu ye? Asyik marah je laki aku ni. Emosional betul!

“You should take responsible since it was your fault! Open your eyes!”

Apa mamat ni cakap? Dengan siapa ye?

Arissa mencuri pandang. Diintai-intainya Adrian. Memang pemuda itu nampak benar-benar berang. Tiba-tiba Adrian memusingkan badannya. Matanya bertembung dengan Arissa. Pemuda itu terkedu, begitu juga dengan isterinya. Pada masa itu hilang semua kata-kata Adrian. Arissa segera melarikan dirinya. Risau dituduh penyibuk lagi. Adrian mahu mengejarnya namun memandangkan urusan yang masih belum selesai dia membatukan diri.

            Aduhai! Kantoi jugak aku. Itulah pandai-pandai je nak curi-curi dengar. Nanti memang sah-sah dia tuduh aku ni busybody! Aisey.

Gadis tersebut mengeluh. Dia menghempaskan dirinya di atas katil. Kedengaran pintu biliknya dikuak. Kemudian, terpampang wajah Adrian. Ah sudah! Dia nak mengamuk lagi ke apa? Matilah aku. Buat tidur! Buat tidur!

“Arissa, boleh tak malam ni I  tidur dengan you?” Ujar Adrian. Dia menghampiri katil sebelum duduk di sebelah Arissa. Arissa perlahan-lahan membuka matanya. Wajah cerah Adrian kelihatan kemerah-merahan. Gugup Arissa saat itu. Si suami melabuhkan badannya di sebelah Arissa lalu  dipeluk si isteri dengan lembut.

Kejora Cinta Adrian Part 24

            Adrian memandang telefon bimbit yang berada di pegangannya. Jam sudah menunjukkan sembilan malam. Segala kerja sudah selesai. Pemuda tersebut mengeluh mengenangkan si isteri. Apa agaknya yang sedang Arissa lakukan sekarang? Adakah dia masih berhubung dengan sweetheartnya itu? Pemuda itu menggigit hujung pen yang berada di tangan sebelahnya. Haruskah dia menyoal Arissa mengenai perkara yang sedang bermain di fikirannya itu? Perlukah dia berterus-terang mengenai keengganannya untuk membiarkan Arissa hanyut dibuai perasaan dengan seorang jejaka yang sepatutnya menjadi sejarahnya?

Ah tidak! Tak sanggup aku!

Sejak bulan madunya, Cheryl kerap menghubunginya. Ternyata gadis Amerika itu tidak mahu Adrian jatuh ke tangan wanita lain. Seringkali pemuda itu hampir kantoi dengan Arissa. Dia tidak mahu Arissa salah sangka. Dia sudah menjadi suami gadis tersebut, mana mungkin dia akan berselingkuh dengan entah mana-mana gadis seperti sebelum ini.

            Blackberry Storm tersebut tiba-tiba berbunyi. Adrian segera memandang skrin alat tersebut. Mesej dari Arissa! Sekuntum senyuman terbit di hujung bibirnya secara spontan. Gembira?

“Lambat lagi ke baliknya? Nak stay dekat office sampai subuh ke? Dipersilakan.”

Tergelak Adrian membaca mesej tersebut. Kurang asam. Mulut takde insurans punya budak! Jari yang menekan tu memang nak kena patah ke apa?

Jari-jemarinya lantas membalas mesej si isteri.

“Ouh. Tak baik cakap macam tu dekat suami you. Or.. you sebenarnya dah rindu kat I? Mengaku ajelah sayang. HAHA!”

“Ouh please! Tak ada masa nak rindu you. Just nak make sure you nak balik pukul berapa coz I ingat nak keluar sekejab lagi.”

            Berkerut dahi Adrian dibuatnya tatkala itu. Apa? Nak keluar dengan siapa? Tiba-tiba rasa cemburu menguasai hatinya. Dengan sweetheart kah???

 “Nak keluar nak pergi mana pulak ni malam-malam? Duduk dekat rumah jelah tunggu sampai I balik.” Adrian mulai tak senang duduk. Macam-macam yang berada di dalam otaknya itu.

“Tak nak.” Ringkas balasan Arissa.

Si suami mulai geram. Degil. Bukan Arissa lah namanya kalau tak degil. Suka-suka aje buat keputusan sendiri. Malam-malam nak keluar, entah apa yang nak dicarinya!

            Adrian segera mengemaskan mejanya. Laptop diswitch off kan. Dia mahu cepat-cepat pulang mendapatkan si isteri. Kalau dibiarkan pasti macam-macam hal dibuatnya nanti. Macamlah dia tak masak dengan perangai Arissa Azzalea tu.

“I tak izinkan you keluar rumah. Kalau you tak dengar cakap suami you, derhaka namanya tu. I on the way ni. Jangan pergi mana-mana okay!” Adrian setelah itu berlari keluar menuju ke lif.  Dia tidak mahu gadis itu keluar dengan lelaki yang baru-baru ini menganggu pemikirannya. Dia tak akan sesekali meredhai perkara sebegitu terjadi!

