Kejora Cinta Adrian Part 19

“Seronok tak honeymoon?” Riuh rendah Datin Julia ketika mendapat panggilan daripada anak tunggalnya, Adrian Zareth. Dato’ Zulkarnain tersenyum melihat keletah isterinya. Seronok benar bila dah ada menantu ni. Lelaki berusia awal lima puluhan itu menghirup teh o panas yang dihidangkan wanita itu tadi. Sedap. Pandai wanita itu membacuh. Tak terlalu manis dan tak terlalu tawar, bersesuaian dengan seleranya. Manis sangat nanti kena kencing manis pula. Aku ni sudah tua, senang sangat diserang penyakit.

“Apa? Kamu berdua tak pergi Melaka? Habis tu pergi mana? Langkawi? Seronoklah macam tu..! Stay dekat mana? Best tak? The Danna Langkawi? Amboi! Ini baru betul-betul honeymoon,”Gembira sungguh ibu kepada anak lelaki Dato’ Zulkarnain berceloteh. Sekejab-sekejab gelak. Entah apa yang dibualnya dengan Adrian. Sesekali wanita itu mengerling suaminya yang sedang berselera menjamu tekak dengan kek pisang buatannya.

“Maybe Ryan balik esok. Mummy nak apa-apa tak? Ryan belikan.”

“Ikut Ryan lah. Mummy  tak kisah. Asalkan Ryan dan menantu mummy balik dengan selamat. Itu aje yang mummy minta. Nak cakap dengan daddy?”

            Dato’ Zulkarnain yang berada di situ segera menggelengkan kepala. Dia tidak mahu menganggu anaknya yang sedang berseronok itu. Bukan apa. Kalau sekali dapat berborak dengan Adrian pastinya payah nak berhenti. Ada sahaja topik untuk dibualkan bersama. Biasalah. Adrian seorang sahajalah anaknya. Padanya sahajalah tempat mengadu nasib dan berceloteh.

“Kirim salam aje dekat Adrian. Kata dekat dia jaga Arissa tu elok-elok.” Perlahan si bapa menyampaikan pesanan. Si isteri tergelak kecil sebelum menyampaikan pesanan si suami kepada anaknya. Adrian mengiakan kata si bapa. Dia pasti akan menjaga isterinya baik-baik. Beberapa saat kemudian, Datin Julia meletakkan gagang telefon setelah selesai berceloteh dengan anak lelakinya itu. Wanita empat puluhan itu menghampiri suaminya yang ralit memandangnya sejak tadi.

            “Bukan main seronok mummy berborak dengan Ryan. Apa katanya?” Si bapa mula bertanya. Dia menghulurkan secawan teh o yang baru dituangnya kepada si isteri. Datin Julia menyambut cawan yang dihulurkan itu lalu mula bercerita.

“Diorang dah tukar haluan. Tak jadi nak pergi Melaka pulak. Pergi Langkawi. Daddy pun tahu kan, Adrian tu gilakan pantai. Kalau boleh semua pantai yang ada dekat Malaysia ni dia nak pergi,” sambil tangan mencapai sekeping roti putih. Dihulurkan pada si suami. “Tak nak lah. Tawar sangat.”

            “Alhamdulillah. Bahagia anak kita berdua tu kan, daddy? Mummy mula-mula ingat Adrian dengan Arissa tu macam tak rela je nak kahwin. Ingat tak masa majlis perkahwinan hari tu. Muka macam nak marah je. Macam tak rela kahwin.”

Terbatuk kecil Dato’ Zulkarnain. Ada-ada je isterinya ini.

“Kalau diorang tak rela, tak kan nya nak pergi honeymoon segala ni. Dah sampai masa untuk Adrian jadi seorang lelaki. Biarlah dia rasa macam mana nak jadi pemimpin keluarga. Dah tak ada dah Adrian yang dulu tu.”

            “Kalau kita ingat-ingat baliklah, Adrian dulu tak macam ni. Banyak diam je. Jarang sangat nak bercakap dengan kita kan? Kalau cakap pun dengan daddy je. Sekarang, lepas balik Malaysia nampak perubahan Adrian. Nampak dia happy sikit. Eh tak sikitlah. Banyak. Mummy rasa lega..”

“Iyalah. Sekarang kita boleh nampak lah yang dia bahagia. Tak gitu, sayang?” Usik si suami. Dia mencuit bahu isterinya yang cantik. Wanita berdarah Spanish itu kelihatan anggun dengan jubah putih bertatahkan manik mutiara. Tak hairanlah jika anaknya itu mewarisi paras rupanya yang menawan itu.

