Kejora Cinta Adrian Part 48

            “Mama tolong tengokkan Arissa waktu Ryan tak ada ni ye? Insyallah, sebaik sahaja Ryan balik, Ryan akan datang jemput Rissa,” Adrian mencium tangan ibu mertuanya. Pemuda itu mengeluarkan sekeping sampul surat lalu dia letakkan ke telapak tangan si ibu.

“Apa ni, Ryan?”

“Duit belanja Rissa semasa dia ada dekat sini. Apa yang dia nak, belikan aje. Ryan tak nak dia rasa kurang apa-apa masa Ryan tak ada nanti. Tolong ye mama, jangan biar dia buat benda bukan-bukan masa Ryan ada dekat sana..” Ryan separuh merayu. Wajah kusamnya diperhatikan si ibu mertua. Perasaan curiga terdetik di hati wanita itu.

Rumahtangga anak aku ada masalah ke?

Tangan lembut wanita itu mengusap rambut coklat milik Adrian.

“Ryan ada masalah ke dengan Rissa? Kenapa mama tengok Ryan macam tak okey je ni?” Soal Datin Zaraa. Ryan segera menggeleng.

Nampak benarkah semua masalah di wajah aku?

“Tak adalah mama. It’s just, berat hati nak tinggal Arissa. Maybe dua tiga minggu Ryan tak akan jumpa dia. Risau ni tak terkira.”

“Ryan tak percayakan mama ke?”

Excuse me?” Adrian tidak mengerti.

“Ryan tak percaya yang mama boleh jaga Rissa ke? Remember, dah dua puluh satu tahu mama jaga dia,” Tertawa pula si ibu mertua!

Adrian menggarukan kepalanya. Elok-elok nak bercuti di Italy, tiba-tiba dapat tugasan mengejut. Terpaksa dia berkhusus pula sehingga enam belas hari. Kebetulan pula di tempat yang sama, tidaklah bazir tiket kapal terbangnya.

Sorry, mama. Ryan tak sengaja. Rissa mana?” Ujar Adrian.

            “Ada dekat bilik atas. Sejak tadi tak turun-turun. Entah apa yang dibuatnya. Merajuk kot suami nak tinggalkan dia tiga minggu?” Wanita tersebut menuangkan teh panas ke dalam cawan di atas meja kopi di hadapan mereka berdua. Adrian mengeluh berat.

Entah-entah dia merajuk kebebasannya terbatas. Lepas ni tak dapat nak jumpa sweetheart segala. Macam tadi pun muka masam, mulut sunyi macam orang bisu. Nak tunjuk perasaanlah tu.

“Mama, maaf ye. Ryan nak tengok Rissa sekejab,” Adrian meminta diri untuk mendapatkan isterinya di bilik tingkat atas banglo bapa mertuanya itu. Pemuda itu bingkas memanjat anak tangga.

Sesmpainya di bilik, Adrian mengetuk perlahan daun pintu. Tiada jawapan.

“Rissa. It’s me. Open the door..”

Pemuda itu memulas tombol pintu tanpa berlengah lagi. Jam sudah menunjukkan pukul dua setengah petang. Tidak lama lagi dia harus berangkat ke lapangan terbang pula.

Bilik tidur cantik di hadapannya kelihatan kosong, tiada tanda-tanda kelibat Arissa. Ke manakah si isteri pergi? Tandas mungkin?

Adrian melabuhkan tubuhnya di atas katil bercadar ungu susu di hadapannya. Dengan kepala berbantalkan lengannya, mata memandang ke arah pintu kamar mandi yang tidak jauh beberapa meter dari situ.

“Rissa, cepatlah keluar. I need to see you before I go,” Ujar Adrian. Nada suaranya sederhana, mungkin sekali tidak didengari oleh gadis berkenaan. Adrian dilanda keresahan. Dia takut untuk meninggalkan gadis itu namun dalam masa yang sama pemuda itu tak sanggup untuk menghadap wajah jelita yang mengkhianati setiap kepercayaan yang telah diberikannya.

Adrian mengeluh lagi. Kedengaran daun pintu terkuak, Adrian lantas bangkit.