*   *   *

            “Suka-suka hati nak bagi arahan pada orang! Who do he think he are?! Urghh!” Bengang Arissa dibuatnya. Tiba-tiba dia tersedar. Adrian Zareth itu suaminya. Walau apa pun, pemuda itu tetap ada hak ke atasnya. Tak mungkin lah dia nak melawan cakap suaminya itu. Dah siap ugut cakap derhaka semua, mana berani aku nak keluar lagi!

            Arissa Azzalea menuju ke ruang makan. Dibukanya tudung saji. Sejak magrib tadi dia menunggu Adrian pulang. Lauk-pauk hasil penat lelahnya sudahpun sejuk. Kena hangat lah maknanya ni. Kalau tidak bising pulak orang tua tu makan lauk sejuk.

Tiba-tiba Arissa tertawa kecil.Kalau tak cakap macam tadi tu sampai pukul sepuluh pun pemuda itu belum pulang, fikirnya. Keterlaluan. Bukannya dia tak tahu dia tu dah jadi laki orang. Bini dekat rumah ni macam tunggul kayu pulak rasanya! Ada can aku pergi cari kerja nanti. Tak adalah aku tercongok macam ni.

            Adrian sampai ke perkarangan rumahnya dalam masa lima belas minit. Itupun kira cepat sebab dia memandu macam orang tak sayang nyawa. Pemuda itu memandang sekeliling rumah. Gelapnya! Kenapa Arissa tak buka lampu? Tak dengar ke aku dah balik ni. Ke tiap kali balik nak kena hon kuat-kuat baru sedar? Eh! Jangan cakap minah keras kepala tu keluar jugak??

Pemuda itu mulai panas hati. Kalau Arissa tak dengar cakapnya kali ini memang siaplah dia kalau balik nanti. Memang kena cili telinga tu. Tak nak langsung dengar cakap orang.

Kedengaran Blackberry Storm Adrian berbunyi. Terkocoh-kocoh pemuda itu menyeluk poket. Siapa pulak lah kacau aku malam-malam macam ni? Entah-entah minah Arissa ni yang asyik kasi aku hangin aje!

            “Hello?” Tanpa ucapan salam dan memandang siapa yang menelefon. Selamba badak Adrian ni. Tiada kedengaran suara di talian. Berkerut dahi si pemuda. Siapa pulak lah yang bisu ni? Dia segera melihat empunya pemanggil. Saat itu satu keluhan terbit. Darn!

“What do you want, Cheryl?” Adrian rasa macam dah malas gila hendak melayan kerenah gadis itu. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia tukar nombor telefon, biar padan muka gadis itu tak dapat menghubunginya langsung.

“Please.. I need you. Come back to me, dear,” Cheryl bersuara lemah. Adrian menggeleng walaupun dia tahu perbuatannya tidak dapat dilihat oleh gadis tersebut. Dia menyandarkan badannya di badan kereta. Tidak ada mood untuk masuk ke dalam rumah lagi. Cheryl betul-betul menganggu ketenangannya.

“No. I won’t.”

“I love you.. I can’t live without you.”

“I don’t care. Please leave me alone.” Selamba!

“How could you..!”

“Like I said, I don’t care anymore!”

            Adrian mulai rasa geram yang amat. Nak marah. Cheryl masih tidak mahu memahaminya. Bila dia dah kata tak nak, maksudnya tak nak lah. Si pemuda mengurut kepalanya yang mulai rasa bercelaru. Dia hilang akal mahu memberi alasan apa lagi kepada perempuan yang menggilainya separuh mati itu.

“You told me that you only love me. Why you change your mind so sudden? Am I just another girl that you been playing around for all this time? Am I??” Cheryl mula menaikkan nada suaranya. Adrian makin bengang. Dia paling benci bila orang menaikkan nada suara ketika bercakap dengannya. Rasa ringan tangan nak menghempas Blackberry tersebut ke lantai.

“What are you talking about, huh..??”

“I know you! I know what you did behind my back, Adrian! When I’m not around, you hook up with another girl! I just knew it! They told me! Everything! But still, I don’t want you to leave me! Why don’t you just stop playing? We have to be serious! I want you to love me! Understand?”

“Stupid..”Bergetar suara Adrian. Kesal dengan tindakan bodohnya.

“Yes! I’m stupid! I’m a really jackass when it’s come to you! You said you love me!”

“What..? I love you?? Hey! You know me better right? I said those words to every single girl I want to hook up with! Don’t you understand? I never love you! I’m just using you like I used to! You are nothing to me! NOTHING! So don’t ever call me ever again. I’m not into you anymore okay? Bye!”

 “Adrian!!!!” Cheryl menjerit di hujung talian. Sakit telinga pemuda itu.“Stop being stupid. I’m the man who will never sacrifice my own life for a girl!” Adrian menamatkan panggilannya. Lantas dia silentkan alat komunikasi tersebut. Hatinya panas. Dia melukakan perasaan seorang lagi gadis, seperti yang sering dilakukannya dahulu. Harapnya itulah yang terakhir.

