Kejora Cinta Adrian Part 11

               “Morning,” sapa ringkas Adrian Zareth dari belakang. Arissa yang sedang menyapu jem strawberry di atas roti terkejut dibuatnya. Dia terasa kekok dengan keadaan tersebut. Lain perasaan orang yang dah bersuami rupanya.

“Morning. So, semalam kau balik pukul berapa?” Soal Arissa, berpura-pura tidak tahu. Adrian tersenyum. Eleh, macamlah dia tak tahu pulak!

            “Entah. Tak tengok jam pulak,” balas si pemuda. Dia menarik kerusi di meja makan lalu duduk di atasnya. Kelihatan roti bakar dan juga nasi lemak terhidang di atas meja. Dikerlingnya si isteri yang langsung tidak memandangnya itu. Pagi-pagi sudah pandai menjaga makan minum suami. Ini sudah bagus. Tak adalah aku kebulur dekat dalam pejabat nanti.

           Suasana di meja  makan sunyi sepi seolah-olah tiada orang pun yang berada di situ. Hanya kedengaran bunyi sudu berlaga dengan pinggan sahaja. Adrian turut berasa kekok dengan keadaan tersebut. Dahulu, setiap kali bertemu pasti ada sahaja yang ingin dibual oleh mereka berdua. Nampak sangat perubahan keadaan setelah mereka berdua bergelar suami dan isteri. Sang pemuda cuba untuk menghilangkan kejanggalan di antara mereka. Mahu diusik gadis tersebut.

“Pagi-pagi makan nasi lemak, kau ni nak aku cepat gemuk kah?” Soal Adrian. Muncung dipanjangkan. Arissa yang berdiam diri sejak tadi memandangnya dengan perasaan geram. Haish! Banyak pulak songeh orang tua ni!

            “Dekat Amerika tu kau mesti tak jumpa makanan macam ni, kan? Biar kau kenal sikit asal-usul kau tu. That’s why aku masakkan untuk kau. Kau patut bersyukur aku sudi masak tahu? Inilah jadi kalau stay negara barat lama sangat,” Pedas kedengaran di cuping telinga Adrian. Oh? Perli aku pulak? Mentang-mentanglah aku ni lama tak balik Malaysia, sedebuk kau kenakan aku?

“Bukan apa, menggemukkanlah. Kau nak ke suami kau yang langsing, menawan dan handsome ni gemuk? Nanti kawan-kawan kau cakap kau tak pandai jaga aku pulak,” Adrian sengaja menambahkan perisa ke dalam perbualan mereka berdua. Kedengaran keluhan berat dilepaskan Arissa. Gadis itu bangun dari duduk.

            “Kalau tak nak makan, tinggalkan je kat situ. Aku tak paksa pun kau makan.”

            Arissa beredar dari meja makan tersebut lalu melangkah ke dapur. Kecil hatinya setelah bersusah-payah memasak sejak subuh tadi. Dikomen-komen pula apa yang dimasaknya. Adrian patut bersyukur kerana dia ingin meluangkan masa untuk mengisi perut pemuda itu. Gadis itu bermasam muka. Dia tidak tahu apa yang akan jadi dengan rumahtangganya. Dia tidak tahu bagaimana mahu menguruskan segala yang berkaitan dengan perkahwinannya. Tiba-tiba perasaan sebak menguasai dirinya. Dia bagaikan sudah hilang arah setelah dirinya terpaksa berkahwin dengan Adrian Zareth.

            Mama, I don’t know how I can survive in this marriage. Help me.

Gadis itu membasuh mug yang digunakannya sebentar tadi di sinki. Hatinya gundah-gulana. Dia tidak merasakan walau secalit kebahagiaan pun dalam perkahwinannya itu. Kalau diikutkan hati mahu sahaja ditinggalkan Adrian Zareth dan hidup bersama ibubapanya seperti sediakala.

Tiba-tiba terasa sesuatu menjalar di pinggangnya. Tersentak si gadis. Adrian entah muncul dari mana. Tiada kedengaran sebarang tapak kaki sebelum itu. Gadis itu ingin menoleh namun terasa seperti pemuda itu meletakkan dagunya di bahu gadis tersebut. Berdebar-debar jantung si gadis itu. Sudah dua kali pemuda itu tiba-tiba muncul dibelakangnya. Hantu betul! Apa yang dimahukannya kali ini?

            I’m truly sorry, Rissa. I don’t mean to hurt you. Well, actually your nasi lemak is delicious and I can’t stop eating it. That’s why I’m saying that word earlier. Kalau boleh, teruskanlah memasak makanan yang sedap-sedap untuk I. I’m going to appreciate it so much,”Setelah selesai mengucapkan ayat yang menyedapkan hati, Adrian mencium pipi gebu Arissa Azzalea. Merah padam wajah gadis itu dibuatnya. Aiseyman!

“Kau buat apa ni, Ryan..?” Soal Arissa dengan nada yang gugup.

            “Nothing. I just can’t help myself,” Adrian memeluk tubuh si gadis dengan lebih erat. Entah mengapa tiap kali dia bersentuhan dengan Arissa hatinya berasa tenang dan saat itu jugalah dia tidak mampu untuk mengawal tubuhnya daripada terus mendekati si gadis. Apa yang sedang terjadi sebenarnya?

“Ryan, aku rasa kau macam dah lambat nak ke office ni,” Arissa.

