Love Me Or Love Me Not Part 8

            Miss Tan membelek fail ditangannya. Teliti sekali dia meneliti butiran yang terkandung di dalam fail tersebut. Sesekali dia merendahkan cermin mata bulatnya dan memandang ke arah pelajar-pelajarnya  yang sedang sibuk menyiapkan lakaran.  Wanita tiga puluhan itu tiba-tiba bangun lalu menepukkan tangannya tiga kali, meminta perhatian dari pelajar-pelajar semesta pertama tersebut. Saat itu mereka segera menjatuhkan segala barang yang ada di tangan. Takut dengan pensyarah garang itu. Miss Tan cukup tegas. Jika dia ingin menyuarakan sesuatu, orang lain tidak boleh mengalihkan perhatian daripadanya.

“Attention please!”

Wanita yang masih belum berkahwin itu mencapai marker lalu ditulis sesuatu di papan putih. Setiap huruf di papan putih diteliti pelajarnya.

M-I-F-W

Beberapa orang pelajar sudahpun bersorak. Selebihnya hanya buat muka tak tak mengerti. Aiko Arielle tersenyum lebar. Jari telunjuk kananya digigit-gigit. Tak sangka Miss Tan akan menulis perkataan tersebut. Bintang tertawa kecil melihat reaksi yang ditunjukkan Ai. Akhirnya ada juga benda yang bisa membuatkan gadis itu teruja.

“Malaysia. International. Fashion. Award.” Miss Tan menghuraikan satu persatu daripada empat huruf yang ditulis di papan putih itu. Bersorak seluruh kelas tatkala itu. Pensyarah berbangsa cina itu tersenyum. Tapi masih tak nampak macam ikhlas, getus hati Bintang.

“Every year our collage will sent at least three contestant to MIFA. This year, we will sent five to ten students to compete at that grand occasion. Department of Fashion Design have decided that each semester should sent one or two student. I’ve watch all of you for this short period and now, I will tell you who should join the competition for this year Most Promising Designer.”

Bulaat mata setiap pelajar yang ada dalam kelas itu. Wow! Wow! Wow!

            “Seriously? Wow! Gila..!” Bintang separa berbisik kepada sahabatnya yang sudahpun bersinar-sinar matanya itu. Setahunya, kolej mereka hanya akan menghantar pelajar tahun kedua dan ke atas sahaja ke pertandingan tersohor itu. Tak sangka tahun ini merupakan tahun pertama pelajar baru boleh menyertai pertandingan tersebut.

“Shuhh.. Aku nak dengar betul-betul ni. Aku bermimpi ke?” Ai bersuara. Makin lebar senyumannya. Dari dulu dia teringin untuk menyertai MIFA. Berdebar-debar rasanya jantung menunggu keputusan yang bakal dibuat oleh Miss Tan. Adakah dia terpilih? Jika dia terpilih, mungkin itulah saat paling bahagia dalam hidupnya.

            Miss Tan mengambil fail yang berada di atas meja. Dibeleknya beberapa keping kertas. Kertas penilaiannya terhadap pelajar-pelajar baru tersebut.

“Okay. If I call your name, that’s mean you are selected. Okay here we go. Based on my observation, there’s three potential student in this class but unfortunately I only have to choose two of them.” Wanita itu bersuara. Nada suaranya tegas.

Ai menggigit kuku, berdebar. Dia tidak perasan reaksinya diperhatikan oleh beberapa pelajar yang tidak puas hati dengannya.

“First one, you over there.” Ibu jari wanita itu menunjukkan ke arah belakang, di mana tempat Bintang dan Ai berada. Rasa nak meletup jantung Ai saat itu. Bintang sudahpun memanjatkan kesyukuran. Dia menepuk bahu sehabatnya itu.

“Congrats! Aku tahu kau pasti terpilih..!” Bintang bersuara. Miss Tan mendekati mereka berdua. “You, girl with the star.” Rujuk Miss Tan. Nak terbeliak biji mata Bintang dibuatnya. Segera dia memandang pakaiannya. Mungkinkah dia yang dimaksudkan Miss Tan? Dia sedang memakai T-shirt gambar bintang. Jadi, bukankah itu bermakna..?

“Yes you. Miss Bintang.” Ujar wanita tersebut. Gadis itu memandang wajah Ai. Seakan tidak percaya dia akan terpilih untuk menyertai MIFA. Tak pernah terlintas di fikirannya untuk menjadi peserta pertandingan besar itu. OMG!!!!

            Bergema kelas dengan tepukan gemuruh para pelajar. Bintang tersengih malu bercampur tidak percaya. Ai tersenyum hambar. Bukan drinya yang dimaksudkan Miss Tan. Terselit seribu rasa kecewa di hatinya. Tapi gadis itu masih bersabar. Tinggal satu lagi ruang kosong. Mungkin dia berpeluang untuk menunjukkan bakat dan kesungguhannya dalam bidang fesyen.

“Congratulation, Bintang.”