            Adrian mengeluh berat. Tiba-tiba dia terkejut. Arissa Azzalea. Entah sejak bila gadis itu berada di hadapan pintu. Adrian mengelus rambutnya perlahan. Dia cuba tersenyum. Adakah gadis itu mendengar perbualan panasnya dengan Cheryl sebentar tadi? Wajah Arissa mendung, menandakan hatinya yang kini bercelaru.

Kejora Cinta Adrian Part 23

            “Morning,” Adrian sebaik sahaja sampai di di meja makan. Sapaanya tidak berbalas. Arissa mendiamkan diri sambil tangannya sibuk menyapu jem di atas roti wholemeal di tangannya.  Adrian menggeliat. Pinggangnya masih sakit akibat tersungkur malam tadi. Dipandang pinggan kosong di tempatnya. Aik? Arissa tak masak pulak ke pagi ni? Dia nak aku kebulur ke dekat pejabat nanti? Ni tak lain tak bukan kes merajuk ni. Nak tunjuk perasaan pulak dah minah ni!

“You tak masak ke pagi ni?” Soal Adrian sambil sebelah keningnya terangkat. Arissa berpura-pura tidak mendengar kata-kata Adrian. Dia mengunyah roti yang baru sahaja masuk ke dalam mulutnya.  Adrian terasa sedikit bengang. Sepertinya dia sedang bercakap sendirian.

            “Arissa. Look, i’m talking to you,”Adrian duduk di atas kerusi bersebelahan dengan Arissa. Gadis itu segera bangun saat Adrian mahu menyentuh bahunya. Gadis itu kemudiannya menuju ke dapur. Adrian mengelus rambutnya. Arissa sengaja menyakitkan hatinya. Takkanlah mahu ambil hati dengan kes semalam. Itu sudah pasti bukan salahnya.

“Look’s like someone ignoring me. Takpe. I tak kisah kalau tak dapat makan pun. Kalau something happen masa I on the way nak ke office, just pretend macam I ni tak ada kempunan apa-apa,” Adrian sengaja menguatkan sedikit suaranya. Biar Arissa yang berada di dapur bisa dengar akan kata-katanya yang sedih. Tujuannya, mahu membuatkan Arissa rasa serba salah. Dia mencapai briefcase dan kot miliknya lalu bangun dari duduk. Dibukanya pintu rumah dan berlagak seolah-olah pria yang sedang lara jiwanya.

            Arissa berasa tidak senang hati dengan kata-kata Adrian. Makin kelam-kabut dibuatnya sewaktu mendengar bunyi enjin kereta pemuda itu dihidupkan. Segera si isteri mendapatkan Adrian yang sudahpun berada di dalam Lotus Ellise kuning itu. Arissa memperbetulkan suaranya sebelum mengetuk perlahan cermin pintu sisi Adrian. Adrian tersenyum. Yes! Victory is mine!

            “Masuklah dulu. I ada sediakan makanan untuk you dekat dapur,” Teragak-agak Arissa berkata-kata. Dia sekali lagi tewas di tangan Adrian!

            “Pandai isteri I masak. Beruntung I  jadi suami you,” Adrian sengaja bermanis mulut untuk mengambil hati Arissa yang kelihatan masih sugul kerana kejadian semalam. Nasi goreng yang dimasak gadis itu dihabiskan sehingga licin pinggan. Adrian memandang isterinya yang comel itu. Gadis itu lebih banyak mendiamkan diri. Kebiasaanya pasti ada sahaja benda untuk mereka kelahikan. Adrian tidak senang dengan keadaan kekok yang sedang terjadi di antara mereka jadi pemuda itu mengambil keputusan untuk meminta maaf.

“Arissa,”Ujar si suami. Dia menarik tangan Arissa. Arissa memandangnya. Pemuda itu berdehem, menyusun kata agar dia tidak melukakan hati isterinya itu. Jari-jemari Arissa Azzalea diangkat ke wajahnya lalu dicium lembut.

            “ I minta maaf pasal hal semalam. I  betul-betul tak sengaja. I penat sangat lepas balik kerja. You  pun tahu pukul berapa I balik semalam kan? I  terlupa yang sekarang bilik tu dah jadi bilik you. And about that other thing, I patut minta maaf jugak. I sumpah. Memang I tak ada niat jahat pada you. I sedar siapa diri I terhadap you. Maafkan I ye Arissa? Please?” Bersungguh-sungguh Adrian memohon kemaafan Arissa. Dia tidak mahu mereka saling bermasam muka. Lebih-lebih lagi kini mereka sudah pun bergelar suami-isteri dan tinggal sebumbung. Janggal rasanya apabila Arissa enggan memperdulikannya.

            Arissa menarik tangannya yang dipegang Adrian. Tidak selesa dengan keadaan tersebut. Gadis itu memandang Adrian yang penuh pengharapan itu. Tiba-tiba tercetusnya ketawa. Saat itu barulah Arissa tersedar yang Adrian begitu pandai memujuk. Adrian memandang gadis itu dengan pandangan blur. Tadi kemain masam mukanya dah macam cicak tertelan kapur. Ni tiba-tiba tergelak pulak. Aku melawak ke tadi? Kejab, rasanya aku macam serius tahap mati tadi?

