I love
you, Ryan. I love you, Ryan. I love you Ryan. Kata-kata
itu asyik berlegar-legar di dalam ruang pemikiran lelaki itu. Senyuman manis
tak lekang daripada terus terukir di hujung bibir Adrian. Benarkah itu
kata-kata yang tulus dari hati si jelita? Itu adalah kali pertama perkataan itu
terpacul dari mulutnya.
Ah.. Bahagianya. Aku tak sangka akhirnya Arissa ucapkan juga kata
cinta itu!
Adrian
memandang skrin laptopnya. Slaid demi
slaid gambar si isteri bersilih ganti. Ditarik nafas panjang. Sehari di Milan
dirasakan seperti sebulan. Nak habiskan enam belas hari di sana mungkin terasa
seperti sepanjang hayat merindui Arissa. Ah! Terseksanya. Jika boleh dia mahu
pulang malam ini juga, mahu mendapatkan cinta hatinya yang berada nun di
Malaysia sana.
Matanya beralih pula ke arah telefon bimbit
yang dipegangnya sejak tadi. Jam sudah menunjukkan tujuh malam waktu tempatan.
Agak-agaknya di Malaysia sudah melepasi tengah malam. Adrian teringin benar
mahu mendengar suara merdu si pencinta namun mungkin waktu ini si gadis sudah
lena dibuai mimpi. Hati sudah menjerit-jerit kerinduan. Adrian nekad. Dia mahu
menghubungi isterinya. Jika panggilan tidak berjawab makan sudah tidurlah
Arissa dan jika berjawab makan rindunya mungkin dapat diubati walaupun cuma
sedikit sahaja.
Tutt tutt.. Nada di talian
kedengaran. Terasa serba salah pula menganggu si isteri lewat malam sebegitu.
“Hello?” Pada nada ketiga, panggilannya
berjawab. Adrian lantas tersenyum lebar, hatinya berbunga-bunga.
“Sayang. Sorry ganggu you lewat malam macam ni..” Ujar Adrian lembut.
“Tak. Tak
apa. Lagipun I tak tidur lagi.”
“Kenapa you tak tidur lagi? You tak sihat ke sayang?” Risau Adrian.
Terdengar
ketawa kecil isterinya di hujung talian.
“Emm.
Kalau I tidur macam mana I nak dengar kalau tiba-tiba you call I?” Manja!
Adrian tersenyum sendiri mendengar
kata-kata dari sang isteri. Bahagia.
Tak sangka Arissa tunggu aku call dia. Mungkinkah dia turut
rindukan aku sepertimana aku rindukan dia?
“Sayang,
macam mana hari ni? You sihat?”
Adrian lembut. Pemuda tersebut berjalan menuju balkoni hotelnya, melihat
pemandangan malam yang mula disimbahi cahaya lampu Bandar Milan. Cantik.
Alangkah bagusnya jika Arissa ada bersamanya saat itu.
“Sihat. You?”
“Tak.”
“Why? Sejuk sangat ke dekat sana?”
“Taklah. I demam.”
“Demam?
Teruk ke?”
“Yup,”
“Risaunya.”
“I demam rindu dekat youlah sayang,” Manja Adrian.
Arissa
rasa malu-malu dibuatnya saat itu.
“Mengada.
Okaylah. I dah mengantuk ni. I nak tidur,”
Adrian
tertawa kecil. Malulah tu..
“Okaylah. I love you. Miss you. Tunggu I balik tahu. Jangan nakal-nakal,”
Nasihat Adrian.
“Yes boss! Take care okay? Bye..”
Kemudian talian diputuskan. Adrian
tersenyum. Dia menghirup udara sejuk sedalam-dalamnya. Lega hatinya dapat
mendengar suara merdu sang isteri.
