Love Me Or Love Me Not Part 5

         Eydden Rayyan melangkah masuk ke dalam kediaman mewah bapanya setelah jam menunjukkan sebelas malam. Satu keluhan berat terbit di bibirnya. Sayang sekali rumah sebesar itu kurang penghuninya. Dia akan lebih bersyukur dia mempunyai adik beradik. Dilahirkan sebagai yang sulung dan yang bongsu adalah sesuatu yang memang tidak menggembirakan. Ibu bapanya juga selalu tidak pulang dan outstation ke luar negara, menjadikan banglo tersebut lebih suram. Dah macam rumah hantu dah aku rasa.

            “Eydden dah balik? Kak Odah sediakan makan malam untuk Eydden ya?” Soal salah seorang tukang gaji di rumah tersebut setibanya Eydden di muka pintu. Tiap malam, wanita berusia lewat tiga puluhan itu setia menunggunya pulang. Kadangkala terbit perasaan serba salah di hati Eydden kerana membuatkan wanita itu berjaga sehingga larut malam. Wanita yang tidak ada keluarga itulah yang sering menjaga keperluan Eydden selama ini. Kadangkala terasa seperti Kak Odah itu ibunya pula.

“Tak apalah Kak Odah. Eydden dah makan kat luar tadi. Kak Odah pergilah tidur. Lain kali kalau jam dah pukul sembilan dan Eydden belum balik, Kak Odah tak payahlah tunggu Eydden. Eydden kesiankan Kak Odah,” Eydden duduk di atas sofa lembut yang tersedia di ruang tamu. Dia menyuruh Kak Odah turut duduk sekali.
          
          “Kan dah tanggungjawab Kak Odah jaga Eydden. Tak ada apalah. Betul ni tak nak makan? Kak Odah ada buat ketam masak lemak kegemaran Eydden tahu?” Pandai betul Kak Odah mengambil hati Eydden.

Pemuda itu menggeleng.

“Walid dan ummi ada dekat rumah tak?”

Kali ini giliran Kak Odah pula menggeleng. Dia memandang raut wajah kecewa Eydden. Pastinya pemuda itu sedang berdukacita kerana ibu bapanya itu.

“Eydden nak naik bilik tidur. Kak Odah pun rehatlah ye. Esok kelas pagi Eydden pukul sembilan. Kak Odah tolong kejutkan Eydden pukul lapan ye?”

“Iyelah Eydden. Nanti Kak Odah kejut Eydden. Walid Eydden ada pesan. Dia dah bank in kan duit belanja Eydden. Dia dan ummi Eydden mungkin seminggu dua ni akan berada dekat Surabaya. Ada urusan jual beli tanah dekat sana katanya.” Kak Odah menambah lagi. Eydden memandang wajah manis wanita itu.

            Kan bagus kalau ummi ni macam Kak Odah?

“Okay. Eydden naik atas dulu. Assalamualaikum Kak Odah,” Sejurus selepas itu Eydden memanjat anak tangga, menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas. Kak Odah memerhatikan pemuda itu sehingga hilang kelibatnya dari pandangan. Satu helaan nafas panjang mengalir keluar dari mulut orang gaji yang setia dengan keluarga itu lebih dari dua puluh tahun. Dahulu, sewaktu dia kematian ibu bapanya, walid dan ummi Eyddenlah yang menuai budi menawarkan tempat tinggal dan makan minum. Kini dia membalas setiap satu budi mereka dengan menjaga Eydden sebaik mungkin.

Kesian Eydden. Dahagakan kasih dari ummi dan walidnya. Tiap hari lepas pulang ke rumah pasti bertanyakan kehadiran mereka berdua. Tidakkah mereka tahu betapa perlunya mereka kepada Eydden? Sejak kecil Eydden sering rasa seperti diabaikan. Cuma dia seorang anak mereka, kenapa tak berikan seluruh tumpuan kepadanya?
*   *   *

            Eyyden melabuhkan punggungnya di atas tilam. Dia mengeluh berat. Beg galas dicampakkan di atas meja yang tersedia di hujung katil. Beberapa saat kemudia pemuda itu menghempaskan dirinya di situ. Mata memandang syiling putih. Terasa sebak di hati.
Kenapa walid dan ummi tak pernah ada dekat sisi Eydden macam Kak Odah? Kenapa walid dengan ummi buat macam ni pada Eydden? Apa salah Eydden?
           