“Seriously, why are you laughing? I’m hundred and fifty percent in seek of forgiveness mode, Arissa,”Adrian mulanya serius kemudian mula tersenyum geli hati. Arissa kelihatannya sudah memaafkan pemuda itu.

            “You lain kali jangan buat macam tu dah. Even though you penat sekali pun. I harap you respect apa yang I dah putuskan. Faham?

“Yes madam!” Tersenyum Adrian, menampakkan lesung pipitnya yang manis.

*    *    *

            “Baru-baru ni aku rasa kau macam banyak ignore aku. Kenapa? Kau ada problem ke? Kalau ada, bagitahu lah aku. Mana tahu aku boleh tolong kau, Mar,” Adrian melabuhkan punggungnya di atas kerusi kayu restoran yeng berdekatan dengan tempat kerjanya. Ammar Wafi yang berada di situ mendiamkan diri, entah sanggup atau tidak rasanya untuk bertentangan wajah dengan ‘perampas’ hak miliknya itu. Teh tarik diteguknya perlahan. Panas, sepanas hatinya apabila mengetahui kekasih hatinya kini milik Adrian yang merupakan sahabat baiknya sejak belasan tahun lepas.

            “Ammar, are you okay?” Soal Adrian lagi apabila memandang reaksi kawannya yang langsung tak memperdulikan kata-katanya. Bahu pemuda tersebut dipegang Adrian.

“Aku okey aje..” Balasnya ringkas. Adrian meraup wajahnya. Pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan sahabatnya itu. Ah! Tak kira! Aku nak tahu jugak!

“Habis tu kenapa kau macam moody aje aku tengok ni?”

            “Aku ada masalah sikitlah dekat tempat kerja. Itu aje,”

“Masalah apa?”

“Kalau aku cerita pun, kau bukan boleh tolong aku, Ryan,”

“Mesti kau penat kan buat kerja kan? Ambillah cuti sekali-sekala, man,” Adrian cuba meneka. Dia tidak tahu bahawa dialah merupakan masalah Ammar. Bersungguh-sungguh pemuda itu mahu mengorek rahsia namun Ammar tetap Ammar. Sekali mulutnya terkunci, pasti tiada apa yang akan keluar.

“Iyalah. Nanti aku ambil cuti..”

“Bagus. Macam tu lah. Aku tengok kau kebelakangan ni macam banyak diam je. Aku pun risau jugak. Kau ni kan biasanya bising je.”

            “Kadang-kadang diam lebih baik, kawanku,” Ammar. Adrian mengangguk.

            “So. Macam mana dengan wife kau? Having fun?” Soal Ammar. Tiba-tiba terdetik dalam hatinya untuk mengetahui perkembangan hubungan Adrian dengan bekas kekasihnya itu. Wajah Adrian yang tampan itu ditenungnya, mahu menyaksikan perasaan pemuda itu terhadap Arissa.

Adrian tersenyum. Kemudian, beberapa saat kemudian dia ketawa kecil. Ammar rasa iri hati. Pengantin baru itu menghirup teh panas dengan perlahan-lahan. Takut melecur pulak mulutnya nanti. Setelah membasahkan tekak, barulah Adrian mula berkata-kata.

            “Entahlah. Aku pun tak pasti. Maybelah kot.  So far so good. Cuma rasa awkward sikitlah bila seorang sahabat dah jadi bini,” Adrian berdehem. Ammar  menahan perasaannya. Ternyata walaupun cuba dielak, perasaan cemburu masih membuak-buak di dalam dada. Dia teringin benar untuk menggantikan tempat Adrian sebagai suami Arissa Azzalea.

“Kau dan dia dah buat ‘tu’ ke?” Soal Ammar. Dadanya berdebar-debar namun dia cuba untuk tidak menunjukkan sebarang reaksi yang boleh menimbulkan syak wasangkan sahabatnya itu. Dia ingin tahu jika Arissa telah menyerahkan mahkota gadisnya kepada sang suami. Adrian menggeleng. Bulat mata Ammar saat itu. Dalam hatinya, memanjatkan sejuta kesyukuran kepada tuhan.

            “Why? Setahu aku, dia dah jadi bini kau. Kau sendiri cakap kau dan dia dah halal. So, why don’t both of you start living like a real couple?” Sengaja Ammar menduga perasaan Adrian. Adrian mula rasa tidak sedap hati. Perlukah?

“Dia tak sedia lagi untuk semua tu. So do I.” Ringkas Adrian.

Terbit rasa gembira di hati Ammar. Sekiranya dia menjadi Adrian, pasti hati gadis itu segera direbutnya. Kalau boleh, ingin menjadikan gadis itu hak mutlaknya sampai bila-bila. Tak akan biarkan gadis itu terlepas lagi.

“Wife kau, si Arissa Azzalea anak gadis Datuk Iskandar tu, memang belum sedia untuk kau lagi kot?” Ammar menambah. Riak wajah Adrian mulai berubah.

“Mana kau tahu nama penuh bini aku?” Adrian mengerutkan dahinya. Seingat pemuda itu, Dia tidak pernah memberitahu nama penuh Arissa kepada Ammar.


