Kejora Cinta Adrian Part 28

            Adrian mendongkat dagunya. Dia memandang tepat ke arah kertas kerja yang tertera di atas mejanya. Sebelah lagi tangannya ligat memusingkan pen. Entah ke mana fikirannya melayang. Mesyuarat yang sedang berlangsung seakan-akan langsung tidak menarik minatnya. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Hanya satu yang berada di fikirannya, Arissa. Sungguh bahagia rasanya dia pagi itu. Tak sangka rasa bahagia itu direngggut sebegitu mudah oleh sebuah drama yang dilihatnya sebentar tadi.

Siapa lelaki tadi? Kenapa mereka berpegangan tangan?

Terbayang-bayang perlakuan Arissa yang langsung tidak dijangkakan pemuda itu. Pagi tadi telinganya baru sahaja mendengar ungkapan terindah dari mulut si gadis. Kenapa kini sebaliknya yang  terjadi?

Fikiran Adrian jadi kucar-kacir. Tak tahu mana yang betul dan mana yang salah. Dia tidak sempat melihat wajah pemuda yang berpegangan tangan dengan isterinya itu. Waktu itu dia dalam perjalanan ke tapak projek, berhenti di traffic light. Ternampak pula isteri cantiknya itu bersama seorang lelaki. Lelaki itu membelakangi jalan. Adakah dia kenal lelaki yang memadu kasih dengan isterinya itu? Adakah lelaki itu yang sering menganggu Arissa di telefon? Adakah lelaki itu sweetheart?

Pen ditangan digenggam kuat, salah satu cara untuknya menahan diri daripada mengamuk tak tentu pasal. Kalau dia berkesempatan tadi, mahu sahaja dia turun dari kenderaan dan mendapatkan pemuda kurang ajar itu. Biar penumbuknya mengajar lelaki itu apa erti hormat. Sudahlah berjumpa dengan isteri orang, siap berpegangan tangan pulak. Pemuda tidak tahu malu itu masih tak sedar yang Arissa sudah sah bergelar isteri kepada Adrian. Mana moral pemuda tersebut?

            “Encik Adrian.. Are you listening? Encik okey ke tak ni?” Soal salah seorang daripada ahli mesyuarat itu. Bahunya disentuh lelaki 30-an tersebut. Sedar-sedar sahaja, pen di tangan sudahpun patah. Adrian lantas bangun dan mencapai kertas kerjanya. Dia tidak dapat menumpukan perhatian di kala hatinya bercelaru.

“Saya tak berapa sihat. Please continue this meeting without me. Juwita, awak tolong ambil note apa yang patut okey. Sorry everyone.” Adrian bergerak keluar.

*    *    *

“You dah balik? Lambatnya you balik. Dah lama I tunggu  you. Jom makan.” Arissa menyambut si suami sebaik sahaja pemuda itu tiba di muka pintu. Senyuman manisnya dilemparkan. Macam ni barulah macam husband and wife!

“I  tak lapar. Penat ni. Nak tidur.” Adrian sedikitpun memandang si isteri. Hatinya terasa sakit. Cemburukah dia dengan adegan yang dilihatnya pagi tadi?

Arissa pelik melihat keadaan Adrian. Dia mencapai briefcase  di tangan pemuda itu namun segera Adrian tolak tangannya. Makin hairan Arissa dibuatnya.

Apa tak kena dengan laki aku ni?

Pagi tadi bukan main seronok lagi? Sekarang muka dah macam cencorot aje! Penat sangat ke kerja dia?

“Sayang..” Satu perkataan meniti di bibir Arissa. Adrian masih tercegat di situ. Hatinya rasa seperti disiat-siat. Depan aku kau panggil aku sayang tapi dekat belakang aku kau curang! Isteri jenis apa kau ni, Arissa?

“Dahlah ye? I penat sangat. Esok nak kerja lagi. I naik dulu okay.” Adrian lantas melangkah, memanjat anak tangga menuju ke kamarnya. Arissa membontoti langkahnya. Gadis itu masih tertanya-tanya akan sikap Adrian yang tiba-tiba dingin terhadapnya.

Apa yang aku dah buat ni? Pandang aku pun dia dah tak nak!

Adrian sampai di hadapan bilik tetamu yang menjadi bilik tetapnya. Tiba-tiba tangannya ditarik Arissa. Tersentap sanubarinya namun masih lagi dia cuba mengekalkan riak wajahnya yang bersahaja.

“Malam ni you  nak tidur dekat bilik I  lagi tak?” lalu Adrian menggeleng.

 “You pergilah tidur. Dah lewat ni. Good night.” Adrian kemudiannya menarik tangannya lalu memulas tombol pintu. Beberapa saat kemudian, ditutupnya pintu selepas dia memasuki kamarnya. Arissa yang tercegat di hadapan pintu bingung dekat sikap Adrian pada hari itu. Mana senyumannya?

            Arissa Azzalea tidak dapat melelapkan mata. Begitu juga dengan Adrian yang berada di bilik sebelah. Masing-masing sedang bersusah hati mengenangkan hubungan mereka yang entah mana hala tujunya. Arissa sudah terbuka hati untuk memulakan bab baru hidupnya bersama dengan Adrian namun tiba-tiba Adrian bersikap dingin dengannya. Dia tidak tahu apa yang sedang berlaku. Tidak terlintas pula di pemikirannya bahawa Adrian telah menyaksikan drama yang berlaku di antara dia dan Ammar sewaktu di café pagi tadi.

