Kejora Cinta Adrian Part 12

            Mana pulak si Ammar ni? Dah banyak kali aku call  tak berjawab ni? Sakit ke? Biasanya laju je jawab bila aku call. Haish. Pelik ni. Ammar, Ammar.

            Adrian Zareth memandang telefonnya. Sudah hampir lima kali dia cuba menghubungi Ammar Wafi namun satu panggilan pun tidak dijawab. Tidak pernah pula pemuda itu tidak menjawab panggilannya. Mungkin Ammar sibuk agaknya kot? Pemuda tersebut menggelengkan kepalanya. Baru sahaja dia ingin meminta pandangan daripada pemuda tersebut, dah hilang dah. Biasanya kalau ada apa-apa masalah pasti Ammar sedia membantu. Blackberry Storm miliknya kemudian dimasukkan ke dalam poket belakang jeans biru lusuhnya. Pemuda itu mengeluh. Matanya memandang kelibat Arissa Azzalea yang sedang berbual dengan ibu dan bapanya. Perlahan-lahan pemuda itu menapak menghampiri mereka bertiga untuk turut menyertai perbualan.

“Mummy and daddy ada nak kirim apa-apa tak kat kitorang? Kitorang maybe stay sana dalam tiga atau empat hari,” Ujar Arissa Azzalea dengan sopan santun di hadapan mertuanya itu. Datin Julia tersenyum. Tidak tahu apa yang mahu dikirimnya. Datuk Zulkarnain mengusap-usap janggutnya. Melaka? Apa yang ada dekat sana ye?

            “Bawak balik Menara Tamingsari untuk daddy boleh?” Seloroh si bapa mertua. Bulat mata Arissa. Biar betul bapak mertua aku ni? Dia ingat menara tu besar tapak tangan ke? Buang tebiat ke apa?

Tiba-tiba terasa pinggangnya dirangkul Adrian. Panas rasa wajahnya. Malu. Sengaja Adrian berkelakuan begitu supaya ibu dan bapanya tidak ada curiga apa-apa mengenai hubungannya dan Arissa yang tidak seperti pasangan baru kahwin.

“Bukan setakat Menara Tamingsari tu je daddy. Kalau boleh dengan Bandar Melaka tu sekali Ryan bawak balik bagi kat daddy taw. Kan, sayang?” Ryan bergurau. Dipeluknya pinggang gadis tersebut erat-erat sebelum mencium rambutnya. Terpempan Arissa di situ. Adrian sudah melebih-lebih nampaknya ni!

            “Tak payahlah susah-susah cari benda untuk kami. Yang paling penting sekali, enjoy your honeymoon. Mana tahu nanti balik tak bawak Menara Tamingsari, tapi bawak balik cucu untuk daddy and mummy,” Datin Julia.

            Seakan terhenti seketika degupan jantung kedua-dua anak muda itu setelah mendengar kata-kata Datin Julia. Arissa menunduk. Malu dengan usikan ibu mertuanya. Adrian yang masih memeluk pinggang isterinya mula melonggarkan pegangan. Apa yang harus aku cakap ni? Ah! Hilang semua idea aku!

“Nanti Ryan bawak balik sepasukan bola sepak cucu untuk mummy and daddy. Jangan terkejut tahu nanti? Haha!” Pemuda itu mencover dirinya yang dilanda keseganan yang amat. Arissa sekali lagi tersentak. Apa diorang anak beranak ni cakap? Seram sejuk aku dibuatnya. Mama..! Diorang buli Rissa!

“Amboi aktif sungguh kamu ye?” Datuk Zulkarnain pula mencelah. Gelak besar tercetus di antara anak beranak tersebut, menambahkan lagi kejanggalan Arissa.

            “Mestilah. Ryan nanti tak nak anak Ryan jadi macam Ryan, tak ada adik beradik. Bosan tahu, daddy? Kalau boleh paling kurang tiga atau empat orang anak lah. Baru meriah rumah,”Adrian menambah untuk mengelakkan syak.

“Cakap apa ni..” Perlahan Arissa mencubit perut Adrian.

            “Haa. Apa cubit-cubit ni? Nak tambah lagi ke? I no hal. Boleh aje.” Berterusan Adrian mengusik si isteri. Arissa berasa malu lalu segera dia berlari anak ke dapur. Tak guna punya Adrian! Memalukan aku nombor satu! Mentang-mentanglah depan mak bapak dia, suka-suka hati dia je mengusik hal macam tu! Haish! Kurang asam! Aku ni lemah bab bab anak ni. Sentap!!

Datin Julia membontoti langkah Arissa. Disentuhnya bahu gadis itu perlahan. Terkejut sebentar gadis itu. Dia berpaling. Ingatkan Adrian tadi.

“Rissa malu ya?” Soal si ibu mertua. Arissa mengangguk perlahan. Rambutnya yang jatuh ke dahi diselak ke belakang.  Wanita separuh abad itu tersenyum. Biasalah. Orang baru kahwin, malu lah. Dah lama-lama nanti hilanglah segannya.

            “Rissa tak sedia lagi untuk bab macam ni, mummy. Takut sangat,” terang Arissa. Tangannya dipimpin Datin Julia untuk duduk di atas kerusi yang tersedia di dapur. Orang gaji yang berada berdekatan disuruh keluar oleh Datin itu sendiri. Perlahan, tangan si gadis disentuh oleh ibu mertuanya dengan lembut. Arissa tertanya-tanya apa yang mahu diperkatakan oleh ibu mertuanya itu.

