Aku, Kau dan Dia. Cinta? Part 1

       “Pandanglah sekeliling kalau nak jalan! Mata tu buta ke?” Teriak seorang pemuda yang elok parasnya setelah bahunya berlanggar dengan seseorang. Gadis berambut panjang di hadapannya itu mengerling tajam. Buku-bukunya jatuh bertaburan di atas lantai namun masih lagi pemuda itu menyalahkannya. Sungguh lancang mulut pemuda tersebut!

            “Siapa yang salah sebenarnya, hah? Awak tu yang berjalan macam orang mabuk tak pasal-pasal nak salahkan orang!” Terbit rasa amarah di hati gadis itu apabila ternyata itu bukan kesalahannya. Dia segera mengutip buku-bukunya yang bertaburan di atas lantai. Pemuda itu langsung tidak menolongnya malah hanya memandang sinis ke arahnya.

            Malang betul nasib aku..!

Gadis berkenaan kemudiannya berdiri setelah selesai mengutip buku-buku ilmiahnya. Dipandangnya pemuda tersebut yang masih tidak beredar. Entah apa lagi yang dimahukannya!

            “Nak apa lagi?” Soal si gadis.

“Kau belum minta maaf lagi,” Ujar pemuda tersebut dengan lagaknya. Dia tertawa bersama sahabat-sahabatnya. Sengaja dia mahu membuli junior yang baru mendaftarkan diri beberapa minggu lepas itu. Si gadis mengomel sendirian. Tidak ingin dia meminta maaf dengan lelaki seangkuh itu. Dia tidak bersalah dan dia tidak mahu tunduk kepada lelaki seperti itu.

            “Buat apa nak minta maaf kalau saya tak salah? Dahlah. Membazir masa saya je melayan orang macam awak ni,” Gadis itu segera melangkah, mahu beredar apabila sudah banyak mata yang menyaksikan drama antara dia dan senior itu. Tiba-tiba pemuda itu menarik tangan si gadis. Segera gadis itu menepis tangannya. Terkesima pemuda tersebut.

            “Jangan sentuh akulah!” Mata gadis itu mulai kelihatan serius. Pemuda yang berada di hadapannya terdiam sebentar.

            “Hey, relax. Kenapa nak marah-marah?” Soal sahabat pemuda tersebut. Si gadis tidak mempedulikan kata-kata pemuda itu. Dia tahu, pemuda yang bertembung dengannya itu merupakan senior yang digilai gadis-gadis kolejnya. Pemuda itu anak kepada salah seorang usahawan terkemuka di Malaysia. Namun, si gadis tahu, pemuda yang berlagak itu harus diberi pengajaran.

            “Siapa nama kau, budak?” Soal pemuda yang menyakitkan hati si gadis. Gadis berkenaan enggan menjawab. Dia membetulkan kaca matanya dan mulai menapak menjauhi mereka. Pemuda itu mengeluh berat. Gadis itu memang menyakitkan perasaannya. Bahunya ditepuk oleh sahabat-sahabatnya, meminta dia bertenang.

“That girl really gets into my nerves. Si mata empat tak guna. Memalukan aku,” Pemuda itu mengenggam tangannya, menahan amarah.

            “First time huh, Zarieq?” Sahabat pemuda itu tersengih. Syed Zarieq Deazry tersenyum sinis. Dia pasti akan mengenakan gadis itu jika mereka bertemu lagi. Ketiga-tiga sahabatnya menahan rasa geli hati apabila riak Zarieq berubah hingga begitu sekali. Pemuda itu kebiasaannya jarang emosi hanya kerana seorang perempuan. Dia pasti akan membalas semula.

            Gadis berkenaan mengomel sendirian dalam perjalanannya menuju ke bilik kuliah. Tidak sangka dia terserempak dengan pemuda yang paling menjengkelkan hatinya itu.

Muka kacak tapi perangai macam budak-budak. Menyampah aku pandang. Dia fikir dia anak orang kaya boleh lah tunjuk lagak. Kau silaplah. Aku Alysha Zara. Tak semudah tu kau dapat buli aku. Senior huh? Tak takut langsung aku.

“Alysha!” Tiba-tiba seorang gadis menarik tangannya dari belakang. Hampir terjatuh gadis itu dibuatnya. Alysha Zara menyinga memandang sahabatnya itu. Kalau orang lain yang berbuat sebegitu pastinya telah ditendang olehnya. Gadis garang itu segera ditenangkan oleh sahabatnya yang riang-ria bernama Daniea.
            “Amboi garang betul kau ni, Alysha. Tadi tu apa kes?” Soalnya.

            “Kes apa pulak?” Alysha tidak mengerti kata-kata yang keluar dari mulut Daniea. Mereka berjalan seiringan. Daniea tertawa kecil. Dia mengingatkan Alysha kepada kejadian diantara gadis itu dan Zarieq, senior gilaan gadis di situ. Alysha mencebikkan wajahnya. Bosan mendengar nama pemuda itu. Gadis itu enggan bercerita, membiarkan sahabatnya itu tertanya-tanya.

