Kejora Cinta Adrian Part 53

“Nampak tak beetles kuning dekat luar tu? Itu pun untuk you jugak. Semua ni milik you, Rissa. I dah tukar semua hak milik atas nama you. I hope you like it,” Adrian menambah. Arissa menggeleng tanda tidak setuju.

“Kenapa you ni, Ryan? Kenapa you buat keputusan drastik macam ni? Tak bincang dengan I dulu?  Apa you ingat I kahwin dengan you sebab I nak semua harta you ni ke?” Nada serius Arissa akhirnya keluar juga.

You kahwin dengan I sebab you terpaksa. Isn’t that obvious?”

“Okay. I admit semua tu. Tapi kenapa setelah enam bulan berlalu you baru nak cakap macam ni? Sekarang I rasa you macam cuba nak cakap yang you tak suka dengan perkahwinan ni dan I nampak macam perempuan yang nak kikis harta you.” Arissa terasa bengang. Moodnya terganggu. Apa yang Adrian lakukan sekarang sangat sukar untuk diterima akalnya. Mengapa tiba-tiba tanpa perbincangan, hampir keseluruhan harta pemuda itu mahu diberikan kepadanya? Walhal dia tak pernah meminta walau sedikitpun.

I tak pernah ada maksud macam tu okay? Semua yang I buat, I mahukan yang terbaik untuk you.” Rasa sakit, sebak mulai datang kembali. Terkenang segala apa yang dilihatnya beberapa hari lepas di benak fikirannya. Kecewa, terkilan, terluka, sedih menjadi satu di jiwanya.

“Kenapa I rasa macam you buat semua ni macam you nak pergi tinggalkan I?” Satu soalan itu sudah cukup untuk menyatakan segala yang tersirat di hati Adrian.

Dah kalau kau betul-betul cintakan Ammar, buat apa aku nak halang? Biarlah aku pergi dari sini, sekurang-kurangnya hati aku tak terluka setiap kali aku pandang wajah kau. Apa yang aku beri hanya untuk dijadikan pampasan untuk menjamin kehidupan kau agar kau tak kekurangan apa-apa waktu aku pergi, Rissa. Aku minta maaf tapi kau dah hancurkan semua kepercayaan yang aku beri. Aku tak dapat terima semua ni. Aku tak mampu.

“Rissa, I nak pergi dari sini. I minta maaf. Mari, I hantarkan you balik.”

“No! Boleh tak you explain apa yang berlaku? You ingat I tak perasan sikap you yang dah jauh berubah ni?!” Tinggi nada suara Arissa. Dia betul-betul bengang.

            “Okey! Memang ye pun! Memang I dah berubah! You tahu tak sebab apa I jadi macam ni? Semuanya sebab you! You musnahkan segala kepercayaaan yang I bagi pada you! Dah naik berbuih dah nasihatkan you tapi kenapa you masih tak sedar-sedar lagi??” Adrian akhirnya sampai juga ke tahap di mana dia tak mampu nak berahsia apa pun lagi. Semakin hari semakin kenyataan yang diterimanya menghantui diri. Dia tak sanggup lagi menjadi lelaki bodoh yang hanya mampu menyaksikan kecurangan seorang isteri. Dia bukan dayus.

You cakap apa ni, Ryan? Apa yang I buat sampai you cakap macam ni sekali? I tak faham satu patah pun!” Arissa mendapatkan tangan Adrian namun pemuda itu menepis dengan laju. Terpempan gadis cantik itu.

“Sejak bila you ada affair dengan jantan lain dekat belakang I, Rissa?!”Akhirnya terluah jua perasaan yang terpendam di dalam hati si suami. Arissa terkejut mendengar luahan yang tak pernah terlintas di pemikirannya itu.

“Affair? Are you crazy?”

“Sudahlah berpura-pura, Arissa! You ingat I ni apa? Tunggul dalam rumah ni? I ada perasaan okay? Berapa lama lagi you nak tipu I? I dah letih menghadap semua ni tahu tak? Tak sangka semakin I jauh dengan you semakin melampau you jadinya!”

You cakap apa ni? Dari mana datangnya semua cerita mengarut ni..?”