            “Mummy  tahu perasaan Rissa. Mummy pun macam tu jugak dulu. Rissa, boleh tak mummy nak Rissa janji something dengan mummy? Soal Datin Julia. Dia memandang menantunya sambil tangan kanan wanita itu mengusap rambut gadis itu. Arissa berdebar. Entah apa yang ibu mertuanya itu mahukan. Perlahan, dengan ragu-ragu gadis itu mengangguk setuju.

“Mummy nak Rissa jadi isteri yang baik pada Adrian. Jaga dia elok-elok,”Jelasnya.

            “Mummy..”

“Adrian tu agak degil budaknya. Mummy nak dia jadi seorang suami yang baik dan bertanggungjawab. Mana benda yang tak betul dia buat, Rissa tegurlah ya? Dia dah lalui macam-macam dugaan sebelum ni. Mummy taknak Adrian menderita lagi dah lepas ni,”Kata-kata ibu mertua membuatkan Arissa pelik bin hairan.

“Dugaan? Apa yang mummy cakap ni?” Arissa mencari kepastian.

            “Sampai satu masa nanti, Ryan akan bagitahu kamu sendiri,”

“Rissa masih tak faham apa yang mummy cakap tadi…” Arissa memperbetulkan rambut hitamnya yang panjang mengurai cantik. Dia keliru dengan apa yang cuba disampaikan oleh ibu mertuanya itu. Apa yang dia nak bagitahu ni?

“Janji dengan mummy ya?” Datin Julia tersenyum, soalan berjawab soalan. Dia mahu menantunya itu menjaga Adrian dengan baik kerana cuma Adrian seorang anaknya di dunia ini. Arissa berat hati untuk bersetuju. Sudahlah dipaksa kahwin, kena tinggal sebumbung dan kini terpaksa memegang amanat daripada ibu mertuanya pula? Sangat tidak adil. Adrian bukannya lelaki yang dicintainya. Lelaki itu hanyalah satu kesilapan yang terjadi di dalam hidupnya.

            “Rissa tak mahu janji? Rissa tak sayang pada Ryan, mummy and daddy?” Kata-kata Datin Julia benar-benar menjerat hatinya. Nak tak nak terpaksa juga dia bersetuju demi menjaga hati keluarga mertuanya itu. Kalau tak makan hati berulamkan jantunglah ibu dan bapa mertuanya.

Kalaulah mummy and daddy tahu apa yang sedang berlaku mesti diorang tak akan mintak perkara bukan-bukan dari aku dan Adrian. Tak apalah. Aku redha.

            Kelihatan Adrian Zareth menjengulkan muka di tepi pintu dapur. Pemuda itu tersengih lebar. Menawan! Arissa memandang suaminya yang kelihatan gembira itu. Memanglah. Siapa tak suka dapat pergi bercuti, jauh dari tempat kerja, kesesakan bandar.

“Puan besar Arissa Azzalea, you nak kena tinggal ke? Kita dah lewat nak bertolak dah ni. Nanti malam pulak sampai sana,” Adrian menegur. Arissa Azzalea memandang ibu mertuanya dan kelihatan wanita itu tersenyum. Manis sungguh ibu mertuaku ini!

            “Cepatlah. Lagi cepat bertolak lagi baik. Adrian dah tak sabar-sabar nak honeymoon dah gayanya,” Ujar si ibu. Dia mengiringi anak dan menantunya ke luar. Adrian menjeling isterinya yang cantik jelita. Kenapa muka Arissa macam baru nampak hantu aje? Mummy ada cakap benda yang bukan-bukan ke?

Tangan Adrian menarik lengan Arissa. “Are you okay?” Soalnya. Arissa pantas mengangguk. Entah mengapa dia rasa berat hati untuk menunaikan permintaan yang baru sahaja dipinta oleh ibu mertuanya itu tadi.

“Macam ada masalah je I tengok?” Adrian mengorek cerita. Arissa menggeleng pula. Pelik dibuatnya pemuda itu. Apa yang tidak kena dengan minah ni?

            “Mummy cakap apa dengan Arissa tadi?” Masih tidak berpuas hati. Tentu ada something yang mummy dah cakap pada dia. Kalau tak takkanlah muka Rissa ni macam termakan asam kedut. Oi Rissa, sejak bila kau pandai diam ni? Mulut tu dah kena zip ke? Jawablah bila orang tanya. So suspicious!

“Adalah. Hal orang perempuan. Buat apa Ryan nak tahu?” Gelak si ibu. Arissa cuba mengukirkan senyuman. Tiba-tiba telapak tangan Adrian hinggap di kepalanya. Pemuda itu mengusap kepala isterinya itu. Sabar ya?

            Pasangan suami isteri muda itu kini telah berada di Lotus Ellise kuning milik Adrian. Setelah bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa dan mengucapkan selamat tinggal, enjin dihidupkan lalu mereka pun bertolak menuju ke bandar bersejarah Melaka. Konon konon untuk berbulan madu lah.

“Semoga mereka bahagia. Dah jadi suami akhirnya anak tunggal kita tu ye, bang?”

0 comments:

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star