Kejora Cinta Adrian Part 41

        “You! Dengar dulu apa yang  I nak cakap ni! You jangan nak tuduh-tuduh sembarangan kat I okay!” Adrian menarik tangan isterinya yang langsung tidak mahu mendengar sebarang penjelasan yang keluar dari mulutnya. Arissa menepis pegangan tangan si suami.

“You nak jelaskan apa lagi hah? I dah tahu semua yang you dah buat dekat belakang I selama ni! You ni suami jenis apa hah? Jijik I dengan perangai you ni!” Setiap butir ayat yang terpacul keluar dari mulut Arissa menyakitkan hati sang suami yang tidak mengerti apa-apa.

“Apa yang you cakap ni? I don’t understand, Arissa!”

“Don’t understand or just pretending like you don’t know anything??”

“I can explain everything!”

“No! I tak nak dengar apa-apa lagi yang keluar dari mulut you!”

“Sayang, please..!”

“Siapa sayang, hah?? Si Cheryl tu?!”

“She had nothing to do with this!” Adrian berusaha untuk mengambil kesempatan untuk menerangkan segalanya. Arissa langsung tidak memperdulikan alasan yang cuba diberikan pemuda tersebut. Hatinya terluka, sangat marah apabila melihat gambar yang ditunjukkan Cheryl. Saat itu dia langsung tidak mahu melihat wajah pemuda yang mula menapak di hatinya itu.

“She’s pregnant with your child!!” Jerit Arissa. Biar Adrian faham perasaannya.

Adrian terkedu saat itu. Mata si siteri ditenung dalam-dalam.

“Dengar ni. I dengan Cheryl tak pernah buat perkara yang terkutuk tu. Sumpah atas nama mummy and daddy I. Kalau you boleh ingat, dah lama I balik Malaysia kan? Macam mana pulak Cheryl boleh mengandungkan anak I? Impossible..!” Adrian menarik Arissa  ke dalam pelukannya.

“Jangan sentuh I dengan tangan kotor you tu!”Arissa menolak tubuh Adrian. Adrian menapak setapak ke belakang. Matanya masih lagi menatap wajah Arissa yang cantik jelita namun kini hambar dibasahi air mata.

Kenapa kau lebih percayakan orang asing dari suami kau sendiri, Arissa? Kenapa?

Adrian menarik nafas panjang. Kesal. Sungguh kesal tatkala itu. Mengapa semua ini terjadi di saat dia mulai bahagia dengan perkahwinannya? Mengapa Cheryl boleh tiba-tiba muncul dan mengucar-kacirkan kehidupannya? Bagaimana gadis itu tahu di mana dia berada dan siapa isterinya sedangkan dia hanya mendiamkan diri? Pasti seseorang telah mengkhianatinya. Tapi siapa?

Adrian melabuhkan punggungnya di atas sofa berdekatan. Arissa memeluk tubuh, langsung tidak memandang ke arahnya. Beribu persoalan bermain di fikiran pemuda tersebut.

“You kena bertanggungjawab atas apa yang you dah buat pada dia.”

Tiba-tiba Adrian angin satu badan mendengar ayat yang diucapkan isterinya itu.

“Tanggungjawab apa yang you maksudkan ni haa? I tak pernah sentuh dia! You boleh faham tak  apa yang I cuba sampaikan ni? Urgghh! You ni langsung tak cuba fikir dengan logik!” Suara Adrian mulai menggeletar, menahan amarah.

Arissa mengesat air matanya. Jika benar kata-kata Adrian alangkah bagusnya. Namun jika ianya ternyata fakta, maka dia akan melepaskan suaminya itu.

“Kalau betul apa yang perempuan tu cakap, I rela you lepaskan I.”

Tersentap jantung Adrian saat itu. Dia lantas bangkit dari duduk.

“You dah gila ke Arissa?!”

“You yang buat I jadi gila, Adrian..! I just tak sanggup nak hadapi semua benda ni..”Air mata mengalir lagi.

“I tak akan lepaskan you! Tak akan! Sampai mati pun I tak akan tinggalkan you!”


            “Tapi Ryan! Dia mengandung!”

