Pertama dan Terakhir Part 3

Adrianna menjeling sahabatnya yang lurus bendul itu. Senyumannya terbit di hujung bibir. Ain memang tidak mengetahui niat sebenar dia melakukan perkara sedemikian rupa.

Kalau kau nak tahu, aku memang sengaja buat Hafsyam minta hubungan kitorang disatukan kembali. Kau tahu kenapa tak? Aku benci dia! Aku tak puas hati apabila dia mengutuk-ngutuk di belakang aku setelah kitorang putus!       Tengok sekarang,siapa yang lagi bernasib baik? Aku atau Hafsyam... Sekarang ni masa untuk balas dendam!

Ain menyedari ada yang tidak kena dengan riak wajah Adrianna. Gadis itu sedang menyembunyikan sesuatu perkara daripadanya dan dia ingin mengetahui tentangnya. Tiba-tiba gadis itu  teringat akan mengenai hal Adam Fariz yang digila-gilainya itu. Ain menarik beg tangan Adrianna.

“So, Adam macam mana?” Soal Ain membuatkan Adrianna berasa berdebar-debar. Dia tidak memandang Ain. Hatinya berasa gementar apabila nama Adam Fariz disebut oleh Ain. Seolah-olah terasa satu perasaan yang lain dalam hatinya. Adrianna segera menyisirkan rambutnya apabila Ain menyoalkan kembali soalannya.

“Well... Adam.. Dia.. Tak mahu terima kau jadi girlfriend dialah.. Dia just cakap yang dia tak boleh terima kau lebih dari seorang sahabat dan dia harap kau... Lupakan perasaan kau pada dia sebab dia kata.. Dia dah ada girlfriend. Aku tak sure lah yang tu.. Sorrylah, Ain..”Adrianna mengalihkan matanya daripada terus ditenung oleh Ain. Ain tersenyum hambar. “Aku dah agak dia akan reject aku.. Aku kan tak cantik..” Gadis itu seakan sedikit sebak apabila cintanya ditolak mentah-mentah.

            “Ain.. Janganlah putus asa, okey? Lelaki dalam dunia ni ramai. Kalau kau tak dapat Adam, tak bermakna kau tak akan jumpa lelaki yang lebih baik daripada dia. Sabar ya?” Adrianna cuba menenteramkan perasaan Ain yang mulai tidak menentu itu. Ain mengangguk. Rasa kecewanya tidak dapat ditahan senyum palsunya itu. Namun, akhirnya dia sedar, Adam tak akan jadi miliknya, sampai bila-bila pun.

            “Dahlah. Jangan bersedih lagi okey? Jom. Dah lewat nak pergi kelas ni and..! aku tak mahu dengar kau nak ponteng kelas lagi!” Adrianna membuka pintu keretanya. Ain tersengih-sengih seperti kerang busuk. Adrianna segera mencubit lengan gadis kecil molek tersebut.“Dah, kau tak payah nak buat drama sedih dekat sini, okey?? Orang lain pun kecewa dengan cinta tapi tak adalah asyik nak ponteng kelas macam kau ni. Baik kau naik. Jangan nak mengada-ngadalah!” Adrianna segera memasuki perut kereta MyVinya itu. Ain merengus kecil tanda protes sebelum menuruti perbuatan Adrianna itu, “Sibuk ajelah!” Ain memuncungkan bibirnya yang kecil molek itu,membuatkan Adrianna geram dengannya.

***

            “ Minta maaf  Mr Jamal . Saya lewat sikit,” Setibanya Adrianna di dalam blik kuliahnya. Mr Jamal, penyarah subjek English For Acedemic Purposes itu berdehem. “Please speak English my dear..” Ujarnya tegas. Tiba-tiba rakannya berseloroh kepada Mr Jamal. Adrianna pelik lalu menyoal apa yang kelakar mengenainya.
            “Mr Jam! Is there  something special about you and Adrianna that we don’t know? You called her my dear just now.. Hahaha,” Ketua kumpulan bersura. Kemudian, sahabat-sahabatnya turut ketawa sekali lagi. Terbatuk Mr Jamal dibuatnya. Merah wajah Adrianna ketika itu. Ain yang berada di belakangnya turut ketawa kecil. Adrianna bingung.

What the heck are you guys talking about??

“Please Zambri. This is not the right time for making jokes..” Penyarah tersebut tersenyum. Zambri hanya tersengih-sengih memandang pensyarahnya yang agak sporting itu. Mr Jamal datang ke arah pemuda itu lalu menepuk kepala Zambri dengan tapak tangannya.

            “Auch! Nothing.. It’s just a coincidence, you know.. You always call Adrianna in front of class, asked us about her, sometimes you ask her to help you and.. thats make us so curious to know what exactly  happen between you and Adrianna. Are you guys in love?” Zambri menambahkan rasa segan Adrianna. Adrianna segera menampar bahu pemuda itu.

