Kejora Cinta Adrian Part 36

            “Dahlah! Tak nak aku cerita lagi. Kau tu bukan kaunselor rumah tangga pun. Kahwin pun belum. Apa kau tahu?” Adrian berseloroh. Cuba disorokkan perasaannya yang bercelaru itu daripada pandangan Ammar. Dia tidak mahu kelihatan begitu lemah di hadapan sahabat baiknya itu.

“Aku ni terror apa? Kalau tak macam mana setiap kali kau ada masalah kau ceritakan pada aku? Haa.. cuba jawab.” Ammar tergelak. Masih palsu.

“Kau tu bukan kahwin lagi. Bujang lagi kan? Manalah kau faham perasaan seorang suami. Sebab tu lah aku takut sangat kahwin awal. Ni lah salah satu sebabnya.”

“Relax. Tak lama lagi okay lah tu.” Relax. Tak lama lagi aku rampas bini kau.

            Pintu diketuk. Beberapa saat kemudian kelihatan seorang gadis berskirt pendek membawa masuk dulang berisi dua cawan kopi. Ammar ralit memandang.

Gila! Secretary apa ni pakai seksi-seksi pergi kerja? Dia ni ke perempuan simpanan Adrian? Eh bukan. Tengok tu bukan main lenggok lagi berjalan. Kalau Arissa tahu Adrian ada secretary macam ni punya hot mengamuklah dia.

“Encik Adrian. Ni coffeenya. Oh jangan lupa petang ni pukul tiga Encik Adrian kena bawak director pergi Klang.” Pesan Juwita selepas meletakkan dua cawan kopi di atas meja kopi berhadapan Adrian dan Ammar. Adrian mengangguk. Kemudian dia menyuruh gadis berusia dua puluh lima tahun itu keluar.

            “Mata tu. Mata tu…! Pantang nampak perempuan je kau ni kan?” Adrian tergelak. Ammar mengalihkan pandangannya daripada terus memandang Juwita. Dia mencapai cawan kopi di hadapannya. Fuhh.. Panas rasanya pagi ni.

“Gilalah kau. Secretary kau tu bukan main seksi. Macam model. Tak terliur ke kau pandang dia? Lawa pun lawa. Kalau aku kat tempat kau dah lama aku ushar.”

“Aku dah puas tengok perempuan cantik, Mar. Lagi cantik dan seksi daripada dia. Juwita ni bukan apa sangat kalau nak dibandingkan dengan awek-awek dekat Amerika tu,” Selamba Adrian. Dia menghirup sedikit kopi panas. Sedap!

“Mesti dekat sana kau banyak awek kan? Maklumlah. Kau kan The Lucky Star.”

            “Aku dah tinggalkan semua tu, Ammar. Ye, dulu aku mengaku aku ni jahil. Perempuan dah macam tukar baju. Sekarang aku tak macam tu. Lebih-lebih lagi lepas aku dah kahwin. Arissa seorang je pun dah cukup buat aku. Dia dah lengkapkan hidup aku. Dialah yang aku cari selama ni. Tak sangka sejak dulu apa yang aku cari tu sebenarnya memang dah tercegat dekat depan mata. Kelakar!” Bibir mengukir senyuman bermakna. Sakit hati Ammar melihat muka bahagia milik perampas kekasihnya itu.

“Kau pulak apa cer? Ada awek dah?” Adrian.

Ammar mengeleng.

“Kau ni penipu! Mustahil tak ada. Kau ni boleh tahan handsomenya. Kerja pun bagus.Takkan sorang pun tak lekat kot?”

Macam mana nak lekat kalau kau dah rampas dia dari tangan aku? Cuba jawab!

“Dah kena rampaslah bro..”

“Shut up..! Betul ke? Macam mana?”Adrian.

“Entahlah nak cakap macam mana. She’s gone. Laki yang rampas dia tu lagi kaya, handsome daripada aku. Kerja pun lagi bagus. Masyuk memanjang. Aku ni apa yang ada. Mungkin sebab tu dia tinggalkan aku kot?”

“Kau sayang dia?”

“Terlalu sayang. Sampai tak boleh nak diungkapkan dengan kata-kata.” Ammar memandang tepat ke dalam anak mata Adrian. Adrian berdehem, menyusun kata-kata. Kemudia dia mendapat satu ayat yang difikirnya cukup elok untuk Ammar.