Kejora Cinta Adrian Part 22

            “Rissa! I’m home…” Adrian sebaik sahaja tiba di muka pintu. Dikerlingnya jam yang berada di dinding. Sudah menunjukkan jam sepuluh malam. Terasa lembik badannya apabila terpaksa bekerja seharian. Sudah hampir dua minggu bercuti, rasa lemah pula badannya. Pemuda itu melonggarkan tali leher dan kemudian mencabutnya lalu dicampakkan ke atas meja. Sudah tidak larat rasanya badan. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia tidur terus di atas lantai sewaktu tiba di rumah.

            Butang-butang kemeja dibuka. Pemuda itu segera memanjat anak tangga menuju ke kamarnya. Terasa seperti mendaki Gunung Averest letihnya saat itu. Arissa tidak kelihatan. Adrian memandang sekeliling. Ah lantak kau lah. Aku dah letih dan aku nak tidur. Malas nak mandi mandi segala.

Sesampainya di kamar tidur, pemuda itu menanggalkan kot hitam elegan yang tersarung di tubuhnya sejak pagi tadi. Kot tersebut dicampakkan di atas lantai. Adrian segera menghempaskan diri di atas katil empuk.

            Inilah nikmat dunia. Dapat baring atas katil kesayanganku. Selesanya…!

Dalam masa beberapa saat, Adrian terus terlelap. Mana tidaknya, awal pagi sudah ke Klang. Setelah hampir empat jam berada di sana, dia harus bergegas ke Hotel Hilton KL pula untuk mesyuarat bersama klien dari Los Angeles. Sebaik sahaja habis mesyuarat, dia harus balik ke syarikat untuk mesyuarat tergempar dan membentangkan proposal yang diminta bapanya. Hampir pukul enam mesyuarat tersebut tamat dilangsungkan. Bermula dari pukul tujuh sehingga sembilan dia terpaksa over-time untuk persediaan proposal yang bakal dibentangkan esok ketika appointmentnya dengan Albert Stinson dari Densan Shipping Co.

            Arissa menyarungkan tubuhnya dengan sehelai tuala pink susu. Cuaca malam begitu panas, dia terpaksa mandi buat kali keduanya malam itu. Gadis itu membuka pintu kamar mandi dan menuju ke almari pakaian. Tiba-tiba dia terpandang sesuatu di atas lantai. Dicapainya kot hitam itu dengan wajah yang pelik. Bila masa pulak ada kot ni dekat sini?

Arissa Azzalea memandang tubuh yang tersadai di atas katilnya. Tersentap jantungnya saat itu. Dia menjerit. Adrian yang sedang enak dibuai mimpi terjaga.

            “What? What happen?” Pemuda mamai itu segera  mengangkat wajahnya. Matanya terbuka sedikit sahaja. Dia memandang keadaan sekeliling yang kelihatan kabur. Beberapa saat kemudian kepala dilabuhkan semula dan pemuda itu menyambung kembali mimpinya. Arissa segera berlari anak menuju ke arah suaminya itu. Dia lantas mengejutkan pemuda itu.

            “Hey, bangunlah. Tidur dalam bilik you lah!”Arissa menggoncangkan badan Adrian yang sudah lembik itu. Adrian tidak bergerak-gerak. Gadis itu tidak berputus asa lalu ditampar-tamparnya belakang pemuda yang sedang tidur melentang itu. Adrian bergerak sedikit dan kemudiannya terus seperti tadi.

“Bangunlah you..!” Arissa menolak tubuh melentang Adrian. Dia mahu Adrian bangun. Adrian sengaja mahu mengusiknya, fikir gadis tersebut. Adrian rasa tidak selesa dengan suara Arissa lalu dia mencapai bantal untuk menutup telinganya. Makin marah si gadis dibuatnya. Dia menarik bantal tersebut lalu dicampakkan ke lantai. Dia berterusan menggerakkan pemuda yang keletihan itu.

            Oh pandai pura-pura tidur ye? Sekarang kita tengok siapa yang akan mengalah. Aku ke kau! Sedap-sedap je nak baring atas katil aku yang wangi ni dengan badan kau yang berpeluh-peluh ni!

Arissa menarik tangan Adrian yang masih enggan bangun. Pemuda itu masih tidak membuka matanya yang sangat pedih itu. Dia menguap dan menggeliat. Tanpa disangka Adrian, Arissa yang sibuk menariknya tiba-tiba tergelincir lalu jatuh ke atas badannya yang tidak beralas.

            Sejuknya. Selesaaa..!

“Adrian!!! Bangun!!!”Teriakan Arissa membuatkan pemuda itu tersentak. Mata yang mengantuk tiba-tiba jadi segar. Dipandangnya Arissa yang berada di atas badannya. Adrian blur sebentar.Sesaat kemudian dia terbeliak.

            “Rissa?? Apa you buat atas I  ni? OMG!!! Kenapa you tak pakai baju ni?? Astaghfirullahazim, Arissa Azzalea!! Kenapa??” Adrian lantas menolak tubuh gadis berkenaan. Arissa memandang badannya. Tualanya sudah terloreh! Adrian telah nampak tubuh badannya tanpa seurat benang itu! “Adriaaannnnnnn..!!!!!!!!!”