            “Apa kau mengarut ni, hah?? Nak mati ke?” Adrianna kemudiannya duduk di atas kerusi belakang Zamri. Ditolaknya modul tebal mengenai badan Zamri, masih geram dengan jenakanya yang tidak boleh diterima akal. Mr Jamal mulai berasa malu dengan semuanya.

            “Aduh! Sakitlah wei!” Zambri menoleh ke belakang, menjeling Adrianna. Adrianna menjelirkan lidahnya tanda marah. Ain tiba-tiba mengusik gadis tersebut.

            “Wei, Adrianna. Apa hubungan kau dengan Mr Jam, haa? Dia ke pengganti Hafsyam tu?” Ain mengangkat kedua-dua belah keningnya tanda bergurau. Adrianna menepuk dahi gadis tersebut. Dia mengerling tajam ke arah Ain yang terkejut dengan tindakannya itu.

“Aku memanglah ada pengganti si Hafyam tu tapi cubalah kau fikir sikit,Ain.  Sekarang aku baru je 19 tahun, kan?  Mr Jamal tu pulak dah 29 tahun. Beza umur kitorang sepuluh tahun, okey?  Aku pulak bukan jenis suka sangat lelaki-lelaki dewasa ni. Kalau macam si kacak Clark Kent depan tu aku naklah. Aduhai kacaknya...”Adrianna memerhatikan Fendi yang berada tak jauh darinya. Pemuda segak dan bergaya itu amat diminatinya. Lagipun Fendi mempunyai tubuh badan yang tegap, mempunyai senyuman yang menawan hatinya dan salah seorang atlet yang popular di kolejnya. Tiba-tiba Ain menepuk bahu Adrianna dengan kuat.

“Err.. Hello? Kau dah lupa ke yang kau ni sebenarnya dah ada boyfriend..?” Ain tersenyum sinis. Adrianna tertawa lalu berkata “Oh.. Yeke? Terlupa pulak aku.. Hehe..”

Tawa gadis itu tiba-tiba didengari oleh pensyarah  muda tersebut. Penyarah yang kelihatan iras-iras pelakon bollywood itu menghentikan pengajarannya dan memaling ke belakang. Kemudian, dia mengeluh berat.

“Miss Adrianna. Could you please stop loughing? Theres anything you want  to share with us?” Soalnya dengan nada yang tegas.

Adrianna terdiam.

Dengar pulak orang tua ni. Macam telinga lintah! Hish! Kalau aku tu, asyik kena aje! Cubalah cari mangsa lain selain aku. Mengacau je..

“Err.. Nothing.. I’m just..! Mmm.. Sorry Mr Jamal.. It won’t happen again..” Adrianna menundukkan  wajahnya. Sekali lagi Zamri ketawa besar, diikuti dengan sahabat-sahabatnya seperti Amad, Pejo, Syafiq, Ijat dan Adruce. Adrianna menjeling tajam ke arah ketua kumpulannya itu.

            “Apa ketawa-ketawa? Kau nak makan buku free ke?” Secara tidak sengaja matanya bertentang dengan Fendi, pemuda kacak yang menjadi kesukaannya. Adrianna tersipu-sipu sendirian.

            Alahai... Clark Kent ni nak main-main mata pulak. Tergoda aku. Janganlah pandang aku lama-lama,nanti aku goda kau baru tahu!  Aku tahu kau pun bukanlah tahan sangat!

Ain mencubit tangan Adrianna kuat. Adrianna mengaduh.

            “Hati-hatilah.. Dari mata turun ke hati. Jagalah pandangan tu.” Ain geram dengan sifat mata keranjang Adrianna yang makin menjadi-jadi selepas berpisah dengan Hafsyam. Mr Jamal berdehem beberapa kali. Makin segan dia apabila diusik oleh para pelajarnya. Pensyarah tersebut meneruskan sesi pengajarannya. Sesekali matanya mengerling ke arah Adrianna yang sedang menunduk, melihat sesuatu di bawah meja. Pemuda itu menggeleng-geleng.

            Haii...Sempat-sempat pulak dia nak main mesej time aku mengajar ni. Adrianna, Adrianna.. Kenapalah awak ni cute sangat? Nak tegur pun dah jadi segan bila budak-budak ni mengusik. Alahai...

            Adrianna membaca mesej yang telah dikirim oleh Taufiq. Gadis itu mengeluh.