Detik demi detik berlalu. Jam di dinding terpapar pukul dua belas setengah malam. Sudah tengah malam. Adrian tidak dapat tidur. Apa yang dilihatnya pagi tadi, terimbas-imbas di matanya. Sampai hati Arissa menduakannya!

            Kenapa dia tak terus-terang pada aku yang dia ada lelaki lain? Kenapa dia sakitkan hati aku dengan perkara macam ni? Kenapa dia permainkan perasaan aku yang dah mula mengharapkan kasih sayang dia? Tidak nampakkah dia betapa aku sayangkan dia? Tidakkah dia sedar dia itu isteri aku?

Bantal peluk dirangkul kuat-kuat. Terasa mahu menjerit ketika itu. Berkecamuk perasaan seakan badai melanda hatinya. Dia tidak tahu mana satu harus dia percaya. Antara matanya atau Arissa. Mungkinkah semua itu satu kesilapan? Mungkinkah perempuan yang aku lihat itu bukan Arissa?

Berombak perasaannya mengenangkan perkara tersebut. Adrian melempar bantal peluknya ke dinding. Terkena pula pada cermin sederhana besar yang tersangkut di situ. Habis jatuh lalu berderailah cermin tersebut kepada ribuan serpihan. Satu bunyi bising terhasil. Arissa terkejut mendengar bunyi kaca pecah itu. Gadis itu lantas bangkit dari pembaringannya. Dia menyarungkan selipar Hello Kitty lalu bergegas menuju ke arah bilik di mana suaminya berada.

            Tok! Tok! Tok! Pintu bilik diketuk berkali-kali. Namun tiada jawapan diterima oleh gadis tersebut. Arissa memanggil nama suaminya bebarapa kali. Pelik. Apa yang Adrian buat? Tidak sedarkah dia?

“Adrian! Buka pintu ni!” Nada cemas kedengaran. Beberapa ketika kemudian, pintu dibuka. Kelihatan wajah muram Adrian tertera di muka pintu. Arissa memandang suaminya itu. Kelihatannya pemuda itu tidak apa-apa.

            “Adrian! Apa yang dah jadi sebenarnya ni?” Soal Arissa. Dia menarik tangan lelaki itu. Adrian merenung wajah jelita itu tanpa sebarang perasaan.

Kenapa kau nak kisah sangat? Aku ni bukan siapa-siapa pada kau bukan?

“Nothing.”

“Bohong.”

“What do you expect me to say now?”

“Adrian, you tak jawab lagi soalan I!” Sedikit angin Arissa dibuatnya. Sejak bila Adrian jadi macam ni? Apa salahnya sehinggakan pemuda itu melayannya seperti orang asing secara tiba-tiba?

“Dahlah. Jangan banyak bunyilah. I  nak keluar.”

Merah wajah Arissa menahan amarahnya.

“Tadi you kata penatlah, nak tidurlah. Sekarang banyak betul tenaga nak keluar?”

“Kenapa you nak kisah sangat? Oh, sekarang dah pandai nak jadi queen control pulak? Sejak bila you fikir yang you dah ada hak nak mengongkong I ni?” Bertalu-talu perkataan menyakitkan hati keluar dari mulut Adrian. Biar kau rasa sakit yang aku rasakan sekarang, Arissa!

“What’s wrong with you…?”

“You should asked it to yourself first!” Adrian kemudiannya beredar. Tangannya segera ditarik Arissa. Sebak hati si pemuda. Mahu sahaja dipeluknya gadis itu dan menceritakan segala yang disaksikan matanya pagi tadi dan mempersoaalkaan kebenaran mengenai perkara tersebut. Namun, keegoannya memaksa Adrian untuk menjauhi gadis yang makin disayanginya itu. Tangannya direntap kuat lalu segera lelaki itu menuruni anak tangga, meninggalkan Arissa yang kebingungan sendirian.

Aku tak mampu nak hadapi semua ni, Arissa. Tak sanggup.

7 comments:

Unknown at: September 18, 2011 at 3:29 AM said...

adoi laki ni...
tanyela dulu..
ni x trus je jump into a conclusion,,,,
saket ati btol!!
baru nak hepi2!!
eiii,,,..
geram2!!

Bintang Asterisk at: September 18, 2011 at 6:39 AM said...

HAHA. relax relax. tunggu sambungan dia ye sayangs. Bintang akan cuba buat yang terbaik. =)

Nur'Ain at: September 18, 2011 at 9:05 AM said...

kak,smbg citer nie cpat2 skit taw..
x sbr nk tggu apa yg jadi...hoho

Bintang Asterisk at: September 18, 2011 at 9:07 AM said...

HAHA. OH ada komen. okay okay. akak Bintang upload sambungan dia nnti. Sabar~ Sabar~ Sabar itu sparuh dari iman. HOHOHO

Aida Nadia at: September 20, 2011 at 12:16 AM said...

akakk...ble nk smbng...
xsbr dh ni..

Bintang Asterisk at: September 20, 2011 at 4:12 AM said...

okay okay. malam nanti isyallah Kak Bintang letak sambungan KCA ni okay sayangs

Zakiah Halim at: August 16, 2012 at 8:11 AM said...

ishh... gadoh pulak dah.. nie x best nie...

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star