           Teringat sesuatu! Eydden bingkas bangun dan menuju ke meja di mana laptopnya berada. Segera dikuakkan laptop berjenama HP itu.

            Laman web Facebook dibuka pemuda . Nasib baik dia cuma sleepkan laptop tersebut, tak adalah lama sangat nak tunggu. Lantas nama Aiko Arielle ditaip di carian ‘search’ di laman web komunikasi itu. Beberapa saat kemudian, keluarlah profil Ai yang diprivatekan. Pemuda itu mengeluh buat sekian kalinya. 'Awaiting Friend Comformation' tertera di bahagian atas bersebelahan dengan profil name Ai.

Tak confirmkan lagi? Penat-penat tahu aku search nama kau!

Eydden menekan pautan profilenya. Dibaca satu persatu wall post yang di hantar oleh para peminatnya yang tak lain tak bukan pelajar kolej tempat dia menuntut.

Kenapa pilih perempuan sombong tu jadi girlfriend you? Tak padan langsung!
-Eqa Lurvy

I love you but you broke my heart! Please tell me that the rumours are wrong!
-Mui Moon

Tak sangka you boleh pilih geek tu jadi gf! Macam bumi dengan langit! Langsung tak ada chemistry I tengok. Are you really dating  her?
-Nor Maria Razali

       Tertawa Eydden membaca komen yang dihantar oleh para peminatnya. Semua terpengaruh dengan khabar angin konon-kononnya dia berkasihan dengan Ai. Masing-masing tidak merestukan hubungan pemuda gilaan kolej dengan gadis yang agak aneh itu.

Everything spread fast as hell but I just don’t believe it at all. Well obviously I can see your ‘single’ status and there is no sign that it will change. Am I right, dear?
-Annahita De La Cruz

Annahita pun ada sekali? Nampaknya akak ni tak faham-faham lagi agaknya. Eydden kemudiannya mengupdate statusnya di ruang ‘what’s on your mind?’. Tangan menaip laju butang-butang di keyboard. Nah! Rasakan korang!

*    *    *

Apasal diorang pandang aku macam nak telan aku hidup-hidup? Aku buat salah apa pulak kali ni?

Aiko Arielle perasan akan pandangan kurang senang yang terpampang di wajah senior-senior perempuan yang berdekatan dengannya. Seakan satu poster tertampal di setiap wajah mereka, menyebarkan kempen ‘Aku Benci Aiko Arielle!’.

Apa yang terjadi ni?

Ai berjalan menyusuri koridor dengan hati yang penuh tanda tanya. Entah kenapa orang menjelingnya sedemikian rupa. Adakah kerana Annahita The Bitch mengisytiharkan perang ke atasnya ataupun Maria menghasut semua orang untuk memboikotnya?

“Inilah perempuan yang tak sedar diri tu..” Kedengaran suara separuh berbisik. Ai memekakkan telinganya. Dia terus melangkah ke bilik kuliah untuk kelas subjek Fashion Design and Development.

“Tengok dia tu. Aneh-aneh je. Entah macam mana Eydden boleh suka dekat junior entah apa-apa macam dia ni.” Kedengaran lagi suara cemburu. Eydden? Aku dah  agak dah. Monolog Ai dalam hatinya. Sejak dia dikaitkan dengan pemuda tampan itu, kehidupannya di kolej tak pernah senang. Ada sahaja dugaan akan ditempuhinya setiap hari. Akan nada mata yang memandang dengan pandangan keji dan ada suara sumbang yang menyakitkan halwa telinganya sepanjang hari.

Ini baru khabar angin. Kalau betul aku couple dengan mamat tu, silap haribulan tak pasal-pasal kepala aku kena cantas dengan diorang. Uh.. Creepy lah!

“Ai!” Panggil seseorang. Ai cukup kenal dengan suara gadis tersebut. Dia menoleh, wajah ceria Bintang terpapar di pandangannya. Biasalah, orang sedang dilamun cintalah katakan!

“Kau memang tengah bercinta dengan Eydden ye?” Soalan Bintang mengejutkan Ai separuh mati. Apa hal pulak tiba-tiba tanya soalan ni kat public?