“Mate, kau jangan putus asa. Kau cuba menangkan hati dia. Buat apa yang patut untuk tunjukkan kau sayang dekat dia.  Aku pun nak tengok kau bahagia. Kalau boleh aku pun nak tengok kau kahwin dengan perempuan yang kau sayang tu. You have to fight for her!” Galakan dari seorang musuh cinta.

“Okay. Aku pun fikir macam tu. Aku tak akan biarkan dia jatuh ke tangan lelaki lain.” Well thanks ‘sahabat sejatiku’. Yes. I will fight for her. I will.

            “Eh kejab..! Aku sakit perutlah. Aduh.. Nak pergi tandas sekejab.” Adrian memegang perutnya. Cepat-cepat dia bangun dari duduk. Muka Adrian dah macam baru tertelan hempedu dah. Cencorot je.

Juwita ni buat kopi letak julap ke? Tiba-tiba je perut aku meragam ni. Pecat kang!

“Okay. Aku tunggu kau dekat sini ajelah ye. Aku nak balik pejabat pun macam bosan je.” Ammar hanya memandang sahabatnya yang dah terkocoh-kocoh mengeluarkan segala apa yang ada di dalam poket seluarnya ke atas meja kopi. Kemudian, Adrian segera berlalu ke tandas. Tak tahan dah!

            Ammar ketawa melihat gelagat Adrian. Tawanya habis saat pemuda itu keluar dari pejabat tersebut. Ammar mula mengatur strategi.

Apa aku nak buat ye? Macam mana aku nak pisahkan diorang? Think Ammar.
Tiba-tiba telefon bimbit milik Adrian berbunyi. Ammar terkejut. Makin kuat kedengarannya bunyi ringtone Blackberry tersebut, lalu memaksa Ammar untuk melihat skrin lebar alat komunikasi tersebut.

“Cheryl? Bukan ke ni minah yang Adrian cakap tu?” Ammar teringat-ingat. Sekali lagi dia meneliti dada Blackberry tersebut. Yes! Idea dah datang!

“Hello?” Akhirnya Ammar mengambil keputusan untuk menjawab panggilan Cheryl. Ditinjau-tinjau kawasan sekeliling, takut-takut Adrian tiba-tiba muncul dari entah mana. Nanti rosak plan baiknya itu.

“Good. Finally you answer my call! Where have you been, huh? I tried to call you almost like.. a thousand time!” Dengar suara gadis kelahiran Amerika itu. Nadanya sudah meninggi, menunjukkan betapa marahnya dia kepada Adrian. Ammar berdehem. Kena speaking pulak dah!

            “Sorry miss but I’m not Adrian.”

“Then who the hell are you?? What did you do with his phone? Call that coward! I want to talk with him right now!” Arah Cheryl.

Hai perempuan ni tak reti nak cakap elok-elok ke? Aku lesing sekali baru tahu!

            “He’s not here. Ermm.. Are you his girlfriend, Cheryl?”

“Yes! Where that jerk go??” Makin lama makin menyakitkan telinga!

“Calm down. I’m here to help you. Do you want to get back with him?” Ammar menaburkan pertolongan. Cheryl yang tadi marah-marah terdiam sebentar.

“Yes. I do want. But.. how?”

“I will tell you everything you should do to get him back. But in return, I need  your favour,” Ligat fikiran jahil Ammar mengatur rancangan. Pemuda itu sudahpun tersenyum. Dia pasti, rancangan jahatnya akan berhasil dengan adanya pertolongan daripada Cheryl, perempuan yang Arissa anggap sebagai perempuan simpanan Adrian. Ammar menyuarakan rancangannya kepada gadis tersebut.

“Sounds great. Agreed!”

            “Now I will give you my number. We have a lots to do now. And I mean it. By the way, I’m Ammar Wafi. Adrian’s closest friend.” Ammar akhirnya memperkenalkan dirinya kepada Cheryl. Pemuda itu meminta Cheryl mengambil nombor telefonnya supaya lebih mudah dia mengatur rancangan menjatuhkan Adrian dan juga isterinya, Arissa Azzalea. Selepas selesai bercakap dengan Cheryl, talian diputuskan. Ammar segera memadamkan log received calls di dalam telefon Adrian. Biar pemuda itu tidak tahu dia telah menjawab panggilan gadis tersebut. Setiap rancangan harus dilakukan secara berhati-hati. Kalau terbongkar, silap haribulan dia ibarat seperti terjun ke dalam mulut naga. Adrian  memang baik. Tapi jika sesiapa mencari pasal dengannya, pasti tak amanlah hidup!

