Kejora Cinta Adrian Part 50


              “Ya, Puan hamil sembilan minggu. Tahniah. Anak pertama?” Soal Doktor Haryati, salah seorang doktor di Klinik Wanita Ummu Annaz. Arissa tersenyum. Betullah jangkaannya. Di dalam rahimnya, tertanam benih Adrian yang sedang membesar. Wajahnya memaparkan rasa bahagia. Kalaulah Adrian di situ pastinya pemuda itu melompat-lompat kegirangan memandangkan suaminya itu betul-betul berharap untuk mempunyai bayi hasil perkahwinan mereka berdua.

“Ya, anak pertama. Saya nervous. Tak tahu nak buat apa sekarang ni. Rasa takut semua ada,” Arissa bersuara setelah lama mendiamkan diri.

“Saya tak hairan kalau puan rasa macam tu. Boleh dikatakan setiap wanita yang hamil anak pertama akan berasa gelisah dan tak selamat memandangkan bakal berdepan dengan pengalaman baru. Insyallah semua itu akan beransur pulih. Apa yang penting sekarang, puan kena jaga kandungan puan dengan baik-baik. Jaga permakanan puan, jaga kesihatan puan elok-elok,” Berterus-terang si doktor bagi memastikan pesakitnya selesa dengan perbualan kali pertama mereka itu.

            “Terima kasih doktor.”

“Sama-sama. Saya berdoa untuk segala yang terbaik untuk puan dan kandungan yang bakal lahir ni.” Doktor wanita yang berwajah lembut itu tersenyum. Arissa bangun dari duduknya. Dia mencapai beg tangan bewarna merah miliknya.

“Doktor, kena buat kad kan? Itu mak saya cakap,” Ujar Arissa.

“Haah. Sekejab ya. Puan tunggu dekat luar dulu. Saya inform pada nurse.”

“Terima kasih ye doktor,” Arissa berjabat tangan dengan Doktor Haryati sebelum beredar ke ruang menunggu di luar. Gadis itu mengeluh perlahan. Bukankah lebih bagus jika Adrian Zareth dapat menemaninya pada hari bersejarah itu.

            Telefon bimbitnya yang berada di dalam beg berbunyi. Segera Arissa menyeluk ke dalamnya. Terpapar nama Adrian. Berdebar hati gadis itu. Baru beberapa saat dia teringat akan si suami, pemuda itu menelefonnya pula. Seakan mengetahui isi hatinya saat itu. Jari menekan butang ‘jawab’.
“Assalamualaikum..” Sapa Arissa lembut.

            “Waaalaikumussalam. Sayang..! How are you today?” Kedengaran suara teruja Adrian. Arissa tersenyum apabila mendengar suara suaminya yang ceria itu.

“I’m good. So macam mana dekat sana? Having fun?” Soal si isteri.

“Nope. Everyday is a worthless day when you are not around. Truly miss you like crazy.”Adrian bermadah kata, menyatakan ayat yang ingin sekali didengar oleh Arissa. Arissa memandang keadaan sekeliling. Ingin disembunyikan senyuman lebarnya dari pandangan orang lain. 

“Bila you nak balik? Lambat lagi ke?” 

“End of the month lah, sayang. Kenapa? You tak tertahan rindu dah ke?” Gurau Adrian. Arissa menggelengkan kepalanya.

Tak habis-habis nak kenakan aku.

“Tak adalah. You, nanti you balik I nak bagitahu something okay. Surprise.”

“Beritahu sekarang tak boleh ke?”

“Tak boleh. I nak bagitahu you straight to the face.”

“Jangan buat benda pelik Arissa, you tahu kan I ni macam mana.”

“Don’t worrylah. Cepat-cepat balik tahu?”

Terdengar keluhan Adrian di hujung talian. Pemuda itu pasti berasa resah mengenangkan kejutan yang bakal dikatakan olehnya.

“Puan Arissa Azzalea..!” Tiba-tiba nama gadis berkenaan dipanggil. Terkocoh-kocoh Arissa bangun.  “Ya, saya!” Gadis itu segera melajukan langkah ke kaunter.

“You dekat mana tu?” Soal Adrian dengan nada ingin tahu.

“I contact you later okay. Bye.” Terus gadis itu memutuskan talian, meninggalkan Adrian yang  masih terpinga-pinga. Arissa mengambil kad di kaunter sebelum membayar bil perkhimatan klinik tersebut. Nasib baik dia tidak kantoi.

