Aku, Kau dan Dia. Cinta? Part 3

            “Mama perkenalkan, anak perempuan Datuk Azman yang baru habis belajar dekat luar negara. Nama gadis cantik ni ialah Maria. Maria Elyana. Zarieq berkenalanlah dengan dia,” Ujar wanita berusia empat puluhan itu kepada anak terunanya. Zarieq mengukir senyuman pahit. Adakah ibunya itu cuba memperkenalkan dia dengan  gadis rupawan itu? Pemuda itu mengangkat tangannya kepada gadis itu sebelum meneruskan langkahnya. Wanita itu bangun dan segera mendapatkan anaknya. Dia menarik tangan pemuda kacak itu lalu membisikkan sesuatu kepadanya.

            “Zarieq, jumpalah Maria dulu. Berkenalan dengan dia. Susah payah mama ajak dia datang sini.”
Zarieq menggeleng tanda tidak setuju. Dia melangkah namun sekali lagi tangannya ditarik wanita itu. Pemuda itu merengus perlahan.

            “Bosanlah mama. Rieq tak ada minat nak berkenalan dengan dengan mana-mana perempuan. Dahlah. Mama pergi layan tetamu mama tu. Lagipun mama yang beria-ia nak ajak dia kan?” Zarieq segera beredar, meninggalkan ibunya yang terpinga-pinga memandang pemuda tersebut. Pemuda itu ketawa kecil. Dia tidak suka apabila ibunya itu cuba menjadi telangkai. Dia tidak perlukan mana-mana gadis untuk menjadi kekasihnya. Biarlah rasa ingin mencari teman itu hadir sendiri. Itu lebih bermakna daripada membiarkan wanita itu memilih calon-calon kekasih untuknya. Masuk kali ini, sudah hampir lima kali ibunya itu ingin memperkenalkan anak gadis hartawan kepadanya. Zarieq sudah bosan melayan kerenah ibunya itu.

            Zarieq masuk ke dalam kamar tidurnya yang luas. Dia memandang laptop yang berada di atas meja. Pemuda itu lantas duduk di atas kerusi berhadapan dengan laptop tersebut. Jari-jemarinya pantas menekan butang-butang kekunci. Dia memeriksa peti masuk e-mailnya.

            “Dia tak balas lagi ke e-mail yang aku hantar hari tu?” Zarieq memeriksa satu demi satu e-mail yang diterimanya. Pemuda itu tiba-tiba tersenyum.

Subject: Sorry.. L
Assalamualaikum Poweranger Merah. Sorry. Lately saya agak busy so susah untuk saya balas message awak. Awak pun tahu lepas abah saya meninggal, ibu saya asyik sakit-sakit. Baru-baru ni ibu saya terpaksa berhenti kerja sebab dia tak dapat nak buat aktiviti-aktiviti yang akan buat dia letih. Doktor kata kerja berat just akan memudaratkan kesihatan ibu. Sekarang saya ada buat part-time job. Duit pencen abah just cukup-cukup untuk makan minum kami sekeluarga. Saya tambah sikit-sikit la kalu nak beli barang keperluan adik-adik. Awak macam mana pulak? Life okay? Sorrylah. Saya kuat betul mengadu masalah, kan? Apa khabar mama awak? Sihat? Dia ada jodohkan awak dengan sesiapa lagi ke? Hahaha.. Mama awak tu boleh jadi pengasas agensi cari jodoh yang berjaya. ;-)

            Syed Zarieq Deazry membaca e-mail berkenaan dengan teliti. Dia amat bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga sahabatnya itu. Kini sudah hampir dua tahun dia dan sahabatnya itu saling berkenalan dan pelbagai cerita sedih telah menimpa sahabatnya itu. Pemuda itu menarik nafas panjang sebelum dia membalas e-mail tersebut.

Subject: Cheer up laa..!
Cupkek Masam, awak jangan putus asa tahu! Teruskan usaha awak! Saya sokong dari belakang. Yup! Mama saya boleh jadi pencari jodoh yang berjaya. Kadang-kadang bosan jugak. Tadi dia kenalkan saya dengan seorang anak gadis kawan papa. Cantik macam Barbie doll. Tapi entahlah. Belum sampai masa saya nak suka orang kot. Saya just ignore je mama tu. Bosan. Ini tak boleh, itu tak boleh. Pening! Hahaha. Thanks sebab sudi balas message saya ni. Satu hari nanti pasti kita akan jumpa. Saya akan cari awak sampai dapat, tahu? Dan bila saya dah jumpa awak, saya tak akan lepaskan awak. Hahaha. Daa..!

Zarieq tersenyum. Dia pasti akan membuat sahabatnya itu geram dengannya.


            Alysha memeriksa tarikh luput makanan yang baru tiba sebentar tadi. Selepas ini dia harus meletakkan tag harga pada barang-barang yang baru sampai pagi tadi. Diperhatikan seorang sahabatnya yang sedang menjaga kaunter. Sungguh relax kelihatannya. Gadis itu menarik nafas panjang. Hari ini kurang pelanggan yang datang ke kedai 24 jam itu. Sepatutnya sahabatnya itu boleh menolongnya sebentar.