“Saya mengantuklah, sayang. Letih sangat-sangat.Tak boleh message sekarang.Nak rehat. Nantilah saya mesej awak ya? Belajar elok-elok. Malam ni saya OT lagi. Ada masa kita jumpa, okey? Love you sayang. Bye,”

            Adrianna menahan amarahnya ketika itu. “Tak mesej sampai bila-bila lagi bagus.”
***
            “Eh, apasal aku tengok kau moody aje ni? Dari dalam kelas tadi dah aku tengok muka kau macam tak okey aje. Ada masalah ke?” Soal Ain sambil menyentuh bahu Adrianna. Adrianna menuju ke tandas. Hatinya masih panas mengenangkan sikap Taufiq terhadapnya. Dia masih tidak mengerti mengapa dia diperlakukan sebegitu. Ain tertanya-tanya apa yang telah terjadi kepada sahabatnya itu. Apa yang terlintas di fikirannya kini adalah disebabkan hal Mr Jamal tadi.

            Adrianna mengeluarkan compact powder yang berada dalam beg tangannya lalu menyapukannya pada wajahnya yang bersih tanpa ada cacat cela itu. Kemudian, dia meletakkan bedak tersebut di atas sinki. Gadis itu memegang kepalanya.

            “Tak guna punya lelaki!! Memang kurang ajar! Bodooh!” Tiba-tiba Adrianna bersuara lantang, hampir-hampir menjerit. Terkejut Ain yang berada di sebelahnya. Gadis itu memandang sekelilingnya. Mujur hanya mereka berdua yang ada di dalam tandas tersebut. Jika terdapat orang lain, mungkin Adrianna telah dimarahi kerana tiba-tiba sahaja gadis itu menjerit. Ain memegang bahu rakannya itu.

            “Adrianna, kenapa dengan kau ni? Hey.. Bersuaralah.. Aku risau..!”Ain perlahan. Adrianna tidak mempedulikan soalan Ain. Gadis itu memandang cermin besar di hadapannya itu.

            Dengan wajah aku ni, aku boleh dapat ramai lagi jantan yang lebih bagus daripada kau, Taufiq! Kau tengoklah nanti. Aku akan sakitkan hati kau seperti yang telah kau lakukan pada aku. Atau.. Lebih teruk lagi. No one can treat me like this. I’m Adrianna Safiyya and i will make my revenge. You will see it, soon...

Adrianna tersenyum sinis. Dia mulai membenci akan kekasihnya itu. Ain mulai pelik dengan perangai gadis yang merupakan sahabat baiknya itu. Apa yang telah terjadi dan mengapa dia tidak tahu. Persoalan itu bersarang dalam pemikiran gadis tersebut.

            Siapa pemuda yang kau maksudkan itu, Adrianna? Apa yang telah pemuda itu lakukan kepada kau? Aku nak tahu...

Tiba-tiba kedengaran bunyi mesej masuk  telefon bimbit yang datangnya dari dalam beg tangan Adrianna. Adrianna merengus. Dia meraba poket beg tangannya itu.

            Nak  mesej apa lagi ni?! Nak tidur, pergilah tidur! Kau ni menyakitkan hati betullah, Taufiq!

            “Erm.. Hai Adrianna... Kau buat apa tu? Busy tak?”

Terkesima Adrianna ketika itu. Mesej daripada Adam Fariz! Dia memandang Ain.

*   *  *
            “Taufiq.. I’m sorry. Saya tak boleh terima awak lagi. Saya nak putus..” Kata-kata Adrianna menyebabkan Taufiq terkejut besar. Taufiq segera menarik kedua-dua tangan kekasihnya itu. Adrianna langsung tidak memandang wajah pemuda tersebut. Dia cuba melepaskan tangannya daripada terus dipegang oleh Taufiq.

            “Hey.. Sayang.. Kenapa awak cakap macam ni? Awak ni kenapa haa?” Tegas pemuda itu meminta penjelasan daripada Adrianna yang hanya mendiamkan diri. Adrianna cuba memandang mata Taufiq. Tangannya dilepaskan. Adrianna menarik kolar kemeja pemuda tersebut selepas itu.

            “Hey.. Awak tahu tak yang awak ni tak adil langsung? Saya macam tak ada hak ke atas awak.. Saya diabaikan, okey? Awak tak layan saya macam saya ni girlfriend awak!” Adrianna mulai marah apabila bercerita tentang keadaan hubungannya dan  Taufiq.

Taufiq mengeluh berat apabila mendengar kata-kata Adrianna yang disayanginya. Dia menarik tangan kanan Adrianna lalu meletakkannya di atas dadanya.

            “Sayang.. Saya sibuk kan..” Lembut kedengaran nada suara Taufiq. Adrianna segera menggeleng. “Sibuk dengan kerja, kan? Apa kata kalau macam tu, awak couple ajelah dengan kerja awak tu! Jangan layan saya dah! Awak ni kan..! Nak hantar satu mesej pun susah sangat kan? Awak tahu tak betapa sakitnya hati saya apabila awak lagi pentingkan kerja awak dari saya??” Adrianna menolak dada Taufiq dan cuba menjauhinya. Pemuda tersebut mulai menyesal kerana selama mereka bersama hanya beberapa kali sahaja dia menelefon dan menghantar mesej kepada gadis itu.