“Tolonglah jangan tipu I lagi..! I dah tak mampu nak telan semua ni lagi..”Adrian bersandar di tiang sebelum dia terjelepuk ke lantai. Pemuda itu menahan air mata lukanya daripada keluar. Terasa satu beban bermain di dadanya, seakan cuba menghentak jantungnya sehingga berderai. Arissa menghampiri Adrian. Dia memeluk lembut kepala si suami. Akhirnya air mata si suami berderai juga.

Kenapa kau melayan aku dengan sebegini lembut setelah kau hancurkan hati aku? Kau tahu tak perbuatan kau ni hanya menambahkan kesakitan aku?

“Jangan sentuh I…” Adrian.

“ I tak tahu dari mana datangnya cerita ni tapi I nak you tahu semuanya adalah satu pembohongan. I tak pernah curang…”
        “Sudahlah Arissa.. Sudahlah berbohong… Otak I dah tak boleh nak hadam segala penipuan yang you buat dekat belakang I..” Adrian mengesat air matanya. Pemuda itu mengagahkan diri menjadi lebih kuat. Tangannya menolak tubuh Arissa agar jauh daripadanya. Dia kemudiannya bangun dari duduk dan berdiri menuju ke anak tangga.

            “You tak ada hak nak tuduh I tipu you kalau you tak ada bukti! Apa you ingat I ni bodoh ke? Apa yang you nak sebenarnya? You ni sengaja cari alasan nak berpisah dengan I bukan??”
Adrian menolehkan pandangannya, menyinga ke arah isterinya. Mahu sahaja dia menampar wajah si isteri yang pandai berlakon tidak bersalah.

“So sekarang you nak salahkan I pulak?? Siapa yang mulakan semua ni? I ke? Bukan okey! You yang mulakan semua ni! Kalau you tak main kayu tiga dekat belakang semua ni tak akan terjadi! Sekarang you nak acting macam you tak bersalah? Apa semua ni?!!” Lantang Adrian bersuara. Bergegar seluruh rumah.

I yang patut tanya you!You dah naik gila ke? Kenapa nak tuduh I bukan-bukan? Mana datangnya semua idea bodoh ni??”

You tunggu dekat sini. You nak berlagak innocent sangat kan? Okay, I’ll show you the proves! I nak tengok selama mana you boleh berpura-pura baik lagi!Adrian bergegas menuju ke bilik atas, kamar di mana dia meletakkan segala bahan bukti yang mengaitkan kecurangan di antara Arissa dan Ammar.
            Arissa tidak berpuas hati. Langsung sepatah pun dia tidak memahami maksud kecurangan yang telah Adrian sebutkan itu.

Sejak bila aku curang? Mungkinkah dia syak sesuatu? Mungkin dia salah faham?

Arissa memanjat anak tangga juga. Dia mulanya ingin menyampaikan berita gembira kepada suaminya namun kejadian yang tak diingini ini membantutkan segala rancangannya untuk memberi kejutan. Dia harus bertindak segera sebelum segalanya menjadi lebih parah. Tak sampai enam anak tangga, Adrian sudah terpacul di pandangannya. Satu sampul surat tebal berada di tangan pemuda.

            “Buka, tengok apa isi dalamnya!” Ujar Adrian setelah pemuda itu menyerahkan sampul surat tersebut di tangan Arissa. Si gadis mula tertanya-tanya apa yang berada di dalamnya. Nafas ditarik dalam-dalam. Dikeluarkan isinya. Tersentap si gadis. Satu persatu gambar yang memalukan terpampang di hadapan matanya. Gambar tidak senonoh di antara dia dan juga Ammar, sahabat baik Adrian, gambar yang entah dari mana datangnya.

Adrian melihat riak wajah Arissa yang tiba-tiba berubah menjadi pucat lesi, seakan tiada darah yang mengalir di wajahnya. Pemuda itu mengerutkan dahinya. Dia sedar, gambar tersebut bukan super impose, apatah lagi diedit. Jelas-jelas gambar itu asli lagi tulen kesahihannya. Terang-terangan Arissa memang berselingkuh dengan sahabat baiknya itu.