            Adrian segera mencampakkan comforter di kakinya ke arah Arissa Azzalea bagi menutupi badannya yang nyata terdedah. Pemuda itu menelan air liurnya. Kalaulah imannya tidak kuat pasti sesuatu bakal terjadi di antara mereka berdua. Namun dia tahu, Arissa tidak berhak diperlakukan sebegitu rupa. Sabar!

            Apa yang aku dah buat ni? Ya Allah. Maafkan aku, Arissa!

Adrian mengelus rambutnya berkali-kali. Peluh menitis. Terbit rasa menyesal saat itu. Dia keletihan sehingga tidak ingat gadis itu sedang berada di biliknya. Dipandangnya Arissa Azzalea yang terduduk di atas lantai sambil membaluti tubuhnya dengan comforter yang dilemparkannya tadi. Gadis itu menangis!

“Apa yang you cuba buat tadi, Arissa? You sendiri cakap yang you belum bersedia untuk semua ni,” Adrian berdehem. Dia risau Arissa rasa kecewa dengan tindakan spontannya tadi. Arissa tidak membalas kata-kata Adrian sebaliknya menangis dengan lebih kuat. Serba salah Adrian dibuatnya saat itu.

            “You..! Janganlah nangis. Erkk. Okay. Okay. Kalau itu yang you mahu, okay. Jom. Bangun ye. Maafkan I  sebab menolak keinginan you tadi..”Pujuk Adrian. Difikirnya Arissa mahu bersamanya. Dia menarik lengan Arissa dengan lembut.

“You dah hilang akal ke Adrian!!”Teriak Arissa dengan marah sekali. Terkedu Adrian dibuatnya., Pemuda itu binggung. Macam mana Arissa boleh berada di atasnya dengan tiba-tiba? Mahu bermesraan dengannya kah? Tapi kenapa tiba-tiba teriak-teriak macam orang hilang akal pula?

            “What..?”

“You sengaja kan rancang semua ni?!” Bentak Arissa. Panas telinga Adrian dibuatnya. Sudahlah badan letih, Arissa pula dah macam orang gila menjerit-jerit tak tentu pasal. Sakit hati bertambah. Jari telunjuknya dituding tepat.

“Hey! Dengar ni okay! Sejahat-jahat I, I tak akan berniat jahat pada you. I  tak akan perangkap you untuk puaskan diri I! Even though kita sah suami isteri but still, I tak akan usik you! Satisfied? Uh! Unbelievable! Urggh!”Adrian seraya itu beredar dari bilik tersebut. Pintu dihempas kuat sehingga bergema sampai ke bawah.

            Sedu-sedan Arissa dibuatnya. Tiba-tiba Adrian menaikkan suaranya. Padahal si gadis merasakan itu bukan salahnya. Adrian yang entah datang dari mana tiba-tiba hinggap di katilnya Macam lalat. Dahlah kejut tak nak bangun, kemudian buat jatuh pula anak gadis itu. Ada ke patut Adrian fikir Arissa mahu berasmara dengannya? Memang tak logik. Gadis itu sudahlah tidak punya perasaan terhadapnya, tak kanlah mahu melakukan perbuatan yang tak diredhainya pula? Tak pasal-pasal Adrian cuci mata memandang  free show tubuh gebu miliknya. Arissa rasa malu yang amat. Bagaikan mahu koyak kulit mukanya. Selama ini dia mempertahankan maruah dirinya. Tak sangka hanya kerana beberapa saat Adrian meragutnya dengan mudah. Tak kisahlah suami isteri sekalipun. Adrian masih tidak berhak ke atasnya, fikir gadis tersebut. Air mata disekanya. Gadis itu bangun dan segera menuju ke arah almari pakaian sambil mulut terkumat-kamit memaki hamun Adrian.

            Adrian mencabut seluar dan kemejanya yang terbuka. Hanya tinggal sehelai boxer yang melekat di tubuhnya. Adrian masuk ke dalam tandas bilik tetamu yang kini sudah jadi penempatan tetapnya. Pemuda itu membasahkan wajahnya yang terasa panas. Rasa marah membara di hatinya saat itu. Ada ke patut Arissa menuduhnya sedemikian? Tak patut!

What on that girl mind? Duh! Who did she think I am? A pervert? Although body  dia memang cantik, aku tak ada lah merewang sampai nak buat benda macam tu. Tiba-tiba je naked atas badan aku masa aku sedar. Apa patut aku fikir selain tu?

Adrian memandang wajahnya yang keletihan di cermin. Matanya kuyu. Senyuman terukir sejenak. Kemudian pemuda tersebut ketawa kecil.

Arissa tu, mesti tu kali pertama ada lelaki tengok badan dia. Tu yang macam kena hysteria aku tengok. Alah. Aku ni pun bukan orang lain. Suami dia jugak kan? Halal untuk dia. Dia kena biasakan diri lah.

            Adrian kemudiannya mengesat wajahnya dengan tuala muka yang tersedia. Geli hatinya melihat Arissa yang panik macam sedang menaiki kapal terbang yang bakal terhempas dalam beberapa saat. Pemuda itu melangkah keluar namun tak sangka kakinya tergelincir lalu dia tersungkur. Terhentak pinggangnya.