            Telefon bimbit si isteri berbunyi lagi. Arissa mengeluh lagi.

Hish tak boleh nak bersabarlah dia ni! Macam budak-budak!

“Hello?”

“Kenapa you letak macam tu aje? Suka-suka hati you aje kan? You dekat mana??” Soal Adrian. Nadanya mula kedengaran seperti mahu marah. Dia paling benci apabila panggilannya dimatikan sebegitu sahaja. Sudahlah dia berada di Itali, bukan main susah nak luangkan masa untuk menelefon si isteri, siap main letak macam tu aje. Mana tak naik angin pemuda tersebut dibuatnya.

I dekat kliniklah.” Arissa selamba.

Why? You sihat tak ni?”

I sakit kepala sikit. Pergi klinik ambil ubat. Kenapa?”

“Betul ke ni?”

You ingat I bohong?”

“Tak.. Tak adalah sampai macam tu sekali. Ingatkan ada berita gembira untuk I.”

“Berita gembira apa pulak ni?”

“Mana tahu I bakal jadi daddy?” Kata-kata Adrian membuatkan Arissa termanggu.

Ya Allah! Kuat betul naluri suami aku ni. Macam mana dia boleh tahu semua ni..?

“Tak adalah. You ni mengarut aje!” Marah Arissa. Fikirnya mahu memberi kejutan namun awal-awal lagi tekaan suaminya itu dah mengena. 

“Tak mustahil kan? You tak mahu baby?”

“Lain kalilah kita discuss hal ni. Sekarang bukan masa yang sesuai. I nak balik, nak drive ni. Take care. Bye!” Arissa mematikan talian. Mengomel-ngomel gadis itu di dalam hati. Tidak tahu bagaimana mahu menghadap suaminya itu nanti.

            Sesampainya di tempat dia meletakkan kenderaan, Arissa menyeluk tangan, mencari kunci kereta di dalam beg tangannya. Jam di tangan sudah menunjukkan jam dua petang. Kedengaran berkali-kali nada dering telefonnya berbunyi, panggilan dari Adrian yang tidak puas hati. Arissa membiarkan sahaja. Malas dia mahu bertekak dengan lelaki itu. Tak habis-habis dengan hal remeh-temeh. Dibiarkan sahaja ia terus menjerit di dalam beg tangannya.

Bosan nak layan mamat seekor tu. Orang dah cakap bye tu maksudnya bye lah! Ni tak! Asyik nak telefon lagi. Tak boleh bersabar langsung! Kunci ni pun satu! Entah mana dia menyorok pulak! Haish!

Tanpa disedari Arissa beberapa orang lelaki muncul dari belakangnya. Ketiga-tiganya bertopeng dan salah seorangnya memegang sapu tangan. Seorang bertubuh besar manakala dua lagi kelihatan kurus sahaja. Dengan langkah yang perlahan mereka menghampiri gadis tersebut. Arissa masih tidak perasan akannya memandangkan dia masih sibuk menyelongkar beg tangannya untuk mencari kunci kereta Produa Myvi miliknya itu.  Dengan hanya berbaki beberapa langkah jarak mereka, salah seorang lelaki itu dengan pantas menarik tubuh ramping Arissa. Hidung dan mulut gadis itu ditekup dengan sapu tangan. Arissa meronta kuat namun apabila gas daripada cairan chloroform itu mula menusuk ke dalam saluran pernafasannya, tenaganya semakin lemah. Dalam beberapa saat gadis itu hilang kesedaran, dia pengsan!

            Ketiga-tiga lelaki tersebut dengan segeranya mengusung gadis terbabit masuk ke dalam Toyota Alphard bertinted gelap yang sudah sedia menunggu. Misi jahat mereka untuk mendapatkan Arissa dangan mudah telah berjaya. Kini apa yang perlu dilakukan penjahat itu adalah menyerahkan gadis itu kepada dalang disebalik semua kejahatan itu.

Penculik bertubuh tegap tetapi itu mendail nombor seseorang. Dalam beberapa saat, panggilannya berjawab.
“Hello Mr! Wa sulah dapat itu amoi! Prepare the money dan mari datang ke tempat wa. Wa kasi lu satu jam. Lu lambat, itu amoi lengloi wa yang punya. Bye!” Talian dimatikan. Lelaki cina itu tersenyum sambil memandang gadis yang terbaring di hadapannya itu. Lu manyak cntik maa. Lu kasi wa terangkat!

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star