Kejora Cinta Adrian Part 20

“Hai pengantin baru. Amboi berseri-seri muka macam baru jadi jutawan segera!”Usik Farhan kepada bosnya yang baru sahaja tiba di perkarangan pejabatnya. Adrian Zareth segera memegang wajahnya. Dia segera menghampiri cermin bersebelahan dengannya. Yeke? Uish! Tak kahwin pun memang dah semula jadi kot muka aku ni berseri-seri lah.

“Ada-ada jelah kau ni, Farhan. Tiba-tiba je tegur aku. Terkejut aku dibuatnya. Sekurang-kurangnya bagilah salam dulu ke apa ke. Nasib baik tak kena heart attack aku ni,” Adrian masih memandang cermin sambil membetulkan ikatan tali lehernya yang berjenama itu. Farhan ketawa.

            “Oops! Sorry boss! Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, bos!”

“Haa. Macam tu lah. Waalaikumussalam!”Jawab Adrian.

Pemuda itu lantas menuju ke arah mejanya. Beg berisi laptop diletakkan di atasnya. Pemuda itu duduk di atas kerusi empuknya lalu bergaya seperti seorang bos. Nampak bergaya dengan penampilannya yang sentiasa mengikuti trend terkini. Farhan membontoti langkah bosnya itu. Dia berdiri di hadapan meja pemuda itu sambil tersengih. Adrian tidak dapat menahan gelaknya apabila riak farhan kelihatan sungguh lucu. Kau ni datang dari sarkas ke apa?

            “Apa hal dengan kau ni tersengih-sengih macam kerang busuk? Nak kipas aku nak mintak naik gaji lah tu. No way..!”Adrian menggoyangkan jari telunjuknya ke kiri dan kanan. Farhan segera menggeleng. Bukan itu tujuan utamanya.

“Macam mana honeymoon bos? Syok?”

“Eh sibuklah kau ni. Pergi buat kerjalah. Apa tanya soalan macam tu pulak dekat aku. Haish,”rungut Adrian.

“Alah bos ni. Masa bos susah bos asyik cari saya. Dah senang bos terus lupa saya. Macam ni lah bos kan? Takpe lah. Saya pergi buat kerja dulu,” dengan nada merajuk Farhan beredar perlahan. Dia kecil hati dengan bosnya yang dahulu sering menjadikannya tempat meluahkan perasaan dan kini tidak lagi.

“Okaylah, okaylah. Ke sini kau, Farhan! Buruk sangat jantan merajuk..!”

            Farhan lantas tersengih. Kali ini lebih daripada kerang busuk buruknya. Dia segera mendapatkan bosnya itu. Dia duduk di atas kerusi berhadapan dengan Adrian Zareth, anak kepada presiden syarikat itu.

“Macam mana dengan wife bos? Okay tak?” Soal pemuda yang berusia dua puluh satu tahun tersebut. Sebelum ini dia sering menjadi pendengar setia sewaktu Adrian tidak rela berkahwin dengan Arissa. Kini pastinya dia tidak akan melepaskan peluang untuk menjadi pendengar setia setelah pemuda itu menikahi gadis berkenaan. Mesti cerita menarik ni! Silap-silap kalah telenovela!

“Okaylah. Apa pulak yang tak okay nya?

“Yelah. Berdasarkan kata-kata bos hari tu macam tak okay je?”

“Yela yela. Aku terus-terang. Kami kawan je..”

Farhan tiba-tiba menepuk meja bosnya itu dengan telapak tangan. Kuat pulak tu bunyinya. Tak sakit ke tangan tepuk pada meja pejal sedemikian? Kayu jati tu. Adrian tersentak dek perbuatan spontan pekerjanya itu. Pemuda itu mengurut dadanya yang berdegup kencang seperti baru lepas kejar LRT.

“Kau apa hal? Terkejut aku!”

“Bos ni biar betik? Tak dibuat orang bini dijadikan kawan. Err. Maksud saya bos, bini dilayan macam kawan. Bini tu bini lah. Bukan kawan. Haish apa jenis kawin lah bos ni saya pun tak fahamlah,” Ngomel Farhan. Dia menggarukan kepalanya.

“Sebab itulah aku malas cakap pada kau. Kau bukan faham.”

“Bos ni banyak sangat tengok drama sinetron ni bos.”

“Sinetron hotak kau! Oh! Kau dah pandai kenakan aku sekarang? Nak kena potong gaji ke apa?” Adrian bengang. Kurang asam!

“Mana ada bos. Chilllah bos. Personal is personal. Work is work. Jangan sebab hal ni gaji saya kena potong? Bos sendiri tahu saya ni bukan orang senang bos,” pandai pula pemuda ini bermadah kata! Tadi bukan main lancar lagi dia mengata bosnya itu. Baru di gertak sedikit sudah menggelabah.

