Kejora Cinta Adrian Part 27

            Arissa Azzalea membelek-belek sepaket pulut hitam di tangannya. Mahu buat pengat pulut hitamlah, getus hatinya. Tadi, sebelum Adrian ke tempat kerja dia menyuruh suaminya itu menumpangkannya ke pasar raya berdekatan. Mahu cari barang masakan untuk makan tengahari nanti. Tapi alang-alang dah ke pasaraya, terus beli barang dapur terus. Senang, tak payah nak pergi banyak kali.

Semasa Arissa menyusuri rak dimana terletaknya bahan buat kek, dia terpandang seseorang yang amat dikenalinya. Lelaki yang pernah sekali berada di hatinya. Lelaki yang telah dikecewakannya, Ammar Wafi. Terasa lembik lutut saat itu. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukan. Segeranya dia menolak troli menjauhi pemuda itu, bimbang jika Ammar ternampak dia di situ. Namun nasib tidak menyebelahi Arissa apabila troli yang disorongnya terlanggar rak  dan secara langsung kedengaran bunyi langgaran yang agak kuat. Beberapa tin coklat jatuh ke lantai. Arissa segera menundukkan badan, cuba mencapai tin-tin tersebut tanpa melakukan sebarang bunyi.

OMG! Harap-harap Ammar tak perasan!

“Hati-hati cik..” Kedengaran suara menyapanya dari belakang. Arissa segera mengangguk. Dia tidak mahu bangkit dari cangkungannya itu, malah ditundukkan kepala. Tidak mahu dicam oleh Ammar Wafi.

“Cik okay tak ni..?” Soal Ammar lagi. Dia perasaan sesuatu yang pelik dengan gadis tersebut. Pemuda itu menyentuh bahu Arissa lalu gadis itu tersentak. Rambut gadis yang terurai itu terselak lalu menampakkan wajah yang selama ini dirindui Ammar. Ammar terkedu sebentar. Tidak sangka akhirnya dia ketemu jua dengan buah hati pengarang jantungnya itu. ‘Bekas’ buah hati pengarang jantung.

“Arissa..?” Sapanya tidak percaya. Arissa mengangkat wajahnya. Dia tersenyum hambar, senyuman serba-salah. Gadis itu lantas berdiri, diikuti pula oleh Ammar selepas itu. Arissa gugup. Macam nak pecah jantungnya.

“Ammar..” Arissa hilang kata-kata. Dia mengelus rambut panjangnya itu perlahan. Macam mana boleh terserempak dengan mamat ni pulak? Dia tak kerja ke? Apahal dia boleh ada dekat pasaraya pada waktu-waktu macam ni? Coincidence!                    

            “Awak buat apa dekat sini?” Soal Ammar dengan wajahnya yang penuh dengan rasa suka hati. Sudah lama tidak bersua muka dengan pujaan hatinya itu. Arissa menggulingkan matanya. Dah kalau ada kat pasaraya, takkan memancing pulak kan! Soalan tu cuba lah pandai sikit Ammar Wafi!

“Beli barang dapur sikit. Tak kerja pulak ye awak today?”

“Ambil cuti. Sesekali nak jugak rehat-rehat.”

“Okey.”

“Awak dah sarapan?” Soal Ammar. Arissa mengeluh dalam hatinya. Apa lagi ni?

Gadis itu mengangguk. Ammar meraup wajahnya.

“Teman saya sarapan boleh? Jom. Saya belanja.”

Menggeleng pula gadis itu kali ini. Ammar hilang kata-kata.

“Okeylah, saya dah siap beli-belah. Nak balik dah ni. Bye.” Arissa selamba. Dia menolak troli yang berada di tangannya. Ligat kepala pemuda itu memikirkan cara untuk dia bersama Arissa dengan lebih lama. Mungkin kali terakhir untuk dia mendengar penjelasan sebenar-benarnya dari mulut gadis itu.

“Awak! Saya tahu, awak putus dengan saya sebab lain kan?” Tatkala Arissa mulai menjauhinya, Ammar menyuarakan kata-kata tersebut. Arissa terhenti. Entah mengapa terasa satu gegaran di hatinya itu.

Ammar segera mendapatkan gadis tersebut. Dia memegang bahu Arissa.  Terpempan gadis itu tanpa sebarang kata. Bulat matanya. Selama perkenalannya dengan Ammar, belum pernah pemuda itu menyakitinya sebegitu.

            “Kenapa tipu saya?? Kenapa awak tak berterus-terang dengan saya hal yang sebenarnya? Kenapa awak kejam sangat ni, Arissa? Bukan main sakit lagi hati saya mengenangkan penipuan awak ni!” Naik merah wajah pemuda itu menahan sakit hati. Apa yang dimahukan cuma penjelasan sebenarnya daripada Arissa walaupun dia sudah tahu apa yang sedang terjadi. Dia cuma mahu Arissa sendiri yang memberitahu hal tersebut.