“Seriously aku dah blur. Sungguh!” Bintang menggaru kepalanya. Rasa risau dah memuncak ke kepala. Sekejab lagi bila dah panik mulalah melalak tak tentu hala. Omar juga bakal jadi mangsa tempat kesat air matanya.

“The second and also last person I want to call is Miss Vivienne,”Saat itu hancur luluh perasaan Ai dibuatnya. Sekali lagi kedengaran tepukan gemuruh yang menggamatkan suasana kelas. Vivienne Chong tersenyum bangga.

            Bintang segera mengalihkan perhatian ke arah Ai. Jelas kelihatan betapa kecewanya gadis tersebut dengan pengumuman yang baarru disebut Miss Tan. Air mata mula bertakung. Ditahannya hati yang sebak. Dia begitu teruja untuk menyertai pertandingan tersebut namun ternyata nasib tidak menyebelahinya.

“Ai. Sorrylah…”Bintang bersuara. Dia menyentuh tangan Ai. Gadis itu nampaknya sudah tidak tenteram perasaannya.

Kenapa Miss Tan panggil nama aku instead of Ai? Kalaulah Miss Tan tahu Ai ni pemilik butik Mystique Mist yang bukan main meletup tu mesti dia dah dapat masuk pertandingan  ni. Aduhh.. Apa aku kena buat ni? Macam nak menangis aje dah muka Ai ni! Patut ke aku bagitahu rahsia ni dekat Miss Tan?

“Hee.. Kenapa kau nak minta maaf pulak? Kau tak buat salah kan?”Ai cuba menenangkan perasaannya yang sudah bercampur baur itu. Dia cuba tersenyum, langsung tak ikhlas. Bintang memahami.

            Sekumpulan pelajar yang tidak menyukai Ai tertawa mengejek. “Tengok muka dia tu, macam nak menangis aje kan? Kesian dia..” Farah Wahida.

 “Haah. Muka pun dah merah. Alah. Kalau dah tak ada bakat tu tak payahlah nak berangan tinggi sangat..! Kan dah melopong,” Tambah seorang lagi, Jillian. Ai dapat mendengar setiap butir perkataan yang terhambur daripada mulut gadis-gadis jahat yang tidak sukakannya itu. Pedih hatinya

            “Korang ni apasal busuk sangat hati hah? Tak ada rasa nak makan wedges aku ni? Mengutuk orang pandai! Macamlah korang tu berbakat sangat!” Bintang akhirnya tekad untuk menjadi hero Ai.

“Kau tu pun sama. Jangan nak belagak pandai sangatlah. Mentang-mentang kau terpilih. Tak tentu menang pun lagi dekat sana. Agaknya first round dah bye-bye.” Bintang pula diattack mereka. Farah Wahida, Jillian, Selina dan Fatiyyah mula mengejek-ejek gadis garang itu. Hangin satu badan ni!

            “Habis tu kalau korang masuk boleh menang ke? Tolonglah! Sketches pun suruh orang lain buatkan ada hati nak judge orang lain!” Saat itu Bintang mengantoikan keempat-empat pelajar berkenaan.  Keempat-empat pelajar berkenaan terdiam. Ah! Kantoi sudah! Mintak-minta Miss Tan tak dengar!

Bintang tersenyum tanda puas hati.

Nak sangat kutuk orang macam diri tu perfect! Ambik kau sekali! Reti pun diam! Haha! Jangan main-main dengan Bintang! Sekali aku fire, terus hangus korang!

Ai memandang halaman buku lakarannya yang kosong. Dia tiada mood untuk membuat lakaran baru. Buku saiz A3 itu ditutupnya. Beberapa minit kemudia, Miss Tan membatalkan kelasnya. Wanita itu segera keluar dari studio setelah mencapai beg dan fail-fail yang menimbun di atas meja.

            “Kau okay tak ni Ai. Janganlah macam ni. Risau aku…” Bintang segera menyapa Ai setelah gadis itu lantas bangun dan mencapai beg tangan serta buku sketchnya.

“Aku okay je. Ermm.. Aku balik dulu okay. Jumpa esok. Bye..” Ai segera melangkah keluar. Dia tidak mahu mendengar apa-apa kritikan dari rakan sekelasnya lagi.


Eydden leka membaca komen-komen yang di post para peminatnya di wall facebook. Dia mengeluh berat. Memang patutpun Ai menamparnya tempoh hari. Komen mereka terlalu melampau. Sampai tahap nak memalukan gadis itu pun ada. Nampak gayanya Annahita lah dalang yang memulakan perang terhadap gadis yang digilainya itu.

Bodoh punya perempuan. Apa dia tahu? Suka–suka hati memalukan Ai! Memang nak kena basuh perempuan ni. Siaplah kalau aku jumpa dia nanti. Aku nak ajar sikit pada apa erti hormat.