            “Kau ni macam-macam kau cakap kan? Itulah inilah. Padahal kau sendiri belum berumahtangga kan? Hah! Bila nak kahwin nya?”Giliran Adrian pula mengusiknya. Farhan segera menggeleng. Dia bangun dari kerusi dan mundar-mandir di hadapan pemuda tersebut. Ibu jari dan jari telunjuknya mengusap janggut sejemputnya sambil mulut muncung ke hadapan bak burung belatuk. Adrian memerhatikan gelagat anak buahnya yang bermulut riuh itu dengan pandangan hairan. Naik pening melihatnya ke hulu dan ke hilir.

“Bos. Biar saya bagitahu bos satu benda ni,” Farhan memulakan kata-kata.

“Apa dia?” Dijelingnya Farhan, tak kuasa nak melayan.

“Bos sendiri tahu, saya ni baru je kerja dekat company bos ni tak sampai enam bulan pun lagi kan?”

“Habis tu?”

            “Saya nak makan pun cukup tak cukup je, bos. Rumah sewa lagi, nak bagi duit dekat mak dan adik-adik kat kampung lagi. Moto kapcai saya yang dekat bawah tu pun tak habis bayar lagi bos tahu tak? Macam mana saya nak kawin kalau macam tu? Tak ke nanti isteri saya makan pasir minum air paip hari-hari? Ish bos ni cuba lah faham keadaan saya. Bos lainlah. Bos ada semuanya,”Panjang lebar Farhan berceloteh. Dia sesekali menjeling bosnya yang berlagak macho itu. Adrian memeluk tubuhnya yang dibaluti kot hitam yang elegan.

“Banyak betul alasan kau kan, Farhan?” Pemuda yang merupakan eksekutif syarikat perkapalan tersohor itu berkata-kata lagi.

“Bos ni selalu kan cakap macam tu pada saya. Apa kata bos naikkan gaji saya. So cepatlah saya kahwin. Amacam? Okay tak bos?”

            Adrian enggan melayan kerenah Farhan lagi. Dicapainya beg yang tersedia di atas meja lalu dikeluarkan MacBook Pro miliknya. Di ‘on’ kan gadjet kesayangannya itu. Beberapa saat selepas dimasukkan password, tertera wallpaper gambar Arissa Azzalea di skrin. Tersentap sebentar Adrian. Dia mengetap bibir. Eh bila pulak aku letakkan gambar dia ni dekat wallpaper?

            “Kenapa bos?” Soal Farhan sebaik sahaja riak wajah Adrian berubah. Adrian segera menggeleng. Dia berdehem berkali-kali. Tiba-tiba kedengaran pintu kaca pejabatnya diketuk seseorang. Kelihatan setiausahanya berada di luar. Pemuda itu menyuruh gadis yang mengenakan skirt paras lutut itu masuk. Farhan memerhatikan gadis berambut perang itu. Amboi! Makin lama makin seksi. Ni nak kerja ke nak mengorat bos?

“Encik Adrian. Pagi ni Encik Adrian kena pergi ke tapak untuk survey projek dekat Klang. Petang ni pukul dua, after lunch Encik Adrian ada meeting dengan supplier dekat Hilton. Lepas tu dalam pukul empat ada meeting mengejut. Presiden nak Encik Adrian bentangkan proposal yang dia suruh buat sebulan lepas dalam meeting tersebut,” Ujar gadis lewat 20-an tersebut kepada bosnya. Ipad 2 di tangan dilihatnya terperinci agar jadual Adrian pada hari itu tidak tersilap. Adrian mengangguk tanda faham. Dia mengeluh sendirian. Lepas cuti kerja pun datang macam nak mati. Haish. Balik rumah nanti terus pengsanlah aku macam ni.

            “Ada apa-apa lagi?”Soal dengan nada serius.

“Oh ya! Albert Stinson dari Densan ada call. Dia cakap dia nak buat appointment dengan Encik Adrian. Nak bincangkan pasal tender. Dia mintak Encik Adrian call dia semula untuk  confirmkan tarikh dan masa,”Gadis bernama Juwita itu teringat akan panggilan yang diperolehinya seawal pagi tadi. Adrian mengangguk buat sekelian kalinya. Farhan turut mengangguk.

“Okay. Nanti saya call dia. Kalau tak ada apa-apa lagi, awak boleh keluar.”

            Adrian memandang setiausahanya yang berkaliber itu keluar dari ruang ekslusifnya itu. Farhan ditenungnya beberapa saat. Tertelan air liur pemuda tersebut apabila pandangan tajam Adrian itu menusuk ke arahnya.

“Look at the clock now. Dah pukul sembilan kan? Why not kau pergi kat meja kau buat kerja yang kau patut buat. Apa-apa hal nanti aku panggil kau semula. Kalau kau buat kerja sungguh-sungguh, aku akan pertimbangkan untuk bagi insentif pada kau or maybe naikkan gaji kau tu. Now go. Aku nak siap-siap. Kejab lagi nak turun kat site pulak,”Adrian dengan sungguh profesional. Senyuman lebar tertera di wajah Farhan. Yes! Kena buat kerja betul-betul ni! Thanks you boss!


0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star