            “Lysha! Sekejab lagi kau letak barang yang baru sampai tu ke dalam stor ye? Nanti kalau manager datang dia tengok tempat ni bersepah bising pulak dia,” Ujar penjaga kaunter 7-Eleven itu. Alysha menyoalnya mengapa pemuda itu asyik mengarahnya membuat itu ini sedangkan pemuda itu tidak melakukan apa-apa.

“Kau tu budak baru. Jangan nak banyak bunyi. Buat ajelah! Baru buat kerja sikit dah merungut!” Ngomel lelaki tinggi lampai itu. Alysha mengejek-ejek lelaki itu di dalam hati. Sejak hari pertama dia bekerja di situ pemuda itu asyik membulinya. Semasa dia temuduga dahulu pemuda itu menunjukkan wajah baik di hadapan managernya. Kini lelaki itu asyik bergoyang kaki manakala dia pula yang terpaksa buat semua kerja.

            Kalau Encik Jay ada kan bagus. Tak adalah mamat ni asyik buli aku aje. Oh Encik Jay yang kacak, selamatkanlah daku daripada seksaan anak hantu ini.

            Alysha tersenyum apabila teringatkan manager tempat kerjanya yang kacak itu. Encik Jay sangat tegas namun dia merupakan seorang lelaki yang baik hati dan prihatin terhadap masalah pekerjanya. Tidak hairanlah jika lelaki itu dikatakan sebagai penyelamat kepada gadis muda itu.

            “Apa yang kau berangan tu, Lysha?? Buatlah kerja. Hari ni make-up cantik-cantik buat apa? Penyelamat kau tu tak akan datang!” Bebel si penjaga kaunter, Harris. Alysha mecebik masam ke arah pemuda itu. Tahu-tahu sahaja dia sedang teringatkan Encik Jay. Gadis itu segera menyambung kerjanya itu.
“Pergh.. Matilah. Kereta idaman aku ni..!” Tiba-tiba kedengaran Harris berseloroh. Alysha malas melayan pemuda itu lalu meneruskan kerjanya.

            “Bagi sekotak Malboro,” kedengaran suara seorang lelaki. Alysha seakan kenal dengan suara tersebut. Gadis itu perlahan-lahan menoleh kebelakang. Nafasnya terhenti sebentar. Zarieq Deazry rupanya! Gadis itu segera mencapai topi, cuba menutup wajahnya agar tidak dikenali Zarieq. Perlahan-lahan gadis itu mula melangkah, mahu masuk ke dalam stor. Tiba-tiba kakinya tersepak salah satu tin sardin yang berada di situ.

            “Kau nak ke mana? Siapkanlah dulu kerja tu,” Tegur Harris. Alysha segera mengangguk. Gadis itu cepat-cepat mengutip tin-tin yang ada di atas lantai. Zarieq tersenyum melihat gelagat gadis yang kelam-kabut itu. Pemuda itu menghampiri bahagian minuman sejuk, berhampiran dengan tempat gadis itu berada. Alysha makin cemas. Dia tidak mahu bergaduh dengan pemuda itu di tempat kerjanya!

            Zarieq mencapai sebotol minuman isotonic. Dia masih memandang gadis itu. Alysha cuba menghalang wajahnya daripada dilihat oleh pemuda itu. Zarieq tertawa. Ini kali pertama dia melihat seorang gadis kelam-kabut sepertinya.

“Cik, tumpang tanya,”Soal Zarieq. Alysha segera mengangguk. Tiba-tiba topi yang dipakai gadis berkenaan terjatuh. Terdiam sebentar Zarieq saat itu. Gadis yang menyakitkan hatinya itu lagi! Alysha segera menyarungkan topi ke kepalanya semula. Dia berharap Zarieq tidak cam akan dirinya. Jantungnya berdegup kencang.

            Syed Zarieq Deazry tersenyum sinis. Dia mempunyai idea untuk membalas dendam. Dia akan berpura-pura tidak mengenali gadis itu. Perlahan, tangannya menyentuh bahu gadis itu.

            “Cik, condom ada tak? Dekat mana ya? Saya tak jumpalah,” Usikkan Zarieq benar-benar memeranjatkan Alysha. Gadis berkenaan segera menolaknya dan berlari masuk ke dalam stor. Pemuda itu ketawa sendirian. Alysha sudah diberikan pengajaran. Mahu cari pasal lagi dengannya. Selepas ini pastinya gadis itu tidak akan berani memalukannya lagi. Dia juga pasti berdoa agar tidak bertemu dengan pemuda tersebut. Akhirnya Zarieq boleh tersenyum puas. 

Padan muka kau!

5 comments:

Anonymous at: November 16, 2011 at 4:16 AM said...

x de bnda laen ke nk tanye?
isy..isy..isy..

Aida Nadia at: November 16, 2011 at 4:18 AM said...

waaa....tjok bru...
eh...geram la dgn zarieq 2...!!!!

Bintang Asterisk at: November 16, 2011 at 5:08 PM said...

anonymous: HAHA! That's how Zarieq get into her nerve lah. HAHA. kecut perut Alysha. HAHA

Unknown at: November 17, 2011 at 5:38 PM said...

suruh je lysha blanja dia condom tu. baru terkesima geng lawan. haha

Bintang Asterisk at: November 18, 2011 at 6:27 PM said...

ALFA SYAMIMI: Kahkahkah. idea yang bernas! Thengkaseh!

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star