“Aduuuuhh..! Sakit pinggang aku..!” Itulah! Mulut jahat lagi! Dah dapat balasan!


Kejora Cinta Adrian Part 21

            Philadelphia Cream Cheese seberat 200g ditangan diteliti Arissa. Dia bercadang mahu membuat  lemon cheese cake petang itu. Bahan-bahan semua sudah tersedia di dalam troli. Sesekali seronok juga pergi ke pasaraya membeli-belah barangan dapur. Pandangannya beralih ke arah seksyen buah-buahan yang berada tak jauh dari tempatnya berada. Dua blok Cream cheese dicapainya lalu diletakkan ke dalam troli. Segeranya dia menolak troli tersebut menghampiri longgokkan buah epal segar di situ.

Nak epal yang mana ye? Royal Gala ke? Fuji ke? Ataupun Granny Smith? Oh! Golden Delicious ni macam sedap je. Duh. Arissa. After all kan memang nama buah tu dah macam tu. Mestilah sedap. Nak nak makan sambil tengok tv.

            Dicapainya beberapa biji Golden Delicious lalu dimasukkan ke dalam plastik. Arissa berasa gembira melihat buah-buahan segar di situ. Rasa mahu beli setiap jenis buah yang ada di pasaraya tapi dia tahu dia cuma tinggal berdua engan Adrian. Mana mungkin beli banyak-banyak. Tak pasal-pasal membazir pula nanti!
Tiba-tiba bahunya disentuh oleh seseorang. Terkejut si gadis. Dia segera memaling untuk melihat siapa yang tanpa salam menegurnya. Bulat mata gadis apabila terpampang wajah seseorang yang sangat dikenalinya.

“Amani! Lama tak jumpa! Alahai! Rindunya! Kau apa khabar?” Soal Arissa kegirangan. Dia berpelukan dengan sahabat lamanya, Amani seblum mencium kedua belah pipi gadis seusia dengannya itu. Amani tersenyum lebar. Tak sangka terjumpa sahabatnya itu setelah setahun tidak mendengar khabar berita dari sahabatnya sejak tingkatan satu itu.     

            “Dengar cerita kau dah kahwin, Rissa. Sampai hati kau tak jemput aku kan? Ermm. Mana Ammar?” Soal Amani ingin tahu. Dipandangnya sekeliling. Tiada kelibat Ammar Wafi berdekatan. Di saat dia memandang wajah Arissa, ternyata riak gadis itu telah pun berubah.
“Eh kenapa muka monyok macam tu? Kau gaduh eh dengan dia?” Soal Amani sambil menggosok-gosok bahu Arissa. Arissa menggeleng.

            “Amani, aku nikah dengan lelaki lain. Bukan dengan Ammar.”

            “Kau biar betul? Kau nikah nikah dengan Adrian Zareth pujaan hati aku tu? Adrian yang kita selalu skype tu ke?” Soal Amani dengan bersungguh-sungguh. Arissa segera mengangguk. Tak sangka Arissa tidak berkahwin dengan Ammar sebaliknya dengan Adrian Zareth yang smoking hot tu.  Setahu dia, mereka hanya berkawan baik.

Arissa menyedut Frappuccino Caramel kegemarannya yang berada di tangan. Amani memandangnya dengan serius. Minuman di hadapan langsung tak bersentuh. Timbul sesuatu di fikiran gadis kecil molek itu. Arissa selalu buat prank terhadap gadis itu sejak sekolah lagi. Boleh percaya ke minah ni? Jangan-jangan dia nak kenakan aku lagi macam dulu-dulu. Haish! Tak puas hati ni!

“Macam mana kau boleh ambil Adrian kesayangan aku? Bukan ke kau bercinta dengan Ammar?” Amani dengan gaya seorang detektif. Sebelah matanya dikecilkan, mulut mungilnya dimuncungkan sambil jari bermain-main di dagu. Nak tergelak Arissa dibuatnya.

            “Eh kau bukan dah ada si Ashraff Omar tu ke?” Soal Arissa cuba mengubah topik. Dia tidak mahu membangkitkan cerita mengenai Ammar Wafi, kekasih lamanya yang ditinggalkan.

“Ashraff Omar mana pulak? Ouh! Ye tak ye. Buah hati pengarang jantung aku tu. Hei! Kau nak ubah topik ye? Kau nak mengelak soalan aku eh? Jawab dulu.”

           Arissa segera menyuap potongan blueberry cheese cake ke dalam mulut sahabatnya itu. Kedengaran telefon Amani berbunyi nyaring. Segera gadis itu mencapai telefonnya itu. Gadis itu melihat nama Syafiqah terpampang di situ. Lantas dijawab panggilan gadis tersebut. Arissa memandang gelagat sahabatnya itu. Macam-macam mimik muka ditunjukkan. Langsung tak berubah. Masih sengal seperti dahulu. Macam budak-budak jugak.

