Kejora Cinta Adrian Part 49


I love you, Ryan. I love you, Ryan. I love you Ryan. Kata-kata itu asyik berlegar-legar di dalam ruang pemikiran lelaki itu. Senyuman manis tak lekang daripada terus terukir di hujung bibir Adrian. Benarkah itu kata-kata yang tulus dari hati si jelita? Itu adalah kali pertama perkataan itu terpacul dari mulutnya.

Ah.. Bahagianya. Aku tak sangka akhirnya Arissa ucapkan juga kata cinta itu! 

Adrian memandang skrin laptopnya. Slaid demi slaid gambar si isteri bersilih ganti. Ditarik nafas panjang. Sehari di Milan dirasakan seperti sebulan. Nak habiskan enam belas hari di sana mungkin terasa seperti sepanjang hayat merindui Arissa. Ah! Terseksanya. Jika boleh dia mahu pulang malam ini juga, mahu mendapatkan cinta hatinya yang berada nun di Malaysia sana.

             Matanya beralih pula ke arah telefon bimbit yang dipegangnya sejak tadi. Jam sudah menunjukkan tujuh malam waktu tempatan. Agak-agaknya di Malaysia sudah melepasi tengah malam. Adrian teringin benar mahu mendengar suara merdu si pencinta namun mungkin waktu ini si gadis sudah lena dibuai mimpi. Hati sudah menjerit-jerit kerinduan. Adrian nekad. Dia mahu menghubungi isterinya. Jika panggilan tidak berjawab makan sudah tidurlah Arissa dan jika berjawab makan rindunya mungkin dapat diubati walaupun cuma sedikit sahaja. 

            Tutt tutt.. Nada di talian kedengaran. Terasa serba salah pula menganggu si isteri lewat malam sebegitu.

“Hello?” Pada nada ketiga, panggilannya berjawab. Adrian lantas tersenyum lebar, hatinya berbunga-bunga.

“Sayang. Sorry ganggu you lewat malam macam ni..” Ujar Adrian lembut.
“Tak. Tak apa. Lagipun I tak tidur lagi.”

“Kenapa you tak tidur lagi? You tak sihat ke sayang?” Risau Adrian.

Terdengar ketawa kecil isterinya di hujung talian.

“Emm. Kalau I tidur macam mana I nak dengar kalau tiba-tiba you call I?” Manja!

            Adrian tersenyum sendiri mendengar kata-kata dari sang isteri. Bahagia.

Tak sangka Arissa tunggu aku call dia. Mungkinkah dia turut rindukan aku sepertimana aku rindukan dia?

“Sayang, macam mana hari ni? You sihat?” Adrian lembut. Pemuda tersebut berjalan menuju balkoni hotelnya, melihat pemandangan malam yang mula disimbahi cahaya lampu Bandar Milan. Cantik. Alangkah bagusnya jika Arissa ada bersamanya saat itu. 

“Sihat. You?”

“Tak.”

Why? Sejuk sangat ke dekat sana?”

“Taklah. I demam.”

“Demam? Teruk ke?”

“Yup,”

“Risaunya.”

I demam rindu dekat youlah sayang,” Manja Adrian.

Arissa rasa malu-malu dibuatnya saat itu.

“Mengada. Okaylah. I dah mengantuk ni. I nak tidur,”

Adrian tertawa kecil. Malulah tu..

“Okaylah. I love you. Miss you. Tunggu I balik tahu. Jangan nakal-nakal,” Nasihat Adrian. 

“Yes boss! Take care okay? Bye..” Kemudian talian diputuskan.  Adrian tersenyum. Dia menghirup udara sejuk sedalam-dalamnya. Lega hatinya dapat mendengar suara merdu sang isteri.