            “Oh yeke? Erm. Sorry, again. I’m going now. Bye dear,” Si suami segera melepaskan pelukan. Dia kemudiannya beredar setelah Arissa langsung tidak mengeluarkan sebarang kata-kata terhadapnya. Tie merah  di leher diketatkan. Nafas panjang ditarik pemuda itu. Hatinya mulai berdebar-debar. Apa yang terjadi tadi? Kenapa tiba-tiba je aku rasa lain macam?

Pemuda itu memperbetulkan kemeja putih belang merahnya lalu segera melangkah menuju ke parkir. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Pemuda itu menoleh ke belakang dan saat itu kelihatan tubuh Arissa berlari-lari anak menuju ke arahnya. Sebelah keningnya diangkat. Terdetik satu persoalan.

           “Bukan ke kita tengah bercuti?” Serentak kedengaran kata-kata mereka. Adrian menggaru kepalanya, terasa malu. Arissa tersenyum simpul. Mereka kan baru sahaja melangsungkan pernikahan, cuti masih berbaki lima hari. Buat apa nak pergi kerja pulak? Entah apa-apa!

Pasangan itu tertawa. Inilah kali pertama mereka berdua ketawa bersama setelah mendirikan rumahtangga. Sedikit ikatan janggal dilepaskan. Adrian menarik tangan Arissa duduk ke meja makan itu kembali. Arissa membiarkan perlakuan Adrian dan hanya mengikuti gelagat si pemuda kacak.

            Adrian meneguk kopi yang berada di dalam cawan. Sedap! Dialihkan pandangannya pada Arissa yang cantik berseri tanpa secalit make-up. Senyuman manis dilemparkan kepada gadis tersebut. Arissa menahan rasa segannya saat itu.

“Here’s the thing. Kita baru kahwin. We have five more days left before we start to go work as usual. Apa kata kalau masa yang terluang ni kita pergi vacation? Setuju tak?” Soal Adrian dengan bersungguh-sungguh. Dia melemparkan senyuman lebarnya di hadapan si isteri. Bulat mata Arissa saat itu. Apa mimpi mamat ni tiba-tiba nak ajak aku bercuti?

            “Vacation..?” Soal si gadis ralat.

Adrian mengangguk. Dia tahu Arissa pasti berasa bimbang dengan keadaan tersebut, risau pemuda itu melakukan apa-apa kepadanya. Adrian sudah mendapat akal, penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh kedua-duanya. Jari-jemari Arissa digenggam erat-erat. “I think we should discuss something.”

            “I rasa, this marriage things memang terlalu drastik pada both of us, right?” Soal Adrian. Matanya memandang tepat ke adalam anak mata Arissa yang bewarna coklat hazel. Si gadis mengangguk perlahan. Eh kenapa tiba tiba beri beryou pulak mamat ni? Ah! Lantaklah. Kitorang kan dah kahwin. Peduli apa?

Adrian mengikuti anggukan kepala si gadis. Dia sudah tahu apa yang patut dilakukan dalam mengekalkan perkahwinan yang baharu beberapa hari dilangsungkan itu. Dia tak mahu ianya berakhir dengan penceraian. Teringat akan sumpah dan janjinya terhadap kedua-dua ibu dan bapanya dan juga ibu bapa si isteri. Tak mungkinlah dia melanggar sumpah. Nak jadi batu ke apa aku nanti?

“Macam ni. I promise I will never do something that you hate. I mean.. Erm. ‘That’ thing. I tak akan usik selagi you tak bagi permission pada I, selagi you tak ready.  So, for now, I think, kita just act macam biasa je. You jadi bestfriend I like we used to be. Deal?” Kata-kata Adrian sedikit-sebanyak membuatkan Arissa segan namun ada benarnya juga kata si suami. Kalau belum bersedia buat apa nak paksa? Mereka sudah biasa menjadi sahabat, apa salahnya kalau teruskan sahaja seperti biasa?

            “Deal. Kalau boleh aku..! I mean, kalau boleh I nak kita just hidup macam biasa. Macam kawan biasa. Bukan sebagai suami isteri yang sebenar lagi. I tak sedia lagi untuk semua ni dan I  tak ada apa-apa perasaan lagi buat you. Hope you understand,”Balas Arissa. Adrian mengangguk. Dia faham. Dua orang manusia yang tiba-tiba terjebak dalam sebuah ikatan yang tak diredhai, tidak mungkinlah segala perkara akan terus berubah secara automatik mengikut kehendak orang lain. Perlukan masa dan pemahaman. Jangan main hentam je.

            “Kalau tiba-tiba I rasa nak peluk you boleh tak?” Usik si suami. Arissa menyekeh kepala pemuda tersebut dengan buku limanya. Pemuda tersebut tergelak besar. Sekurang-kurangnya flow rumahtangganya ini tidak kekok lagi!

“Boleh blah! Suka-suka hati je kan?”Gerutu Arissa Azzalea.

“Eh kenapa pulak? I ni kan husband you?” Terkekek-kekek Adrian ketawa. Naik geram Arissa Azzalea dibuatnya. Baru sekejab tadi dia cakap nak berkawan je, sekarang gedik-gedik nak peluk-peluk pulak. Nak makan kaki ke apa mamat ni?

“Nope. You bestfriend I. Not more than that. Understand?” Arissa.

2 comments:

Ad_dEen at: September 15, 2011 at 12:33 AM said...

sukalah citer awak..sambung cepat2 ye...

Bintang Asterisk at: September 15, 2011 at 12:44 AM said...

dah sambung. cuma tak upload je lagi. thengkaseh ye Ad_deen

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star