***
“Aku kena cari jalan pisahkan
diaorang, tak kira macam mana pun! Aku tak akan biarkan Adrian bahagia setelah
dia musnahkan hidup aku!” Ammar Wafi mengelus rambutnya berkali-kali. Jam sudah
menunjukkan tiga pagi namun matanya langsung tak dapat lelap. Pemuda itu
mundar-madir di ruang tamu. Sudah hampir sekotak rokok habis dihisapnya. Akal
jahatnya ligat memikirkan idea untuk memisahkan Adrian dan Arissa. Dahulu dia
ingat dia dapat hidup tanpa bayangan gadis itu namun ternyata sangkaannya salah
sekali. Tiap kali dia melihat muka bahagia Adrian, dia rasa benci, meluat
sekali. Kini dia tidak kisah lagi mengenai perasaan lelaki tersebut. Apa yang
dia tahu, dia rela mementingkan diri demi dendamnya terhadap sahabat baik yang
dianggap musuh tersebut.
Aku akan rebut dia, tak kisahlah sekeji manapun caranya janji aku
dapat miliki gadis yang aku cinta. Aku akan jadi lelaki pertama Arissa. Bukan
kau!
Pemuda yang dirasuk iblis itu segera
mendapatkan komputer ribanya yang sedia terpasang di atas meja kopi. Dia
melayari internet, mencari sesuatu yang membolehkan rancangan jahatnya tercapai
dengan lebih cepat.
Senyuman
keji terpapar di hujung bibir. Ya. Dia sudah pemperoleh idea untuk mendapatkan
gadis itu sekaligus menghancurkan kepercayaan Adrian terhadap isterinya.
Susuatu yang tidak mungkin seorang manusia normal sanggup lakukan. Ammar tidak
kisah asalkan hajatnya tercapai. Dia akan dapat Arissa dan Adrian akan musnah
di tangannya.
You will regret. Just wait and see.
Pemuda
keji itu tergelak besar. Dia pasti rancangannya bakal berhasil.
Entah
sejak bila dia menjadi begitu kejam. Setelah hatinya dirobek dengan kejutan
perkahwinan sahabat baik dengan bekas teman wanitanya, Ammar tidak senang
duduk, apatah lagi mahu merestui hubungan yang terhasil dari setiap inci luka
di hatinya. Dia mahu Adrian dan Arissa merasa setiap setiap perasaan sakit yang
diharunginya dalam tempoh setengah tahun ini. Dia tak akan puas selagi tidak
menjahanamkan hidup sahabat yang dianggapnya perosak hidup. Selagi dia masih hidup
dia tetap akan membalas dendam.
***
Datin Zaraa melihat wajah pucat anak
perempuannya itu. Arissa tersenyum. Minuman oat panas yang terhidang di mug
pada tangannya diteguk perlahan. Si ibu meletakkan sepinggan roti bakar di
hadapan Arissa.
“Makanlah,”
Ujar Datin Zaraa.
“Tak
maulah mama. Tak ada selera,” Ringkas Arissa.
“Kenapa
muka pucat ni? Tak sihat ke?”
Arissa
menggeleng. Si ibu mengeluh.
Biasa anak aku ni banyak mulut. Kenapa sekarang diam semacam je?
Berahsia-rahsia pulak!
“Arissa, boleh
mama tanya sesuatu tak?” Si ibu mendekati anaknya lalu ditarik jari jemari
tangan kanan yang dahulunya kecil mulus. Arissa meletakkan mug di atas meja.
Dia mengelus rambutnya dengan tangan kiri lalu dipandangnya si ibu.
“Ada apa
mama?”
“Hubungan
Rissa dengan Ryan macam mana? Mama perhatikan yang Rissa dengan Ryan tak mesra
macam suami isteri yang lain,”Kata Datin Zaraa. Tekejut Arissa saat itu.
Matanya lantas menghadap ke lantai.
“Apa yang
mama try nak cakap ni? Rissa dengan
Ryan okay aje. Tak ada masalah pun.” Ketara
sangat ke kejanggalan kami berdua?
“Rissa, jangan tipu mama. Selepas wedding tu, mama perhatikan sikap kamu
berdua. Serious mama tak rasa yang
Rissa ni cintakan Ryan. Boleh tak kalau Rissa berterus-terang je dengan mama
sekarang?” Si ibu kelihatannya sudah pandai meneka apa yang tersirat di hati
Arissa. Arissa lantas menggeleng.