“Oh! Kau dah sampai? Bagus bagus. Bintang ada tak? Lagi bagus. Kitorang dekat Starbuck ni. Cepatlah. Ada cerita baik punya,” Amani. Beberapa saat kemudian dia menamatkan panggilan. Arissa mengangkat keningnya. Aik? Diorang nak datang? Apasal tak text aku pun? Wuu. Aku dipinggirkan buat sekelian kalinya.
  
          “Rissa. Fiqah dengan Bintang nak join kita. Okay tak?” Soal Amani.

           “Aku tak ada hal. The more the merrier. Lagipun dah lama tak keluar sama-sama ni,”Arissa tersengih. Dia menikmati makanan yang tersedia di hadapannya itu dngan penuh selera. Amani ketawa. Makan banyak-banyak pun tak gemuk. Beruntung sungguh kawan aku seorang ni!
  
          Kelihatan dua orang sahabatnya muncul sambil mengangkat tangan. Amboi. Melawa sakan. Macam orang nak pergi date pulak gayanya. Arissa dan Amani turut mengangkat tangan kepada mereka. Dari jauh dah nampak senyuman lebar gadis berdua itu. Macam iklan colgate pun ada!

“Yo! Lama tak jumpa! Hidup lagi kau ye?” Soal Amani kepada sahabatnya, Bintang. Nama glamour. Nama tak glamour Abby. Bintang dan Syafiqah saling bersalaman dengan sahabat yang sudah lama tak jumpa itu.

“Kalau aku dah mati tak adalah depan mata kau ni, Amani. Mulut jangan masin. Aku ni dah lah tak kahwin lagi,”Bintang menyiku Amani yang jauh kecil daripadanya. Syafiqah ketawa kecil. Dia duduk di di kerusi bersebelahan dengan Arissa manakala Bintang, bersebelahan dengan Amani.

            “Cakap pasal kahwin, ni kawan kita sorang ni dah kahwin dah. Tak ajak kita pun,”Amani membuka topik. Arissa memegang kepalanya. Aiseyman! Dah tak boleh nak elak dah ni! Matilah aku.

Terkejut dua sahabatnya yang baru sampai itu.

“Amboi! Kawan ke macam ni. Kahwin senyap-senyap tak bagitahu. Sampai hati kau kan, Rissa. Yang Ammar tu pun satu. Haram tak jemput. Hari tu aku jumpa dia tak mention apa-apa pun?” Syafiqah bersuara. Dia memandang muka Arissa yang sudah lain macam. Arissa mengeluh. Tak sangka dia akan mengucapkan ayat yang sama buat sekali lagi.

“Amani, Fiqah, Bintang. Aku nikah dengan lelaki lain. Bukan dengan Ammar.”

           “What??” Terkejut Syafiqah dan Bintang dibuatnya. Haish dulu bukan main bercinta dengan Ammar. Tiba-tiba kahwin dengan orang lain. Apa dah jadi ni? Sungguh musykil. Kena tanya ni!

           “Nah tengok sendiri gambar kahwin aku ni kau korang tak percaya,” Arissa menghulurkan Blackberrynya ke tangan Bintang. Gambar-gambar perkahwinan diteliti satu persatu. Terkedu ketiga-tiga sahabatnya itu.

“Ini bukan kau punya gay boyfriend, si Adrian tu ke?” Soal Bintang musykil. Arissa menggaru kepalanya yang tidak gatal itu sebelum mengangguk.

“Habis tu si Ammar tu macam mana?” Soal Amani.

“Aku clash dengan dia.”
  
          “Sebab apa? Sebab kau curang eh?”Syafiqah pula menambah perisa.

“Sebab tak boleh nak go on. Kenapa tiba-tiba aku rasa macam korang attack aku je ni?” Soal Arissa. Dia menyedut minuman. Dia memandang ketiga-tiga sahabatnya yang tidak sabar mendengar penjelasannya.
Seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan dua gadis itu. Kacak orangnya. Akheer nama yang tertera di name card jejaka tinggi lampai itu.

            “Can I take your order, ladies?” Soalnya penuh sopan. Dahlah kacak, sopan pula tu. Mata Syafiqah tak berkelip dari memandang pemuda itu. Amani perasan dengan kelakuan sahabatnya yang manis itu lalu segera dia menepuk bahu gadis tersebut. Terkejut sebentar gadis itu. Syafiqah tersenyum. Bintang membelek menu yang baru dihulurkan padanya. Entah apa aku nak minum ni. Panas!

“One Java Chip Frappuccino. Fiqah kau pulak?” Soal Bintang kepada Syafiqah selepas memesan minuman. Syafiqah tersenyum malu. Kacak pulak mamat ni!

“Double Chocolaty Chip Frappuccino.”

Setelah selesai memesan, pelayan tersebut beredar. Gadis-gadis itu saling berpandangan. Menyambung kembali perbualan sudah terhenti setengah jalan. “Actually kitorang tak kisah kau kahwin dengan siapa pun. Janji kau bahagia. Tak gitu kawan-kawan?”Soal Amani. Kedua-dua Bintang dan Syafiqah mengangguk. Arissa tersenyum hambar. Bahagiakah aku?

           “Thanks babes. I appreciate it so much.”

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star