            “Saya janji saya akan berubah, sayang. Lepas ni saya akan selalu ambil berat pasal awak. Kalau dah macam tu okey tak? Adrianna.. Awak, saya ni sayang awak sangat...” Taufiq mengangkat tangannya,menunjukkan bahawa dia berjanji tidak akan mengabaikan gadis tersebut lagi. Adrianna merengus kecil.

            “Semua tu dah terlambat sangat, Taufiq. Saya dah tak ada hati pada awak. Yang tinggal hanyalah rasa marah, benci. Baru dua bulan kita couple awak dah buat saya macam ni! Itu belum pulak yang akan datang. Sudahlah ye, Taufiq. Kita kawan aje okey?” Adrianna mengambil keputusan muktamad. Dia tidak mahu dibebani dengan perkara-perkara negatif lagi. Biarlah dia memilih jalan yang berbeza dari Taufiq. Biarlah segalanya tamat di situ.

            “Thanks sebab berterus-terang. Kita kawan aje.. Kawan.. So, awak jagalah diri elok-elok, okey? Saya minta maaf sebab hubungan kita berakhir dengan cara macam ni..!” Taufiq menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Adrianna. Gadis itu menyambut tangan si pemuda. Dia tidak berasa serba-salah pula apabila melihat riak sedih Taufiq.


Adrianna tidak lagi nampak kelibat Taufiq di situ. Perlahan-lahan dia melangkah ke pondok kecil berdekatan dengan tasik. Suasana pagi itu nyaman tanpa kehadiran sesiapa lagi di dalam hatinya. Terasa aman.

“Ahh.. Leganya hati ni..!” Adrianna mendepakan tangannya lalu menghirup udara segar di taman itu. Pemikirannya tidak lagi dibelenggu dengan Taufiq. Adrianna tersenyum puas. Hatinya puas apabila melihat riak kecewa yang terbit di wajah ‘bekas kekasih’nya itu. Gadis itu tiba-tiba ketawa kecil.

Inilah balasan kau kerana tak pandai menjaga hati aku. Aku tak pernah jumpa lelaki bodoh macam kau ni, Taufiq. Nasib baik aku tak jatuh cinta pada kau kalau tak, meranalah aku tunggu kau. Baik kita berpisah sekarang, kan? Bijak tak aku ni?

            Adrianna duduk di atas bangku batu di bawah pondok rehat yang kecil itu. Dia menutup matanya. Cuba menghayati pagi yang penuh bermakna itu.

*   *  *
“Adrianna..?” Kedengaran satu suara lelaki yang amat dikenalinya. Suara seorang pemuda yang pernah muncul dalam hidupnya tak lama dahulu. Perlahan-lahan, Adrianna membuka matanya. Ditelitinya tuan empunya suara tersebut. Wajah pemuda itu tidak kelihatan apabila pancaran matahari pagi membelakanginya. Adrianna mengerutkan keningnya, mengecilkan matanya untuk mengecam pemuda yang menegurnya itu.

“ Hafsyam.. Kau ke tu..? Soal gadis cantik itu.

“Yup!  Akulah. Kau buat apa dekat sini seorang diri? Tak takut ke kena culik nanti?” Gurau pemuda yang pernah menjadi kekasihnya itu. Hafsyam duduk bersebelahan dengan gadis tersebut. Adrianna menjarakkan diri dari pemuda tersebut. Hafsyam perasan akan keganjilan  sikap Adrianna apabila mereka sudah tidak lagi melayari bahtera kasih bersama.

            “Aku.. Aku tunggu boyfriend akulah,” Dengan selamba gadis itu menjawab.

“Tipulah.. Macamlah aku ni tak tahu bila kau menipu. Aku dah masak sangat dengan kau,” Hafsyam tersenyum sinis. Adrianna menampar bahunya sejurus dia menghabiskan ayatnya itu. Hafsyam mengaduh.

            “Sakitlah! Tak habis-habis dengan perangai macam jantan kau tu. Dari kita couple sampai sekarang still tak berubah-ubah..” Hafsyam ketawa besar.

Adrianna terdiam. Hafsyam perasan akan kelainan riak wajah Adrianna yang berubah. Gadis itu tidak berkata apa-apa lagi. Hafsyam cuba menukar topik daripada terus membuatkan Adrianna tidak selesa dengan kehadirannya di situ.

2 comments:

Unknown at: September 25, 2011 at 10:09 PM said...

adrianna ni da gaye cam playgirl je...

Bintang Asterisk at: September 25, 2011 at 11:07 PM said...

yeah. Tepat. HAHA. Macam playgirl. Bersedia untuk part yang lebih menyakitkan hati. HAHA

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star