“Rissa..”Panggil Adrian perlahan namun membuatkan Arissa terkejut besar.

            “What are you doing here? Bila you masuk?” Soal Arissa. Segera dia menyorokkan sesuatu di belakangnya. Adrian perasan akan tingkah laku pelik Arissa. Pemuda itu lantas mendapatkan gadis yang kelihatan pucat lesi itu.

“Apa yang ada dekat tangan you tu? Let me see it,” Ujar Adrian. Arissa segera menggeleng. Diseluknya barangan tersebut di dalam poketnya.

“Nothing.”

“Liar.”

Arissa mengelak apabila tangan Adrian melekap di pinggangnya. Gadis itu segera menapak ke katil dan duduk di birainya. Kedua belah tangannya menggosok-gosok lutut yang dibaluti jeans biru lusuh. “You nak berangkat dah?”

Adrian mengangguk lemah. Ah! Tak sanggup aku nak tinggalkan Arissa!

Arissa menundukkan wajahnya.

Adrian… I positive pregnant. Kalaulah ayat itu lancar sekali mengalir dari bibirku kan senang?

Adrian duduk bersebelahan dengan isterinya itu lalu ditariknya gadis itu ke pangkuannya. Telapak tangannya menolak lembut kepala Arissa bahunya lalu diciumnya ubun-ubun si isteri. Kini perasaannya berbolak-balik. Rasa marah dan sayangnya kepada Arissa saling silih berganti. Sekejab rasa benci, sekejab rasa cinta. Adrian sendiri keliru dengan perasaanya itu.

Bibir merah pemuda itu mengucup dahi Arissa lembut. Hidungnya dapat menangkap haruman rambut milik si jelitawan. Wanginya.

I will miss you. And I mean, soo much..!” Adrian menuturkan kata-kata manis. Pemuda itu mengadap isterinya, memandang wajah cerah gebu Arissa. Bahu Arissa dipegang lembut lalu dilabuhkan badan gadis itu ke atas tilam lembut kamar tidur itu. Arissa tidak memandang wajah yang sedang elok menghadapnya. Beribu kecelaruan hinggap di hati. Diakeliru dengan sikap Adrian yang berubah-ubah anginnya. Sekejab dingin, sekejab mesra. Bipolarkah suaminya itu?

            “Janji dengan I yang you akan jaga diri baik-baik masa I tak ada. I tak nak you berpeleseran dengan lelaki tu lagi,” Perlahan kedengaran kata-kata Adrian. Bulat mata Arissa mendengarnya.

Berpeleseran? Apa dia ingat aku ni?

“Apa maksud y..!” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, bibir lembut Adrian sudahpun memaut bibirnya.

“Janji dengan I.”

Setitis air mata Adrian mengena kelopak mata isterinya. Terkedip-kedip Arissa dibuatnya. Gadis itu mengesat matanya yang rasa kelabu itu. Kemudian, dia memandang wajah Adrian yang mula berbahang. Tangannya meraba pipi si suami yang ternyata sudah basah.

Apa yang terjadi sampaikan Adrian yang keras hati ni boleh menangis?

“Kenapa ni?”

“Promise me..!” Adrian mengulangi lagi dengan bahasa lain namun sama sahaja maknanya.

“I promise you.” Arissa akur akhirnya. Kelihatan senyuman nipis di bibir Adrian. Pemuda itu melabuhkan badannya lalu memeluk si juwita pencuri hatinya itu dengan erat.

“I love you so much. More than anything.” Saat itu kepala Arissa dikucup semahu-mahunya oleh suami yang mendambakan kasih sayangnya.

Pelukan dileraikan.

I kena gerak sekarang. Takut terlewat pulak. Jaga diri elok-elok ya?” Adrian bangkit dan membetulkan kolar kemejanya. Arissa turut bangkit. Sewaktu Adrian mula melangkah keluar, tangannya dipaut Arissa. Wajah Arissa dipandangnya. Jelas seperti ada sesuatu yang terbuku di dada, menunggu masa untuk diluahkan.

“I love you, Ryan.” Akhirnya tergelincir juga kata cinta dari mulut Arissa.

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star