“You ni bodoh ke apa? I dah cakap I tak sentuh dia kan! Means, kalau dah tak sentuh macam mana nak ada anak pulak? Cuba fikir guna otaklah! Kalau betina tu cakap dia dah ada anak dengan I pun you nak percaya ke? Perempuan macam tu dengan sesiapa pun dia boleh buat! Entah-entah nak I jadi pak sanggup! You pulak boleh relakan pulak dia perangkap I! You ni isteri yang macam apa? Mudah sangat nak lepaskan I! You tak cintakan I ke??”

“Tapi..!”

“Tapi apa lagi? Nak soal pasal gambar tu pulak ke? Hello! Dunia dah maju wahai isteriku! Superimpose je pun dah boleh butakan mata kita yang terang-benderang ni! I ni bukan bodohlah! Kenapa you tak ambil je gambar tadi tu? Biar I tengok. Kalau perlu, I boleh sue dia! Fitnah semua ni!”

“Tapi kalau betul macam mana?”

Adrian menghampiri Arissa lalu menarik jari-jemari isterinya itu.

“Percayalah pada I. I bukan jahil sampai macam tu. You sepatutnya lebih kenal I. You tahu I macam mana kan?”

Arissa bingung. Dia tidak tahu mana satu yang patut dia percaya.

Adrian mencium dahi isterinya.

“Kalau I nak ada anak, I hanya nak anak I lahir dari rahim you seorang je. Dari rahim isteri I yang sah. Bukan dari perempuan yang entah apa asal-usulnya.” Adrian menggosok bahu si isteri,berharap agar Arissa tidak lagi bimbang dengan perkara tersebut.

Sial. Kalau aku jumpa betina tu tahulah macam mana nasib dia. Tapi pelik, siapa yang bagitahu aku ada dekat sini? Siapa yang nak perangkap aku ni? How come semua ni boleh berlaku secara tiba-tiba?

“Adrian. I tak nak rumahtangga kita berpecah belah…”Ujar Arissa perlahan. Sedikit sebanyak kata-kata Adrian melegakan kebimbangan yang bersarang di hati Arissa Azzalea.

“You. Percaya pada I boleh tak?”

“Let me think first…”

Adrian mengangguk tanda faham. Dia tahu jika dia berada di tempat gadis itu pastinya dia juga akan berasa sangsi.

“Sayang. Dah okay. Biar I je settlekan problem ni. You kena ingat, tadi you pengsan. You kena banyak rehat. Jaga kesihatan you. I tak nak apa-apa terjadi pada isteri I ni..”

Arissa menarik nafas dalam-dalam sebelum mengangguk. Kehadiran Cheryl tadi benar-benar menganggu perasaannya. Tekanan dirasai membuatkannya jatuh pengsan sewaktu keluar dari tandas. Nasib baik Adrian sempat menyambutnya, kalau tidak pasti tersembam ke lantai konkrit mall tersebut. Hasilnya, gadis itu dikejarkan ke klinik berdekatan. Nasib baik dia tidak apa-apa.

Adrian menarik lengan si isteri lembut. Gadis itu dipimpinnya menuju ke kamar tidur. Arissa perlu banyak berehat,itu pesan doktor. Pintu kamar dikuak, Adrian melabuhkan Arissa ke katil lembut yang tersedia.Gadis itu dibaringkan. Satu ciuman lekat di pipi si gadis.

“Rehat banyak-banyak okay. Take care about your health. I truly love you. I don’t want anything bad happen to you. After all, you are my beloved wife. I can’t afford to loose you, sayang.” Adrian bersuara. Arissa hanya diam.

“I nak ke dapur. Nak masak bubur untuk you. You tidur okay. Dah sampai masa nanti I kejutkan you okay?” Adrian menyelimutkan isterinya dengan comforter tebal. Sebelah lagi tangannya mencapai remote air conditioner, memperlahankan suhunya. Arissa perlu berada dalam keadaan yang selesa ketika itu. Kemudian, pemuda itu bangkit dan keluar dari bilik, menuju ke tingkat bawah di mana dapur berada. Saat Arissa sakit dia lah yang patut menjaganya.

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star