            Telefon bimbit Adrian diletakkan kembali ke tempat asalnya, kuatir menimbulkan syak. Tiba-tiba daun pintu pejabat dikuak. Ammar segera mencapai cawan berisi kopi itu lalu meneguk kandungan yang sudah suam itu. Pemuda itu kemudiannya bangun daripada terus duduk di atas sofa lembut itu.

“Ryan. Aku kena balik. Tadi bos aku tiba-tiba call. Katanya ada urgent meeting. Aku baru ingat nak ponteng lepak dengan kau. So kalau ada masa lagi kita borak panjang okay,” Ammar meminta izin untuk beredar. Dia menepuk perut Adrian. Mengaduh pemuda itu. “Aduh! Kurang asam kau! Take care eh!” Adrian.

12 comments:

Anonymous at: September 23, 2011 at 5:50 PM said...

Eikk ? Kenapa berulang ?

Bintang Asterisk at: September 23, 2011 at 6:05 PM said...

Eh? Berulang? Tak adalah. Cuba baca betul-betul. Oh i know what you mean. Part 35 & 36 ni memang khas Bintang tulis adegan antara Ammar dan Adrian.Maybe sebab tu rasa macam sama tu. HAHA. Kalau ANONYMOUS perasan, Part 36 ada Cheryl. Part 35 tak ada. So memang tak ada benda berulang. =) Thaengkaseh.

Nur'Ain at: September 24, 2011 at 1:35 AM said...

eeeeiii...x suke btul la dgn ammar 2..bini org pon nk kacau lg..bini 'kwn baik' sndri plak 2..hishh

Bintang Asterisk at: September 24, 2011 at 1:41 AM said...

sebab dia rasa Adrian tu tak sesuai jadi suami Arissa and dia fikir Arissa tak cintakan Adrian. Lgipun Ammar still anggap Adrian tu player. Tu yang dia nak rampas tu. Takut Arissa menderita di kemudian hari. HAHA

Unknown at: September 24, 2011 at 2:00 AM said...

maknenye,,
adrian 2 mmg tak taula kan yg arissa 2 ex ammar?
yang arissa plak xtau ke ammar 2 best fren adrian?

Bintang Asterisk at: September 24, 2011 at 3:56 AM said...

yes yes yes. tepat! Memang pandai Fyda ni. Bagus bagus. Ammar je yang tahu semua ni. Nanti Adrian tahu jugak. HAHA. Tapi barat akan datang lah. =)

♥miz eqa♥ at: September 24, 2011 at 8:04 AM said...

ko copy paste blk ke nie weh....ptut larh pjg...cepat la weh ak nk bce smbg die lg

Bintang Asterisk at: September 24, 2011 at 7:56 PM said...

Cepodah kau ni ika. Aku tulis kat word pastu aku letak lah dalam ni. Idea tengah banyak tu yang panjang& laju. Sambungan dia dalam poses. Aku tak berapa nak sehat sekarang. Uhuk. Uhuk. Tengok? HAHA

♥miz eqa♥ at: September 25, 2011 at 8:29 AM said...

la ko tuh....cte nie x abeh ko wt novel len 2 npe...aishhh terlebih2 la pulak idea ko nih

Bintang Asterisk at: September 25, 2011 at 8:53 AM said...

suka hati aku lah ika. Aku tengah banyak idea ni. Nak tunggu kau tulis novel anak aku beranak pun belum tentu kau buat. Kau sapot jelah aku. Kita kawan baik dahling!

♥miz eqa♥ at: September 26, 2011 at 8:16 AM said...

aby cyg....ak support la nih...2 y ak x sabo2 nk suh ko abeh kn cte nie,ak nk tau ending die cm mne,xcited ak tau best la cte nie...ak mls la nk bce cte len lg t b++ ak jd c0nfius plak ok...ade phm mksud ak

Bintang Asterisk at: September 26, 2011 at 8:30 AM said...

HAHA. ouh sudah paham. nanti lah aku habiskan. maybe dalam sepuluh atau bape belas chapter ag habis lah. HAHA!Sayang kau ika! Muah!

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star