            Eh? Astaghfirullahazim..!! Gambar apa ni??? Macam mana benda ni boleh ada dekat tangan Adrian?? Bila masa benda ni jadi? Sah-sah aku kena fitnah! Aku tak pernah buat perkara terkutuk macam ni!

“Apa semua ni? Sekarang you nak menidakkan lagi ke apa yang you dah buat belakang I selama ni hah, Arissa?!” Adrian separuh menjerit. Hatinya makin bengang memikirkan betapa asyiknya isteri dan sahabatnya memadu asmara dalam gambar tersebut.

“Ini fitnah! I tak pernah buat macam ni! Mana you dapat semua gambar ni??” Soal Arissa. Dia enggan mengaku bersalah. Jelas-jelas dia langsung tak dapat meneka apa yang telah dilalui Adrian selama seminggu selepas menerima gambar tersebut. Hancur luluh, sampai berdebu perasaannya ditiup angin.

            “Kau nak tipu apa lagi? Dah jelas-jelas gambar tu tulen! Aku dah fade up melayan kerenah entah apa-apa kau selama ni! Tapi sekarang aku dah tak boleh nak terima apa-apa dah! Patutlah kau selalu dingin dengan aku, menolak aku. Rupanya kau gilakan jantan ni! Hebat sangatkah dia sampaikan korang perlu buat aku macam ni sekali??”

I tak pernah buat semua ni! Cubalah percaya pada I, Ryan!”

“Percaya..? Kau memang dasar perempuan yang tak mengenang budi,kan? Berapa banyak percaya kau nak aku bagi sampai kau puas hati?!”

            “I tak pernah buat benda terkutuk macam ni. I bersumpah..!”

“Aku pernah cakap, aku bagi sepenuh kepercayaan pada kau kan? Tapi apa yang aku nampak kau asyik mengkhianati aku! Kenapa kau kau asyik menipu aku, hah? Kalau kau betul-betul cintakan si Ammar tu, kau berambuslah! Buat apa nak berpura-pura baik depan aku? Cara ni hanya buatkan aku benci pada kau!”

You kenal Ammar..?” Arissa bingung. Mana Adrian tahu mengenai lelaki tersebut?

“Jadi betullah? Jantan tu, kalau kau nak tahu, bestfriend aku! Kau faham tak perasaan aku bila isteri aku yang aku percaya separuh mati tiba-tiba tidur dengan bestfriend aku? Korang ni memang sepadan! Sama-sama keji! Depan aku baik mengalahkan malaikat, belakang aku korang having sex macam gila! Siap-siap ambil gambar lagi! Hebatlah kononnya?!”

“Adrian! You jangan melampau!”

Ammar bestfriend Adrian? Kenapa aku tak pernah tahu tentang semua ni..?

“Apa selama yang aku seorang tak cukup untuk kau?? Kau nak berapa banyak jantan lagi baru kau puas? Patutlah bila aku sebut pasal anak kau asyik mengelak! Kalau pregnant tak boleh buat pulak perkara hina macam tu kan?!”

I tak buat! Boleh faham tak?! Tolong berhenti fitnah I!!” Air mata bercucuran. Semua gambar dosa itu terlepas dari tangan dan jatuh menyusuri anak tangga.

“Apa penjelasan kau tentang gambar-gambar sial ni semua? Kau nak cakap kau tak bersalah? Sakit mata aku, Rissa! Aku langsung tak boleh nak terima semua ni. Semua kepercayaan yang aku bagi dah hilang, zero!” Lutut Adrian longgar lalu dia terduduk di anak tangga paling atas rumah tersebut. Dia tidak mahu menghampiri Arissa. Khuatir jika tangannya naik ke tubuh gadis tersebut. Semarah-marah manapun dia, dia tak ingin menyakitskan  gadis itu.

“Siapa yang beri you semua ni? Mungkin dia sengaja nak you benci I!”
“Pergi matilah siapa pun! Apa pun tujuan dia, benda ni semua memang dah terang lagi bersuluh. Dah sah-sah kau buat perkara terkutuk ni di belakang aku! Ingat ni, aku tak akan pernah maafkan kau lagi, Rissa. Kau dah menderhaka kepada suami kau!”.
myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star