“Shuhhh..! Perlahanlah sikit kalau cakap tu…!” Ai segera menarik tangan Bintang menjauhi tempat di mana ramai orang berada.

“Apa kau cakap ni? Dari mana datangnya idea bodoh ni?” Soal Ai kepada sahabatnya. Bintang memandang raut wajah Ai yang masih dalam keadaan shock itu. Aik? Tak tahu?

“I think you should see this,” Bintang mengeluarkan Sony Ericsson Xperia miliknya lalu ditunjukkan satu paparan yang membuatkan jantung Ai hampir berhenti berdegup untuk beberapa saat.

“Gila..” hanya itu yang terpacul keluar dari mulut si gadis.

“So kau jawablah soalan aku sekarang. Kau couple ke dengan Eydden?” Bintang bersungguh-sungguh.

“Tak.”

“Tak?”

Ai mengangguk. Kepalanya buntu. Tak tahu apa yang harus difikirkannya. Eydden benar-benar keterlaluan!

“Ai.. Are you okay? Kenapa ni?” Soal Bintang apabila melihat keadaan Ai yang masih dalam kejutan itu. Aik? Ni muka terharu ke terkejut?

Ai kini sudah faham apa yang sedang terjadi. Ai sudah mengerti apa sebab pandangan mengeji dileparkan ke arahnya. Tak lain tak bukan gara-gara Eydden dan status dalam Facebooknya.

“Bintang, boleh tolong aku tak?” Soal Ai.

“Apa dia, Ai?”

“Kau tolong cakap dekat Puan Sashtri yang aku masuk kelas lewat sikit. Aku ada hal nak disattlekan sekejab ni.” Lalu Bintang pun mengangguk. Ai segera menuju ke satu arah, satu tempat di mana dia akan bersemuka dengan Eydden.

*     *    *

            Bulat mata Eydden apabila kelihatan gadis pujaan hati menghampirinya. Aiko Arielle, gadis cantik yang lain dari lain, menambat hatinya sejak kali pertama bertentang mata.

“Awek kau dah mari nampaknya, Eyd! Tahniah!” Ujar Akheer kepada Eydden. Pemuda tersebut tersenyum lebar. Akhirnya Ai sudi untuk berjumpa dengannya. Zareef memandang riak wajah gadis yang semakin menghampiri kumpulannya itu. Itu bukan riak yang baik. Habislah kau, Eydden.

Langkah kaki Ai berhenti apabila jarak diantara dia dan Eydden cuma tinggal beberapa kaki. Ashraff, Akheer dan Zareef mendiamkan diri, memerhatikan drama yang akan terjadi di anatara pasangan yang sekarang menjadi buah mulut rata-rata pelajar kolej tersebut.

“Awak ada masa tak?” Soal Ai. Matanya memandang tepat ke arah mata Eydden. Eydden menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aisey. Apasal aku rasa gabra pulak ni? Terujanya! Dia nak ajak aku dating ke?

“Erk.. Ada kot. Kelas lambat lagi start..!”Belum habis bersuara, Ai memotong.

“Great. Jom ikut saya. Saya ada hal nak cakap dengan awak sekarang,” Ai lagi. Eydden menoleh ke belakang, di mana sahabat-sahabatnya berada. Akheer dan Ashraff menunjukkan isyarat ‘bagus’ dan ‘selamat berjaya’ manakala Zareef hanya mendiamkan diri tanpa secalit senyuman.

Ai berjalan menuju ke tepi padang dan Eydden hanya membontoti langkah gadis tersebut dari belakang. Sampainya di situ, di tempat yang tidak ada sesiapapun melainkan mereka berdua, Ai menghulurkan Blackberrynya di tangan Eydden.

Aiko Arielle, I love you soo much. I love you without knowing how, or when, or from where. I love you straightfowardly, without complexities or pride. So I love you because I don't know other way..

 “Apa maksud semua ni? Awak tahu tak sebab status awak ni saya dikeji orang?!”

2 comments:

Aida Nadia at: September 15, 2011 at 3:03 PM said...

best laa...!!
cpt la smbng...!!!

Bintang Asterisk at: September 15, 2011 at 8:00 PM said...

Thengkaseh ye sayangs. You memang ohsem reader!

myfreecopyright.com registered & protected
Transparent Green Star