            “Encik Zam tak sampai lagi? Baguslah. Tak adalah orang tua tu membebel lagi,”Alysha tertawa kecil semasa dia memasuki bilik kuliah. Sangkanya pensyarah lingkungan 30-an itu sudahpun masuk mengajar. Lelaki yang dimaksudkan itu sangat suka membebel sehingga naik muak para pelajarnya mendengar. Alysha segera duduk di bangku di barisan tengah. Daniea yang membontotinya dari tadi duduk di sebelahnya. Gadis itu masih cuba mengorek cerita daripada sahabat yang dikenali tak sampai seminggu itu.

            “Alysha!” Panggil seorang pemuda yang duduk di hadapan mejanya. Alysha memandangnya lalu tersenyum manis.

            “Awak ada masa tak hari ni? Saya ingat nak mintak tolong dengan awak,”ujar pemuda yang bernama Daniel. Alysha menyoal apakah pertolongan yang pemuda itu perlukan darinya. Pemuda itu mengatakan dia lemah dalam salah satu subjek dan meminta Alysha mengajarnya selepas habis kuliah. Alysha adalah salah seorang pelajar yang paling pintar di kelas itu. Gadis bercermin mata tersenyum lalu bersetuju.

“Saya boleh ajar. Tapi sebelum pukul empat setengah saya kena balik. So, deal?”

            “Deal. Thanks Lysha,” Ujar pemuda itu sambil bibirnya mengukir senyuman. Pemuda itu kemudiannya berborak dengan sahabat bersebelahan dengannya. Daniea melagakan bahunya dengan gadis itu. Alysha memandang sahabatnya yang aneh-aneh itu.

“Danny tu kan, dia suka kau tak?” Usik gadis berkenaan. Alysha menepuk dahi gadis berkenaan. Sahabatnya itu suka membuat gosip tidak tentu pasal. Bosan sering dijodohkan oleh gadis yang berperangai keanak-anakan itu.

            Jam di dinding menunjukkan hampir jam empat setengah petang. Suasana di dalam perpustakaan itu kelihatan semakin lengang. Di bahagian rak-rak buku, kelihatan Alysha masih mengajar Daniel dengan bersungguh-sungguh. Mata pemuda itu tidak lekang memandang gadis yang masih lagi tekun mengajarnya. Senyumannya terukir di hujung bibir.

            “Danny, awak dah faham ke macam mana soalan ni?” Soal si gadis. Tiada sebarang jawapan yang diberikan oleh pemuda itu. Alysha menyoalnya sekali lagi namun masih sama, tiada jawapan. Alysha mengangkat wajahnya, memandang Daniel. Gadis itu tersengih. Dia memetik jari di hadapan wajah pemuda itu, memeranjatkan Daniel.

“Bosanlah kalau macam ni,” Alysha. Daniel segera meminta maaf. Gadis itu mengemas buku-buku di atas lantai. Pen dan pensilnya juga diletakkan di dalam beg. Dia tidak mahu mengajar pemuda itu lagi.

            “Alysha, maaflah. Awak janganlah marah. Saya janji lepas ni saya tumpukan sepenuh perhatian pada apa yang awak ajar. Saya tak akan curi-curi pandang awak dah. Maaflah,” Kata-kata Daniel membuatkan Alysha berasa janggal. Segeranya gadis itu bangun dari duduk. Pemuda itu mengikuti perbuatan gadis tersebut. Dipegangnya tangan gadis berbaju merah itu.

            “Dah pukul empat setengahlah, Danny. Lain kali saya mengajar, mata awak kena tumpu pada apa yang saya ajar, bukan tempat lain. Okeylah, saya balik dulu,” Alysha segera beredar. Daniel memerhatikan kelibat gadis yang mulai menjauhinya itu. Pemuda tersebut tersenyum sendirian mengenangkan kata-katanya pada Alysha. Kini gadis itu pasti tahu yang selama ini dia seringkali memandangnya. Pemuda itu menggaru kepala kerana dia sedar  kebodohan telah mendedahkan dirinya sendiri.

Entah apa yang aku rasa sekarang. Tapi kau seorang gadis yang menarik, Lysha.
Pemuda itu terlihat sesuatu di atas lantai berhampiran dengan buku-bukunya. Seutas gelang tangan. Segeranya dicapai perhiasan tersebut. Milik Alyshakah?

4 comments:

Aida Nadia at: November 15, 2011 at 10:28 PM said...

jeng..jeng...jeng...
xsbar n tau ni...
akak...
ble nk smbng cte stu lg...???

Bintang Asterisk at: November 15, 2011 at 10:43 PM said...

OUH. haha! Eh semalam kan akak dah update. tak baca lagi kah?

Unknown at: November 16, 2011 at 7:17 AM said...

uhuk! mau tersedak bila tg ada novel baru kat dashboard.. kak...na adrian. hheehe

Bintang Asterisk at: November 16, 2011 at 5:10 PM said...

HAHA. jangan lah tersedak sedak pulak. Adrian is coming thru. HAHA. so jangan lupa support kak Bintang okay dahlings. =)

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star