            “Kenapa daddy pandang mummy macam tu?”

“Dah hampir dua puluh lima tahun kita kahwin tapi mummy masih cantik macam dulu. Beruntung daddy dapat isteri secantik mummy. Bila Adrian dah tak ada ni rasa macam muda balik daddy ni. Lain kali kita pergi honeymoon nak?”

*    *    *

            “Waaaahh… Besarnya eagle ni. Agak–agak youlah kalau eagle ni hidup and I bagi dia makan you, dia nak makan tak?”Soal Arissa berjenaka. Adrian disebelahnya menjeling. Haha.. Funny.

“Daripada dia makan I  lebih baik dia makan you..!” Balasnya selamba.

“Kenapa pulak?”

“Sebab you montok. Tu eagle jantan tahu?” Seloroh Adrian. Gotcha!

Arissa menjelirkan lidahnya. Dia kemudian mengeluarkan Nikon Coolpix P500 miliknya yang berwarna merah. Adrian mengeluarkan topi. Panas sungguh cuaca hari itu. Kini, mereka berada berdekatan Jeti Kuah, menyaksikan statue burung helang setinggi dua belas meter.

“Nah, snap picture I dengan eagle ni..! Snap canti-cantik okay!” Arissa menghulurkan kamera DSLR tersebut ke tangan Adrian. Adrian tergelak melihat telatah gadis yang masih berjalan terhincut-hincut itu. Bukan main gembira lagi dapat melancong! Hari tu bukan main tak nak lagi!

            Adrian mengambil beberapa keping gambar gadis tersebut. Di atas bukan main bergaya. Di bawah? Kelakar! Gambar penuh di elakkan kerana ternampak bandage yang terbalut di kaki. Spoil  aje.

“Jom tangkap gambar berdua!” Ajak Arissa.

“Nak buat apa tangkap gambar? Bukan dia lari pun.”

“Poyolah you  ni!”

“Siapa nak snap kan kalau dua-dua nak masuk dalam gambar ni?”

“Tu tu..! You pergilah cakap kat bro tu. Mintak dia snap..!”

“Cakaplah sendiri!”

 “You  ni tak gentleman langsung! Macam sotong! Dahlah! Bak sini kamera I!” Arissa merampas kamera di tangan pemuda tersebut. Adrian berdehem. Arissa menghampiri warga asing yang berada berdekatan. Arissa tersenyum kepada pelancong lelaki tersebut. Kacak jugak mamat ni.

Tiba-tiba kamera bertukar tangan. Terkejut Arissa saat itu. Adrian segera menuju ke arah lelaki tersebut. Tak jantanlah kalau aku suruh bini aku kan? Arissa tersengih macam kerang busuk. Kesian tengok aku jalan hincut-hincutlah tu!

            “Good afternoon, Mr. Can I ask for your favour? Can you take few picture for us? My wife is dying to take picture of both of us in front of that statue.”

“Oh sure. Why not?” Lelaki asing berusia lingkungan dua puluhan

“Well thanks.” Adrian tersenyum. Bukan susah pun nak mintak tolong, sengaja je aku mahu menyusahkan kau, Arissa. Nak tengok macam mana kau handle temper kau tu.

 Adrian segera mencari posisi untuk gambar percutiannya itu. Gambar yang bakal ditunjukkan kepada mummynya haruslah nampak cantik. Dia haruslah nampak mesra dengan ‘isteri tercinta’nya itu, biar tiada siapa yang menaruh syak wasangka. Dia menarik Arissa untuk berdiri bersebelahan dengannya. Rapat. Arissa senyum lebar, memaparkan giginya yang putih itu sambil tangannya menunjukkan isyarat ‘peace’. Ternyata gadis itu memang semulajadi comel.  Adrian memegang pinggang si gadis bagi menunjukkan keintiman mereka berdua.

“Perlu ke peluk pinggang I?” Gerutu Arissa. Adrian mengangguk sambil tersenyum lebar.

“Harus. Nanti kan mummy I nak tengok gambar kita. Haruslah mesra dan manja. Say cheese..!”

Pelbagai pose dilakukan Adrian dan Arissa. Mulanya nak suruh bro tu snap beberapa keping aje. Last-last dalam tak sedar dah hampir dekat dua puluh keeping bro tu snap. Nasib baiklah takde mintak upah, iyelah kan photographer  tak bertauliah pulak tiba-tiba. Sporting pulak pelancong ni! Bagus!


0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star