*   *   *

            “Saya dah berkahwin, Ammar.”Ayat ringkas Arissa menyentap sanubari lelaki tersebut. Akhirnya Arissa mengaku juga mengenai perkahwinan yang sudah lama diketahui Ammar. Perkahwinan yang terjadi di antara Arissa tercinta dan Adrian, sahabat baiknya itu. Tangan yang berada di bawah meja digenggam erat-erat, menahan amarah yang ketika ini membuak-buak seakan lava dari gunung berapi. Tunggu masa untuk meletus sahaja.

            “Dengan?”

“Adrian, lelaki yang awak benci tu.” Arissa menundukkan wajahnya. Sejak dia mula-mula bercinta dengan Ammar, Adrian sentiasa dibenci pemuda tersebut. Alasannya kerana Adrian mungkin menaruh hati kepada kekasihnya itu. Pada masa itu, Ammar sendiri tidak tahu, Adrian yang dimaksudkan Arissa merupakan rakan baiknya sejak kecil. Pemuda yang sering ada di sisinya saat diperlukan. Kecil betul dunia ini, alih-alih pemuda itu juga yang merebut cinta hatinya yang satu itu. Tak sangka hal kejam seumpama itu berlaku pada dirinya.

“Sebab dia ke awak tinggalkan saya? Apa salah saya?”

Arissa tidak berani untuk memandang wajah Ammar yang kelihatan mulai sugul itu. Dia tidak tahu apa yang harus dijelaskan lagi. Suasana café yang tenang sedikit sebanyak menambahkan ketegangan yang teradi di antara mereka. Terasa seperti hanya mereka berdua di situ, seperti pesalah menunggu masa untuk dipancung sahaja. Kereta-kereta yang melintasi jalan seakan tidak berbunyi.

“Bukan sebab dia.” Arissa segera menafikan kata-kata Ammar. “Habis tu sebab apa?” Ammar seboleh-bolehnya menahan amarahnya. Ice lemon tea disedut perlahan, cuba menenangkan hati.

“Sebab.. saya sedar yang saya tak cintakan awak.” Saat Arissa menyelesaikan ayatnya itu, Ammar terbangun dari duduknya. Bomm! Sudah meletus amarahnya.

“Hampir setahun setengah saya bersama awak, baru awak sedar yang awak tak cintakan saya?? Kenapa awak jadi selfish hah? Awak tahu tak, selama ni, awaklah segalanya untuk saya! Bila awak tinggalkan saya, saya rasa macam nak mati!”


            Mata-mata di café tersebut mula memandang ke arah drama murahan yang terjadi di antara mereka berdua. Bisik-bisikan mengeji sudah mula terjadi. Pastinya gadis itu curang kepada kekasihnya, fikir mereka-mereka di situ. Arissa menarik tangan Ammar, memintanya bertenang. Ammar duduk kembali. Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja ditampar wajah gebu Arissa tersebut. Tapi dia lelaki, tak akan sesekali menggunakan kekasaran kepada wanita yang dicintainya.

“Awak, setahun setengah awak! Bukan sebulan dua. Sampai sekarang saya tak dapat lupakan awak. Tak sangka awak boleh cakap macam ni pada saya. Tak cintakan saya? Urgghh.. Unbelievable!” Ammar menyisir rambutnya. Dia tidak sangka alasan itu yang keluar dari mulut Arissa. Tidak pernah dia menyangkakan sama sekali. Fikirnya gadis itu terperangkap oleh Adrian.

“Habis tu macam mana awak boleh kahwin dengan mamat tak guna tu? Jangan cakap awak cintakan dia. Awak sendiri pernah cakap yang awak tak lebih dari kawan dengan dia..”

“Mama dan papa yang tetapkan perkahwinan tu.”

“Dan awak pun suka lah? Lupa pulak, mamat tu kan mix, handsome segala.”

“Awak jangan nak judge saya, Ammar!”

“Habis tu kalau awak tak suka kenapa awak kahwin jugak dengan dia??”

Arissa mendiamkan diri. Dia tidak mahu membuka pekung di dada. Dia tidak mahu mengingatkan kejadian tangkap basah yang telah terjadi. Biarlah Ammar berterusan tertanya-tanya daripada mengetahui alasan yang sebenarnya.

“Saya cintakan awak. Sampai bila-bila pun saya akan cintakan awak! Dan saya tak akan lupakan awak. Saya akan tunggu awak.”

“Awak tak akan faham..” Arissa mencapai beg tangannya. Lebih baik dia pulang daripada berterusan mendengar rintihan Ammar. Saat dia bangun, Ammar menggapai tangannya. Erat, seperti tidak rela melepaskannya pergi lagi.

 “Kalau awak tak cintakan dia, bercerailah. Saya akan tunggu awak.”

2 comments:

Unknown at: September 18, 2011 at 3:25 AM said...

eiii..
xsuke2!!
ape kes nak soh org bercerai ni..
xmau2!

Bintang Asterisk at: September 18, 2011 at 6:38 AM said...

HAHA. sabar sabar.

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star