Tiba-tiba kedengaran esak tangis seseorang. Meremang bulu roma pemuda itu dibuatnya. Makin lama makin kuat. Eydden meletakkan iPad 2 miliknya di atas beg yang berada di atas rumput itu. Dipehatikan keadaan sekeliling padang yang lengang itu.

Ah sudah! Jangan cakap orang bunian menangis. Dah lah tak ada orang dekat sini.

            Eydden bangkit dari duduknya. Dia mengintai keadaan sekeliling. Apa yang dilihatnya cuma beg galasnya, padang yang luas, pokok dan beberapa kotak coklat pemberian gadis-gadis kolej yang menggilainya.

Ternampak kelibat seseorang berhampiran pokok bersebelahan dengannya. Eydden menyorok di belakang pokok tempat dia berteduh sejak sejam lepas. Pemuda itu memberanikan dirinya untuk menyiasat. Diintai-intainya kelibat seorang gadis itu. Dari gaya pemakaiannya menunjukkan dia seseorang yang sangat dikenali Eydden.

Ai ke tu?

Eydden melangkah perlahan ke arah gadis tersebut. Memang benar tekaan pemuda itu. Memang Ai lah gadisnya! Tapi kenapa gadis itu menangis? Sakitkah?

“Ai..? Apa awak buat dekat sini and kenapa awak menangis?” Eydden menyentuh bahu Ai yang sedang menekupkan wajahnya itu. Tersentak Ai dibuatnya.

            Ai segera mengesat air matanya. Dia terpinga-pinga. Tak sangka ada orang lain berada di situ selain dirinya. Setahu gadis itu padang softball tersebut selalu lengang pada hari jumaat. Pasukan softball tidak ada latihan pada hari tersebut. Ai memandang kelibat lelaki yang membawa seribu masalah kepadanya itu.

“Apa awak buat dekat sini hah?” Soal Ai. Dia tidak tahu harus bereaksi bagaimana. Eydden tersenyum hambar. Tersentuh hatinya melihat air mata yang mengalir dari mata gadis kesukaannya itu. Pemuda itu kemudiannya duduk di atas rumput, berhadapan dengan Ai.

“Kenapa ni? Saya minta maaf banyak-banyak kalau diorang lukakan hati awak lagi…” Eydden memandang wajah Ai yang masih berbaki air mata. Ai menggeleng. Kali ini dia tidak menangis sebab perangai peminat Eydden. Dia menangis kerana terkilan impiannya tidak tercapai. Menangis kerana tidak diberi peluang.

            Eydden menyeluk poketnya lalu mengeluarkan sehelai sapu tangan lembut berwarna biru laut. Ai mencapainya. Dia tidak mahu dilihat sebagai seorang gadis yang cengeng di hadapan mata Eydden. Segera dia mengesat air matanya. Tiba-tiba tangan Eydden mendekati wajahnya. Ai menggerakkan tubuhnya sedikit ke belakang, mengelak daripada tangan pemuda itu mengenai wajahnya. Eydden menarik kembali sapu tangannya lalu dia mengelap mata gadis tersebut.

“Sini saya tolong. Habis comot eye shadow awak kalau awak asyik tonyoh sapu tangan saya macam tu dekat mata awak. Kena lembut-lembut macam ni..” Eydden tersenyum lebar. Geli hati melihat solekan smoky eyes Ai yang makin pudar apabila dikesat kasar gadis tersebut.

Ai terkelu. Tubuhnya kaku saat sapu tangan Eydden menyentuh kulitnya. Setelah selesai mengesat air mata Ai, Eydden bangun dan berlari anak menuju ke pokok di mana dia letakkan begnya. Pemuda itu meletakkan iPad dan bungkusan coklat di dalam beg. Sebungkus coklat dia pegang. Kad ucapan pada coklat itu segera ditanggalkan lalu dia mendapatkan Ai kembali. Dia menghulurkan bungkusan coklat tersebut kepada Ai. Teragak-agak Ai menerimanya. “Nah. Untuk awak. Lepas ni jangan nangis-nangis dah okay? Sudahlah bersedih ye?” Kemudian Eydden terus beredar saat bungkusan tersebut berada di tangan Ai. Tiada kata selamat tinggal atau apa pun. Ai memandang kelibat lelaki yang selama ini mengejarnya. Aneh. Eydden tidak seperti selalu.

Dia dah putus asakah?


2 comments:

Unknown at: September 27, 2011 at 4:57 AM said...

sdhnye Ai...
mezty hampe gler kan??
sabar2!!
~hensemla Eydden 2..
hiiii
btol ke die da putus ase??
ala..
xbezla camni..
tp cane plak ngan Javen?
mntk2 die tak luahkan perasaan die kat Ai sampai ble2 la..
t mzty Ai da taknak kawan ngan die..

Bintang Asterisk at: September 27, 2011 at 5:52 AM said...

tahu takpe. Dia hampa gila.

hensem kan? Penat akak Bintang cari tahu! Uish Eydden berjiwa kental. Tak mungkin da putus asa.

Javen tu part lepas ni Fyda tahu lah macam mana jadinya.

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star