***
            “Aku kena cari jalan pisahkan diaorang, tak kira macam mana pun! Aku tak akan biarkan Adrian bahagia setelah dia musnahkan hidup aku!” Ammar Wafi mengelus rambutnya berkali-kali. Jam sudah menunjukkan tiga pagi namun matanya langsung tak dapat lelap. Pemuda itu mundar-madir di ruang tamu. Sudah hampir sekotak rokok habis dihisapnya. Akal jahatnya ligat memikirkan idea untuk memisahkan Adrian dan Arissa. Dahulu dia ingat dia dapat hidup tanpa bayangan gadis itu namun ternyata sangkaannya salah sekali. Tiap kali dia melihat muka bahagia Adrian, dia rasa benci, meluat sekali. Kini dia tidak kisah lagi mengenai perasaan lelaki tersebut. Apa yang dia tahu, dia rela mementingkan diri demi dendamnya terhadap sahabat baik yang dianggap musuh tersebut.

Aku akan rebut dia, tak kisahlah sekeji manapun caranya janji aku dapat miliki gadis yang aku cinta. Aku akan jadi lelaki pertama Arissa. Bukan kau!

            Pemuda yang dirasuk iblis itu segera mendapatkan komputer ribanya yang sedia terpasang di atas meja kopi. Dia melayari internet, mencari sesuatu yang membolehkan rancangan jahatnya tercapai dengan lebih cepat.

Senyuman keji terpapar di hujung bibir. Ya. Dia sudah pemperoleh idea untuk mendapatkan gadis itu sekaligus menghancurkan kepercayaan Adrian terhadap isterinya. Susuatu yang tidak mungkin seorang manusia normal sanggup lakukan. Ammar tidak kisah asalkan hajatnya tercapai. Dia akan dapat Arissa dan Adrian akan musnah di tangannya.

You will regret. Just wait and see.

Pemuda keji itu tergelak besar. Dia pasti rancangannya bakal berhasil. 

Entah sejak bila dia menjadi begitu kejam. Setelah hatinya dirobek dengan kejutan perkahwinan sahabat baik dengan bekas teman wanitanya, Ammar tidak senang duduk, apatah lagi mahu merestui hubungan yang terhasil dari setiap inci luka di hatinya. Dia mahu Adrian dan Arissa merasa setiap setiap perasaan sakit yang diharunginya dalam tempoh setengah tahun ini. Dia tak akan puas selagi tidak menjahanamkan hidup sahabat yang dianggapnya perosak hidup. Selagi dia masih hidup dia tetap akan membalas dendam.

***
            Datin Zaraa melihat wajah pucat anak perempuannya itu. Arissa tersenyum. Minuman oat panas yang terhidang di mug pada tangannya diteguk perlahan. Si ibu meletakkan sepinggan roti bakar di hadapan Arissa. 

“Makanlah,” Ujar Datin Zaraa.

“Tak maulah mama. Tak ada selera,” Ringkas Arissa. 

“Kenapa muka pucat ni? Tak sihat ke?”

Arissa menggeleng. Si ibu mengeluh. 

Biasa anak aku ni banyak mulut. Kenapa sekarang diam semacam je? Berahsia-rahsia pulak! 

“Arissa, boleh mama tanya sesuatu tak?” Si ibu mendekati anaknya lalu ditarik jari jemari tangan kanan yang dahulunya kecil mulus. Arissa meletakkan mug di atas meja. Dia mengelus rambutnya dengan tangan kiri lalu dipandangnya si ibu.

“Ada apa mama?”

“Hubungan Rissa dengan Ryan macam mana? Mama perhatikan yang Rissa dengan Ryan tak mesra macam suami isteri yang lain,”Kata Datin Zaraa. Tekejut Arissa saat itu. Matanya lantas menghadap ke lantai.   

“Apa yang mama try nak cakap ni? Rissa dengan Ryan okay aje. Tak ada masalah pun.” Ketara sangat ke kejanggalan kami berdua?

            “Rissa, jangan tipu mama. Selepas wedding tu, mama perhatikan sikap kamu berdua. Serious mama tak rasa yang Rissa ni cintakan Ryan. Boleh tak kalau Rissa berterus-terang je dengan mama sekarang?” Si ibu kelihatannya sudah pandai meneka apa yang tersirat di hati Arissa. Arissa lantas menggeleng.

            “Tak ma. Rissa sayangkan Ryan. Ma, Rissa rasa Rissa pregnant. Ini tak official lagi tau sebab Rissa baru guna pregnancy test. Rissa belum beritahu sesiapa, termasuk Ryan. Apa Rissa nak buat ni? Boleh mama tolong tak?”
myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star